Monday, January 19, 2015

BAYAN USTAZ ABDULLAH HIZLY

(26/05/2013 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia. Dlm bukhari ada satu hadith, menceritakan ttg 3 lelaki. Lelaki pertama dtg duduk di depan nabi dlm majlis nabi. lelaki kedua dtg duduk di blkg sahabatnya. Lelaki ketiga dtg dan lihat ada majlis di masjid nabawi tapi dia berpaling dan pergi. Bila selesai majlis, nabi tanya mahukah kamu aku khabarkan kpd kamu mengenai 3 lelaki. Lelaki pertama, Allah berhadapan dgnnya. Lelaki kedua, Allah berselindung darinya. Lelaki ketiga, Allah berpaling darinya. Kita beri tumpuan dlm majlis zikrullah. Duduk rapat dan semoga rahmat Allah hampir kpd kita. Manusia dtg ke dunia ini hanya melalui satu jln iaitu kelahiran. Manusia tinggalkan dunia ini juga melalui satu jln iaitu kematian. Antara tempoh lahir dan mati ada satu masa yg di panggil hayat/kehidupan dan tidak ada jln lain utk berjaya iaitu taat. Hanya dgn mentaati perintah Allah manusia akan berjaya. 

Seluruh keinginan dan hajat manusia terikat dgn kehendak Allah. wahai anak adam, Aku ada kemahuanKu, dan kamu juga ada kemahuan kamu, hanya kemahuan Aku sahaja yg akan terjadi. Manusia berusaha tapi kalau Allah kata tidak maka tiada hasil. Allah ada kemahuan dan anak adam ada kemahuna. Bila 2 kemahuan bertembung. Allah letak syarat, sekiranya kamu wahai manusia serahkan kemahuan kamu dlm apa yg Aku mahu, manusia serahkan kehendak mrk, kemahuan mrk, cita2 mrk kpd apa yg Allah perintahkan, maka Allah akan sempurnakan segala bentuk kemahuan manusia. Kemahuan dunia dan akhirat. Banyak hajat kemahuan manusia. Segala hajat manusia hanya Allah yg sempurnakan. Dgn syarat bila manusia taat perintah Allah. kalau manusia tak serahkan diri dlm kemahuan Allah, maka Allah akan letihkan manusia dlm apa yg mrk mahu. 

Kerja sepjg hari dan malam tapi dpt sebnyk itu juga sptmana yg Allah telah tuliskan. 50,000 thn sebelum Allah cipta langit dan bumi segalanya telah tertulis. Semua telah ditakdirkan. Bertambah atau berkurang apa yg ditulis bergantung pd ketaatan. Cth, telah tertulis umur fulan bin fulan 70 thn tapi banyak taat perintah Allah, bnyk jaulah, banyak silaturahmi, banyak dakwah, Allah tambah lagi 20 thn kehidupan. Sebaliknya fulan bin fulan banyak minum arak, banyak rasuah, banyak riba, banyak dosa, maka kurang 20 thn kehidupan. Bertambah dgn taat dan berkurangan dgn maksiat.

Dlm agama sahaja ada kejayaan. Barangsiapa menjaga agama Allah, mereka dlm perlindungan Allah. umat ini tidak lari dari fitnah. Setiap fitnah yg ada dlm bani israil akan juga wujud dlm umat ini. sama sptmana sepasang kasut. Kalau ada manusia yg menzinai ibunya terang2an nescaya manusia spt itu juga akan wujud dlm umat ini. fitnah demi fitnah. Ujian iman sentiasa dtg pd umat. Fitnah dunia, fitnah maksiat, fitnah harta, fitnah diri, apa jua bentuk ujian dlm agama dtg pd umat bersulam2 spt tikar. Jln keluar dari fitnah hanya satu sahaja. Jibrail dtg bagitahu nabi s.a.w, telah hampir dtg fitnah dlm umat kamu ya rasulullah. 

Nabi tanya, macam mana jln keluar? Jibrail jawab, kitabullah – segala perintah2 Allah. Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir. Tiada nabi selepas nabi s.a.w. nabi dtg bersama rahmat. Rahmat ini tidak ada dlm nama, harta, pangkat, darjat. Rahmat hanya dlm agama. Barangsiapa yg ingin lihat manusia yg Allah istiharkan merdeka dari api neraka, lihatlah pd org yg belajar dan dgr perkataan2 agama. Tuan2 yg dtg dengar bayan ni dan mlm ni meninggal dunia, maka tuan2 digolongan dlm kalangan org yg merdeka dari api neraka. Dtg sini dengar sahaja, tak perlu cakap. Dgr pun tak disyaratkan faham atau tak faham. Hanya dgr percakapan agama. Bebas dari api neraka. Inilah yg dikatakan rahmat agama. Rahmat ini hanya hidup dgn dakwah illallah. Tidak ada jln lain utk sempurnakan agama melainkan dakwah illallah. Hanya dakwah menghidupkan agama. Tiada jln lain. tiada cara lain.

