(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 01/09/2000). Manusia skrg ini selesaikan masalah mereka melalui makhluk, peniaga dgn asbab kedainya, peladang dgn asbab tanah, apa sahaja masalah mereka cuba selesaikan dgn asbab, maka mereka telah tinggalkan cara hendak selesaikan masalah dgn khazanah Allah s.w.t. Satu, kita hendak ambil khazanah Allah s.w.t melalui nabi s.a.w. Satu lagi, kita hendak ambil khazanah Allah s.w.t melalui asbab. Sesiapa yg selesaikan masalah dgn khazanah Allah s.w.t ttpi melalui asbab, maka dari segi akhirat dia tidak akan dpt apa2. Asbab2 keduniaan ialah asbab2 yg mana akan dpt faedah di dunia ttpi di akhirat tidak dpt apa2 faedah pun. Asbab2 melalui amal, asbab hendak dpt khazanah Allah s.w.t melalui amal, akan membuahkan hasil di dunia dan juga di akhirat. Ttpi skrg ini org yg beramal pun, mereka buat amalan bertujuan utk dpt hasil di akhirat dan utk dptkan sesuatu di dunia mereka telah cari asbab yg tidak ada hubungkait dgn akhirat.
Nabi s.a.w telah khabarkan kpd semua org, Nabi telah beri amal sbg kejayaan. Asbab2 keduniaan tidak ada pada sahabat ttpi mereka telah berjaya kerana amal mereka. Bila mereka berlawan dgn org lain, mereka ada amal2 maka sbb itulah mereka telah berjaya. Org lain, walaupun mereka ada asbab ttpi oleh kerana tiada amal, mereka gagal. Allah s.w.t telah beri kita amal utk hendak dpt khazanah Allah s.w.t. Apakah amal2 itu? Satu dpdnya ialah dakwah. Dgn amalan inilah, dunia kita akan dpt dan akhirat juga kita akan dpt. Kita buat amal, ttpi kita buat tanpa yakin. Kita tidak yakin dgn amalan kita akan dpt kejayaan. Amalan disyaratkan dgn yakin. Bukan hanya dgn amal sahaja Allah s.w.t akan beri ttpi dgn amalan yg disertai dgn yakin. Amalan dgn yakin, maka barulah Allah s.w.t akan beri kejayaan. Sebagaimana yakin manusia, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan berurusan dgn org itu menurut yakinnya.
Asbab yg sebenar ialah amal. Perkara ini akan hanya difahami oleh mereka yg yakin shj. Org yg tidak yakin, tentu tidak akan faham. Kita ini di satu zaman yg mana tidak terfikir langsung bahawa dgn amalan2 membuah kan hasil. Kita masih memikirkan bahawa Allah s.w.t bila hendak buat sesuatu pun kena dgn asbab juga. Kalau kita menyakini bahawa Allah s.w.t hendak buat sesuatu dgn asbab keduniaan, maka asbab keduniaan ini akan habis. Kudrat dan zat Allah s.w.t tidak diletakkan dlm asbab. Kita gunakan asbab seolah2 macam Allah s.w.t letak kudratNya dlm asbab. Padahal, Allah s.w.t dlm menghasilkan kudrat Allah s.w.t, Allah s.w.t telah tetapkan amal sbg asbab.
Ambia a.s telah diutus tanpa asbab. Musa a.s, sebelum dia jadi nabi, dia ada asbab, ttpi selepas dilantik jadi nabi, tiada lagi asbab. Allah s.w.t telah terangkan iaitu Allah s.w.t telah jadikan asbab yg banyak itu dlm satu benda sahaja iaitu dlm tongkat nabi Musa a.s. Bagi org yg Allah tidak mahu bagi taufiq, Allah s.w.t akan lambakkan pada dia asbab2 keduniaan dan mereka akan yakin dgn asbab2 tersebut. Seorg peniaga akan berkata dgn kedai ini, Allah boleh selesaikan masalah. Sebenarnya semua perkara ini, Allah bagi ujian sahaja supaya kita dpt lihat, dikalangan kita, siapa yg dpt gunakan asbab secara yg terbaik. Gunakan dgn cara yg terbaik adalah mereka yg ada yakin dlm hati mereka. Jika dlm diri seseorg itu, ada yakin pada asbab, maka mereka akan tinggalkan amal.
Manakala dihati mereka2 yg ada yakin, mereka akan gunakan asbab juga ttpi yakin mereka pada amal. Allah s.w.t akan pelihara org yg ada yakin dlm diri mereka, kadang2 dgn asbab dan kadang2 tanpa asbab. Kita anggap bila Allah s.w.t hendak buat sesuatu perlu pada asbab juga, ini adalah anggapan yg salah, kita telah anggap mcm Allah s.w.t tiada kudrat dan tidak berkuasa. Kalau kita kata Allah s.w.t bila hendak buat sesuatu kena ada asbab, maka seolah2 kita anggap Allah s.w.t tidak ada kudrat. Kita semua yakin pada asbab, sebab itulah kita tidak terfikir perkara yg selepas asbab. Sahabat2 telah yakin kpd Allah s.w.t yg sebenarnya, maka mereka faham kudrat ini perlu selepas asbab. Walaupun kita nampak dari bumi dat hasil, tumbuh2an dsbnya, sebenarnya bukan setakat itu sahaja, perlu faham juga bahawa dgn amal Allah s.w.t boleh buat lebih dpd itu. Skrg ini, kita cari kudrat Allah dlm asbab utk selesaikan masalah.
Sebab itulah kita usahakan hanya asbab2 ini sahaja dan kita tidak usahakan amal. Kita tidak yakin dlm amal ini ada kudrat Allah s.w.t. Dgn amal, Allah s.w.t boleh zahirkan kudratNya di dunia dan di akhirat. Masalah2 kita yg kecil pun kita tidak dpt selesaikan dgn perantaraan solat, maka macam mana masalah2 yg lebih besar lagi di akhirat nanti akan dpt diselesaikan. Allah s.w.t telah bagi pada kita amal2 utk kita ambil dari khazanah Allah s.w.t. Dgn solat akan dapat kejayaan. Kalau ada asbab pun dan minta dgn asbab ini semoga Allah s.w.t bagi kejayaan pada kita, “Ya Allah, Engkau telah bagi pada aku kedai, maka bagilah kejayaan pada aku dgn kedai ini”, ini adalah salah, bukan mcm ini caranya. Ini adalah sbg ujian shj, kita patut jadikan amalan sbg wasilah, bukannya kedai dan sbgnya. Semua kemusykilan di dunia ini akan terhapus dgn amal. Tiga org yg terkurung dlm gua, mereka telah jadikan amalan mereka sbg asbab, dan mereka terlepas dari gua tersebut.
