Tuan2 yg mulia, syukur pd Allah s.w.t, dgn taufik dan hidayat dari Allah a.w.t, pd hari yg mulia ini, hari yg digelarkan oleh nabi s.a.w sbg saidul ayyam, penghulu bagi segala hari, kita berkumpul di rumah Allah yg mulia, utk tunaikan kefarduan yg Allah telah perintah pd kita, dgr khutbah dan tunaikan solat jumaat. Hari jumaat adalah hari yg mulia di sisi Allah. pada hari ini adam a.s telah diciptakan. Pada hari ini adam a.s telah dimasukkan ke dlm syurga. Pada hari ini jugalah adam a.s telah dikeluarkan dari syurga. Dan pada hari jumaat juga akan berlakunya hari kiamat.
Pada hari jumaat semua makhluk2 Allah hatta malaikat, gunung2, lautan, angin, langit berada dlm ketakutan. Takut berlakunya hari kiamat pd hari tersebut. hari kiamat adalah satu hari yg sgt dahsyat. Allah berfirman, wahai manusia bertaqwalah kamu kpd Allah, sesunguhnya gegaran hari kiamat, kegoncangan hari kiamat adalah sesuatu yg amat dahsyat. Pada hari tersebut kamu akan lihat ibu2 yg menyusukan anaknya akan lupa akan anak2 yg disusui, anak2 dlm kandungan akan gugur, manusia berada dlm keadaan mabuk, sdgkan mrk bukan mabuk, ttpi azab Allah amat pedih dan amat dahsyat.
Oleh itu, dlm quran, Allah berkali2 ingatkan kita supaya buat persiapan utk menghadapi kehidupan akhirat. Menghadapi kehidupan selepas kematian. Allah berfirman, bersiap sedialah kamu utk menghadapi hari yg mana kamu semua akan dikembalikan kpd Allah s.w.t setiap dari kita, lelaki, wanita, tua, muda, kaya, miskin, berpangkat, tidak berpangkat, berpelajaran, buta huruf, arab, ajam akan dikembalikan pada Allah s.w.t. Bukan hanya dikembalikan, akan disempurnakan balasan atas setiap usaha yg dibuat di atas dunia ini. samada baik atau buruk. Dlm keadaan kamu tidak dizalimi walaupun sedikit. Tuan2 yg mulia, Setiap insan akan menghadapi kiamat diri dia sendiri iaitu kematian.
Setiap yg bernyawa pasti akan merasai kematian. Satu syair berbunyi, kematian adalah seumpama satu gelas, yg mana setiap org akan sampai gilirannya yg mana dia akan minum dari gelas tersebut. semua kita beratur menunggu giliran masing2. kubur adalah satu rumah yg mana setiap org akan masuk. Setiap kita akan melalui kehidupan barzakh. Samada kita sedar atau tak sedar di dunia ini, kita semakin hampir ke kubur kita. Pada hakikatnya, setiap langkah yg kita ambil setiap hari kita menuju kpd kubur kita. setiap nafas, setiap saat, setiap detik yg berlalu kita makin hampir kpd kehidupan akhirat. Setiap masa umur kita semakin pendek. Peluang kita utk buat persiapan akhirat semakin tiada. Sebab itu Allah hantar nabi2 dan rasul2 utk ingatkan kita, betapa penting utk buat persiapan akhirat. Bila kita mati maka bermulah kehidupan akhirat.
Dlm kubur setiap dari kita akan disoal oleh malaikat dlm kubur. Siapa rob kamu? Satu org yg buat usaha atas dunia ini, usaha atas iman dan yakin pd Allah, dia menyakini Allah rob dia, pencipta, pemelihara, yg bagi rezeki adalah Allah maka dgn mudah dia akan dpt jawab, Allah rob aku. Sebaliknya org yg yakin selain dari Allah, tidak akan dpt jawab. Yg akan jawab bukan lidah atau otak kita tapi hati kita. apa yg ada dlm hati itulah yg akan keluar. Malaikat akan pukul, sekali pukulan 70 hasta akan terbenam dlm bumi. Dan akan diazab dlm kubur. Soalan kedua akan ditanya ttg nabi s.a.w. siapakah nabi kamu? Bila dlm dunia meyakini bahawa muhammad adalah rasul Allah, ikut ajaran yg dibawa oleh nabi, mengamalkan setiap sunnah, maka akan mudah dpt jwb.