Wamanahsanuqaulanmimmandaaillallah…perkataan siapa yg lebih baik? Dlm kaedah bahasa arab, ini adalah istifaham ingkari. Persoalan ini dtg utk memberi makna tahkik iaitu benar2 tidak ada perkataan yg lebih baik. Iaitu benar2 diyakini tidak ada perkataan yg lebih baik. Dlm tafsir ‘qaulan’ diberi makna ‘deenan’  yakni agama siapa yg lebih baik? Tidak ada agama yg lebih baik dari agama manusia yg memanggil manusia yg lain kpd Allah iaitu org yg buat dakwah illallah. Dan disamping itu mereka beramal, barulah mereka boleh menggelar diri ‘aku org islam yg biasa’. Sahabat nabi buat dakwah, beramal dgn agama, dan istihar ‘qulumislana’, jadi spt kami. Sahabat telah sempurnakan agama mereka dgn dakwah illallah. Sibuk dgn gasht, sibuk dgn taklim, sibuk dgn khuruj. 

Dakwah maksud hidup umat ini. dakwah menghidup kan agama. Umat ini umat terbaik. ‘wajtabakum’, umat yg dipilih oleh Allah. Allah telah hantar kita. sebnyk mana kemampuan yg ada perlu dikerahkan utk usaha agama. Kita tak sama dgn umat yg terdahulu. Kita tak sama dgn umat nabi musa. Walaupun Allah kurniakan bani israil dgn man na wa salwa. Makanan dari syurga. Pakaian dari syurga. Tapi kita adalah umat terbaik. Allah cerita sifat umat muhammad dlm zabur, taurat, injil dan quran. Dlm zabur, wahai daud, akan dtg nabi selepas kamu, dipanggil ahmad atau muhammad, Aku tak akan murka pada beliau, beliau tak akan memurkai Aku, Aku ampunkan semua dosanya, dia maksum. Umat muhammad adalah umat yg dirahmati oleh Allah. umat pembawa rahmat. Lelaki, wanita, kecil, besar, tua, muda semua membawa rahmat. Apa itu rahmat? Usaha agama Allah, usaha rasul2, usaha nabi2 diberi pd umat muhammad. Segala amalan sunat yg di buat oleh nabi2 telah di beri pd umat nabi s.a.w. 

Segala amalan fardu nabi2 diberi pd umat nabi s.a.w. Umat muhammad akan dtg berjumpa dgn Allah pd hari kiamat dgn nur wajah mereka sama spt nur wajah nabi2. Allah muliakan umat muhammad dari seluruh umat2 yg lain. Dlm taurat, bila umat muhammad berbaris2 membentuk jemaah utk keluar di jln Allah, berbaris utk tafakud, maka Allah sendiri akan jadi payung utk mereka. Allah sendiri memayungi spt mana ibu ayam memayungi anak2 di bawah kepaknya. Bila umat nabi berada di jln Allah, Allah akan hantar malaikat mengawal mereka, di depan, di belakang, di kiri, di kanan, di rumah mereka dgn senjata tombak yg tajam. Yakin lah bila kita keluar 3H/40H/4B, Allah hantar malaikat mengawal rumah kita. Dakwah yg kita buat di masjid kita, nilainya tiada had. Nilainya amat besar. Kalau kita tahu nilai amal tersebut kita tak akan rehat dirumah. Sebab tu bila nabi terima kerja dakwah, apa kata nabi? selepas hari ni tiada rehat bagiku lagi.

Surah yasin adalah petunjuk bagi kita. bukan hanya dibaca pd khamis mlm jumat sebagai berkat sahaja. Surah yasin nak bagitahu apa t/jawab kita. Kisah dlm surah yasin, di daerah antakiah, bila Allah hantar 3 rasul, tapi mereka telah dihalau. Dtg seorang lelaki dari hujung kpg berlari2 tergesa2 utk bantu 3 rasul tersebut. namanya ialah habib an najar. Kerja sebagai tukang kayu, saiznya pendek dan berkudis. Belum buat dakwah lagi. Dia cuma bagitahu supaya ikut rasul2 ni. Kaum antakiah telah tangkap habib an najar dan pijak beliau hingga mati. Bila mati sahaja, Allah kata, ’syurga tempat kamu’. Baru bagi isyarat supaya ikut dah dpt syurga. Apatah lagi yg buat gasht setiap minggu, bagi masa 8 jam setiap hari, keluar 10 hari setiap bulan, buat DTI, bawa org ke masjid, lebih dari syurga Allah akan bagi. 