Mereka tidak doa, “Ya Allah, dtgkanlah angin yg kuat sehingga batu yg menutup gua ini terpelanting, atau dtgkanlah banjir yg besar supaya batu ini berubah kedudukan nya”. Mereka yakin pada amal sbb itu mereka tidak peduli langsung pada asbab2, angin, banjir dsbnya. Mereka jadikan asbab sbg perantaraan utk Allah s.w.t zahirkan kudratNya. Kebanyakan org faham bahawa kudrat Allah s.w.t dtg dgn asbab. Sebenarnya, kudrat Allah s.w.t tidak semestinya dgn asbab. Ketiga2 org ini telah jadikan amalan mereka sbg wasilah. Seorg dgn cara muasyarah, seorg dgn cara muamalah, seorg lagi dgn akhlak. Mereka telah minta dgn Allah s.w.t. Allah s.w.t telah lepaskan mereka dpd musibah ini dgn tiga jenis bentuk amalan iaitu muasyarah, muamalah dan akhlak. Ketiga2 mereka telah ajukan/sembahkan amalan mereka berkaitan dgn makhluk. Seorg telah tunjukkan amalan berkaitan dgn muasyarah, seorg telah tunjukkan amalan berkaitan dgn muamalah, seorg telah tunjukkan amalan berkaitan dgn akhlak.
Akhlak: bila sahaja balik dari gembala kambing, mula2 sekali dia akan beri minum kedua ibu dan bapanya susu. Kedua ibu dan bapanya telah tua. Satu malam, mereka telah tertidur, ttpi dia tidak beri susu itu kpd anaknya walaupun mereka menangis di kakinya meminta susu kambing.
Muasyarah: dia telah jatuh cinta pada sepupunya. Pada waktu musim kemarau, sepupu itu telah dtg padanya meminta sedikit makanan. Dia seorg yg kaya. Dia kata, “saya boleh bagi makanan tetapi dgn syarat, engkau hendaklah serahkan tubuh engkau pada saya”. Perempuan itu pun setuju kerana telah menderita/susah. Bila mereka mula hendak bertemu, pada waktu itu, perempuan itu berkata, “takutlah pada Allah, jgn kamu pecahkan mahul ini dgn cara haram”, maka dia pun telah tinggalkan perempuan tersebut kerana Allah s.w.t.
Muamalah: satu org hendak bagi upah pada seorg pekerjanya, ttpi pekerja tersebut tidak sempat hendak mengambil upah itu dan telah pergi. Dia telah menyimpan upah itu dan perniagaannya telah mendtgkan hasil yg sgt banyak. Selepas beberapa ketika, pekerja tadi telah dtg semula kerana berhajat pada upah nya. Dia kata, “semua yg kamu nampak ini, binatang2 ini, adalah hak engkau”.
Ketiga2 mereka tidak mempersembahkan amalan yg berkaitan dgn ibdat tetapi sebaliknya mereka mempersembahkan amalan yg berkaitan dgn muasyarat, muamalat dan akhlak. Allah s.w.t telah zahirkan kudratNya melalui amalan2 tersebut. Kalau kita jadikan amalan2 yg berkaitan dgn ibadat, umpamanya solat, dlm solat sepatutnya ada lebih lagi kekuatan kudrat Allah s.w.t dibandingkan dgn amalan2 yg lain. Skrg ini kita hanya lihat dgn kudratNya air turun dari langit, dgn kudrat Allah s.w.t tumbuh2an tumbuh dari bumi, dgn kudrat Allah s.w.t matahari memancarkan cahaya, semua benda ini Allah s.w.t telah jadikan dengan kudratNya. Melalui makhluk2 Allah s.w.t inilah kita kenal Alla s.w.t. Kita juga hendak kenal kudrat Allah s.w.t melalui amal.
Melalui makhluk, kita hanya faham kewujudan Allah s.w.t ttpi dgn amalan kita kena faham kudrat Allah s.w.t. Kita kena fikirkan bahawa benda ini telah dijadikan dgn kudrat dan selepas itu macam mana hendak menggunakannya supaya dpt faedah dpd benda itu. Apa caranya hendak ambil faedah dpd kudrat ini. Satu perkara ialah terjadi sesuatu perkara itu dan asbab dan satu perkara lagi ialah hendak menggunakan dpd benda yg telah dijadikan dgn kudrat ini. Terjadi dgn asbab inilah yg kita nampak, bumi, langit dsbnya akan ttpi hendak menggunakan asbab ini hendak menggunakan kudrat ini bukan dgn asbab ttp dgn amal.
Ibrahim a.s telah berkata, “Aku telah berpaling muka dari semua benda2 ini dan hanya mengajak kpd tuhan yg menjadikannya”. Nabi a.s telah memalingkan muka dpd benda yg Allah jadikan dgn kudratNya, bukan setakat bumi dan langit sahaja, malah Nabi Ibrahim a.s juga telah memalingkan muka terhadap Jibrail a.s. Jibrail a.s digelar Jibrail amin iaitu Jibrail yg menunaikan amanah. Beramanah dlm menyampai kan sebarang risalah Allah s.w.t. Mcm mana Allah kata maka mcm itulah yg akan disampaikan oleh Jibrail a.s. Nabi Ibrahim a.s hendak menggunakan kudrat Allah s.w.t secara terus dpd Allah s.w.t tanpa ada asbab ditengah2nya. Jibrail a.s menjadi perantaraan di antara Allah s.w.t dan Rasul, itupun tidak mahu digunakan oleh Ibrahim a.s. Dlm keadaan biasa, Allah s.w.t tidak uji keimanan seseorg. Allah s.w.t akan uji bila dtg beberapa keadaan, utk hendak tengok pada waktu itu samada dia akan tumpu pada asbab atau pada Allah s.w.t. Pada waktu itu, Ibrahim a.s sudah tidak ada cara lain, semua kunco2 disebelah pihak, semua asbab pada waktu dan ketika itu berlawanan dgn Ibrahim a.s. Ibrahim a.s tidak minta asbab pun.
Satu permintaan pun tidak diminta oleh Ibrahim a.s. Apa yang Nabi Ibrahim a.s minta, minta secara terus dari Alah s.w.t supaya lepaskan dia daripada musibah ini. Sebagaimana dia telah engkarkan kebolehan ataupun kekuasaan dalam diri Namrud, begitulah juga Nabi Ibrahim a.s tidak yakin pada kudrat yang ada pada Jibrail a.s, dia tolak pertolongan Jibrail a.s. Allah s.w.t tidak berhajat kpd Jibrail a.s utk membuat sesuatu tetapi selalunya, di dalam sistem pemerintahan Allah s.w.t, malaikat memainkan peranan yang penting. Walaupun macam itu, Ibrahim a.s langsung tidak hiraukan kepada Jibrail a.s dan juga kudrat yang Allah s.w.t adakan dalam diri Jibrail a.s. Ibrahim a.s telah ambil kudrat Allah s.w.t secara terus. Jirail a.s datang dan dia telah bawa malaikat yang jaga bukit dan malaikat yang jaga lautan. Nabi Ibrahim a.s kata. “Saya tidak berhajat langsung kepada engkau”.
Padahal, waktu itu, waktu dia hendak dilontarkan masuk ke dalam api. Dari segi zahir tidak nampak langsung jalan untuk selamat diri. Ibrahim a.s telah dilontar ke dlm api. Selama sebulan kayu api telah dihimpunkan, dan org yg hendak mati pun telah buat wasiat supaya tolong carikan kayu api dan masukkan ke dalam tempat bakaran Nabi Ibrahim a.s. Ada org telah bernazar supaya carikan kayu api sebanyak ini dan letakkan di sini. Kalau burung terbang di atas api tersebut maka ia akan terbakar. Pada waktu keadaan macam ini pun, Ibrahim a.s telah berkata pada Jibrail a.s bahawa dia tidak berhajat kepadanya. Ibrahim a.s langsung tidak fikir tentang asbab. Kalau kita, sudah tentu sekali kita akan doa, “Wahai Allah, turunkanlah hujan atau tiupkanlah angin yang sangat kuat yang dapat memadamkan api ini”. Perkara seperti ini tidak difikirkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Kita minta asbab tetapi bertentangan dgn cara ambia a.s, mereka minta secara terus dari Allah s.w.t utk selesaikan masalah. Selepas itu, terserah kepada Allah s.w.t untuk selesaikan masalah dgn apa cara sekalipun.
