(11/01/2015 - sri petaling - malam markaz KL). Setiap saat dan ketika kita kena sedar kita adalah org islam dan kita adalah umat kpd nabi s.a.w. Kita bukan org banjar, org bugis, kita bukan petani, pekedai, tapi kita adalah umat nabi s.a.w. Kita duduk dlm bayan dgn jasbah umat nabi s.a.w. Kita duduk dlm taklim dgn jasbah umat nabi s.a.w. Kita buat gasht dgn jasbah umat nabi s.a.w. Selepas nabi s.a.w, Allah telah buat keputusan utk tutup pintu kenabian. Allah telah pindahkan kerja utk bawa umat kpd Allah ke atas setiap umat nabi s.a.w.
Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak telah diberi t/jawb ini. Disebabkan kelalaian kita, kita tak sungguh-sungguh dlm usaha ini, kita tinggalkan usaha ini – maka kita kena taubat dan istighfar. Meninggalkan t/jawab kerja dakwah adalah satu kezaliman. Kita kena taubat dan istighfar kerana tak anggap meninggalkan kerja ini satu kesalahan. Dakwah adalah perintah Allah dan kita telah tinggalkan perintah Allah – kena taubat dan istighfar – minta ampun dari Allah – mengaku kita buat silap – Ya Allah, kau ampunkan kami. Selagi tak mengaku kesilapan – selagi itu Allah tak bangkitkan kita buat usaha ini. Setiap hari kena istighfar 300X – “lailahaillaanta subhanikainnikuntuminazzolimin”.
Niat dtg malam sabguzari utk belajar usaha ini. Dtg secara jemaah masjid – org kpg yg duduk dlm taklim pun boleh dibawa ke mlm markaz. Mimbar kita bukan mimbar bayan. Mimbar kita adalah mimbar kerja. Kerja kita adalah keluar 3H, 40H, 4B dan buat usaha tempatan supaya keyakinan kita bertambah dan hari demi hari iman meningkat. Hari ni tumpuan umat pd harta & kebendaan – akibatnya umat seluruh alam berlari meninggalkan perintah Allah menuju selain dari Allah dan tinggalkan kerja agama. Sehingga org beragama pun terkesan dgn yakin yg salah. Lebih malang drp itu, org yg sdg bertawaf di depan baitullah pun tak ingat Allah. Kebendaan telah mengatasi segala2nya. Kebendaan telah butakan umat.
Maulana yusuf kata: keistimewaan yg Allah sembunyikan dlm dakwah – Allah akan ubah yakin. Masuk dlm hati Allah yg buat segala2anya, Selain dari Allah tak boleh uat apa-apa. Dakwah bukan utk org tapi dakwah adalah utk diri sendiri. Walaupun kita jumpa org hari2 tapi dakwah utk bina iman kita sendiri. 2 keadaan akan wujud kalau niat utk org lain: 1. marah 2. putus asa. Iman adalah keperluan setiap org islam. Imam Bukhari tulis dlm kitabnya – utk tingkatkan iman, bawa org ke masjid - inilah cara sahabat. Muaz b jabal, abu hurairah, abdullah rawahah – keluar jumpa org di luar bawa ke masjid. Duduk dlm majlis taklim supaya iman meningkat. Taklim adalah utk menyegarkan keyakinan terhadap janji2 Allah. Umar r.a kata: saya bawa org ke masjid supaya iman saya meningkat.
Sahabat yg mempunyai iman yg mantap pun buat usaha atas iman. Masjid adalah tempat utk bina iman. Dlm masjid ada suasana iman. Tempat yg paling Allah suka adalah masjid. tempat yg paling Allah benci adalah pasar. Masjid adalah rumah Allah – sesiapa yg pergi ke masjid jadi tetamu Allah. Keluarkan umat dari suasana tempat tinggal/rumah/kedai/pejabat dan bawa ke masjid. Jumpa org, pujuk rayu mereka dan bawa ke masjid. Dakwah yg dibuat di masjid memberi kesan yg berbeza drp dakwah di luar masjid. Kabilah dari bani Tsaqif – dibiarkan duduk dlm masjid utk lembutkan hati mereka. Org bukan islam terkesan dgn suasana dlm masjid. Apatah lagi org islam sendiri. Kita kena bergerak setiap hari jumpa setiap org. bentuk jemaah kecil/regu. Buat dakwah dgn mizaj nabuwwah. Meji mehrab (hidup zaman 3 hadratji) kata : buat usaha atas iman ibarat buat usaha atas bara api yg nak padam. Buat usaha dgn betul, baru iman akan menyala. Jasbah org islam utk usaha atas iman telah luput 3 bahagian sunnah : 1. sunnah dakwah 2. sunnah ibadat 3. sunnah adat.
paling tinggi dlm sunnah dakwah ialah dakwah infradi. Dgn dakwah infradi dtg bantuan ghaib Allah. dalil: pokok jadi saksi nabi, bergerak jumpa org adalah roh pd kerja ini, kalau tak bergerak jumpa org dlm mahallah kita maknanya roh usaha dakwah telah terkeluar, asas usaha ialah bergerak pergi rumah ke rumah dan bawa org ke masjid supaya iman kita meningkat, ushakan supaya seluruh org islam dilibatkan dlm kerja agama, buat usaha dan bergerak dgn fikir dan tumpuan bentuk regu dan keluarkan jemaah 3 hari sendiri, ini adalah kerja alami yg sedang dibuat di seluruh dunia sekarang, dgn usaha ini dpt tarbiyah dan tazkiyah dari Allah – makin hampir dgn Allah. maulana umar kata : bila kita buat gasht dan org marah dan kita sabar, maka Allah akan bersihkan hati dari sifat mazmumah. Kalau zikir beribu kali pun belum tentu dpt bersihkan hati. tiada jln yg paling cepat utk hampir kpd Allah melainkan dgn dakwah illallah, bentuk jemaah sendiri 3H, 40H, 4B dan negara jauh, dtg malam sabguzari dari asar hingga isyrak secara jemaah masjid, kalau slek/lemah pun – jgn tinggal malam markaz. malam markaz adalah makanan kerohanian utk satu minggu – balik buat usaha sepanjang minggu.
nabi ismail dihantar utk keluarga, nabi nuh dihantar utk kaumnya selama 950thn, nabi shuib dihantar utk kaum madyan satu bandar, nabi yunus dihantar utk 150 org, nabi musa dihantar utk bani israil satu negeri mesir, nabi ibrahim buat usaha hingga ke mynmar tapi masa terhad, tempat terhad, medan usaha nabi s.a.w adalah seluruh alam hingga hari kiamat – kaffatanlinnas, medan usaha kita bukan utk keluarga atau dlm KL sahaja tapi seluruh umat seluruh alam. maulana saad kata : kalau belum pergi negara jauh, kita belum buat tabligh, baru lalu je dlm tabligh. asbab qabuliyat paling besar adalah amal, buat dakwah setiap hari. bukan kita tak nak keluar 40H, 4B tapi Allah tak pilih dan tak benarkan kita keluar. Bukan miss cillah. Tertibkan kehidupan kita 24jam dgn kita masukkan kerja asal kita dahulu. Kerja asal/kerja sebenar ialah dakwah. Kita dahulukan, kita kedepankan dan kita utamakan. Kerja sebenar tak ikut mana-mana kerja yg lain. Semoga Allah bagi taufik utk kita dpt amalkan…
No comments:
Post a Comment