(mesyuarat malaysia nizamuddin - 09/09/98 - 10.00 a.m). Natijah yang kita mahu apabila buat usaha agama ialah melihat perubahan berlaku di kalangan orang Islam supaya agama sempurna hidup. Kejayaan akan dapat hanya apabila kita buat usaha seperti yang dibuat di kurun pertama. Suasana akan wujud. Akhlak, muamalat, muasyarat dan lain-lain akan bertambah baik. Sesuatu perkara kenalah wujud dahulu kemudian ianya akan tersebar. Bila Islam wujud barulah ianya boleh tersebar. Malaysia banyak export barang. Maulana pergi ke kedai dan lihat banyak barang-barang buatan Malaysia dijual disana. Kalau orang Malaysia ubahkan tumpuan mereka kepada manusia dpd barang, Malaysia akan dpt export iman, akhlak dan keseluruhan agama ke seluruh dunia.
Maulana Ilyas beritahu bahawa usaha ini ialah jual beli kebaikan. Kita jual kebaikan kita dan kita beli kebaikan org lain. Kita kena fikir samada kita mahu memperbaiki dunia umat atau akhirat mereka. Keinginan Maulana supaya Malaysia mengexport jemaah2 melebihi barang2. Kita kena buat usaha ikut tarekat Rasulullah s.a.w. Kita sedang buat kerja ambia a.s. Solat sahaja tak cukup. Solat berjemaah sahaja belum boleh memakmurkan masjid. Apa-apa masalah sahabat lari ke masjid. Seperti 5 solat fardhu di masjid, ada 5 amalan jemaah masjid. Masjid dibina bukan untuk solat sahaja tetapi untuk sempurnakan solatnya. Di masjid Nabi s.a.w semuanya wujud. Semua masjid kena ikut contoh ini. Selagi amalan jemaah masjid tak hidup hakikat solat tak akan terbina. Orang yang memakmurkan masjid, Allah akan beri dia hidayah dan hilangkan rasa takut pada ghairullah. Ini ada dalam Quran – jelas dan terang.
1. Ta’alim - kecantikan dalam solat
2. Halakah Tajwid - kesempurnaan dalam solat
3. Muzakarah 6 sifat - membetulkan solat
4. Gasht - menegakkan Qiam/berdiri dalam solat
Apabila keempat2 dilaksanakan dengan baik maka solat akan dibina. Oleh itu kita sendiri perlu usaha atas solat kita. Maulana Yusuf kata perkara2 yang kamu dakwah akan datang dalam diri kamu sendiri.
Mesyuarat Harian
Ini ialah amalan masjid Nabi. Semua kita kena fikir sama2. Jadikan ini amalan kita. 5 amalan jemaah masjid ialah sama dengan amalan2 di masjid Nabi s.a.w. Masjid ialah janakuasa. Kalau janakuasa itu mati 5 minit, maka gelaplah tempat itu 5 minit. Bayangkan cahaya nur Allah – bayangkan kerosakan yang akan berlaku di dunia ini. Janakuasa tiada tenaga, maka gelaplah. Masjid tak makmur maka banyaklah amalan yg rosak. Oleh itu kita kena jaga dan buat 5 amalan jemaah masjid dgn sungguh2. Kalau buat kerja tanpa mesyuarat, macamlah tak buat kerja. Kalau satu orang tak duduk dalam mesyuarat maka dia tak akan dapat sempurnakan takazah kerana dia tidak ada fikir dan tak ambil berat tentang takazah itu. Pengorbanan dlm mesyuarat samalah pengorbanan dlm kerja. Oleh itu tingkatkanlah pengorbanan. Kelemahan dalam usaha jemaah masjid ialah kerana orang tggjwb tak ambil berat untuk mesyuarat. Mesyuarat jgn panjang. Mulakan dgn karguzari utk lihat apa perlu di buat seterusnya. Semua rakan seusaha kena hadir mesyuarat.
Gasht
Gasht ialah tulang belakang usaha agama. Ini amalan Nabi. Dari hari pertama Nabi buat usaha hingga ke akhir hayatnya sehingga seluruh alam dapat hakikat solat. Kita hendaklah buat gasht seperti gasht Nabi di Taif, di bazar2 Mekah, org2 di Mina. Contohi bagaimana Rasulullah s.a.w pujuk rayu org. Gasht cara Nabi akan dpt nusrah dari Allah. Sebanyak mana kita ikut adab dan usul sebanyak itulah kesan dlm gasht kita.