Dlm menurunkan azab kepada kaum Nuh a.s, Allah s.w.t sendiri yang turunkan. Allah s.w.t tidak suruh pun malaikat yang jaga air supaya lepaskan air dsbnya. Malaikat pun tidak tahu dan mereka rasa pelik macam mana air boleh terlepas. Kaum Ad telah diazab dgn angin. Malaikat pun tidak tahu dan rasa pelik macam mana angin boleh terlepas dan jadi laju seperti itu. Semua benda2, selain Allah s.w.t, adalah dalam kudrat Allah s.w.t. Allah s.w.t yang bagi kekuatan di dalamnya. Semua benda di dalam dunia yang kita gunakan, seolah2 kita yakin Allah s.w.t letak kesan dlm benda itu, walaupun Allah s.w.t telah jadikan kesemuanya. Segala benda2 itu di dalam genggaman Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak lepaskan kudratNya pada benda2 ini. Kekuatan/Kebolehan yang ada di dalam semua benda2 adalah dalam genggaman Allah s.w.t. Apa yang telah terjadi dengan kudrat Allah s.w.t dan masih dalam kudrat lagi.
Kudrat bukannya dlm bumi, langit, bulan, bintang, dsbnya. Semua terjadi dgn kudrat dan kudrat tidak ada di dlmnya. Nabi-nabi telah bawa hukum2 atau perintah2 Allah s.w.t sebagai asbab untuk berjaya. Kudrat Allah s.w.t bersama dengan janji2 Allah s.w.t. Dapatkanlah pertolongan dengan perantaraan perintah Allah s.w.t iaitu solat. Oleh itu, kita tahu bahawa kudrat berserta dengan janji2 Allah s.w.t. Bukannya kudrat Allah s.w.t bersama dengan bintang, bulan, dsbnya. Benda2 ini terjadi dgn kudrat. Bukannya kudrat ini bersama dgn benda2 ini. Oleh kerana kita tertipu, sebab itulah kita sibuk dgn asbab, kita tidak sibuk utk bentukkan amalan. Allah s.w.t telah bagi kedai, kita fikir, kita usahakan kedai ini dan dgn asbab kedai ini Allah s.w.t akan zahirkan kudratNya, bagi kita rezeki dsbnya. Sebenarnya bukan macam itu. Org yg yakin sempurna pada Allah s.w.t, dia sekali2 tidak akan lebihkan kedainya dpd amalan2nya ttpi org yg tidak teguh yakinnya, maka mereka akan sibukkan diri dgn asbab2 ini, sehingga kadang2 mereka tinggalkan perintah2 Allah s.w.t.
Ambia a.s juga pernah berkata dunia adalah darul asbab tetapi darul asbab dari segi amalan. Di akhirat, tiada langsung amalan. Dunia adalah darul asbab dari segi amalan. Selagi kamu hidup didunia, maka kamu gunakanlah asbab. Asbab apa? Asbab amal. Asbab2 keduniaan yg lain terikat dgn kudrat. Kudrat Allah s.w.t adalah bersama dgn hukum2 Allah s.w.t. Benda2 lain terikat dgn kudrat Allah s.w.t. Kalau kudrat Allah s.w.t ada, barulah benda2 itu akan memberi kesan. Allah s.w.t tunjuk pada kita asbab akan tetapi ianya tidak tertinggal dpd kudrat Allah s.w.t. Ia masih di dlm kudrat Allah s.w.t lagi. Satu benda pun tidak terkeluar dari kudrat Allah s.w.t. Kita kata, “Allah s.w.t telah beri pada kita, maka kita gunakanlah”, ini salah. Kudrat ditangan Allah s.w.t, kita hendak gunakan macam mana.
Asbab2 yg telah dijadikan oleh Allah s.w.t, dalam hendak menggunakan semuanya ini, kita hendaklah sertakan dengan kudrat Allah s.w.t. Kudrat Allah s.w.t tidak bersama dgn benda2 ini tetapi bersama dengan amalan2. Kita kata, “Allah s.w.t beri kita benda maka kita gunakanlah benda ini sbg asbab”, bukan begitu caranya. Semua benda2 ini diberi oleh Allah s.w.t akan ttpi kudratnya ada pada Allah s.w.t dan kudrat Allah s.w.t ini akan kita dapati dgn amalan2. “Carilah pertolongan dgn sabar dan solat”. Iyyakanakbudu waiyyakanastain, utk dptkan kejayaan sebenarnya tidak ada langsung dlm asbab ttp hanya Engkaulah yg akan beri kejayaan pada kami dan Engkaulah yg beri pertolongan pada kami.
Oleh kerana kita hari ini yakin pada asbab, sebab itulah kita buat apa pun, pandangan mata kita masih lagi pada asbab. Sebab itulah hari ini kita solat supaya perniagaan kita berjaya, kita solat untuk hendak dapat anak, maka amalan2 ini bukan mendapat keredhaan Allah s.w.t tetapi untuk mencari benda2 dunia. Amalan dibuat bukan lagi untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t sebaliknya amalan dibuat untuk asbab. Ramai orang yang buat amalan akan tetapi mereka menghendaki dengan amalan2, mereka dapat dunia, maka di sisi Allah s.w.t amalan2 tersebut tiada langsung darjatnya.
Di sisi Allah s.w.t tiada nilai amalan yang dibuat untuk mencari dunia. Mula2 sekali kita kena yakin bahawa kudrat bukan di dalam benda tetapi kudrat Allah s.w.t ada zatNya sendiri. Kemudian kita kena faham bahawa kudrat Allah s.w.t bukan dengan asbab akan tetapi dengan amalan. Allah bersama kamu bila kamu mendirikan solat, membayar zakat dan beriman kepada Allah s.w.t. Dgn perkara macam inilah, Allah s.w.t bersama mereka, bukannya dgn benda2 lain. Kudrat Allah s.w.t kadang2 bertentangan dengan manusia.
Di sisi Allah s.w.t tiada nilai amalan yang dibuat untuk mencari dunia. Mula2 sekali kita kena yakin bahawa kudrat bukan di dalam benda tetapi kudrat Allah s.w.t ada zatNya sendiri. Kemudian kita kena faham bahawa kudrat Allah s.w.t bukan dengan asbab akan tetapi dengan amalan. Allah bersama kamu bila kamu mendirikan solat, membayar zakat dan beriman kepada Allah s.w.t. Dgn perkara macam inilah, Allah s.w.t bersama mereka, bukannya dgn benda2 lain. Kudrat Allah s.w.t kadang2 bertentangan dengan manusia.
