Sunday, January 4, 2015

BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI

(mesyuarat malaysia 1994). Kefahaman akan datang bila tuan-tuan lihat, dengar dan fikir dengan penuh talab. Cahaya syurga begitu hebat, di dunia ini umpama api pateri (welding). Silaunya mentenakkan mata. Begitu juga syurga adalah lebih hebat lagi. Rahmat dan azab Allah s.w.t tiada hadnya. Begitu hebat di luar pemikiran kita. Dunia ini merupakan hijab kepada kehebatan akhirat. Untuk menegakkan ini Nabi s.a.w diboikot (dipulaukan) selama 30 bulan di Lembah Muttallib. Hati kita seperti bekas yang kosong, apa yang diisi itulah yang dipanggil seperti secawan teh, secawan kopi dan sebagainya. Dakwah amat khilaf dengan dunia. Dakwah memanggil kepada ghaib tetapi keduniaan memanggil kepada zahiriah. 

Dakwah memerlukan hikmah. Hikmah itu akan memberi kesan atau asbab untuk orang lain faham. Seperti untuk dapat keizinan keluar, kita ikram orang tua, jaga kedainya maka akhlak yang memikat ini memberi kesan kepada mereka. Selepas 13 tahun penyeruan Nabi s.a.w, barulah Saiyyidina Abbas r.a masuk Islam iaitu selepas perang Badar. Buatlah usaha dakwah dengan lihat cara Nabi s.a.w, sentiasa lihat kelemahan dan kesalahan kita. Bani Israel rosak kerana kerja dakwah mereka ada kepentingan lain. Dalam kerja agama akan wujud beberapa tahap atau mohalla. Bila wujud suasana dakwah, Allah s.w.t akan tarbiyah dengan nikmat atau kesusahan, selepas kita tetap menjalankan usaha barulah nusrah Allah s.w.t akan tiba. Allah akan zahirkan kudratNya pada golongan kafir.

Lihatlah contoh pada orang dahulukala seperti yang tercatit di dalam Quran, Hadith atau kehidupan Sahabat r.a. Untuk memahami Al-Quran dan Hadith, taatlah pada orang-orang tua kita. Kamu tiada keupayaan untuk membedah Al-Quran dan Hadith. Satu masa wahyu telah terhenti, halakah ta’alim tetap diteruskan, Nabi s.a.w begitu risau dan sentiasa berdoa dan mujahadah, barulah Allah s.w.t turunkan surah Waddhuha. Setiap kerja ada masa cepat dan lambatnya. Seperti terbitnya matahari, beransur-ansur juga dengan pembesaran seseorang manusia (bayi ke dewasa). Tanda seseorang itu telah maju dalam usaha iaitu korban diteruskan berlawanan dengan kehendak hati. 

Kisah zaman Abu Bakar r.a, apabila Nabi s.a.w wafat, berlaku kekecohan perlantikan Amer baru. Kaum Ansar cadang lantik dua orang Amer iaitu dari kaun Ansar, Saad Ubadah r.a dan dari kaum Muhajirin, Abu Bakar r.a. Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah melantik Abu Bakar r.a sebagai penggantinya secara tidak langsung semasa beliau s.a.w hidup. Fikir Abu Bakar r.a bagaimana perkara ini hendak diberitahu supaya semua orang tidak pecah hati. Dikumpul semua kaum Ansar lalu diberitahu kelebihan kaum Ansar yang pernah disebut oleh Nabi s.a.w. Akhirnya beliau memberitahu tentang apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w tentang keputusan memimpin. Kaum Ansar begitu terharu lalu terus membai’atnya (janji setia). Sayyidina Abu Bakar r.a telah menyusun satu cara yang begitu hikmah untuk tidak menimbulkan pecah belah.

Ali r.a dan Zubair r.a tiada pada masa pengumuman tersebut kerana sibuk menguruskan jenazah Nabi s.a.w dan mententeramkan kaum ibu. Lalu mereka bertanya kepada Abu Bakar r.a mengapa keputusan itu diambil tanpa mengajak mereka bermesyuarat. Abu Bakar r.a menjawab dan lemah lembut, “Jika aku sibuk memanggil kamu pasti dua Amer akan wujud”. Ia tidak menjawab dgn tegas sebg seorg yg telah dilantik ramai. Jawapan yg begitu hikmah membuatkan Ali r.a dan Zubair r.a terus membai’atnya. Seorang sahabat yang bernama Khalid Zaid r.a yang menjadi gabenor, tiada semasa perlantikan Abu Bakar r.a. Ia tidak membai’at Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a tetap ikram, sentiasa beri salam dan bertanya khabar. Akhirnya ia juga membai’at Abu Bakar r.a. Sifat dan tindakan Abu Bakar r.a begitu hikmah telah dapat mengelakkan pecah belah. Jangan buat kerja sendirian, bawalah orang lain pada kerja ini. 

Jangan jadi seperti wanita mandul, apabila ia mati tiada siapa yang meneruskan keturunannya. Sentiasa bentuk jemaah baru dan ajarkan jemaah buat kerja. Dua org lama hendaklah bawa lapan org baru. Dlm jemaah jangan kita letakkan beban kerja pada orang lain sahaja dan kita rehat. Sentiasa ambil tggjwb pada setiap jemaah yg dibentuk. Zaman Abu Bakar r.a wujud empat masalah iaitu Nabi palsu, keengganan bayar zakat, ancaman Rom dan Parsi dan org pendalaman mula murtad. Bagaimana Abu Bakar r.a menghadapi semua itu? Dengan akhlak dan hikmah. Kisah Abu Bakar r.a dan Khalid Zaid r.a: Tiap-tiap hari Abu Bakar r.a memberi salam dan bertanya khabar. Walaupun sambutan begitu dingin. Suatu hari Khalid r.a tanya Abu Bakar r.a, “Apakah keperluanmu terhadapku Abu Bakar, sehingga begitu sekali kau berlaku baik padaku? Adakah kamu ingin aku membai’at kamu? Jawab Abu Bakar r.a, “Tidakkah kamu lihat mereka telah membai’at aku, alangkah baiknya jika kamu turut serta? 

Jawapan yang begitu lemah lembut dan penuh persaudaraan bukannya jawapan yang kasar kerana orang ramai telah membai’atnya. Khalid Zaid r.a berkata, “Aku tidak akan membai’at kamu disini, marilah kita pergi ke tempat orang ramai (masjid) di mana semua orang akan tahu yang aku telah membai’at kamu”. Hikmah seorg pemimpin menyelesaikan masalah. Sayyidina Umar r.a meminta izin untuk memancung Saad Ubadah kerana keengganannya membai’at Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a melarang dengan lemah lembut dengan mengatakan yang Saad adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai keluarga yang ramai dan tindakan Umar r.a nanti akan mengusutkan lagi persoalan itu. Wujudnya suasana dakwah akan menghasilkan tarbiyah. Akhirnya nusrah Allah akan tiba. Iaitu dtgnya pertolongan ghaib yg memberi kesan pada ahli batil. Itulah kudrat Allah s.w.t.

Ahli batil akan terbahagi pada beberapa golongan iaitu mereka datang dan terus beriman, kedua tidak beriman tetapi patuh dan membayar jizyah dan ketiga tetap kufur dan memerangi Islam maka Allah s.w.t zahirkan kudratNya menghancurkan mereka. Nusrah akan turun pada kita tetapi Allah s.w.t lihat kehendak kita dan teruskan wujud suasana dakwah dan mujahadah. Sabar sentiasa atas perkara itu. Allah s.w.t boleh sabar dengan kekafiran Firaun, akhirnya ia musnah juga. Dalam Quran banyak contoh2 yang diberi tentang ahli batil yang menghadapi kudrat dari Allah s.w.t. (Maulana baca beberapa potong ayat Quran).

1. Quran memberi contoh seperti air yg banyak menghanyutkan sampah yg sedikit. 
2. Emas pada asalnya bercampur dgn logam2 yg lain, api digunakan untuk menghasilkan emas tulin.

Ahli batil disebut Allah s.w.t seperti sarang labah2 (Ayat Quran dibaca). Ada sarang yang kecil dan ada yang besar. Dengan hanya sebatang lidi pun ia dapat dimusnahkan. Walaupun nampak banyak dan cepat di buat. Satu bilik yang ditinggal kosong akan didatangi sarang-sarang ini. Begitu juga dengan suasana sekarang jika kerja menurun umpama bilik yang kosong tadi maka ahli batil mula mewujudkan suasana mereka. Tapi dengan sedikit kerja yg dpt menarik nusrah Allah pertolongan ghaib akan tiba memusnahkan mereka. Seperti Firaun yg mempunyai kerajaan dan kekuasaan tapi akhirnya dimusnahkan Allah s.w.t dengan asbab perjuangan Nabi Musa a.s yang begitu kerdil bagi pandangan Firaun. 

Pada kisah Nabi Daud a.s melawan Jalut juga kita dapat lihat nusrah Allah ini. Ketika awal Islam Abu Jahal yg mempunyai pengaruh dan penyokong yang ramai pernah berkumpul untuk menghapuskan para sahabat pada ketika itu mempunyai bilangan dan kekuatan yang amat sedikit. Tapi mereka tetap tidak berjaya. Begitu juga ketika perang Khandak, nusrah yang tidak disangka2 dtg memusnahkan pihak musuh yg menyangkakan mereka sudah cukup kuat. Dua kerajaan yg paling digeruni oleh sebarang pemerintahan di zaman Umar r.a iaitu Rom dan Parsi dengan mudah berada di bawah tapak kaki Umar r.a. Apabila nusrah Allah turun menolong kita tiada siapa yang dapat melawan. Kerana ahli batil seperti sarang labah2.

Di zaman Sallehuddin Al-Ayubi, 14 negara Eropah bersatu melawannya. Mereka mempunyai segalanya tapi utk menjatuhkan Sallehuddin Al-Ayubi mereka gagal. Sallehuddin seorg yg sentiasa ada hubungan dgn kudrat Allah, tidak mungkin dpt dimusnahkan dgn sarang labah2. Pokoknya, ahli batil yg melawan kerja agama spt sarang labah2 tadi. Keupayaan kita hanya buat kerja bersungguh2 kerana itulah tugas kita. Menghadapi dan memusnahkan mereka adalah kerja Allah. Seperti semut di zaman Nabi Sulaiman a.s, dia hanya mampu berkata pada kaumnya “masuklah kamu semua dalam sarang masing-masing”. Semut mana ada kuasa menahan tentera Nabi Sulaiman a.s tapi kata2 ini didengarkan Allah pada Nabi Sulaiman dan kita hingga kini. Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yg amat istemewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yg dpt melawan dan org beriman berundur dgn hanya makan zikir dan tasbih. Allah zahirkan kudratnya hanya dgn labah2 yg kecil dijadikan asbab utk mengigit tengkuk2 mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Org beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah s.w.t hantarkan hujan dan banjir menghayutkan mereka ke laut. Inilah yg akan berlaku di akhir zaman nanti.