Taalim
Maulana Ilyas kata taalim kedudukannya adalah lebih tinggi dari bayan. Kalau ikut kemampuan org awam memanglah taalim masjid tak akan lebih dari 5 minit. Utk karkun hendaklah diusahakan hingga 1 ke 1½ jam. Kita sendiri hendaklah buat kerja dgn sempurna. Org lain ditarghib. Kalau kita tak tingkatkan usaha maka org awam tak akan tambah masa. Taalim bukan mengikut kemampuan org awam. Tingkatkan masa utk karkun. Surat Maulana Yusuf mengenai Taalim: Dlm taalim ada latihan. Kita kena beri tumpuan sungguh2. Kita mesti ada rasa cinta pada taalim. Dlm setiap majlis taalim kita hendaklah dgr dgn penuh tawajjuh. Jgn bersandar di dinding atau tiang. Kita dengar spt sahabat, barulah kita akan dapat menafaat. Sebelum taalim ambil wudhuk dan solat sunat taubat.
Jgn cari alasan utk bangun dari majlis taalim. Jgn ikut mood. Jgn berbual2 dlm majlis taalim. Para malaikat mengerumuni majlis2 taalim dan mendoakan makfirah. Peserta majlis akan dpt sifat taat seperti malaikat. Peserta majlis akan dapat nur hadith dan akan jadi asbab hidayat. Beri penekanan pada adab dan maksud taalim. Ada ketinggian dan keagongan Allah. Selepas fadhail Quran, buat halakah tajwid–latih baca Quran dgn tajwid, baca surah lazim, betulkan bacaan Quran secara infradi. Baca sahaja dan jangan buat ceramah. Di akhirnya boleh targhib utu amal. Baca juga cara infradi di waktu lapang. Bila lakukan amalan kita ingatkan hadith2 dlm taalim. Kalau kita tak tahu fadhail, amalan kita tak akan meningkat mutunya. Oleh itu taalim bukan sahaja utk dapat ghairah untuk amal tetapi untuk meningkat kan mutu amalan.
Maksud – hidup usaha Rasulullah s.a.w, Kita fikir cara fadhail, Kalau ada ramai orang, boleh muzakarah fadhail, Secara infradi belajar 6 sifat dan Quran Jadi macam burung bawa makanan anak di sarang. Anak-anak pun tunggu kepulangan ibu. Lapangkan masa 8 jam hari-hari - Da’i yang jual murah akan rugi. Da’i jgn terkesan dgn amalan org yg di dakwah. Da’i hendaklah tawajjuh pada Allah. Jgn pandang rendah pada org yg beri masa kurang dari 8 jam. Fikir bagaimana kawan dpt beri masa 8 jam. Kita hendaklah beri masa kita utk agama: 4 bulan setiap tahun, 10 hari setiap bulan, 8 jam setiap hari. Keluar 3 hari dgn jemaah sendiri. Setiap kali keluar hendaklah ada org baru. Buatlah usaha dgn kasih sayang, hormat menghormati sesama manusia. Dlm kerja dunia kalau tak ikut disiplin akan dipecat.
Org buat usaha agama pun kena ikut disiplin. Dakwah adalah usaha yg tertinggi. Keinginan Nabi s.a.w supaya semua org masuk syurga. Tak ada yg masuk neraka. Maulana Syed Ahmad Khan berkata, “Usaha ini ialah utk meghampiri semua org dan semua org beserta dgn dia. Sehingga musuh pun jadi sahabat. Kita perlu usaha atas sifat2 ini”. Setiap karkun hendaklah mengendalikan dirinya supaya disukai ramai. Rasulullah s.a.w jumpa Abu Jahal dan Umar lebih 100 kali. Sehingga Umar masuk Islam. Maksud kita membuat usaha agama ialah bagai mana perubahan dpt dtg dlm diri umat, bagaimana ia dapat mengamalkan kehidupan suci murni Baginda Rasullullah s.a.w.