Kudrat Allah s.w.t tidak bersama perniagaannya tetapi kudrat Allah s.w.t bersama dengan peniaga yang ikut perintah Allah s.w.t dalam perniagaannya. Ambia a.s telah bawa satu jalan. Jalan kaum mereka ialah dengan asbab iaitu bila guna asbab baru Allah s.w.t akan bagi. Kita kata, “Allah s.w.t bagi asbab, maka mintalah kejayaan dgn asbab ini”, atau Allah s.w.t boleh bagi kejayaan pada kita tetapi dengan asbab inilah. Akidah macam ini adalah akidah mushrik. Allah s.w.t hendak buat sesuatu dengan asbab, ini akidah orang mushrik. Nabi2 telah dtg untuk ubah fahaman salah macam ini kpd fahaman yg betul iaitu utk tukarkan yakin manusia dpd yakin kudrat Allah s.w.t bersama asbab kpd kudrat Allah s.w.t bersama amal. Jln nabi2 adalah bertentangan dgn jalan kaum mereka. Jln asbab ada bersama dgn kaum ttpi jalan ambia a.s adalah jln utk dptkan sesuatu dgn kudrat Allah s.w.t dgn perantaraan amal. Nabi2 telah usahakan supaya asbab yg tidak berapa yakin iaitu asbab dunia ini, dipalingkan pandangan kpd asbab yang betul2 yakin iaitu amal. Utk kita masukkan ia di dlm diri kita, maka kita hendaklah dakwahkan perkara ini, kita kena sampaikan pada org lain.
Ini adalah satu benda yang khusus dengan dakwah. Dengan dakwah, yakin akan berubah. Dengan dakwah ambia a.s, yakin akan bertukar dan suasana akan bertukar. Dengan bertukarnya yakin, amal akan menjadi ke tahap yang lebih tinggi atau lebih bagus. Selepas iman sempurna, disempurnakan semua ini dengan solat iaitu selepas 13 tahun. Cerita tentang ambia a.s, Allah s.w.t mulakan dengan perkara ini juga iaitu iman, tukar yakin kepada benda kepada yakin kepada Allah s.w.t. Pertama, dakwah. Kedua, amal. Ketiga, akhirat. Dakwahkan ttg wahdaniah/kebesaran Allah s.w.t. Inilah perkara pertama yg didakwahkan oleh nabi2. Selepas itu barulah didakwahkan amalan2.
Pertama, dakwah kebesaran Allah s.w.t, kemudian barulah amalan2 akan jadi betul, selepas itu barulah akhirat kita akan terbentuk. Dengan dakwah akan ada iman, dengan iman akan ada amal, dengan amal barulah akhirat terbentuk. Allah s.w t dakwah nabi Musa a.s, dpd iman kepada amal dan dpd amal akhirat terbentuk. Dakwah nabi yang pertama ialah kebesaran Allah s.w.t. Perkara ini telah hilang daripada umat ini. Mahfum dakwah yang umat sekarang faham ialah nabi datang dan seru orang kafir. Kita tidak terfikir langsung sekarang ini orang beriman dakwah orang beriman. Kita selalu dengar, “Kami sudah Islam, kenapa datang dakwah kami”. Padahal dakwah kalimah adalah untuk orang yang sudah ada kalimah. “Berimanlah kamu sepertimana manusia2 lain beriman”. “Wahai org2 yang beriman, berimanlah”. Dakwah kalimah, dakwah iman adalah untuk orang yang beriman.
Sahabat2 duduk dalam majlis2 iman, bukan bersama org kafir ttpi bersama dgn mereka sendiri. Ada sahabat fikir kita telah beriman, hendak beriman macam mana lagi. Abdullah B. Rawahah terfikir perkara ini. Abdullah B. Rawahah ajak org lain, wahai org2 beriman, mari kita beriman. Mereka rasa pelik. Kita sudah beriman, hendak beriman macam mana lagi. Sahabat anggap ini sbg sifat munafik/nifaq. Bila duduk bersama Nabi s.a.w, hati rasa lain dan bila balik ke rumah, duduk dgn anak-isteri, rasa lain. Nabi s.a.w berkata pada Hanzalah, “Hati mmg macam itu, kadang macam ini, kadang macam itu”.
Dakwah iman bukannya untuk orang lain. Dakwah iman kepada orang beriman juga. Orang lain diseru kepada Islam. Kita dakwah Islam kepada orang lain bilamana Islam masuk keseluruhannya dalam diri orang Islam sendiri, maka barulah orang kafir akan datang kepada orang Islam. Orang lain akan masuk ke dalam Islam bila iman orang beriman ini telah sempurna. Islam akan datang dengan keimanan yang sempurna. Islam adalah tempat zahirnya iman. Kalau iman tiada, maka Islam pun tiada. Iman dulu, kemudian baru Islam. Sahabat kata, “Kami belajar iman dahulu, kemudian baru belajar Quran”. Bukan maksudnya mereka tidak belajar Quran. Dalam istilah Quran, alim adalah orang yang yakin, “Ahlul ilm”, ahli yakin, ada ayat dalam Quran mengatakan tentang perkara ini. Orang Islam di zaman dahulu pernah berkata, “Kalaulah kami dapat harta seperti Qarun”.
Dalam ayat ini maksud orang yang berilmu ialah orang yang ada yakin. Umar r.a pernah terfikir, “Kalaulah kita dapat sepertimana Kaisar dan Kisra”, maka Nabi s.a.w telah marah, “Wahai anak Khattab, adakah kamu syak lagi, Allah s.w.t telah jadikan dunia untuk mereka tetapi untuk kita Allah s.w.t telah sediakan akhirat. Dalam istilah Quran, ahlul ilm adalah ahli yakin. “Kami belajar iman, kemudian belajar Quran”, bukannya bermaksud mereka tidak belajar langsung baca Quran, mereka boleh baca Quran, tetapi yang dimaksudkan dengan belajar Quran ini ialah bagaimana hendak yakin dengan segala janji2 Allah s.w.t yg diberitahu dalam Quran.
Inilah yang dimaksudkan dgn belajar Quran. Mengharamkan apa yg haram dalam Quran. Mengganggap perkara yang diharamkan dlm Quran sbg haram. Inilah yg dimaksudkan dgn “taklamnal Quran”. Skrg ini kita faham dan kita terima bahawa Quran adalah kitabullah. Dlm rukun iman, kita telah ikrar bahawa Quran adalah kitabullah, kita ikrar ttg kewujudan malaikat. Dgn kita ikrar perkara ini, barulah jadi org Islam. Baru jadi Islam shj.
Inilah yang dimaksudkan dgn belajar Quran. Mengharamkan apa yg haram dalam Quran. Mengganggap perkara yang diharamkan dlm Quran sbg haram. Inilah yg dimaksudkan dgn “taklamnal Quran”. Skrg ini kita faham dan kita terima bahawa Quran adalah kitabullah. Dlm rukun iman, kita telah ikrar bahawa Quran adalah kitabullah, kita ikrar ttg kewujudan malaikat. Dgn kita ikrar perkara ini, barulah jadi org Islam. Baru jadi Islam shj.
Dengan ikrar perkara ini kita anggap seseorang itu sudah jadi orang Islam iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab2 Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada hari qiamat, beriman kepada qada dan qadar. Bertentangan dengan orang2 kafir, mereka mengengkari kewujudan malaikat, mereka tidak percaya nabi, tidak percaya qada dan qadar. Maksud daripada ikrar perkara ini ialah orang yang terima perkara ini iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul. Sekarang ini kita hanya terima sahaja. Allah ada? Ada. Malaikat ada? Ada. Beriman kepada Quran sebenarnya ialah benda yang diharamkan oleh Quran, kita kata haram. Oleh kerana telah diharamkan oleh Quran, maka kita hindarkan diri dpd perkara itu. Inilah baru dianggap kita telah beriman kpd Quran. Ada seorang telah mengumpat.