Ini nilai dakwah nabi2. Raja rom terima surat dari nabi s.a.w. Nabi tak tulis panjang2. nabi tulis: aslim (islam), taslam (selamat) dlm bahasa arab. Raja rom perintah cari org yg boleh terjemah surat tersebut. pd masa tu ada satu kabilah dtg berniaga di rom. Ketua mereka ialah abu sufyan bin harbi. Pada masa tu dia seorang musyrikin quraish. Dia di panggil dan di suruh terjemah surat nabi. musuh nabi terjemah surat nabi. Allah boleh guna sesiapa sahaja utk buat kerja agama. Stlh diceritakan sifat2 muhammad, maka kata hecules, kalau muhammad ada di depan aku, akan aku basuh kedua belah kakinya dan akan aku minum air basuhan tersebut. kerja nabi inilah yg kita sedang buat di masjid kita. nilai kerja dakwah sangat tinggi. Pd zaman dulu, jln masuk ke mekah ada 4 jln. Org luar akan dtg ke mekah waktu haji utk berniaga. Kaum quraish mesyuarat bagaimana nak halang kerja dakwah nabi dan halang supaya org tak dengar usaha dakwah nabi. maka mereka telah letakkan pengawal di semua 4 jln masuk ke mekah. 

Setiap org yg masuk mereka akan kata: awas, di mekah ada seorang lelaki yg bernama muhammad yg mendakwa diri dia sebagai nabi dan membawa ajaran islam. Jgn dengar kata2 dia. Secara tak langsung semua org tahu pasal dakwah nabi s.a.w. dakwah kpd tuhan yg satu. Dgn sendirinya dakwah nabi tersebar seluruh mekah. Allah guna musyrikin mekah utk sebarkan. Dari situ islamlah thufail dausi. Dari thufail islamlah abu hurairah. Kalau karkun 40H/4B tak sedia nak buat kerja, kalau kamu berpaling dari usaha agama, Allah tukar kaum lain selepas kamu. Allah boleh hapuskan kita dan pilih kaum lain. kaum yg akan dtg tak sama spt kamu. Mereka akan buat kerja dakwah bersungguh2.

Kita kena imarahkan masjid dgn amal. Amalan masjid adalah lebih tinggi dari amalan masuk syurga tanpa hisab. Dlm hadith nabi s.a.w, peniaga yg mana perniagaan tidak melalaikan mereka dari mentaati perintah agama, akan bangkit bersama nabi2, siddiqin, syuhada dan solihin. Dlm riwayat yg lain, peniaga2 yg mana perniagaan tidak melalaikannya dan tidak menipu akan masuk syurga tanpa hisab. Setiap org mahu masuk syurga tanpa hisab. Tapi bagi sahabat ada lagi amal yg lebih besar dari amal masuk syurga tanpa hisab. Abu hurairah r.hu, imam muhaddisin, keluar dari masjid nabawi, pergi ke pasar madinah, jumpa sahabat dan ajak ke masjid, yg berniaga di pasar madinah semua adalah juga sahabat nabi s.a.w., sahabat berniaga bukan utk jadi kaya, sahabat berniaga semata2 kerana akhirat. Abu hurairah kata, wahai org pasar, apa yg melemahkan kamu ni. 

Ada lagi amalan yg lebih besar dari berniaga. Pusaka nabi sedang dibahagi-bahagikan di masjd nabawi dan kamu berada di pasar ni? Semua sahabat lari ke masjid nabawi. Mereka lihat sebahagian sedang solat, sebahagian sedang berzikir, ada halaqah iman yakin, ada halaqah quran, ada halaqah berbincang pasal halal dan haram. Mereka kembali jumpa abu hurairah dan kata tak ada apa2 di masjid nabawi. Abu hurairah kata amal masjid itulah harta pusaka/warisan nabi s.a.w. Nilai amal tersebut lebih besar dari amal masuk syurga tanpa hisab.  Demi Allah, nilai dakwah, gasht, taklim, khidmat, DTI, 2½ jam, mesyuarat, bagi masa di masjid, 5 amal masjid yg tuan2 buat adalah lebih besar dari amalan masuk syurga tanpa hisab. Tiada sia2. letih sebab dakwah tiada sia2. oleh itu, setiap dari kita buat keputusan bahawa usaha nabi usaha saya. Saya akan junjung usaha nabi. Sifat umat muhammad yg di cerita dlm taurat: umat muhammad tidak akan sekali-kali menangguh-nangguhkan tuntutan takazah agama. Oleh itu, kita tasdiq/benarkan firman Allah dlm taurat, bangun bagi nama 4B…

No comments:

Post a Comment