Amalan dakwah memisahkan hak dan batil spt air menghayutkan sampah, emas dari logam2 lain. Pekerja agama, jika wujud cinta dunia dlm hati mereka spt emas yg disaluti logam2 lain. Banyak masalah akan timbul. Allah s.w.t wujudkan dua kehidupan iaitu kehidupan dunia dan akhirat. Siapa yg taat di dunia akan ke syurga dan yang engkar ke neraka. Jalan yang di redhai Allah adalah jalan iman dan amal. Jalan yang dimurkaiNya adalah jalan yang sesat. Kehidupan di dunia yang menjalani jalan taat amat susah diikuti, itulah jln para nabi yg membawa ke syurga. Ia bertentangan dgn kehendak hati. Jln yg lurus ini mengikut kehendak Allah, tidak bebas, segala anggota mesti taat Allah. Ia seperti seorg pesakit yg taat doktor, segala arahan diikuti. Awalnya, mmglah sukar untuk makan ubat dan pantang yg diarahkan tapi akhirnya ia akan sihat. Amal ijtima’i rosak maka musibah ijtima’i akan menyusul. Begitu juga dgn kerosakan amal infradi, musibah infradi akan dtg. Amal ijtima’i rosak seperti Firaun yang mempunyai kerajaan yg besar akhirnya dimusnahkan bersama2 rakyatnya dlm laut. Tapi Qarun yg rosak infradinya sahaja, dimusnahkan Allah bersendirian bersama hartanya. Apa itu amal infradi? Iaitu setiap org mestilah taat hukum Allah. Allah akan anugerahkan nikmat secara infradi. Amal ijtima’i membawa maksud bawa ummat epd taat Allah.

Nikmat ijtima’i yang datang seperti pertama Khalifah (pemerintahan) di muka bumi, kedua suasana agama akan kekal dan ketiga suasana ketakutan akan ditukarkan pada suasana aman. Nikmat infradi pula bila kehidupan yang senang dan ketenangan hati akan wujud. Maksud Quran: “Zahir fasad atas muka bumi ini disebabkan oleh tangan2 manusia”.

Dakwah adalah amalan ijtima’i iaitu kita amal dan ajak orang lain pada amal. Seseorang yang amal agama sendirian akan menghadapi kesusahan. Setiap nabi tidak pernah buat kerja sendirian, sentiasa libatkan sahabat2 mereka. Untuk jadi doktor, satu tempat diperlukan untuk belajar, begitu juga agama, suasana itu penting. Mewujudkan suasana agama melalui dakwah memudahkan amal agama. Usaha dakwah seperti pembesaran sebtg pohon, sedikit demi sedikit. Enam sifat adalah sebahagian agama, utk memudahkan amal agama. Seseorang yang amal perkara mungkar akan berubah bila keluar jalan Allah. Walaupun amal mungkar tersebut tidak pernah disebut masa keluar, cuma enam sifat selalu dibincangkan. Kegelapan memerlukan sedikit cahaya untuk mengecam tongkat atau ular. Keduanya hampir sama. Usaha agama seperti lilin yang dipasang merata-rata dalam kegelapan itu. Maulana begitu gembira bila melihat orang Malaysia kerana ia akan teringat pada Imam Bukhari, katanya rupa kita sama dengan Imam, yang kecil2 dan mata sepet, hidung pun kemek. Usaha dakwah melibatkan amalan ijtima’i iaitu bawakan ummat kepada Allah dan amalan infradi iaitu setiap diri hendaklah diislahkan. Contohnya seperti tumbesaran sebatang pokok, asbabnya mestlah betul. Selagi tidak berbuah orang tidak yakin padanya. Buah mestilah manis, jangan warnanya hebat tapi mempunyai rasa yang pahit. Air untuk pokok itu umpama ta’alim. Baja umpama harta dan diri. Suhu sekitar adalah amalan tilawah Quran, zikir, menangis bersama doa. Akarnya pula kalimah tauhid. Dahan2 umpama solat, zakat dan haji.

Solat yg khusyuk mempengaruhi amal. Segala anggota mesti mengikut ketetapan masing2 dan mereka mesti bekerja sama. Ketetapan anggota seperti yg dilakukan Nabi. Contohnya dlm ruku’ tidak dibenarkan baca Quran selain bacaan yg dibaca Nabi. Hakikat amal bertujuan agar hati takluk utk laksanakan hukum Allah. Sentiasa lihat kehendak Allah dlm setiap keadaan. Umpama zakat, tetap dikeluarkan walau apa keadaan pun. Sesiapa tunaikan zakat Allah akan tumbuhkan dlm hatinya sifat utk korbankan harta dijalan Allah. Apabila suasana agama wujud kita akan sayangkan org2 kafir. Sentiasa fikir utk ikramkan mereka. Barulah wujudnya akhlak. Nabi wujudkan suasana memberi. Memberi adalah satu amalan yg berbuah. Silaturahim yg wujud dikalangan kerabat menghasilkan keberkatan rezeki dan umur. 

Apa itu keberkatan? Ia adalah kerja yg sepatutnya dibuat oleh 1000 org cukup diambil Allah dari satu org shj. Sifat memberi tadi akan menyatukan ummat tapi sifat meminta akan menyebabkan umat bergaduh, berpecah-belah. Dua sifat ini tidak boleh bertembung kerana mereka seteru besar. Bila menceritakan kehidupan akhirat cerita kanlah bersungguh2 seperti ianya wujud didepan kita. Bawalah org yg mendengar itu kpd suasana ini. Jgn biarkan cerita ini jadi bahan jenaka bagi mrk. Dalil2 akal dipaparkan Allah dlm Quran berkenaan tauhid (iman) dan risalat iaitu mukjizat para nabi. Apb Firaun melawan Musa a.s segala mukjizat Musa a.s diakui dlm hatinya oleh Firaun ttpi sifat keakuan telah menyebabkan ia menolak (Maulana baca ayat Quran). Apb Nabi Isa a.s menghidupkan org mati, mukjizatnya diakui oleh org Yahudi, itu adalah kurniaan dari Allah. Tapi kaumnya membuat penilaian yg salah. Yahudi mengatakan ia anak zina dan Nasrani pula menganggap dia anak tuhan. Dalil akal diwujudkan Allah tapi mrk tetap tidak menerima.

Apabila Nabi memberitahu hal-hal ghaib, kita mesti mempunyai keyakinan yang penuh. Seperti janji2 Allah, kubur, mahsyar, malaikat dan sbgnya. Amal buruk dan amal baik tetap memberi kesan. Suasana juga membentuk kita. Pengembala kambing selalunya lembut dan pengembala unta akan mempunyai sifat keras. Sifat mengambil akan membawa kepada amalan dosa. Mukjizat Nabi iaitu Quran diakui sendiri oleh Abu Jahal. Apa saja yang dilakukan kerabat Nabi dapat ditiru mereka tapi Quran sedikit pun kerabat Abu Jahal tidak dapat menirunya. Tapi ia tetap menolak dakwah Nabi kerana sifat assobiyyah. Sifat assobiyyah adalah sesuatu kebenaran yang kita akui kebenarannya tetapi tidak munasabah dengan kita lalu kita menolaknya. Kebatilan yang kita sedar tentang kebatilannya tetapi munasabah (sesuai) dengan kita terus diterima. Inilah sikap Abu Jahal. Dari segi tauhid Allah juga memberi dalil-dalil akal yang jelas dalam Quran (Ayat Quran dibaca). 

Allah jelaskan yang asal kejadian kita dari bahan2yang terpencar-pencar atas muka alam ini seperti tanah, air dan api. Dari bahan2 itu menghasilkan tumbuhan, binatang dan segala bahan makanan manusia. Makanan tersebut membentuk darah yg menjadi sumber tenaga dan kekuatan. Selepas mengalami beberapa proses dlm tubuh, darah tersebut bertukar menjadi air mani. Mani itulah mulanya kejadian manusia. Percantuman dua jantina memulakan riwayat kita. Dari mani terus kepada daging lalu tumbuhnya tulang temulang membentuk lembaga dari tahap ke tahap akhirnya ditiupkan roh oleh malaikat. Kejadian kita dalam ruang yang sempit iaitu diperut ibu dan suasana amat gelap. Dari situ kita dilahirkan. Mulanya digelar bayi seterusnya dewasa. Dari mana semuanya ini? Dari bahan2 yang terpencar-pencar seperti tanah, air, api, matahari dan sebagainya. Inilah asalnya manusia. Wujud jadi manusia akhirnya mati dimasukkan kembali dalam ruang yang sempit dan gelap iaitu kubur. Hancur kembali kepada kejadian asal. Semuanya dirakamkan di dalam Quran. 

Kerja dakwah adalah kerja ijtima’i yang dilakukan secara beransur2 utk menghasilkan keyakinan iman. Iman dibuktikan dgn kesempurnaan solat. Kelebihan solat ia dapat cegah fahsya’ dan mungkar, nusrah Allah akan bersama kita dan nur hidayat akan dikurniakan pada kita iaitu cahaya dalam kegelapan. Kefahaman akan diberi utk mengenali amal mana yg membawa kejayaan. Bila dibentangkan didepannya (buat pilihan) amal mana yg patut dikerjakan. Kita akan dpt membezakannya. Untuk mendapat hakikat ini dua amal mesti dikerjakan iaitu dalam solat hendaklah mencontohi solat Nabi dan tumpuan terhadap Allah mesti diutamakan ketika solat. Untuk mendapat tawajjuh dlm solat kerjakanlah amal tilawatul Quran, zikir dan doa. Hati akan takluk pada Allah bila kesempurnaan kalimah, solat, ilmu dan zikir.

Hakikat ikram datang bila dua kerja dijalankan. Pertama tidak mengambil hak orang lain iaitu sentiasa adilkan nisab. Tunaikan hak mereka. Ini dipanggil akhlak dan kedua simpati pada orang lain. Sentiasa baik pada orang lain. Berikan lebih dari haknya. Ini dipanggil ihsan. Allah amat menyukai kita ambil dariNya berikan pada manusia tapi akan dimurkaiNya sifat suka mengambil dari manusia.