Seorang lagi kata, “Engkau tidak beriman kepada Quran?” Satu perkara yang telah diharamkan oleh Quran, tetapi daripada perbuatan/ tindak-tanduk seseorang, dia tidak nampak perkara ini sebagai haram, jadi seolah2 dia tidak beriman kepada Quran. Nabi s.a.w bersabda, “Tidak beriman seseorang yang telah manghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Quran”. Perbuatannya tidak menunjukkan bahawa perkara itu (mengumpat) haram. Kejadian ini berlaku di zaman Nabi s.a.w. Beriman kepada Quran kemudian mengumpat, ini tidak mungkin. Org yang berzina atau mengumpat, sebenarnya dia tidak beriman kepada Quran. Sahabat kata, kami belajar iman dahulu kemudian baru belajar Quran. Bukan maksudnya kami belajar iman dahulu dan kemudian baru baca Quran. Tidak! Maksudnya ialah mereka telah bentuk iman dahulu sebelum mereka yakin pada segala apa yang disebut dalam Quran. Mereka telah beriman dengan iman yang sebenar2nya sebelum mereka mempercayai apa janji2 Allah s.w.t dalam Quran.
Orang yang telah belajar iman, maka kehidupan dia akan jadi kehidupan Quran dan amalannya bertepatan dengan amalan Quran. Sahabat belajar iman dari guru seperti Nabi s.a.w dan pelajar seperti sahabat2. Nabi s.a.w telah ajar sahabat iman dan uji mereka. Seorang sahabat sedang tidur, Nabi s.a.w telah bangunkan dia. Harith B. Malik r.a sedang tidur di masjid dan Nabi s.a.w telah kejutkan dia. Nabi s.a.w tanya, “Macam mana pagi ini, macam mana keadaan kamu ?” Dia jawab, “Aku berpagi2 dalam keadaan aku yakin kepada iman”. Nabi tanya lagi, “Apa buktinya?” Harith r.a kata, “Aku seolah2 melihat akan syurga, seolah2 aku melihat akan neraka dengan mata aku sendiri”. Semua gambaran ini berada dihadapan mereka. Oleh kerana yakin mereka, mereka telah terbau syurga semasa di dunia ini lagi. Syurga masih berada di tempatnya, bukan maksudnya syurga itu telah dihampirkan kepada mereka. Maksud tercium bau syurga ialah yakin mereka kepada syurga memang teguh. Yakin inilah yang telah menghampirkan syurga itu kepada sahabat2.
Orang kafir pula kerana mereka ada tirai kufur, kerana mereka tidak yakin, sebab itulah mereka tidak nampak semua ini. Sbb itulah mereka putus asa dpd kudrat Allah s.w.t, putus asa dpd rahmat Allah s.w.t. Sebaliknya org2 yg beriman, mereka menyakini kudrat Allah s.w.t, sebab itulah utk org2 yg bertaqwa, syurga telah dihampirkan kepada mereka. Syurga telah disediakan utk org yg bertaqwa. Dgn yakin yang macam inilah, yakin kepada janji2 Allah s.w.t, Allah sediakan syurga. Dgn yakin yang teguh macam inilah, seolah2 mereka telah nampak sendiri gambaran syurga dan neraka, terbau syurga, terdengar bunyi2 syurga dan neraka di telinga mereka. Bukan nampak dengan pandangan mata tetapi nampak dengan pandangan hati. Ini berlaku dgn yakin. Yakin dtg dgn dakwah. Dgn dakwah dtg iman. Dari iman dtg amal. Dari amal dtg keredhaan Allah. Dengan keredhaan Allah s.w.t akan terbentuklah segala keadaan. Dengan iman datang satu keinginan untuk buat amalan.
Tanpa iman, maka solat akan jadi berat. “Sesungguhnya solat adalah sangat berat melainkan ke atas orang yang khusyuk”. Mereka yang tidak ada yakin, maka solat akan jadi berat. Berkenaan dengan org2 munafik, orang tidak beriman, mereka akan bangun untuk solat dengan keadaan malas. Maulana Yusuf rah. berkata, “Dengan kelemahan iman, akan dtg kemalasan untuk solat dan amalan kalau dibuat pun untuk selain dpd Allah s.w.t”. Kedua-dua ini akan datang dengan kerosakan iman. Dengan lemahnya iman, maka akan datang kemalasan dlm amalan dan sedikit sebanyak yang dapat buat, maka dibuat bukan untuk Allah s.w.t ttpi hanya utk menunjuk2. Nifaq adalah perkara yg berlawanan dgn iman. Iman adalah amalan tulus ikhlas kerana Allah s.w.t. Nifaq ialah buat ada niat utk org lain, utk selain dpd Allah s.w.t. Setakat mana kedaifan iman seseorg itu, setakat itulah niat pun adalah utk selain dpd Allah s.w.t. Kalau iman teguh, amalan2 akan jadi ikhlas kerana Allah s.w.t.
Keseluruhan agama dtg dlm kehidupan skrg, ini pun dtg dgn iman, dgn perantaraan yakin. Tanpa iman, ikut rasa hati, maka kita akan kelaskan sendiri agama, “dlm keadaan macam ini, setakat mana saya boleh amal agama”. Umat rasa susah bukan sbb benda ttpi sbb tiada keseluruhan agama. Dgn kita hanya ada sebahagian agama dan hendak harapkan kejayaan dgn sebahagian agama ini, maka mmg tidak boleh dpt. Masalahnya skrg kita telah kelaskan sendiri agama, mana yg kita hendak buat dan mana yg kita tidak mahu buat. Kita akan kata, “Dlm keadaan macam ini, apa yg aku boleh buat” sepertimana bila kita pergi ke pekan, barang ini berguna utk aku, yg ini tidak berguna utk aku, aku perlu pada ini, aku tidak perlu pada itu, dsbnya.
Umat hari ini pun telah pilih sebahagian dari hukum2 Allah s.w.t utk dirinya, solat buat, zakat tidak buat, itu buat, ini tidak buat dsbnya. Setakat mana agama akan dtg ke dlm rumah? Kita akan kata, “Setakat mana yg boleh lah!” Solat kita buat ttpi muamalat cara riba. Knp buat muamalat cara riba? Kita akan kata, “Tanpa riba payahlah sikit, tidak blh hidup, di negara kami duduk ini, riba adlh sistem kerajaan, kami tidak boleh lepas dpdnya, jadi terpaksa buat”. Walaupun dgn solat ttp sesorg itu akan gagal.
Umat hari ini pun telah pilih sebahagian dari hukum2 Allah s.w.t utk dirinya, solat buat, zakat tidak buat, itu buat, ini tidak buat dsbnya. Setakat mana agama akan dtg ke dlm rumah? Kita akan kata, “Setakat mana yg boleh lah!” Solat kita buat ttpi muamalat cara riba. Knp buat muamalat cara riba? Kita akan kata, “Tanpa riba payahlah sikit, tidak blh hidup, di negara kami duduk ini, riba adlh sistem kerajaan, kami tidak boleh lepas dpdnya, jadi terpaksa buat”. Walaupun dgn solat ttp sesorg itu akan gagal.
