(01/11/2012 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia. Alhamdulillah, syukur pd Allah s.w.t kerana dgn kasih sayang dan rahmatNya telah kumpulkan kita disini. Tanpa taufiq dan rahmat Allah apa pun kita tak boleh buat. lafaz Allah adalah lafaz yg sangat mudah utk disebut. Tapi tanpa taufiq dari Allah seorg pun tak boleh sebut. Sehari semalam kita bernafas sebanyak 25,000 hingga 27,000 kali. Bila Allah bagi taufiq pd seseorang setiap nafas disedut/dihembus dgn zikrullah. Bila Allah bagi taufiq semua jadi mudah. Apa itu taufiq dan apa itu hidayat? Hidayat adalah umum manakala taufiq adalah khusus. Kita dpt hidayat masuk islam tapi tak semestinya dlm hidayat itu kita dpt taufiq.
Ada org diberi hidayat tapi tak diberi taufiq. Hidayat ada 2 makna. 1. Sebagai penunjuk jalan 2. membawa seseorang ke jln dan matlamat. Nabi2 dihantar ke dunia sebagai penunjuk jln sahaja kpd manusia. Nabi tak dpt sampaikan seseorg kpd matlamat hatta bapa saudara dia sendiri. Wahai muhammad, kamu tak boleh bagi hidayat pd org yg kamu suka. Sesungguhnya Allah lah yg memberi hidayat pd org yg dia kehendaki. Taufiq ialah menyediakan segala sbb2 kebaikan. Kita sendiri berusaha utk sediakan. Itulah usaha nabi2. mrk membawa manusia supaya berkeinginan kpd hidayat. Kerja nabi ialah bawa manusia yg tiada keinginan. Timbulkan keinginan dlm hati. Maka Allah akan bagi taufiq kpdnya.
Usaha semua ambia a.s ialah bawa manusia kpd jln petunjuk. Pergi jumpa manusia yg tak nak. Pujuk dan rayu sehingga timbul dlm hati mereka nak kpd hidayat. Supaya umat kembali kpd Allah. nabi2 pergi jumpa setiap org utk sampaikan kalimah iman. Wahai manusia, ucaplah lailahaillallah semoga kamu berjaya. Langkah pertama, suruh ucap kalimah. Langkah kedua, siapa yg mengakhiri kalamnya lailahaillallah dgn ikhlas, akan masuk syurga. Lepas ucap kalimah kena usaha atas keikhlasan kalimah. Dakwah kalimah ialah dakwah kpd kebesaran Allah. dakwah mafhum kalimah. Ajak manusia kpd kebesaran Allah. supaya kalimah kekal di bibir2 org islam. Kalau tinggalkan dakwah kalimah, ia tak akan kekal di bibir2 org beriman. Ada org islam di sesetengah negara di dunia ni yg jemaah telah sampai, mengaku islam tapi tak boleh ucap kalimah. 1. dakwah kalimah 2. dakwah islam.
Dakwah islam utk org yg tak beriman. Aslim, taslam. kamu islam, kamu selamat. Dakwah kalimah utk org yg beriman. Kalimah iman juga dipanggil kalimah taqwa. Org beriman adalah ahlinya. Penting dakwah iman ke atas org yg ada kalimah. Dakwah kalimah kpd org islam dan dakwah islam kpd org yg tak ada kalimah. Setiap org islam perlu pd iman. Dgn iman dpt buang segala perkara yg Allah tak suka. Ikhlas dlm kalimah adalah meninggalkan semua perkara yg Allah tak suka. Tinggalkan semua perkara yg haram. Itulah hakikat drp dakwah kalimah. Kalau kita buat dakwah tapi masih buat perkara yg haram itu tandanya belum ada kesan dakwah kalimah dlm diri kita. Halal adalah jelas dan haram adalah jelas. Setelah dakwah kalimah dijalankan maka setiap tindak tanduk kita kena pastikan adakah ia halal atau haram.