Untuk mendapat hakikat solat:

1. Yakin kalimah datang dari dakwah dan korban.
2. Yakin yang betul dari ta’alim fadhail amal.
3. Tarekat yang betul dari ta’alim masa’il.
4. Tawajjuh dari zikir.
5. Ikhlas dari dakwah dan pengorbanan yang menghasilkan iman.

Ahli maksiat seperti kanak2 yang berlumuran dengan najis. Tangkaplah mereka, bersihkan najis tersebut, ibunya pasti gembira dan mendakapnya dgn kasih sayang. Utk mendapat hakikat ikhlas, buat kerja agama bersugguh2, korbankan dunia ini, pastikan kepunyaan kita sendiri. Jika korbankan org lain punya, satu masa nanti ikhlas akan tercabut. Dakwah Nabi Musa a.s tidak diterima Firaun walaupun ia mengakui kebenarannya. Nabi s.a.w tetap meneruskan usaha walaupun berbagai rintangan yang hebat dihadapinya. Syaitan akan ketawakan kita bila kita kata segala masalah yang besar dihadapi sekarang selesai barulah saya akan buat kerja dakwah sungguh2. Semua para anbiya a.s. menghadapi masalah yg besar ketika menghidupkan kerja ini. Nabi besar kita menghadapi 12,000 Yahudi menentangnya ketika dakwah dijalankan. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal dan wafat pada tarikh dan bulan yang sama. Sepeninggalannya, masalah yg besar tetap wujud sptikemurtadan, nabi palsu, ancaman Rom dan Farsi dan berbagai  masalah lagi. Utk mereka (para sahabat) yg ttp menjalankan kerja dakwah, masalah yg timbul menambahkan lagi kelazatan  iman mereka setelah bermujahadah. 

Dlm usaha agama akhlak itu amat penting. Kita dapat lihat dlm kehidupan sahabat. Tahun ke-6 hijrah iaitu ketika perjanjian Hudaibiyah termeterai bilangan sahabat hanya 1500 org shj. Tahun ke-8 hijrah ketika peristiwa Fatah Mekah bilangan meningkat ke 10,000 orang. Tahun kemuncak pada 10 hijrah ketika Haji Wida’ bilangan org Islam sampai ke tahap 124,000. Peningkatan yg begitu cepat adalah kerana org kafir tertarik dengan kemuliaan sifat sahabat. Selepas 3 bulan Haji Wida’, Rasulullah s.a.w wafat, umat Islam didatangi masalah baru dan besar iaitu nabi palsu, kemurtadan, keengganan bayar zakat dan ancaman dari Rom dan Farsi. Kabilah pendalaman yg murtad adalah dari golongan yg masuk Islam dgn mudah tanpa pengorbanan. Mudah masuk mudahlah keluar. Peristiwa Fatah Mekah, orang Islam memberi dua pilihan pada mereka iaitu terima Islam atau pun bayar jizyah. Bila mereka pilih utk bayar jizyah, mereka adalah rakyat pemerintahan Islam. Sahabat mempamerkan akhlak & mua'syarat yg begitu tinggi menyebabkan mereka menerima Islam. 

Org kafir dpt melihat perbezaan yg jauh antara kehidupan mereka dan para sahabat. Org Arab memahami bahasa Quran apabila Abu Bakar r.a membaca Quran di luar rumahnya, mereka mengerumuni nya dgn perasaan penuh kagum dan mula tertarik. Ini merisaukan pemuka2, mereka akhirnya meminta Abu Bakar r.a membaca Quran di dlm rumahnya. Nabi s.a.w selalu membaca Quran di rumahnya pada waktu malam dan bacaan itu menyebabkan Abu Jahal, Aknah Suraih dan Abu Suffian sentiasa mencuri2 dengar. Siangnya mereka menyeksa org2 Islam. Satu malam sedang mereka asyik mendengar Quran dialunkan Nabi, mereka telah bertembung dan masing2 menyalahkan satu dgn lain. Walaupun dlm hati mereka tetap tertarik pada keindahan Quran. Mereka berjanji tidak akan dtg lagi. Malam esoknya masing2 tidak dpt menahan rontaan hati supaya mendengar bacaan Nabi. Mereka pergi lagi dgn penuh hati2 tetapi bertembung lagi lalu berundur dgn muka malu.

Sebenarnya orang kafir menolak Islam kerana keakuan mereka. Apabila Nabi wafat, ramai yang murtad. Ajal yang sampai tidak siapa yang boleh lambatkan atau cepatkan. Kedegilan orang kafir, mereka sanggup beri maut tapi menerima Islam tidak sama sekali, begitu juga kita walau maut yang datang menerima kekufuran mereka, tidak sama sekali. Orang yang telah mati dapat melihat apa balasan amal mereka ketika di dunia. Ini telah dinyatakan dalam kitab-kitab yang diturunkan dari langit. Bersyukurlah kita tetap beriman walaupun setelah ribuan tahun ditinggalkan Baginda Nabi s.a.w. Kabilah yang murtad tadi, sebenarnya kabilah yang tidak banyak mengalami mujahadah. Jika sesuatu masalah atau rintangan datang dalam usaha, lihat kembali usaha yang telah kita buat sama ada betul atau sebaliknya, jika salah musibah yg besar akan dtg. Ini adalah usul. Zaman Umar r.a. harta halal datang melimpah ruah. Harta ini tidak menimbulkan masalah krn kehidupannya betul2 menyerupai Nabi. Harta ini dibelanja untuk ummat sahaja. Harta selalunya menumbuhkan penyakit cinta dunia, israf iaitu membazir, menuntut hak dan akhirnya melarat kpd pecah-belah. Abu Bakar r.a seorg yg lembut ttpi Umar r.a keras. Sentiasa hubungkan dua golongan ini. 

Kehidupan akan aman bila kita berebut utk jadi org bawahan. Si lembut dan si keras tadi umpama gigi dan lidah. Berada dlm satu mulut. Masing2 ada tugas dan sama penting. Penghubung antara mereka adalah seorang yang mempunyai maqam yang tinggi. Kemajuan akan datang pada kita bila sentiasa lihat kelemahan diri, menangis di depan Allah dan buat kerja dalam kebimbangan. Tapi orang yang mundur itu tidak buat kerja tapi inginkan nama. Kata hadrat Umar r.a, “Maqam kita di langit boleh dilihat dengan keadaan hubungan kita dengan saudara kita di bumi ini”. Setiap kita berbeza sifatnya. Ini kurniaan Allah s.w.t. Sabda Nabi, “Roh yg dikumpulkan dalam alam arwah ada kesesuaiannya antara satu sama lain”. Menolak hak itulah yg dipanggil assobiyyah. Masalah di zaman Abu Bakar r.a begitu besar. Fikirnya untuk selamatkan org2 yg telah murtad. Krn jika maut datang menjemput, masalah neraka akan mrk hadapi. Maka baginya tindakan terhadap mrk mesti didahulukan. Fikir Umar r.a pula mesti selamatkan Ummul Mukminat dulu. Lembut dan keras ini jika dihubungkan dgn baik, kebaikan akan terhasil.

Suatu hari seorang datang menghadap Abu Bakar r.a memohon tanah, setelah berbincang dengan hanya beberapa orang, Abu Bakar meluluskannya. Sehelai kertas tanda hak milik diserahkan. Pemilik tanah tersebut suatu hari menunjukkan surat itu pada Umar. Umar mencampakkan surat itu dengan mengatakan mengapa Abu Bakar telah membuat keputusan tanpa mesyuarat ramai. Pemohon tadi pergi menghadap Abu Bakar kembali dan menceritakan bantahan Umar. Kata Abu Bakar, “Mesyuarat tidak semestinya memanggil semua org, sebenarnya Umar lebih layak jadi khalifah tapi ia telah meletakkan tggjwb atas bahuku”. Masalah akan selesai bila keras dan lembut ditangani dgn hikmah. Org yg buat usaha agama jgn terlampau lembut atau terlalu keras. Lembut jgn sampai jadi malas. Satu kabilah dtg ke Madinah, mereka berkhemah di luar Madinah. Ketika itu zaman Umar r.a memerintah. Ia bimbang kabilah itu dirompak lalu Umar r.a sendiri yg pergi mengawalnya. Ia selalu membantu keluarga yg miskin sedangkan mereka pernah mengucapkan perkataan yg memarahi khalifah tanpa disedari yg membantu mereka pada malan itu adalah Umar sendiri. Umar r.a menangis bimbang ttg keadaan keluarga tersebut. Bagaimana ia hendak menghadapi soalan Allah s.w.t di akhirat kelak. Sekeras2nya ttpi wujud taqwa dlm kehidupannya. Keadaan yg baik wujud di bumi iaitu kita disukai oleh ahli bumi maka begitu jugalah pandangan ahli langit pada kita.

Satu masa di Madinah seorang yg jahat mati, penduduk Madinah gembira. Sabda Nabi, “Wajib neraka”. Seorang lain datang lalu memperihalkan tentang kebaikan yg pernah dia lihat dilakukan oleh orang tadi. Jawab Nabi, “Wajib syurga baginya”. Nabi ditanya maksudnya. Sabda Nabi, “Pada awalnya ia akan disiksa Allah tapi akhirnya Allah akan ampunkannya kerana kebaikan itu”. Umar r.a menangis ketika hampir wafat, bimbang jika ada org Islam yg tidak menyukainya. Saiyyidina Abbas menenang kan Umar, “Janganlah engkau bimbang, Nabi dan Abu Bakar menyenangi mu”. Dalam hadith ada tercatat dua azab yang hebat di akhirat kelak iaitu pembunuh unta Nabi Solih a.s dan pembunuh Saiyyidina Ali (Abdul Rahman Muljim). 