Allah s.w.t telah berjanji bahawa kejayaan dalam agama yang sempurna iaitu keseluruhan agama. Oleh kerana kelemahan iman, sebab itulah kita pilih mana yang kita hendak buat. Bukan maksudnya apa yang boleh buat kita buat dan yang tidak boleh buat, kita tinggalkan. Maksud yang sebenarnya ialah Allah s.w.t telah letakkan kekuatan dalam diri kamu dan dengan kekuatan ini, memang kamu akan boleh buat amal. Setakat mana yang Allah s.w.t perintah, kekuatan untuk hendak buat perintah itu, Allah s.w.t telah siap letak dalam diri kamu. Allah s.w.t tidak bebankan seseorang itu lebih daripada kemampuan dia. Setakat mana kemampuan manusia, setakat itulah Allah s.w.t bagi pada mereka perintah2. Org yg mengamalkan agama, mereka berusaha untuk diri mereka sendiri. Siapa yang tidak usaha atas agama, maka mereka telah usahakan untuk dapatkan azab. Selepas itu, doa. Maksud daripada doa itu, “Aku telah terima segala perintah2Mu, kalaulah dalam menjalani perintah2Mu ini, ada sedikit salah silap, terlupa dsbnya, wahai Allah, Engkau ampunkanlah aku”. Hukum yang telah Allah s.w.t turunkan, Allah s.w.t turunkan mengikut kemampuan.
Diluar dpd kemampuan manusia, maka Allah s.w.t tidak perintahkan langsung, e.g tukar bukit dari sini ke situ, Allah tidak perintah, sebab perkara ini diluar kemampuan manusia. Kalau yakin tiada, maka dia akan ambil agama setakat mana yang dia mahu supaya dia tidak rugi di dunia ini. Kalau ada agama pun, dia akan amalkan sebahagian agama sahaja. Kalau jalankan perniagaan dengan cara yang betul, maka akan rugi sedikit. Sekarang ini kita solat, tetapi berniaga cara apa pun tidak kisah, kalau jadi macam ini, walaupun buat amal sedikit sebanyak, kesusahan tetap akan datang. Selepas itu kita akan anggap, tidak mengapalah di dunia ini susah sedikit, dunia ini tempat untuk kita bersusah2, bukan! Kalau kesusahan yang datang dengan tinggalkan perintah Allah s.w.t, ini bukan kesusahan yang dimaksudkan yang akan membina syurga. Setengah2 kesusahan akan membina syurga.
Orang yang sabar, orang yang dapat syurga ialah orang yang buat kesemua perintah2 Allah s.w.t. Dalam menjalani segala perintah2 Allah s.w.t, sedikit sebanyak kesusahan akan datang. Dengan kesusahan inilah Allah s.w.t akan bagi syurga. Jadi, bila seseorang itu tidak menjalani perintah Allah s.w.t, tinggalkan perintah Allah s.w.t, sbg balasan tidak menjlnkan perintah tersebut, maka Allah s.w.t akan dtgkan kesusahan. Dgn kesusahan itu, mereka bersabar dan mengharap utk dpt syurga, ini tidak mungkin berlaku, ini bukan caranya. Kesabaran yg dimaksudkan oleh Allah s.w.t ialah kesabaran selepas seseorang itu amalkan perintah Allah s.w.t.
Sahabat kurang makan, kurang pakaian, kurang air, takut, penyakit, semua ini telah datang pada sahabat. “Org yg telah amalkan segala perintah Kami, dtg keadaan macam mana pun, maka kamu berilah berita gembira pada mereka. Apabila dtg kpd mereka musibah, maka mereka akan berkata, sesungguhnya kami daripada Allah s.w.t dan kepadaNyalah kami akan kembali”. Dtg kesusahan dgn sebab tinggalkan perintah Allah s.w.t, dan kemudian bersabar dan minta syurga, ini bukan caranya. Kalau kita fikir macam ini, maka akan rugi dunia dan akhirat. Kerugian di dunia dan kerugian di akhirat. Kerugian di dunia ialah tidak dpt dunia sepenuhnya, dan kerugian di akhirat ialah tidak dpt amal agama keseluruhanya. Dlm diri setiap sahabat ada Islam keseluruhnnya. Iman ada, Islam ada.
Islam maksudnya ialah kehendak hati seseorang itu mengikut 100% perintah Allah s.w.t. Kita boleh agak keadaan iman kita. Perintah Allah s.w.t dan kehendak hati macam mana? Kalau hati kita bersamaan dgn kehendak Allah s.w.t atau hukum Allah s.w.t, barulah iman sempurna. Kalau tidak, iman belum sempurna lagi. Kehendak kita, kita serasikan dgn kehendak Allah s.w.t, inilah tanda iman. Sbb itulah, perlu diberi dakwah untuk bina yakin, kerana dengan yakin akan datang amal. Amal tidak akan terbentuk dengan sempurna selagi kita tidak yakin kpd amal. Nabi s.a.w telah beritahu bahawa utk setiap jenis manusia dlm menghadapi kesusahan, selesai dgn amal. Dlm sejarah, kitab sirah, Nabi s.a.w tidak pernah beritahu pada sahabat, “Kamu berniagalah dan dpd perniagaan ini, dpt harta, kamu belanjakanlah di jln Allah s.w.t”.
Nabi s.a.w tidak bawa umat kad perniagaan teapi Nabi s.a.w telah bawa umat kpd amal. Mmglah nabi2 telah mengajar cara berniaga supaya org yg berniaga dpt menyempurnakan perintah Allah s.w.t, bukannya hendak cari kejayaan dlm perniagaan. Utk dtgkan kejayaan bagi peniaga, Nabi s.a.w telah dtgkan hukum-hakam. Nabi s.a.w tidak cerita pun ttg asbab. Kalau cerita pun, Nabi s.a.w akan cerita asbab yg Allah s.w.t sendiri sebut. Allah s.w.t sebut ttg madu, di dlmnya ada daya penyembuh/penawar bagi manusia. Allah s.w.t telah sebut dlm Quran, asbab yg betul2 yakin, dlm madu ada penawar, ttpi penawar kpd org yg yakin shj. Kpd mereka yg syak, boleh jadi akan dtg 10 lagi penyakit. Satu org yg sakit perut, orang yang syak, kalau minum madu, dia akan kata, “Madu ini panas”.
Kalau macam ini, akan datang 10 lagi penyakit. Satu kisah yg berlaku di zaman Nabi s.a.w, sebanyak 3 kali seorg sahabat telah dtg berjumpa dgn Nabi s.a.w, selepas minum madu, sakit perut dia bertambah teruk lagi. Selepas 3 kali, Nabi s.a.w bersabda, “Perut saudara awak itu berbohong, dlm hati dia tidak yakin pada Allah s.w.t” . Ayat Quran ada memberitahu, “Kami akan membezakan antara iman dan nifaq, kebenaran dan kebohongan”. Allah s.w.t akan uji orang beriman dengan mendatangkan musibah2. Sakit perut, bagi juga minum madu. Kata Nabi s.a.w pada kali ketiga, “ Perut saudara kamu itu berbohong, janji Allah s.wt itu benar”, yakni pada kali ketiga, sahabat itu sepatutnya yakin bahawa dalam ada disebut dalam madu ada penawar.