Umat ini tidak akan berjaya selagi ia tidak membawa kehidupan umat kurun pertama dahulu iaitu kehidupan sahabat2 Rasulullah. Melalui usaha suci murni Baginda Rasulullah s.a.w imaniat, ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak umat akan dapat diperbaiki dan dibentuk. Ada org bertanya Maulana Yusuf mengapa agama Islam tidak tersebar. Maulana Yusuf menyata kan, “Mana ada amalan Islam waktu itu, oleh itu Islam tidak tersebar”. Utk mengekalkan amalan Islam yg diusahakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w satu usaha telah dibuat oleh sahabat perlu dihidupkan semula. Dlm mana2 zaman apabila tumpuan bidang usaha umat dibuat, selain manusia maka umat akan mengalami kerugian besar.
Maulana dlm pergi safar keluar negara mendapati banyak barang2 keluaran Malaysia di jual di negara2 tersebut. Dengan itu Maulana terfikir jika tumpuan org Malaysia dialihkan utk membuat usaha dikalangan manusia maka manusia yg berkualiti mulia akan dpt dihantar keseluruh dunia, spt sahabat2 yg telah berjaya disediakan oleh Rasulullah s.a.w yg dpt bergerak ke seluruh alam. Keinginan Maulana supaya jemaah Malaysia bergerak di seluruh dunia melebihi dari tersebarnya barang keluaran Malaysia di negara berkenaan. Sahabat2 telah membuat usaha agama ke tahap yg dpt mengekalkan penghayatan Islam yg diusahakan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda tidak menjadikan benda2 spt kedudukan, harta, kuasa utk menjadi perantaraan Islam tersebar, ttpi Baginda s.a.w telah mengguna kan manusia sebagai perantaraan asbab hidayat tersebar kpd manusia yg lain. Baginda melatih sahabat dlm membuat dua bentuk kerja:
1. Keluar ke jalan Allah keluar negara
2. Membuat usaha tempatan
Hasil dan menafaat usaha ambia ini akan terhasil apabila usaha dibuat mengikut cara kerja ambia. Sebanyak mana kita dapat menyedarkan diri kita bahawa kita sedang membuat kerja ambia yang sangat agong, sejauh itu kekuatan dan bantuan Allah s.w.t akan datang kepada kita. Sejauh itu juga nur-nur ambia akan kita perolehi. Maulana Yusuf menerangkan mana2 kaum yg kita buat usaha seperti membuat usaha di kalangan petani, jika buat usaha dan kesedaran cahaya yg Allah beri kpd Nabi Shuib a.s, maka nur nabi itu akan datang pada diri kita. Jikalau kita membuat usaha di kalangan pekilang dgn mengingati bagaimana Nabi Salleh membuat usaha di kalangan kaumnya, sejauh itu nur Nabi Salleh akan datang kepada kita. Hari ini sebenarnya kita membuat usaha dgn tidak ada kesedaran betapa hebatnya usaha agama ini dpt menarik tawajjuh Allah s.w.t.
Sejauh mana keyakinan kita dlm membuat usaha ini, sejauh itu bantuan Allah s.w.t akan dtg kpd kita. Semua usaha di dunia ini, selepas di buat dgn sempurna barulah akan zahir natijahnya. Para sahabat mereka dpt menyempurnakan kerja agama. Dgn kesempurnaan kerja itu maka bantuan Allah s.w.t akan dtg kpd mereka. Melalui usaha agama yg dibuat oleh sahabat, kita dapati di semua bidang hidup terdapat kesempurnaan agama. Jika kita pergi ke bazar kita akan lihat pekedai yg tidak lalai dari mengingati Allah. Jika kita melihat persahabatan, terjalin hubungan yg mahabat dan kasih sayang dan jika pergi ke mahkamah, wujud sistem penghakiman yg adil. Hatta kehidupan di Madinah, bazar2 mereka seperti masjid, agama yg diamalkan di masjid ada di bazar. Di masjid ia tidak menipu, di bazar juga ia tidak menipu, di masjid ia tidak menjerit, di bazar juga ia tidak menjerit.
Melalui usaha ini skrg umat belum boleh membawa kesempurnaan agama tetapi yg membuatnya sedar solat perlu dibuat di masjid. Solat bukan agama yg sempurna. Dlm ayat mengimarahkan masjid, maksud nya mengusahakan org yg dtg ke rumah Allah utk membuat dan menyempurnakan amalan masjid. Hanya solat di masjid tidak cukup perintah Allah s.w.t supaya memakmurkan masjid. Sahabat2 dlm menyelesai kan masalah telah dtg ke masjid. Hari ini umat tidak menjadikan masjid sbg tmpt menyelesaikan masalah, apabila ada masalah dirujukkan kpd Pentadbiran Kerajaan.