Abdul Rahman Muljim, zakirin sekalipun, kerana ia jadi asbab fitnah ia tetap disiksa. Saiyyidina Umar mati meninggalkan hutang 84,000 dirham, kesemuanya digunakan untuk masalah ummat, tidak untuk diri sendiri. Abu Bakar r.a banyak memberi tanggungjawab pada Khalid Al Walid, berbeza dengan Umar r.a sentiasa tugas diserahkan pada Ubaidah b. Jarrah. Masing-masing ada kesesuaian. Sebab itu zaman Umar menjadi khalifah, Khalid Al Walid dilucutkan jawatan. Diserahkan jawatan itu pada Ubaidah. Ketaatan boleh dilihat dalam kisah perbualan antara Umar yang disangkakan Al-Qamah dengan Khalid Al-Walid dalam kegelapan Madinah. Mereka tetap taat keputusan Amer dan banyak mendepankan kepentingan ummat dalam menghadapi fikir dan perasaan diri sendiri. Hingga kata Umar pada Al-Qamah, “Jika begini sifat org Islam maka Allah akan majukan ummat atas muka bumi ini”.

Umar r.a sentiasa melakukan penyelidikan utk kebaikan ummat. Sptikisah di atas. Malah ketika dia memerintah, sentiasa meronda melihat keadaan rakyat. Menyelidik keadaan ummat utk diselesaikan bukan utk menyalahkan dan memberi hukuman. Ini dipanggil tafaqqud, ia halal dan ibadat. Tapi mencari2 keburukan ummat bukan utk memajukannya tapi mengaibkannya adalah haram iaitu dipanggil tajassus. Maksud ayat Quran, “Barangsiapa membuat kebaikan akan dibalas di dunia dan slps mati nanti”. Maulana memberitahu untuk menjadi kaya semua orang tahu tetapi untuk mengetahui ia bakal susah atau senang amat sukar. Kehidupan baik di akhirat adalah satu kehidupn yg dipanggil kesenangan. Org yg melanggar perintah Allah akan susah di dunia dan akhirat. Dibangkitkan dlm keadaan buta. Ia buta kerana di dunia ia membutakan diri terhadap kebaikan yg dizahirkan padanya. Kerja agama itu mudah, jgn kita susahkan. 

Sebelum mati rukun-rukun iman mesti disempurnakan:

1) Yakin Allah: iman akan meningkat apabila kita memperkatakan dan mendengar kebesaran Allah. Untuk membuang kebesaran makhluk, korban hendaklah ditingkatkan.

2) Malaikat: yakin dengan nizam malaikat. Nizam ghaibi yang khilaf akan merosakkan manusia. Zaman Nabi, nusrah datang secara ghaib. Segala masalah dapat diselesaikan.

3) Rasul: persaksian pada Nabi sahaja dapat kejayaan iaitu setiap kehidupan Nabi s.a.w jadi contoh.

4) Kitab: menolak ilmu insaniah iaitu dari benda, saya dapat itu dan ini. Menerima ilmu ilahiah iaitu dari sifat mulia saya akan diganjari Allah.

5) Qiamat: membuang keyakinan dunia, menerima keyakinan akhirat. Akhirat lebih berharga dari dunia. Korbankan dunia untuk akhirat, jangan korbankan akhirat untuk dunia.

6) Qada dan Qadar: segala nikmat dan susah datang dari Allah. Kita redha denganNya. Usaha ditangan kita dan keputusan ditangan Allah. Takdir khilaf dengan syariat. Apabila takdir berlaku jangan lihat kesan yang timbul tapi lihatlah ini keputusan Allah.

Bagaimana Nabi Yaakub a.s dan anaknya Nabi Yusuf a.s. Ujian yang hebat dilaluinya. Inilah Ghaibul Nizam yang perlu kita yakini. Takdir Allah pada Nabi Yusuf khilaf dengan syariat. Ia dimasukkan ke dalam perigi buta, dipenjarakan dan menghadapi 7 tahun kemarau. Mulanya ia dijauhkan dari ayahnya oleh saudaranya yang dengki. Ini dimurkai Allah. Keputusan Allah, ia dibela Gabenor dan hidup senang. Isteri gabenor buat gara-gara, Nabi Yusuf difitnah. Seorang bayi yang masih menyusu dijadikan Allah hakim untuk membersihkan nabiNya. Bahagian mana yg koyak, itulah ketandaan siapa yg bersalah. Kebenaran menyebelahi Nabi Yusuf tapi org Mesir mula sangka buruk padanya. Allah membersihkan lagi nabiNya dengan majlis makan buah bersama-sama wanita-wanita Mesir. Setelah tangan dihiris, barulah mereka akui kejujuran Nabi Yusuf. Akhirnya Nabi Yusuf mengaku bersalah dari mengikut pujukan wanita itu dan dipenjarakan. Doa Nabi Yusuf , “Wahai Allah, jika Engkau tidak memelihara aku dari fitnah wanita ini, nescaya aku akan terpedaya dgnnya”. Pengajaran besar bagi kita, segala kebaikan yg dilakukan bukan dtg dari kita tapi dari taufiq Allah semata2.

Penduduk Mesir akui kesucian Nabi Yusuf tetapi dia tetap dipenjarakan. Takdir pada Nabi Yusuf khilaf dgn syariat keputusan Allah, 7 tahun Mesir kemarau. Nabi Yusuf tetap jalankan dakwah, mentauhidkan Allah yg satu. Mukjizatnya menafsirkan mimpi. Para banduan menyukainya. Suatu hari dua orang banduan bermimpi dan Nabi Yusuf menafsirkan seorang akan mati dan seorang lagi dipanggil raja. Sampaikan pesan pada Raja pinta Nabi Yusuf. Bila mengadap raja dan dibebaskan ia terlupa pesanan Nabi Yusuf. Satu hari raja sendiri bermimpi barulah bekas banduan tadi teringatkan Nabi Yusuf. Akhirnya Nabi Yusuf dapat keluar setelah menafsirkan mimpi raja dgn tepat dan dijadikan pembesar istana. Takdir saudara2nya khilaf dgn syariat maka tiada nusrah Allah. Nusrah Allah beserta dengan takdir Nabi Yusuf yang mengikut syariat. Apa sahaja dlm usaha agama boleh dirancang tapi lihatlah pertolongan Allah. Beriman kepada kehidupan selepas mati. Kehidupan itu tiada didepan kita. Maka untuk dptkan keyakinan kita hendaklah sentiasa cakap dan dengar ttgnya selalu. Kehidupan kita mestilah mengikut cara hidup Nabi dalam:

1.        Iman
2.        Ibadat
3.        Muasyarat
4.        Muamalat
5.        Akhlak

Dalam ibadat, solat paling utama. Iman 24 jam fardhu atas kita tapi solat hanya 5 kali sehari fardhu atas kita. Untuk peningkatan solat kerjakan di masjid dan sibukkan dengan solat nawafil. Kesempurnaan akan datang dalam solat apabila solat dikerjakan dengan mencontohi Nabi dan tumpuan terhadap Allah diutamakan. Tumpuan itu datang dengan tilawah, zikir dan sentiasa doa. Hubungan dgn Allah betul dan hubungan dgn makhluk juga mesti diambil berat. Iaitu sentiasa tunaikan hak makhluk dan kasihkan mereka semua. Bila wujud kasih sayang, ummat dekat dgn Allah. 

Ummat ini adalah ummat contoh. Bagaimana hendak wujudkan satu hati? Ia akan wujud bila perasaan keIslaman mengatasi puak. Allah juga ikramkan org beriman walaupun imannya sebesar biji sawi. Satu masa ia tetap dimasukkan dalam syurga. Nabi sentiasa ikramkan orang Islam. Pada Haji Wida’ sabdanya, “Mulianya orang Islam semulia Mekah dan Haji ini”. Hormat si pendosa kerana iman yang wujud dalam hatinya. Ia seperti anak yang berlumuran dengan najis. Ibunya akan bersihkan dan memeluknya dengan kasih sayang. Maksud ikhlas, kita buat apa sahaja untuk dapat redha Allah. Pengorbanan mewujudkan keikhlasan. Suasana hanya wujud dengan dakwah. Maksud hidup orang Islam hanya dakwah. Untuk maju dalam usaha mestilah pertama patuh mesyuarat, tinggalkan kepentingan diri. Allah gembira atas ini. Kedua sempurnakan solat, tilawat, tasbihat dan doa dan ketiga rumahtangga dan jual-beli mestilah bersih.

Paling minimum dakwah itu kita buat dan bawa orang lain pada apa yang kita buat. Hadzratji minta kita buat usaha dgn mudah dan keluar 3 hari sebulan, ajaklah orang pada ini. Disamping dakwah jangan lupa diri sentiasa mengikut syariat. Walau apa kesusahan yang bertimpa-timpa datang, Nabi tetap jalankan kerja dakwah utk selamatkan ummat dlm alam kubur. Agama yg sempurna dibawa Nabi mula beransur-ansur keluar dari kehidupan ummat hari ini. Hinggakan bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara. Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, mua’syarat, mua’malat dan akhlak segalanya mengikut ajaran Nabi s.a.w. Orang luar akan tertarik bila melihat cara hidup mereka. Dari jahilliah bertukar kepada kehidupan yang baik. Di depan rumah sahabat dibinanya sebuah rumah persinggahan yang kecil. Disediakan daging untuk musafir yang lalu. 

Setiap musafir yang lalu diminta makan dan minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat lihat kemakmuran masjid Nabawi. Diimarahkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari tempat lain. Seperti seorang dari tempat yang panas masuk ke tempat yang ada air-cond. Mahul masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid di atas muka alam ini ialah Masjid Nabawi dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Usaha jemaah masjid adalah untuk menghidupkan suasana dakwah. Dalam 2½  jam jumpa orang bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Akhir zaman ini kita tidak dituntut berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadith ada diberitahu, “Seorang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat ganjaran fadhilat 50 sahabat”. Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan:

1. Bertambah, 
2. Mencukupi, 
3. Doa menyelesaikan masalah benda

Dalam peperangan Badar sahabat dapat bantuan Allah s.w.t kerana sifat:

1. Sabar, 
2. Takwa, 
3. Doa dengan menangis

Bantuan ini tetap akan turun sampai qiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan Allah, ingin lihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah s.w.t menurunkan kekalahan pada pihak musuh:

1. Sombong dan bongkak, 
2. Bermegah-megah, 
3. Menghalang kerja agama seperti Badar

Sekarang pertolongan Allah s.w.t telah turun pada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan kaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk sifakir hanya sementara tapi untuk kerja agama ia akan berterusan.