Seseorang yang beramal tanpa yakin, maka dengan amalan itu, silap2 akan bertambah rosak. Rosak macam mana? Dia akan kata, “Saya telah gunakan cara perubatan Quran, tetapi tidak sembuh juga”. Ada seorg telah dtg berjumpa maulana dan mengadu satu perkara. Maulana kata, “Kamu bacalah ayat Kursi banyak2”. Dia kata, “Saya sudah baca, cukup banyak, tetapi tidak jadi apa2 pun”. Umat telah tinggalkan Allah dan menyakini perkara2 lain.
Nabi s.a.w telah beritahu amal2 bagi peniaga dsbnya. Nabi s.a.w telah terangkan amal2. Kadang2 kita yakin lebih lagi pada buzruq dari Allah s.w.t. Kalau buzruq kata akan jadi macam ini, maka kita yakin ia akan jadi. Nabi Isa a.s celikkan kembali mata org yg buta, tetapi beliau menyembuhkan penyakit itu dan berkata dgn izin Allah s.w.t. Nabi pun buat sesuatu dgn izin Allah s.w.t. Allah s.w.t sebut perkara yg sama, “Wahai Isa, kamu celikkan org buta itu dgn izin Aku, kamu hidupkan org yg mati dgn izin Aku”. Nabi Isa a.s sebut dgn izin Allah s.w.t dan Allah s.w.t sebut dgn izin Dia, ttpi skrg ini kita tidak yakin kpd Allah s.w.t, kita yakin pada asbab sbb itulah perintah Allah s.w.t kita tidak berapa hendak ikut. Nabi kata, “Saya suruh kamu bagi minum madu kerana Allah s.w.t sebut dlm madu ada penawar”. Bila sebut perkara ini pada sahabat itu, sekali sahaja, yakin dia telah bertukar dan sakit perut pun sembuh. Satu ketika, Nabi s.a.w tersilap tidak sebut insyaAllah, maka Allah telah tahan wahyu.
Mulalah org2 mushrik memper sendakan Nabi s.a.w. Mereka kata, “Awak bohong”. Soalan mereka ialah, “Siapakah ashabul khafi?” Nabi jawab, “Esok saya akan beritahu”. Yakin Nabi bukan bermaksud esok Baginda akan beritahu dgn kebolehan beliau, bukan macam itu fikir Nabi. Yakin Nabi mmg pada Allah s.w.t iaitu dgn wahyu Allah s.w.t beliau akan beritahu esok. Nabi tidak sebut insyaAllah. Hari ini kita pun buat juga, kalau buzruq kata mcm ini, kita yakin akan jadi, ini adalah satu syirik. Ada seorg dtg minta tangkal dari maulana. Dgn tangkal ini pun yakin makhluk akan rosak.
Sebenarnya kita hendak yakin pada Allah s.w.t dengan buat amal. Perkara2 lain telah merosakkan yakin dalam umat ini. Yakin yang rosak macam mana? Dpd yakin kpa Allah, kpd yakin kpd tok bomoh, tok pawang dsbnya atau yakin pada perniagaan dsbnya, kebanyakan umat macam itu hari ni. Kebanyakan umat dlm kejahilan. Pergi kepada tok bomoh, pergi dgn penuh yakin kpd selain dpd Allah. Kalau dgn amal, kita tidak yakin dpt kejayaan, maknanya dlm keyakinan kita itu, masih ada kerosakan/kekurangan. Seolah2 yakin kita menunjukkan bahawa dgn solat, insyaAllah akan dpt syurga dan terlepas dari neraka, solat akan menghalang dari azab ttpi di dunia ini kita rasa apa hendak buat, kita buat.
Ali r.a suruh Fatimah r.ha pergi kepada Nabi s.a.w minta pertolongan. Bila sampai kepada Nabi s.a.w, Fatimah r.ha mengadu kepada Nabi s.a.w, dia tidak sebut “kami lapar, bagi pada kami makanan”, Dia mulakan ucapan dia dengan, “makanan malaikat ialah tasbih”. Fatimah r.ha tidak cakap direct. Subhanallah, alhamdulillah adalah makanan malaikat, kami bukan malaikat, kami manusia, spt mana makanan manusia yg lain, macam itulah juga makanan kami. Fatimah r.ha tidak terus direct minta makanan. Dia mula cakap makanan para malaikat ialah tasbih, tahlil, tahmid dsbnya, ttpi kami manusia. Nabi s.a.w faham apa yg dia minta. Nabi s.a.w tidak jawab pun makanan manusia ialah makanan2 yg kita faham. Nabi s.a.w jawab, “Wahai Fatimah, Jibrail a.s telah ajar aku 5 kalimah, kalau engkau hendak, aku boleh bagi kelima2 kalimah ini yg merupakan makanan malaikat”.
Nabi s.a.w tidak sebut, “tasbih adalah makanan malaikat, dan makanan engkau ada pada aku”. Tidak macam itu. Nabi s.a.w kata, “Baru tadi Jibrail a.s telah ajar aku 5 kalimah, kalau engkau hendak, aku boleh beritahu”. Fatimah r.ha kata, “Aku hendak 5 kalimah”, padahal tiada makanan di rumah ketika itu, mereka dlm kelaparan. Nabi s.a.w tanya, “Apa engkau hendak, 5 kalimah yg Jibrail a.s ajar atau makanan”. Dia terima 5 kalimah dan balik rumah. Ali r.a tanya, “Ada apa-apa”. Fatimah r.ha jawab, “Bila aku pergi ke sana, Nabi s.a.w tanya engkau hendak 5 kalimah atau 5 ekor kambing”. Fatimah r.ha kata, “Aku telah pergi hendak cari dunia tetapi telah bawa balik akhirat”. Ali r.a tidak marah pun. Dia tidak kata, “Benda ini kami dengar tiap2 hari, bawalah balik makanan”. Ali r.a kata, “Inilah hari terbaik kamu”. Nabi s.a.w beri pada umat ini amal sbg asbab.
Seorang sahabat dtg kpd Nabi s.a.w dan kata, “Aku dibebani hutang”. Nabi s.a.w kata, “Bacalah surah al-waqiah sebelum tidur atau tutup kefakiran kamu selama 3 hari, maka Allah s.w.t akan bagi rezeki selama setahun”. Kita pun buat juga tetapi bukan dgn niat hendak uji, betul ke macam ini. Kita buat dgn betul2 yakin kpd kudrat Allah s.w.t. Mereka yg yakin dgn kudrat Allah s.w.t, maka kudrat Allah s.w.t akan bersama dgn mereka. Bila Allah s.w.t jadikan kudratNya bersama seseorg, maka dia akan lepas kehadapan. Org yg buat sesuatu sekadar hendak uji, maka mereka terlepas ke belakang. Selain dpd amal, bila diberi sesuatu kepada umat, maka yakin umat akan rosak seperti satu orang jumpa tok pawang dan mengadu kedai tidak ada pelanggan, tok pawang pun bagi tangkal dan ikat di kedai, tetapi masih pelanggan tidak datang. Dia pun jumpa tok pawang semula, tok pawang susah hati, dia pun susah hati, tukar tangkal lain pulak.