Org Islam mengatakan solat perlu di masjid ttpi masalah tidak dpt diselesaikan di masjid. Seperti mana 5 waktu solat fardhu perlu diadakan di masjid, begitu juga 5 amal perlu dibuat utk mengimarahkan masjid. Di masjid Nabawi ada berbagai amalan yg wujud. Amalan itu perlu diwujudkan di semua masjid seluruh alam. Baginda Rasulullah s.a.w masuk ke masjid Nabawi, didapatinya 2 halaqah, iaitu halaqah zikir dan taalim, Rasulullah s.a.w duduk dlm halaqah taalim. Baginda bersabda ia dihantar sebagai mualim. Solat tidak akan khusyuk selagi kita tidak membuat amalan masjid. Org yg memakmurkan masjid akan dpt 2 janji Allah:
1. Mendapat hidayat
2. Allah keluarkan ketakutan selain dari Allah s.w.t dalam hati.
Amalan yang akan membawa kesempurnaan solat:
1. Amalan ta’alim akan mencantikkan solat.
2. Halaqah Quran akan wujudkan kesempurnaan solat.
3. Masa’il akan membetulkan solat.
4. Gasht akan membetulkan qiam, berdiri dalam solat.
Jika kita gunakan diri kita untuk dakwah orang kepada amal, maka akan wujud kesempurnaan amal. Amalan Masjid Nabawi adalah seperti berikut:
1. Mesyuarat
2. Ta’alim
3. Halaqah Quran
4. Gasht
5. Bentuk jemaah keluar ke jalan Allah s.w.t
Masjid adalah nama satu tempat, tetapi jika kita dapat sempurnakan amalan masjid, maka barulah ia dikatakan Jemaah Masjid. Bayangkan jika tenaga letrik terputus dlm beberapa minit, beberapa kerosakan akan belaku pada sesuatu tempat atau negeri. Bagaimana jika nur Allah terhenti, bagaimana banyak kerugian akan berlaku di seluruh dunia. Mana2 bahagian umat ini yang tidak ada hubungan dgn masjid, maka bahagian itu tidak ada kaitan dengan rahmat Allah s.w.t. Kepentingan kita membuat usaha jemaah masjid mengikut Maulana adalah diibaratkan kepentingan kita menjaga solat. Mesyuarat Harian rakan2 kita yg tidak menyertai mesyuarat mengikut Maulana Saad dia tidak membuat usaha agama sebenarnya, dan tidak dapat menyempurnakan takazah agama.
Org yg tidak mengambil berat duduk dlm mesyuarat harian, bagaimana ia dapat mengambil berat menyempurnakan takazah agama. Mereka yang duduk dlm mesyuarat harian akan dapat tingkatkan pengorbanan. Usaha jemaah masjid akan lemah apabila org lama tidak mengambil berat dlm mesyuarat harian. Org dunia sentiasa bermesyuarat berfikir dlm hal-hal keduniaan, oleh itu dunia mereka maju. Bagaimana hal kita yang membuat usaha agama, usaha yg sangat agong. Adakah hari-hari kita tidak perlu bermesyuarat? Mesyuarat jgn panjang. Dlm mesyuarat minta laporan kerja semalam. Gasht Pertama dan Gasht Kedua - gasht adalah seumpama tulang blkg usaha dakwah. Gasht adalah amalan nabi2 yg dibuat oleh nabi2i semenjak ia dapat kerja kenabian hingga kewafatannya. Maksud gasht ialah bagaimana utk wujudkan suasana agama di marhalah supaya 100% orang marhalah kita dapat dtg solat berjemaah dan jika telah solat bagaimana mereka dpt hakikat solat. Dlm membuat gasht kita perlu mengambil contoh gasht Rasulullah di Taif, gasht Rasulullah di pasar2, bagaimana Rasulullah pujuk rayu mereka. Kita perlu bayangkan betapa tingginya dan mulianya gasht ini.