Pertolongan akan diangkat Allah s.w.t bila ada:

1. Niat dunia
2. Kelemahan dalam syor
3. Wujud pecah belah
4. Orang tidak akan ikut

Ini terjadi dalam Uhud. Ia berkait satu dengan lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut serta, tapi 300 ada kepentingan lain. Golongan munafik diketuai Abdullah Ubai kembali ke Madinah. Jumlah tentera kafir, 3000 orang. Kekalahan sementara diterima oleh Islam kerana wujudnya golongan pentingkan dunia. Satu contoh seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan (antibiotik) dan sapu. Jika tidak sembuh juga doktor terpaksa bedah. Org yg berpenyakit rohani, Nabi s.a.w akan hantar sahabat utk dakwah. Dakwah seperti antibiotik, dakwah disertakan dgn akhlak. Akhlak umpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh terpaksa dibedah-potong, kalau tidak, berjangkit. Penyakit jasmani natijahnya adalah maut. natijah penyakit rohani pula ialah jahannam. Dlm jahannam mereka menjerit lalu ditempelak Allah s.w.t ttg dakwah dan ingatan yg diberi ketika didunia. 

Firaun dan kaumnya yg musnah dulu dihancurkan oleh Allah s.w.t sendiri. Allah sendiri yg jalankan operation. Sekarang Allah tidak akan jlnkan operation seperti dulu tetapi dijalankan secara beransur2. Ketika sahabat menghadapi penderaan kafir di Mekah mereka tidak mengambil tindakbalas kerana taat perintah Allah walaupun mereka kuat dan mampu.  Di Madinah barulah perintah jihad turun. Dlm perang Uhud tentera kafir hampir kalah, ghanimah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit. Amernya ialah Abdullah b. Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tersebut. Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah, bantu ringankan urusan mereka di bawah dan membantu memerangi musuh yang masih ada. 38 tentera Islam turun juga walaupun ditegah Amer. 

Arahan Nabi belum diterima untuk turun membantu mereka dibawah. Hanya tinggal 12 org tentera yg patuh pada Abdullah b. Zubair. Khalid Al-Walid ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Pasukan Islam kacau bilau diamuk tentera kafir yang dipimpin Khalid Al-Walid. Khalid hanya mengetuai 100 tentera kafir yang mencetuskan serangan itu. 70 orang sahabat telah syahid. Seorang musyrik bernama Abdullah Qaniah telah mensyahidkan gigi Nabi dan sempat memecahkan topi besi Baginda. Dalam kerja ijtima’i semua kita akan dapat masalah walaupun segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Nabi telah dihebohkan wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil sikap, Nabi syahid kita pun syahid atau kita tetap teruskan perjuangan (usaha). 

Inilah tahap Uhud iaitu kemenangan kemudian kekalahan sementara dan bantuan diangkat Allah dan kemudian bantuan datang kembali. Iktibar dari peristiwa Uhud ialah apabila seseorang yang beriman kotor dengan keduniaan, Allah s.w.t akan menapis untuk membuang kekotoran tersebut. Apabila bersih barulah bantuan Allah datang kembali. Jangan minta tapisan ini. Ini adalah ujian dari Allah. Mintalah afiat dari Allah s.w.t. Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah s.w.t. Untuk selesaikan khilaf  lihat pada diri sendiri. Salahkan diri sendiri. Rasalah diri ini amat kekurangan. Lemah dan bersalah. Sabda Nabi s.a.w, “Semua kamu adalah org yg bersalah”. Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi s.a.w secara terbuka. 

Sabda Nabi s.a.w, “Org terbaik antara yg bersalah ialah org yang bertaubat”. Satu hari seorang pendosa telah berdoa. Maulana ada dibelakangnya: “Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku sptianjing Ashabul Khafi. Org lain ada pelindung spt solat, ta’alim dan amalan baik yg lain. Aku tidak ada apa2. Wahai Allah, aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi”. Maulana mendoakan pendosa itu diblkgnya. Kata maulana dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat sombong dan takabbur. Paginya ia telah buat pengakuan depan majmak ia telah bertaubat. Maulana minta ia keluar 4 bulan utk kekalkan perasaan ini. Ia jegil pada maulana, saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yg lalu. Selang beberapa lama, Maulana didatangi seorg yg berjanggut panjang dan nampak spt org lama. Dia memperkenalkan dirinya dan berterimakasih pada maulana kerana tashkil dia keluar. Skrg dia ada buat perniagaan kecil2an dan pendapatan itu cukup utknya.

Dalam Uhud Allah bersihkan org yg ada cinta dunia. Allah uji untuk tingkatkan iman mereka dan darjat dinaikkanNya. Orang beriman dan tak beriman sama-sama susah tapi kesusahan orang beriman adalah menafaat. Orang tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Sama-sama mati tapi berbeza iaitu kejayaan dan kegagalan. Dalam usaha sama2 buat usaha samada ikhlas atau pun tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan. Dgn sendirinya yg tidak tulin akan diketepikan. Org tidak tulin ini suka duduk tepi2 berhampiran dgn lorong2. (Maulana baca ayat Quran) Bila nikmat dtg, merekalah yg paling heboh tapi bila ujian tiba mereka cepat2 lari ke lorong2 tadi. 

Ujian Allah ttp akan dtg utk menghasilkan yg benar2 tulin. Bagi syor, taat keputusan mesyuarat, jgn masukkan kepentingan diri dalam syor kita. Zumindar jangan seperti pemerintah dan jangan sekat awal2 lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut. Dlm suasana yg berbeza usaha agama dibangkitkan. Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk seluruh alam. Masa yg singkat tapi medannya amat luas. Sahabat adalah golongan awal utk dijadikan contoh tauladan. Setiap yg ada kalimah mesti membawa kerja ini keseluruh alam. Nabi adalah contoh terunggul pada kita. Maksud khilafah, “Menyambung usaha Nabi dgn cara Nabi s.a.w”. Khulafa Rashidin menjlnkan kerja agama mengikut cara Nabi s.a.w berdasarkan tiga petunjuk iaitu Al-Quran, Al-Hadith dan kehidupan para sahabat.

Nabi s.a.w bersabda, “Ummatku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu akan ke syurga”. Siapa mereka yang akan ke syurga ? “Siapa yang mengikuti aku dan sahabat ku”. Semua mengaku merekalah yang sedang menuju ke syurga. Jangan kita cakap orang dakwah sahaja yang masuk syurga. Seorang yang tidak pernah keluar tapi amal agama, ia tetap ke syurga. Jgn dakwa kita akan ke syurga. Kita hendaklah sentiasa rasa bersalah. Org yg selalu rasa betul akan rosak. Nusrah Allah hanya turun bila ada sifat sabar, taqwa dan doa. Dalam peperangan Khandak, semua orang berpakat untuk musnahkan Islam. Kesatuan hati dan amal yang betul menyebabkan Allah s.w.t turunkan angin kuat mengalahkan kafir. Bila hampir perjanjian Hudaibiyah, Islam dianiayai lagi. Usman r.a yang dihantar ke Mekah dikatakan telah dibunuh. Nabi dan sahabat berjanji setia akan mengambil tindakbalas. 

Pemuka Mekah bimbang dengan kekuatan Islam lalu datang memeterai perjanjian Hudaibiyah yang nyata berat sebelah. Umar r.a begitu marah dgn keputusan itu ttpi kerana taat Nabi, ia tetap akur. Nabi cukur kepala dan para sahabat mengikutinya. Mencukur dlm kepanasan hati sehingga darah yang menitis dikepala tidak disedari mereka. Darah dari kepala mengalir dan bercantum dengan linangan air mata para sahabat. Hati-hati para sahabat hancur dengan keputusan Hudaibiyah. Tapi ketaatan mengatasi runtunan hati mereka. Selepas perjanjian itu gencatan senjata diistiharkan. Orang Islam dapat berhubung dengan orang kafir. Mereka mula tertarik dengan cara hidup Islam lalu terus memeluk Islam. Dalam umrah yang pertama, mereka menakluk Mekah tanpa membelanjakan setitis darah pun. Usamah b. Zaid r.a bersama 3000 tentera ke Syam atas arahan Nabi s.a.w ketika itu dalam kegeringan. Ditengah perjalanan mereka mendapat khabar kewafatan Nabi s.a.w. Terhentilah sekarang pintu kenabian. Zaman Nabi fikir paling tinggi.

Contohi zaman ini iaitu zaman khalifah iaitu Khulafah Rashidin. Zaman Abu Bakar r.a fitnah dtg 4 penjuru bilamana pertama ancaman Rom Kaisar merancang utk menyerang Madinah. Keduanya Musailamah Al Kazzab, nabi palsu. Ramai yg baru masuk Islam terpengaruh. Mereka bimbang dgn kuasa2 besar yang mengancam Madinah. Ketiganya Samiyyah, perempuan mengaku nabi. Ramai juga terpengaruh kerana Musailamah mengahwininya. Nabi palsu lelaki kahwin dgn nabi palsu perempuan dan keempat kemurtadan dari penduduk pendalaman dan keengkaran bayar zakat. Abu Bakar r.a ambil cara Nabi s.a.w utk selesaikan masalah. Nescaya nusrah Allah s.w.t turun. Mereka yg murtad diminta taubat dan mesti memerangi Musailamah Al Kazzab, barulah taubat mereka diterima. Zaman Umar r.a dunia halal dtg mencurah2 kpd sahabat. Mereka dpt kemuliaan. Satu kaedah ditunjukkan oleh Umar r.a utk tangani keadaan ini. Org disekeliling Umar adalah mukhlis tapi ada segolongan yg ada kepentingan. Mereka campur dlm golongan mukhlis tadi. Zaman Umar pertelingkahan wujud antara org2 yg mukhlis kerana org2 yg berkepentingan merasuk dikedua belah pihak.

Suasana zaman Khulafak Rashidin:

1. Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq- zaman fitnah.
2. Sayyidina Umar Al Faroq- zaman melimpahnya harta dan kemuliaan.
3. Sayyidina Usman Affan- zaman peperangan antara orang-orang yang mukhlis.
4. Sayyidina Ali Karamallah- zaman turutan dari zaman Usman malah teruk lagi.

Dalam suasana manapun usaha mesti diteruskan. Sabda Nabi s.a.w, “Syaitan amat kecewa pada haji Wida’ kerana mereka semua Islam, tapi ia tetap bangun”. Jangan lihat masa atau keadaan, baru hendak buat usaha. Pedulikan, terus maju seperti tidak ada apa-apa. Suasana sekarang, orang lain tidak ikut usul, aku tetap akan ikut usul. Jangan berhenti dari usaha. Kecewa tidak sekali-kali. Sentiasa muzakarah dengan orang tanggungjawab. Buat usaha sampai mati, sampai mati dalam buat usaha.