Sebab itu, bila umat ini diberi selain dari amal, maka yakin umat akan rosak. Allah s.w.t akan berurusan, dgn seseorg mengikut yakinnya. Bila keseluruhan agama dtg dlm diri seseorang, maka barulah Allah s.w.t akan bagi kejayaan. Agama yang sempurna akan datang dengan perantaraan yakin. “Allah s.w.t hendak apa dari saya”. Ini adalah alamat/tanda iman. Dari segi bahasa, iman ini ialah menyakini segala apa yang didatangkan oleh Nabi s.a.w. Apa sahaja perkhabaran yang Nabi s.a.w bawa dari Allah s.w.t kepada kita, kita hendaklah yakin kepada perkara itu. Inilah yang dikatakan “lailahaillallah muhamdurrasulullah” . Kesimpulan kepada lailahaillallah muhamdurrasulullah ialah segala apa yang dikatakan oleh Nabi s.a.w sebagai perintah Allah s.w.t dan mempercayai akan perkara ini.
Kalau kita percaya tentang sesuatu dan kita cuba buat dahulu perkara tersebut kerana ingin tahu, akan tetapi menyakini benda2 yang ghaib, kalau dgn tengok sesuatu baru hendak beriman, ia tidak dianggap beriman pada yang ghaib. Allah s.w.t cerita tentang syurga, ialah untuk orang yang yakin pada syurga itu dan meremehkan dunia supaya manusia dapat faham kehinaan dunia. Syurga itu bukan setakat yang disebut oleh Allah s.w.t dalam Quran, malah lebih lagi daripada itu. Allah s.w.t tidak cerita pun syurga yang sebenarnya. Allah s.w.t cuma cerita sedikit sahaja tentang syurga supaya kita dapat tahu kehinaan dunia. Allah s.w.t tinggalkan dalam perkara2 ghaib supaya manusia dapat buat amalan atas perkara yang ghaib. Ikhlas dalam kalimah ialah dapat menghalang seseorang itu daripada perkara2 yang haram. Keluar dijalan Allah s.w.t, dakwahkan lailahaillallah utk dapatkan ikhlas pada kalimah. Setakat mana ikhlas dlm kalimah, setakat itulah kita dihindarkan daripada benda yang haram.
Setakat mana iman itu datang, dia akan dapat pertolongan daripada amal. Ilmu ialah ada perasaan dan tahqiq, apa yang patut aku buat dan apa yang tidak patut aku buat. Segala apa yang Allah s.w.t hendak dari aku, dibuat dengan ingat kepada Allah s.w.t. Kalau kedua2 perkara ini tiada, ini dipanggil lalai, kejahilan, tidak tahu apa yang Allah s.w.t hendak atau tahu apa yang Allah s.w.t hendak tetapi dalam menjalani sesuatu yang Alah s.w.t hendak, kita tidak ingat pada Allah s.w.t. Kalau kedua2 perkara ini tiada, maka dia lalai dalam kejahilan. Buat amalan tetapi tidak tahu kepada janji2 Allah s.w.t, ini adalah lalai. Satu amalan yang dibuat dengan lalai, maka akan datang rasa jemu dan malas. Maulana Ilyas rah. pernah berkata, “Amalan yg dilakukan dgn lalai, maka akan datang rasa malas”. Amalan yang dilakukan dgn lalai, ia menjauhkan dpd Allah s.w.t.
Dgn dakwah akan dtg yakin. Sebab itulah kita kena dakwahkan keimanan pada Allah s.w.t. Dgn dakwah, akan dtg iman, dari iman maka akan dtg kehendak/takazah dlm hati untuk buat amalan. Kalau tidak kita akan buat amalan mengikut mahul. Ada dua perkara. Setengah2 amalan, bila kita rasa hendak buat, kita buat dan bila rasa tak mahu buat, kita tak buat. Inlah agama ikut perasaan, ikut kehendak hati. Satu lagi ialah agama ikut keadaan, bila sakit baru hendak sedekah, bila datang keadaan susah baru hendak solat, ada kes baru hendak doa. Ini agama ikut keadaan. Keadaan telah memaksa dia buat amalan. Bila keadaan habis, maka amalan pun habis. Amalan ini seolah2 macam ubat bagi orang yang sakit. Bila habis sakit, berhenti makan ubat. Macam itulah juga sebahagian dari kita, buat amalan kerana keadaan. Agama keadaan dan agama kehendak diri sendiri.
Satu, keadaan ikut mahul, satu ketika perdana menteri jemput orang Islam buka puasa, parti buka puasa, bersama2 orang Islam, datang juga orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun tidak makan sebab hendak makan bersama orang Islam semasa buka puasa. Ini adalah agama mahul. Satu lagi, agama politik, e.g hari ini kita kena buat macam ini, orang kafir bagi syor yang mendatangkan kebaikan pada orang Islam, orang Islam pun suka, padahal ini dinamakan agama politik. Allah s.w.t tidak suka langsung perkara2 ini, agama politik, agama mahul, agama kehendak hati. Allah s.w.t redha ialah pada agama keseluruhannya, tidak tengok keadaan, tidak tengok mahul, tidak tengok kehendak hati, tidak tengok siasah dsbnya. Dimana perintah Allah s.w.t, disitulah kita kena buat, menyempurnakan segala perintah Allah s.w.t. Jangan kita fikir, boleh tak buat macam ini. Kadang2 orang tengok, kami solat, mereka pun solat juga, sekali maulana solat di airport, orang kafir pun solat bersama.
Ada orang solat, tetapi bila datang kenduri kendara, bila masuk waktu solat, dia tidak solat, kadang2 tidak teringat langsung hendak solat, kadang2g teringat hendak solat tetapi malu pada orang ramai, kerana orang datang kenduri seorang pun tidak solat, nanti orang kata apa pulak, “Orang kuat solat dah datang dah…”. Orang yang tidak buat usaha agama, maka dalam setengah2 mahul, dia akan malu hendak buat amal. Orang yang tidak mendakwahkan amalannya, maka dia tidak boleh buat amalan. Orang yang dapat dakwah amalan, barulah dia dapat istiqamah dalam amalan. Kalau tidak mendakwahkan amalan, maka dia dalam bahaya.
Orang macam ini, kadang2 bila datang adat resam yang menghalang dia buat amalan, maka dia akan tinggalkan amalan tersebut. Azan adalah dakwah, muazzin adalah da’i. Tunjukkan muazzin yg tidak solat, ini tidak mungkin. Kenapa muazzin ttp solat walaupun satu kampung tidak solat, ini adalah kerana muazzin adalah pendakwah kepada solat. Dia sendiri tidak boleh hendak tinggalkan solat. Org yg mendakwahkan keseluruhan agama, maka org yg macam inilah yg akan istiqamah. Org yg meninggalkan dakwah, maka org itu akan menukarkan agama sepertimana org tukar baju. Kalau tinggalkan dakwah, dia akan jadi bebas dlm agama. Dia rasa bebas, rasa apa hendak buat, buat. Bila tidak bagi dakwah agama, rasa pentingnya agama akan jadi kurang dlm hati. Sebab itulah kita sama2 niat untuk buat dakwah dan mendtgkan keseluruhan agama dlm diri kerana keseluruhan agama inilah Allah s.w.t redha.
No comments:
Post a Comment