Maksud gasht ialah bagaimana kita dpt melatih diri kita utk bergerak membuat usaha agama sebagaimana nabi-nabi membuat usaha agama. Kita perlu bayangkan betapa besarnya ganjaran Allah s.w.t akan beri ketika seseorg yg bergerak membuat gasht, kerana org yg ada iman sebesar zarah Allah s.w.t akan memberi syurga 10 kali besar dunia ini. Dlm gasht ini bentuk jemaah yg boleh menyediakan org yg diziarah dpt dtg ke rumah Allah s.w.t. Perlu usaha setiap ahli rumah boleh dtg dan memberi masa memakmurkan rumah Allah. Supaya rumah Allah s.w.t dapat hidup 24 jam. Usaha yg sungguh2 perlu dibuat supaya amalan masjid kita dpt kita bawa mirip amalan Masjid Nabawi dan bandar kita dpt dijadikan mirip bandar Madinah.
Apbila kita membuat usaha di kalangan manusia sehingga dapat ia memakmurkan rumah Allah s.w.t, akan kurang keburukan dari diri manusia. Perlu kita mengambil berat amalan gasht, semasa gasht perlu buat taalim bukannya takrir. Maulana Ilyas lebih mementingkan ta’alim dari takrir, melalui taalim nur hadith akan dpt masuk ke hati2 kita. Taalim - adalah amalan yg penting. Eldest mahukan taalim dpt dibaca 30 minit dan boleh dibaca 1 jam atau 1½ jam. Sekiranya kita mengganggap taalim utk org ia hanya dapat dibaca 10 minit, tetapi jika taalim utk kita (jemaah masjid) ia boleh dibaca 1 hingga 1½ jam. Seorg org lama di Bopal bertanya kpd Maulana Yusuf berapa lama taalim dibuat di marhalah, Maulana Yusuf menyatakan 1½ jam. Ia telah mengulangi pertanyaan sebanyak 3 kali dan jawapan Maulana Yusuf tetap sama. Taalim adalah untuk melatih tumpuan, peradaban, dian dan cinta utk amal agama.
Taalim perlu dibuat dgn tawajjuh. Dlm taalim kita perlu latih seperti sahabat mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w. Duduk dlm berwudhuk, jgn cari alasan utk keluar dari majlis taalim. Jika duduk dgn tahanaul, malaikat akan mengerumuni kita, yg duduk ta’alim akan wujud sifat taat. Maksud ta’alim juga supaya dlm diri kita wujud keinginan mengamalkan agama Allah s.w.t. Halaqah Al-Quran ialah melatih bacaan Al Quran yang dibaca dalam solat. Baca setiap bab ta’alim dan jangan buat ulasan. Selepas ta’alim targhib supaya org yg dengar dpt mengamalkannya. Buku2 yg dibaca ialah Fadhail Solat, Fadhail Zikir, Fadhail Tabligh, Fadhail Quran, Fadhail Kisah Sahabat dan Fadhail Sedekah. Fadhail Ramdhan dibaca pada musim Ramadhan, Fadhail Haji dibaca pada musim Haji.
Menafaat taalim:
1) Semasa beramal kita akan ingat hadith fadhail, apb kita beramal tak mengikut fadhail amal, selagi itu amal kita tidak meningkat.
2) Apa yg dengar dalam ta’alim perlu dibawa kepada orang lain, dengan ini orang di luar masjid dapat menafaat.
3) Ganjaran sesuatu amalan memang ada, tetapi jika beramal untuk mencapai maksud amal itu maka natijahnya kita akan dapat hasilnya.
Maulana Yusuf memberitahu hadith Rasulullah, seseorg yg menunggu dlm solat, seolah2 ia sedang sibuk dlm solat. Jika seorg itu berseorangan ia perlu memikir fadhilat solat dan jika dua org ia perlu muzakarah kesempurnaan solat. Taalim di rumah sama tempohnya spt taalim di masjid. Melapangkan masa 8 jam utk masjid - Perlu sediakan rakan seusaha lapangkan masa 8 jam di masjid. Jika beberapa org sanggup lapangkan masa 8 jam jgn pandang rendah dan perlu fikirkan hari2, bagaimana dia dpt bagi masa 8 jam. Keadaan ini akan wujud apabila org yg membuat usaha dakwah yakin segala penyelesaian masalah umat hanya dpt diselesaikan melalui usaha dakwah.
No comments:
Post a Comment