Zaman Abu Bakar, lima perkara dilakukan apabila takazah/hukum Allah datang:

1. Korbankan harta
2. Keluarga korban atas maksud agama
3. Terus bertindak jangan tangguh-tangguh lagi
4. Buat tanpa kepentingan lain
5. Yakin dengan kerja yang tidak langgar usul Nabi.

Para sahabat minta Abu Bakar r.a tahankan jemaah Usamah b. Zaid. Ia tetap teruskan. Katanya, “Nabi sambil kepala diikat keuzuran memutuskan jemaah ini maju, aku yakin ada kejayaan dlm perintah itu walaupun terpaksa menghadapi kesusahan pada awalnya”. Sahabat2 memberitahu itu dulu, zaman Nabi, aman, sekarang kacau bilau sedang melanda. Marilah kita mesyuarat, bukankah ada Quran? Abu Bakar jawab, “Hal terang tidak perlu dimesyuaratkan lagi, spt solat adakah kamu hendak mesyuarat dahulu”. 300 orang tentera dapat dikumpulkan. 150 orang tentera pergi memerangi Musailamah. Selebihnya berada di Madinah. Dua keadaan bakal wujud jika Madinah diserang, Ummul Mukmimat akan syahid dan jika golongan murtad dibiarkan begitu dan mati dalam keadaan murtad, neraka akan menunggu. Abu Bakar memilih untuk menyelesaikan masalah orang-orang murtad. Tentera yang di Madinah dihantar atas maksud itu. Bila jemaah dihantar tanpa memikirkan hal-hal lain, walaupun sahabat-sahabat lain begitu bimbang, nusrah Allah akan dtg. Semua takazah mesti dipenuhi ttp bersandarkan syariat. Pengorbanan mengikut syariat, jika tidak syaitan menipu kita. 

Bagaimana Umar r.a menyelesaikan masalah fitnah di zamannya? Lama-kelamaan dunia yang datang akan beransur-ansur masuk dalam hati orang-orang yang mukhlis. Pada perang Badar, pernah berlaku ghanimah menjadi kekhilafan golongan tua dan muda. Kata kaum tua, “Kerana fikir kami tadbir perang ini menyebabkan kemenangan kita”. Jawab kaum muda, “Tanpa kekuatan kami peperangan ini tidak akan kita menangi”. Masing2 menuntut hak. Umar r.a ambil satu tindakan yang bijak. Walaupun harta datang melimpah-ruah, kehidupannya dan orang2 yg rapat sentiasa sederhana. Seperti dulu2. Dlm penggunaan harta, Quran dan Sunnah didepankan. Tiada langsung untuk kegunaan diri sendiri. Zaman Usman r.a, pemberontak menuntut dia meletakkan jawatan. Orang2 mukhlis memohon untuk memerangi mereka. Ada dua pilihan, Sayyidina Usman r.a letak jawatan atau perang. Usman r.a tidak akan letak jawatan kerana ia teringat sabda Nabi, “Wahai Usman, akan tiba satu masa nanti mrk akan cuba menanggalkan pakaian kamu maka jgnlah kau mengikuti kata2 mereka itu”. 

Usman faham pakaian itu bermaksud jawatannya skrg walaupun ia difitnah mengatakan ia mengutamakan keluarganya. Bila ikhtilaf dtg, ambil sikap sabar dan tahamul, jgn letak jawatan. Pada zaman Sayyidina Ali r.a, masalah sama wujud, golongan berkepentingan makin banyak menyebabkan masalah2 timbul dikalangan org yg ikhlas. Muawiyah menentang Ali. Dlm peperangan Siffin, meragut 100,000 nyawa org Islam - syahid, bila Allah putus turunnya fitnah. Berhati-hati jangan sampai fikir kita jadi asbab fitnah. Ali r.a amat berduka cita dengan perang saudara yang berlaku, ia menangis malam2 seperti seorang yang disengat ular. Zubair menentang Ali. Suatu hari mayat Zubair dibawa depan Ali. Kata pembunuh Zubair, “Ini adalah mayat musuhmu”. Sahut Ali dgn nada amat sedih sabda Nabi, “Pembunuh Zubair adalah ahli neraka”. Ali tidak dipengaruhi sifat assobiyyah. Assobiyyah bermaksud siapa buat salah kita lindungi kerana ia dari golongan kita. Ali menangis di sisi jenazah Zubair katanya, “Alangkah baiknya jika Ali tidak ada pada masa ini”. Muhabbat tetap wujud walaupun mereka berperang. Tentera makan bersama pasukan Muawiyah tapi solat dibelakang Ali. Bila ditanya mengapa begini? 

Mereka menjawab, “Solat dibelakang Ali kerana solatnya khusyuk kata Nabi tapi mkn di tmpt Muawiyah kerana makanan disitu sedap”. Ali dan Muawiyah selalu berkata, “Peperangan antara kami bukannya jihad tetapi hanya satu pertentangan pendapat sahaja”. Bila orang beriman bertelagah, Allah amat gembira jika wujud pendamai antara mereka. (Maulana baca ayat Quran). Perangilah mereka hingga mereka kembali mentaati amer waqt dan jangan caci maki bila mereka telah bertaubat. Selepas zaman khulafak Rashidin, wujud sistem raja iaitu zaman Muawiyah. Satu kisah tentang harta ijtima’i: Muawiyah berkhutbah katanya, “Harta baitulmal adalah harta saya, saya boleh gunakan, siapa pun tidak berhak menghalang”. Siapa pun tidak memberi komentar apa-apa. Setiap kali berkhutbah ia akan ulangi kata-kata itu. Kali ketiga ia berkhutbah selepas mengulangi perkataan tadi bangun seorang tua, “Wahai Muawiyah, harta itu adalah hak org ramai, kau tidak boleh gunakan satu dirham pun tanpa mesyuarat”. Muawiyah begitu sukacita dgn teguran itu.

Barangsiapa faham tapi membiarkan org melakukan dgn tidak betul ia telah melakukan satu pengkhianatan kerana tidak beri faham. Muawiyah teringat sabda Nabi, “Raja yg membelanjakan harta tanpa mesyuarat dan tiada seorg pun menegurnya akan masuk neraka”. Peristiwa tadi meyakinkan Muawiyah ia akan terselamat dari api neraka. Maulana menceritakan satu perjumpaan org2 lama diadakan, 1500 orang Arab telah hadir. Maulana memberi bayan ttg Khulafak Rashidin. Ia tanya org2 Arab, zaman ini zaman apa? Ada yg jawab zaman ini zaman Faroqi, Osmani dan Ali dgn alasan keadaan ketika itu sesuai dgn zaman skrg. Kata maulana, “Zaman ini adalah zaman Siddiqi”. Fitnah tersebar di merata-rata. Tindakan yang perlu kita ambil contohi tindakan bijak Abu Bakar r.a menangani fitnah dari segenap penjuru itu. Tindakan mengeluarkan jemaah utk wujudkan suasana iman. Keluarga Nabi s.a.w menderita atas maksud ini. Lihat penderitaan anakanda Nabi s.a.w, syahid keguguran ditombak kafir. Dia adalah Zainab Al Kubra. Hijrah keseorangan dengan membawa perut yang sedang mengandung. Dalam liang kubur Nabi berdoa, “Wahai Allah jika Engkau azabkan ia dlm kubur ini bagaimana ia dpt menanggungnya kerana ia amat lemah”. Selepas itu,Baginda tersenyum. 

Seperti juga zaman Siddiqi, ia rela lihat keluarga Baginda Nabi s.a.w syahid, tapi untuk melihat agama berkurangan tidak sama sekali. Maulana membaca ayat Quran yang memperihalkan bagaimana Allah s.w.t kasihkan kita dan kita akan dapat mengasihani Allah s.w.t iaitu hendaklah mengikut sunnah dalam segala hal. Sunnah terbesar ialah dakwah. Sahabat buat usaha dakwah dari mula hingga akhir. Untuk amalkan Quran, Hadith dan kehidupan sahabat, mestilah beransur-ansur. Kita mesti bersedia dan menyediakan orang lain untuk amal agama. Dakwah kalimah dan ta’alim seperti zaman Nabi. Halaqah ta’alim dibuat oleh adik ipar Umar, Kabab. Zikir dan tilawah Quran juga sentiasa dihidupkan. Sifat ikram hidup di kalangan mereka lalu wujudlah kesatuan diantara kabilah. Ini dipanggil ijtimai’yah. Contoh bagi org lain. Usaha dakwah disebarkan keseluruh alam. Disamping amalan zahir seperti Quran, zikir dan doa. Dlm kerja ini duit atau kebendaan tidak diperlukan. Duit sentiasa dikeluarkan. Kita yakin dgn khazanah yg ditunjukkan Allah s.w.t pada Nabi s.a.w. Utk tunjukkan khazanah ini Allah s.w.t jemput Nabi s.a.w ke langit utk terima solat.

Kerja ini hendaklah dibuat dengan ikhlas tanpa talab dunia. Nabi engkar bila bukit hendak ditukarkan jadi emas. Kerana Baginda s.a.w yakin kekuatan yang menghancurkan Firaun bukan datang dari kebendaan. Kita belum berjaya jika enam sifat belum ada dalam setiap individu. Pada tahap Mekah ia (enam sifat) wujud secara infradi sebaliknya di Madinah kewujudannya secara ijtima’i. Apb Nabi s.a.w hijrah Baginda hidupkan kerja secara ijtima’i. Bila wujud enam sifat, kekuatan amal agama akan terbit. Tidak perlu cakap banyak, begitu mudah mereka taat. Kerja ini ijtima’i. Wujudkanlah suasana kasih sayang. Usuli dengan kasih sayang dan tidak membuka kesalahannya. Keputusan mesyuarat jangan sekali-kali ditambah. Ikut dengan betul. Bila usaha telah mula tersebar semua kita perhatikan istiqlas iaitu buat kerja dengan usul yang telah ditetapkan. Jangan kesana-sini mencampuri program orang lain (usaha lain). Jangan sibukkan diri untuk beri mereka faham usaha kita. Doakan sahaja untuk mereka. 