Soalan ketiga ialah apa agama kamu? Bila menyakini islam adalah agama yg hak, cara hidup islamlah cara kehidupan yg sebenar yg bawa kejayaan dunia dan akhirat, dia berusaha utk amalkan islam secara sempurna, maka mudah utk jawab soalan. Akan ttpi mrk yg tak yakin pada Allah, tak yakin dlm sunnah ada kejayaan, tak menyakini dlm agama segala penyelesaian masalah, akan jawab aku tak tahu. Tuan2 yg mulia, Satu org mukmin/beriman yg dpt jawab dgn baik, maka malaikat akan bagitahu dia tidurlah kamu sbg mana pengantin mlm pertama tidur. Dia akan disambut, kubur akan jadi luas sejauh mata memandang, dan akan dipakaikan pakaian dari syurga, akan dibuka satu jendela dlm kubur dan dpt lihat pemandangan indah dlm syurga, udara yg segar dan harum akan masuk dlm kubur.
Sebaliknya yg tak dpt jawab akan dipukul, akan dihampar tempat tidur dari api, akan dipakaikan dgn pakaian dari api neraka, akan dibuka satu jendela dlm kubur dan akan dpt lihat pemandangan yg menakutkan dlm neraka, angin yg busuk, udara yg panas, akan masuk dlm kubur. Dan kubur akan himpit sehingga tulang rusuk berceragah. Dia akan berterusan dlm keadaan demikian sehingga ditiupkan sangkakala yg kedua iaitu manusia kan dibangkitkan di padang mahsyar. Inilah 2 keadaan dlm kubur yg berbeza. Kubur samada salah satu taman dari tmn2 syurga atau salah satu lembah dari lembah2 neraka.
Israfil adalah malaikat yg dicipta khas oleh Allah utk meniup sangkakala. Sejak Allah ciptakan dia, sangkakala telah diletakkan di mulutnya, berdiri dlm keadaan bersedia, mendengar bila2 masa perintah Allah supaya tiup. Besar mulut sangkakala 7 petala langit dan 7 petala bumi boleh muat ke dlm nya. Tiupan sangkakala yg pertama kiamat akan berlaku. Bumi akan bergoncang, gunung akan bergoyang, semua akan berterbangan seumpama kapas. Lautan akan terbakar. Matahari, bulan, bintang akan jatuh berguguran, seluruh alam akan hancur lebur binasa. Hatta 4 malaikat yg besar Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail pun akan dimatikan. Malaikat maut sendiri akan dimatikan oleh Allah. tidak ada satu makhluk pun yg tinggal.
Maka pd ketika itu Allah akan tanya, milik siapakah kerajaan hari ni? Milik siapakah kekuasaan hari ini? Allah sendiri akan jawab, Milik Allah yg maha esa dan maha perkasa. Tiupan sangkakala kedua, maka seluruh manusia akan dibangkitkan. Dari manusia pertama adam a.s sehingga lah manusia terakhir sebelum hari kiamat. Akan dibangkitkan di satu medan yg luas, maka bermulalah hisab. Amal2 manusia akan ditimbang. Setiap manusia akan diadili oleh Allah s.w.t. setiap manusia akan berdiri di depan Allah. ada org akan masuk syurga tanpa hisab. Ada yg akan dihisab dgn mudah. Ada yg akan dihisab dgn hisab yg susah. Amal baik sebesar zarah akan dihisab. Amal buruk sebesar zarah akan dihisab. Segala bukti akan didtgkan dihadapan dia, buka amalan akan dibentangkan dihadapan dia.
Barangsiapa yg neraca amal kebaikan berat akan berada dlm kehidupan yg memuaskan. Barangsiapa yg neraca amal kebaikan ringan, maka tempat kembali adalah neraka hawiyah. Bila amal kebaikan berat maka akan diiklankan dihadapan seluruh manusia & malaikat, sesungguhnya fulan bin fulan telah berjaya dgn kejayaan yg mana dia tidak akan kecewa buat selamanya. Akan tetapi bila amal kebaikan ringan maka akan diiklan, sesungguhnya fulan bin fulan telah celaka dgn kecelakaan yg mana dia tidak akan bahagia buat selamanya. Perlu kita buat persiapan akhirat dgn tingkatkan iman dan amal, tunaikan segala perintah Allah samada dlm ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Dan sebagai umat nabi s.a.w kita ditugaskan utk meneruskan usaha yg telah dibuat oleh nabi s.a.w utk memperingatkan seluruh manusia ttg azab dan rahmat Allah di hari akhirat. Semoga Allah bagi kita taufik utk amalkan dan sampaikan.
No comments:
Post a Comment