Kalau masih lagi buat perkara yg haram, kita kena taubat dan istighfar. iman dan taqwa akan luntur dgn dosa dan maksiat. Dosa menghakis iman. Dosa meluntur kan kesan dakwah kalimah. Sabda nabi, kalimah lailahaillallah sentiasa memberi menafaat pd org yg mengucapkannya kecuali org yg meringan2kannya. Sahabat tanya siapa yg meringan2kannya? Bila maksiat berlaku terang2an dan dia tidak mencegah maksiat tersebut. mengabaikan hak kalimah. Jgn tengok maksiat pd org lain. tengok maksiat dlm diri sendiri. Perkara haram yg masih kita buat.
Lailahaillallah tak akan menular dlm hati selagi zahir masih dipenuhi maksiat dan dosa. Kita takut ucapan tersebut tak masuk dlm hati. Berpuluh tahun buat dakwah tapi tabiat buruk masih ada. Hilang sekejap lepas tu dtg balik. Tak macam sahabat sekali buang seumur hidup tak dtg dah kerana kesan lailahaillallah telah berada dlm jiwa mereka. Iman adalah ikhlas. Dlm muamalat kena jujur dan ikhlas. Dlm muasyarat kena jujur dan ikhlas. Dlm akhlak kena jujur dan ikhlas. Itulah bangunan islam. Islam adalah satu syariat. Perlu diwujudkan dlm diri kita.
Syariatul islam ada 5, imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Asas islam adalah iman dan ibadat. Islam tertegak atas 5 rukun (2 perkara asas adalah syahadah dan ibadat). Islam bermaksud serah diri. Aslim. Serah segala keinginan utk Allah. solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya utk Allah. diri ku bukan aku punya, hartaku bukan aku punya. Bila dah serah, maka tak boleh buat macam mana kita nak. Kena buat ikut apa yg Allah perintah. Buat sebagaimana yg disuruh. Bukan buat apa yg kita rasa nak buat. Imam ghazali kata ibadat ada 10. solat, puasa, zakat, haji, tilawah, zikir, tijarah, dakwah amal makruf nahi mungkar, tunaikan hak jiran dan ihtimam akan sunnah. Semua ibadat ni kena dibuat macam mana yg disuruh. Apa itu zikir? Setiap perkara yg membawa kpd ketaatan adalah zikir. Apa zikir dlm bayan? dengar. Bila dengar akan faham. Bila faham mudah nak amal.
Amal sahabat tak banyak tapi kualiti amal mereka sangat hebat. Itulah beza kita dgn sahabat. Bila usaha dibuat maka taqwa akan dtg dlm diri. Takut pd Allah. Utk mereka yg bertaqwa, sudah beriman dan beramal soleh – kena ada 3 taqwa:
1) taqwa yg pertama– menghindarkan diri drp perbuatan syirik secara terang2an.
2) taqwa yg kedua– menghindarkan diri drp perbuatan dosa besar dan maksiat.
3) taqwa yg ketiga– mengosongkan hati drp ghairullah, hanya ada Allah sahaja - ni taqwa paling tinggi. Sebagaimana taqwa ibrahim a.s semasa dilontar masuk dlm api.
Kena usaha dan doa. Di malam perang badar, nabi telah berdoa selama 7 jam. Kenapa kita dihindarkan dari berdoa? Kita tak diberi taufiq utk bedoa sebab dosa. Kita kena taubat dan istighfar. Nabi yg maksum pun istighfar 70 kali sehari utk dirinya. Setiap hari kena ada penambahan dlm doa. 2 minit, 5 minit, 10 minit, 30 minit, 1 jam…Dah berpuluh thn buat tabligh tapi doa masih takat tu je. Kena taubat. Kena rasa diri serba kekurangan. Kena rasa diri lemah. Muhasabah diri. Tambah korban. Usaha dan doa. Sempurna kan amal. Niat dan azam. Buat usaha tempatan dan keluar di jln Allah. 4B/40H. semua sedia…
No comments:
Post a Comment