Untuk kemajuan usaha, kita mesti sentiasa bersatu dan mempunyai hubungan rapat dengan org-org tua kita. Maka hanya dengan sedikit kerja menghasilkan keberkatan. Zaman Umar r.a, orang bawahan begitu rapat dengan pihak atasan. Tapi zaman Usman dan Ali r.anhum hubungan antara sahabat agak renggang dan jurang perbezaan antara orang atasan dan bawahan begitu ketara. Zaman Abu Bakar dan Umar, para sahabat banyak buat usaha agama. Tapi zaman Usman dan Ali banyak orang baru. Kerana ramai sahabat yang syahid dan banyak negara dibawah Islam, rakyatnya memeluk Islam. Bila ijtima’i kurang, kesan sampingan mula wujud. Kesan ijtima’i, iaitu Allah akan campakkan kegerunan dalam hati musuh. Kelemahan ijtima’i mewujudkan kelemahan jemaah dan kegerunan dalam hati musuh dicabut Allah. Maksud Quran, “Jangan kamu bertelagah sesama kamu, bila ini wujud hilanglah kekuatan kamu”.

Karkun tempatan, negeri dan negara akan satu hati bila diadakan mesyuarat. Kita hendaklah merasa kerdil dalam usaha ini. Sebuah khemah telah dibina di Turki, komandernya adalah Salman Bahily. Ada 1000 orang tentera. Orang Turki begitu gerunkan mereka. Org Turki mempercayai org2 Islam tidak mati, jika mati pun akan hidup balik. Ketika itu mereka belum Islam lagi. Allah telah wujudkan kegerunan dalam hati mereka. Suatu hari seorang sahabat telah ditangkap dan dibunuh. Mereka lihat orang Islam tidak hidup balik sebagaimana yang diyakini mereka. Lalu terus khemah orang Islam diserang. Bilangan Islam yang begitu sedikit mengalami tekanan yang amat hebat. Salman Bahily menadah tangan ke langit memohon doa. Tiba-tiba datang suara dari langit, “Bersabarlah org2 yg bersama Salman, kamu akan syahid”. Ini berlaku zaman Usman r.a, ketika ini nusrah tersekat akibat hubungan yang jauh antara sahabat dan org atasan. 

Zaman Abu Bakar dan Umar wujud juga pertelagahan tapi mereka sedia bertolak ansur. Di kalangan kita bermacam-macam niat wujud dalam buat usaha agama. Ini kerja Allah, jangan kita sibukkan diri untuk memeriksa niat orang dan menjatuhkan hukuman. Kehidupan dunia dan akhirat yang tidak baik akan timbul pada mereka yang bawa masalah dalam usaha ini. Dengan berkat usaha ini Allah campakkan sifat sayang dalam hati orang lain pada kita. Usaha lain akan datang kaitkan kita dengan janji-janji jawatan jika ikut usaha mereka. Jangan campur adukkan usaha. Tetap majukan usaha kita. Jika berundur ke lain usaha, Allah akan persoalkan org2 yg kita tashkil dan didik dengan tertib ini. 

Zaman Umar, harta halal datang melimpah ruah. Ia sentiasa targhib tentang hidup sederhana. Satu hari anaknya jemput makan. Dijamunya daging dan ghee (minyak). Umar terpaksa menolak kerana ada dua mata dalam lauknya. Kata anaknya, “Saya tidak berbelanja lebih hanya dua dirham seperti hari-hari yang lain, cuma saya tambahkan lauknya sahaja”. Jawab Umar, “Alangkah baiknya jika wang sebanyak itu kau gunakan untuk sebarkan agama ini”. Inilah kesederhanaan hidup Umar. Zaman Umar dan Abu Bakar, rakyat memang hidup serba sederhana. Sebaliknya zaman Ali dan Usman, rakyat mula hidup mewah. Usman tidak menyangkal hal ini kerana baginya itu adalah jais (harus). Walaupun ia sendiri begitu sederhana spt sahabat2nya yg lepas. Masjid Nabi, mimbar ada tiga anak tangga. Nabi selalu berkhutbah pada anak tangga yang pertama. Di zaman Abu Bakar, ia ambil tangga kedua dan Umar pula tangga terakhir. 

Tapi apabila tiba zaman Usman ia naik kembali ke tangga atas yang digunakan Nabi untuk berkhutbah. Baginya adab telah pun ditunjukkan oleh dua sahabat yang terdahulu tapi cara itu pun jais (harus). Org ramai mula bercakap dibelakang Usman tentang tindakannya naik ke atas itu. Sebenarnya tindakan Usman ada hikmahnya, jika ia ikut turun seperti sahabat yang terdahulu ia terpaksa berkhutbah atas tanah. Bila tiba giliran Ali lubang terpaksa digali untuk baca khutbah. Bagaimana dengan zaman kita? Buat usaha tempatan dengan mudah, sederhana, niat seluruh alam dan mesyuarat. Dalam mesyuarat jangan bagi syor dengan gaya menggugut, memotong cakap orang lain dan elakkan syor yang terselitkan kepentingan diri. Zumindar hormati setiap syor walaupun syor itu akan ditolak. Usahakan wujud satu hati. Akhir mesyuarat jika keputusan berlawanan dengan kehendak hati kita amalkan juga dengan jiwa dan raga. Tambahkan korban sedikit demi sedikit. Disamping jangan tinggal t/jawab keluarga. Suatu hari seorang sahabat jumpa Nabi, Bolehkah saya berhutung utk beli alat kelengkapan perang?” Tanya Baginda, “Bagaimana kamu akan membayar hutang kamu itu?” Jawab sahabat itu,“Bila memperolehi ghanimah, saya akan membayarnya”. Nabi terus benarkan.

Sentiasa berdoa dalam buat kerja supaya fikir dan risau Baginda Nabi s.a.w wujud. Nabi s.a.w menerima berbagai penganiayaan dalam penyebaran dakwah. Tapi Baginda tetap teruskan usaha kerana ingin selamatkan akhirat mereka. Baginda menelan penganiayaan mereka kerana ingin selamatkan ummat. Dulunya Baginda ditolak oleh org kafir kerana agama tapi kini kita menolak Baginda kerana agama. Bila risau Baginda wujud dalam sanubari kita, usaha yg berdikit-dikit itu akan diterima Allah. Contohnya, seorg isteri terlantar sakit kanser usus. Sang suami pasti risaukan isterinya dan siapa yg akan menjaga anak2nya. Kini agama beransur2 keluar dari ummat. Tidak kita risaukan walaupun sekadar risau seorg suami tadi? Firaun asalnya seorg pencuri kain kafan. Dari kaum Khibty, golongan berdarjat di masa itu. Mereka menzalimi kaum Nabi Musa a.s. Musa memberitahu bersama2nya ada kebesaran Allah. Ditunjukkan mukjizatnya sbg bukti. Ahli sihir Firaun begitu kagum kerana mereka adalah ahli sihir yg terhandal pada masa itu. Apa yg dipertontonkan Musa bukanlah satu sihir ttpi satu kuasa yg lebih agung. Justeru itu mereka terus beriman. Firaun begitu murka dan buat keputusan utk membunuh Musa. Seluruh isi istananya di dakwah oleh Musa. Barangsiapa yg beriman dan zahirkan keimanannya akan disiksa dan dibunuh dengan kejam. Musa menjalankan kerja dakwah seorang diri. Firaun tetap dengan keputusan tidak akan masuk Islam. Bila kita cakap pada seseorang ia tetap berdegil, macam Firaunlah org itu.

Nabi Musa telah menumbuk mati seorang Khibty lalu ia diperintahkan Allah pergi ke satu tempat. Firaun begitu murka dan memerintahkan bunuh semua Bani Israel. Kesan dari sesuatu itu biasa sahaja tapi jika memecahkan satu hukum Allah, itu adalah satu kesalahan besar. Jika empat penjuru datang musibat sentiasa minta tolong dari Allah (doa), sabar dan solat. (Maulana baca ayat Quran tentang solat dan sabar). Pertolongan pasti akan datang. Terkadang kerajaan akan diberi pada orang yang berakhlak buruk. Nabi Musa, Allah perintahkan doa dan sabar. Terkadang bila menghadapi musibat kita ambil keputusan jumpa orang besar yang berakhlak buruk untuk cari penyelesaian. Sedangkan solat dan sabar dituntut Allah. Allah tetapkan hukuman untuk mujrym (ahli batil) besar atau mujrym kecil. Bani Israel melakukan kesalahan kecil, mereka dihadapkan kepada mujrym besar iaitu Firaun. Mereka merayu Nabi Musa, “Kami dulu tidak mentaati kamu, sekarang bila kami taat pun kami dapat susah”. Hakikatnya org yg taat tetap memperolehi kesenangan dan org mujrym ttp susah akhirnya. Kesusahan dan kesenangan boleh dtg juga pada yg taat di dunia ini. Org engkar mulanya senang tapi berakhir dgn kesusahan. Org taat memperolehi nikmat, satu tanda keberkatan sebaliknya penderhaka dpt nikmat, satu pembukaan pintu neraka.

Seperti makanan dalam perangkap tikus. Nikmat bagi orang mujrym macam tikus yang menyangkakan makanan itu untuk kebaikannya. Org bila dapat kesenangan, disangkakan itulah nikmat yg sebenarnya. Tapi itu adalah perangkap. Kesusahan dalam makanan itu wujud tapi tikus (mujrym) mengatakan nikmat.Tamsilan Maulana, dalam amalan buruk walaupun nampak semacam ada kenikmatan pada zahirnya, tapi bila kita amalkan amalan tersebut, kita akhirnya ditimpa kesusahan, susah dunia dan akhirat. Dalam neraka badan kita dibesarkan, setiap inci diri kita akan rasakan kepedihan api neraka. Kata orang jahil, mana ada azab kubur atau azab akhirat? Macam tikus tadi, tidak nampak langsung kesusahan dlm makanan. Dia makan sedikit demi sedikit, nikmatnya makin terasa. Akhirnya dtg satu suara, terhambur makanan dari mulutya. Ia kaget, cuba lari tapi dilanggarnya jaringan besi. Ketakutan menyebabkan ia tidak nampak jaringan yang menyebabkan hidungnya berdarah. Allah tunjukkan pada Baginda Nabi s.a.w kenikmatan syurga dan neraka, dizahirkan ghaibul nizam. sahabat kata, “Walaupun syurga dan neraka diletakkan didepan kami, Iman kami tetap tidak berganjak”. 

Org beriman yakin dgn janji Allah. Belanja kan segalanya untuk Allah. Tikus tadi tidak yakin musibah akan datang, akhirnya ia menangis keseorangan. Maksud Quran, “Telah Kami nasihatkan padamu setiap perkara, Kami telah bukakan pintu nikmat padamu. Atas nikmat2 yang Kami kurniakan, mereka gembira, tiba-tiba Kami tangkap mereka dan terpinga-pinga”. Pada orang beriman, kesusahan ada keberkatan dan nikmat dari bumi dan langit. Pendapatan mereka ada keberkatan, sedikit pun mencukupi. Keberkatan dalam harta seperti harta banyak, kerja diselesaikan dgn mudah dan harta tidak ada langsung, tapi masalah dapat diselesaikan jua. Kesusahan adalah satu mujahadah. Untuk tunaikan segala kehendak Allah, org beriman akan mengalami ujian.

Bagi orang mujrym, kesusahan adalah azab dari Allah. Kesusahan di akhirat amat besar, di dunia ini ia kecil sahaja. Kesusahan sakaratul maut adalah amat besar. Contoh: Lampu traffik, bila merah semua akan berhenti, kita lihat jalan lain tak ada kenderaan, terus kita pecut tanpa menghiraukan lampu amaran tadi. Kita tidak nampak bahayanya. Diseberang sana polis menunggu. Kita tidak boleh undur lagi, alasan tidak akan dia terima kerana semua orang tahu lampu amaran itu. Pasti saman. Manusia mujrym, bila mati akan minta  dilahirkan balik. Tapi Allah tidak akan endahkan, kerana di dunia telah diberi ingatan demi ingatan. Mereka tetap berjanji dan merayu. Maksud Quran, “Wahai manusia, qiamat nanti satu gempa yang dashyat berlaku, orang menyusu tercampak anaknya, yang mengandung keguguran. dan kamu seperti kapas berterbangan”. Di dunia ini mujrym dapat musibah adalah satu azab, bagi yang beriman itu adalah mujahadah. Nikmat bagi mujrym ialah abwat tapi nikmat bagi yang beriman satu keberkatan. Nikmat di dunia buat orang beriman umpama burung kakak tua dalam sangkar. 

Orang mujrym seperti tikus dalam perangkap. Kita boleh lihat seorang pesakit dibedah doktor dengan pisaunya untuk kesembuhan. Allah lakukan begini untuk orang beriman. Pisau juga boleh digunakan buat membunuh orang. Beginilah untuk orang mujrym. Kesusahan dan mujahadah, hidayat akan tersebar. Allah janjikan kesenangan dunia dan akhirat. Sabar dalam kesusahan seperti yg berlaku pada sahabat. Nusrah Allah akan tiba menyelamatkan. Contohnya spt mereka menyeberangi sungai tanpa jambatan, dgn laungan takbir bergegar istana Kaisar, Umar memberitahu Sariyah ttg musuh dibelakangnya walaupun jarak mrk begitu jauh, menunggangi binatang buas dan berbagai lagi nusrah Allah kad para sahabat. Pertolongan ghaib sekarang pun boleh datang. Bani Israel pernah berkata pada Nabi Musa, “Dulu kami susah, bila kami ikut kamu kami makin susah”. Bila mereka menghadapi tentera Firaun dibelakang dan laut di depan, mujrym kecil diserahkan Allah pada mujrym besar. Harta yang banyak belum tentu berkat. Seperti seorang pahlawan yang besar, badannya berparut dan dalam kesakitan dan seorang pahlawan lagi kecil tapi sihat. Mereka tetap tidak sama. Bila Firaun buat kerosakan, Allah jalankan operation. Tidak berbaki lagi.

Kebaikan ada dua keadaan:

1) Amal Imaniat: belum tentu diterima atau ditolak Allah. Spt amalan baca Quran, zikir. Jika ikhlas akan diterima.

2) Sifat Imaniat: iaitu sifat taqwa, sabar, tawakkul dan berbagai sifat yg mulia. Allah bersama dgn org yg ada sifat. Org yg ada amalan belum tentu lagi. Dlm Quran menceritakan ttg sifat2 mulia, bukannya cerita ttg amalan2 yg banyak.

Apabila nusrah Allah datang, ahli batil terbahagi pada 3 golongan:

1. Beriman,  
2. Taat, bayar jizyah,  
3. Melawan

Kudrat Allah akan tangkap mereka (mujrym). Nusrah ghaibiah turun. Seperti kaum Ad’ dan Tsamud. Nusrah juga datang untuk mereka yang beriman. Lihat nusrah Allah, Ikramah memeluk Islam, dua orang anak Abu Jahal murtad, Abu Suffian dan anaknya memeluk Islam dan musnahnya kerajaan Rom dan Parsi. Inilah keadaan mereka yang menerima kudrat Allah. Buat kerja dengan penuh tawakkal. Tawakkal ialah taat, buat kerja dan berserah pada Allah. Allah suruh kita jadikan ia wakil kita. (Maulana baca ayat Quran). Kadang-kadang sudah lama tawakkal tapi kita masih tidak dapat apa-apa. Terkadang Allah lambatkan nusrahNya, mempunyai muslihat yang tertentu. Tentu ada faedahnya untuk kita. Cepat atau lambat tetap ada khair untuk kita. “Alangkah baiknya aku jadi kaya macam Qarun”  Bila Qarun ditelan bumi semua tak mahu jadi Qarun. “Nasib baik tak jadi Qarun, syukur pada Allah”. Segala musibah ada khairnya. Maksud Quran, “Setiap perkara yang kita suka ada keburukannya dan setiap yang kita tidak suka terkadang ada kebaikannya”. Kata Allah, “Org Muhajir dan Ansar dan yang mengikut mereka dengan ikhlas adalah pengikut Baginda Nabi serta sahabatnya”. Serahkan pada Allah. Mereka pasti dirahmati Allah. Dakwah adalah pendirian kita, maksud hidup kita dan kerja kita.

Kehidupan sahabat ada dua keadaan:

1. Golongan bekerja seperti peniaga, petani dan berbagai bidang lagi

2. Golongan tiada pekerjaan tetap, kerja bila perlu sahaja. Mereka dipanggil ahli Suffah. Mereka tinggalkan kerja bukan kerana malas.

Ahli Suffah mempunyai 3 sifat utama:

1. Niat, tidak mengharapkan bantuan dari makhluk

2. Mulut, tidak pernah meminta dari makhluk

3. Mulut, tidak menceritakan masalah kepada makhluk

Sahabat buat usaha dalam dua keadaan:

1. Bekerja, 
2. Tidak bekerja

Kedua-duanya ada sifat tawakkal. Sifat tawakkal bagi mereka yang bekerja:

1. Setiap bidang kerja didahulukan hukum Allah

2. Dalam kesibukan kerja, mereka tetap dapat menyahut apa sahaja takazah yang datang. Dalam keadaan tamar yang masak meranum, sahabat tetap ke Tabuk. Seramai 30,000 orang sahabat.

3. Dalam kerja, tidak lihat untung atau rugi, keberkatan diutamakan.

Keberkatan wujud pada tamar di Madinah hingga kini. Kerana ia ditinggalkan untuk sahut takazah. Jika kerana kerja, takazah tidak disahut azab pedih akan dtg dan tempat kita digantikan Allah dengan org lain.

Ahli Suffah, sifat tawakkal bagi mereka:

1. Fikir, tidak mengharapkan makhluk

2. Tangan, tidak meminta dari makhluk

3. Mulut, tidak menceritakan pada makhluk

Jika terdapat ahli Suffah meminta sesuatu dari orang, Nabi akan perintahkan dia bekerja. Suatu hari, seorang Suffah datang meminta dari Baginda. Baginda Nabi bertanya apa yang dia miliki hendaklah dijualkan dan beli kapak dan tali. Ia diperintahkan Baginda cari kayu api dan jual. Dia datang mengadap Nabi dengan gembira sambil menunjukkan duit yang diperolehinya. Bila sifat meminta datang pada ahli Suffah, Baginda suruh mereka bekerja. Peminta dikutuk Allah. Bangkit di akhirat dengan muka yang luruh dagingnya. Satu kisah, seorang ahli Suffah tidak ada masa untuk bekerja. Semata-mata sahut takazah, itulah kerjanya. Keluarganya kelaparan. Isterinya meminta dia cari kerja utk beli makanan. Isterinya seorang yg faham agama, sepeningalan suaminya sahut takazah, ia ambil rumput dan membakarnya supaya jiran menyangkakan ia sedang masak. Ia tidak mengharapkan bantuan dari makhluk. Apabila suaminya balik, ia terdengar bunyi orang yang sedang memasak. Dilihatnya isterinya sedang memasak roti. Dengan kehairanan ia bertanya dari mana kamu dapatkan roti ini. Jawab isterinya sambil tersenyum, “Allah yang hantarkan”. Bantuan secara ghaib tiba pada mereka yang tidak mengharapkan makhluk.

Jika kita bagi nama untuk keluar, langkah ini mesti diambil: 
  1. Ambil dari Allah dahulu asbabnya, 
  2. Barulah bagi diri, 
  3. Dan masa
Sayyidina Umar melarang panggil musafir dengan panggilan Orang yang tawakkal jika perjalanannya mengharapkan bantuan orang dan satu apa bekalan pun tidak dibawa. Umar menyuruh panggil mereka dengan panggilan Orang yang meminta-minta. Satu masa, orang yang tidak bekerja diputuskan ke luar negeri. Maulana ingin bagi duit 5000 rupee padanya. Hadzratji melarangnya. Duit itu serahkan pada seorang Engineer juga dalam jemaah itu, kata Hadzratji. Maulana kehairanan. Bila jemaah hendak berangkat, beribu-ribu orang datang beri hadiah pada karkun yang tidak bekerja tadi sehingga berlebihan, tapi engineer tadi terpaksa berhutang. Jazbah seseorang itu tahankanlah jika perlu untuk hindarkan fitnah. Sabda Nabi, “Fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan”. 

Buat usaha dengan lemah lembut, ambil jalan tengah. Jangan malukan sesiapa depan khalayak ramai. Pernah seorang profesor menyediakan 24 soalan untuk menyangkal kebenaran tabligh. Soalan itu hendak di hadapkannya pada Maulana. Sahabat-sahabatnya yang telah jadi karkun minta dia duduk dahulu dalam bayan subuh Maulana. Janganlah gopoh kata mereka. Lepas bayan bolehlah jumpa Maulana. Apabila bayan ditamatkan segala soalan profesor tadi terjawab. Kata profesor, “Ini mesti ada org telah beritahu Maulana”. Ceritakan sesuatu utk selesaikan masalah yg timbul dari seseorg dgn menceritakan secara am utk semua atau cakapkan utk kita.

No comments:

Post a Comment