Monday, January 19, 2015

BAYAN MAGHRIB HAJI MUHARRAM

(12/12/2015 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia, syukur kerana Allah telah jadikan kita org beriman dan jadikan kita sebagai umat nabi s.a.w. nikmat yg besar. umat yg terbaik. Ada nabi minta nak jadi umat nabi s.a.w. nabi ibrahim, nabi musa, nabi isa. Umat yg akhir. Umat yg akan masuk syurga dulu dari umat2 yg lain. kenapa kita diberi begitu banyak keistimewaan oleh Allah? kejayaan hanya dlm agama islam. Selain dari islam akan gagal. Semasa saidina umar nak pergi ambil kunci baitul muqaddis, dlm perjalanan jumpa satu jemaah org islam. beliau naik unta. Pakaian beliau ada 13 tampalan. Amir jemaah itu bagi syor suruh dia tukar baju dan naik kuda sebab nak jumpa pemuka2 kristian dan yahudi. Kena jaga status sbg amirul mukminin. Kemuliaan hanya dlm islam. Kalau ambil selain islam Allah akan hina. Islam ialah mentaati segala perintah Allah dan mengikuti segala cara keidupan nabi s.a.w. bila mentaati Allah dan rasul akan dpt kejayaan yg besar. Saidina umar tak terkesan dgn kenderaan & pakaian dia. Allah letak kejayaan dan kehormatan dlm agama. Beliau yakin dgn janji Allah. 

Agama adalah satu amalan. Dari bangun tidur hingga tidur. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dari kita dilahirkan hingga dikebumikan. Setiap saat kita kena tilik diri kita sejauh mana kita taat perintah Allah dan ikut cara kehidupan nabi s.a.w. kejayaan setiap manusia ada dlm agama Allah. kejayaan bukan dlm harta, pangkat, bangsa, keturunan, daerah, pakaian, kenderan, rumah, makanan. Kejayaan hanya dlm agama. Agama penting. Usaha atas agama juga penting. Kalau tak ada usaha atas agama maka tak akan ada agama. Nabi s.a.w telah buat usaha selama 23 thn. Pada hj widak, 124,000 sahabat telah dikumpulkan. Adakah aku telah sampaikan agama kpd kamu. Sahabat kata, ya. Ya Allah jadilah saksi. Nabi kata kamu yg hadir ni sampaikan pd yg tidak ahdir. Usaha agama perlu diteruskan. Sahabt telah buat pengorbanan  utk agama. 

Umat islam kena bersedia utk korbankan diri, harta, masa, keinginan, kemahuan utk tegakkan kalimah Allah. supaya manusia kenal kudrat dan kuasa Allah. dan sebarkan kehidupan mulia nabi s.a.w. Mekah dan madinah adalah tempat yang terbaik utk beribadat. Dan tempat terbaik utk dikebumikan. Tetapi atas kepentinagn umat seluruh alam, sahabat sanggup tinggalkan tempat yg paling baik. Kerana nak menyelamatkan manusia dari azab neraka. Kerja ini adalah kerja nabi2. nabi2 dimuliakn dgn kerja ini. dlm quran Allah tak sebut pasal ibadat nabi2. Allah cerita kisah dakwah mereka. Musa dan firaun. Ibrahim dan namrud. Kisah nabi nuh. Kisah nabi isa. Kisah nai lut. Kerana apa? Kerana agama akan tertegak dgn usaha, dengan susah payah. Mengajak manusia mengagongkan Allah. Allah yg maha kuasa. Allah yg memuliakan, Allah yg menghinakan, Allah yg bagi rezeki. Allah yg tambah rezeki, Allah yg menarik rezeki, Allah yg mengurangkan rezeki. Setiap yg berlaku dgn izin Allah. Allah cerita pengorbanan nabi2 dlm Al-Quran.

Bila kita ambil kerja ini dgn sungguh2, maka akan selesaikan masalah di dunia, di kubur, di mahsyar, di mizan, di titian sirat dan selamat dari neraka dan masuk syurga. Ada org tanya maulana ilyas, apa kamu hendak bila suruh org keluar? Tinggalkan anak isteri, kedai, kebun, pekerjaan. Aku inginkan supaya agama yg telah wujud pada masa kewafatan nabi s.a.w dpt diwujudkan balik. Dlm diri ada agama, dlm rumah ada agama, dlm perniagaan ada agama, dlm seluruh kehidupan ada agama. Pd hari kewafatn nabi, banyak musibah berlaku. Nabi palsu, org tak nak bayar zakat, ancaman rom, org murtad. Ada sahabat bagi syor supaya semua bertahan di madinah. Di madinah ada isteri2 nabi. saidina abu bakar yg lebih faham agama kata kita kena kosongkan madinah. Semua kena keluar di jln Allah. 3 hari tiada azan di masjid nabawi. 

Dgn bergerak korbankan diri dan harta, buat dakwah, Allah telah selesaikan semua masalah. Inilah kaedah utk menarik bantuan pertolongan Allah. Allah janji bila kita bantu agama Allah, Allah akan tetapkan kaki2 kita terhadap musuh. Allah tak perlu bantuan. Allah maha kuasa. Allah nak muliakan kita. Dunia ni darul amal utk org islam dan darul asbab utk org kafir. Perkara asas ialah iman dan amal. Hari ni kucing dan ayam pun jadi masalah utk kita keluar di jln Allah. kemuliaan ada dlm kerja agama. Kisah Tabuk, musim nak kutip buah kurma, perjalanan yg jauh dan panas. Org2 munafik seramai 80 org telah minta keuzuran tak nak pergi. 30,000 sahabat telah sedia kecuali 3 org sahabat yg tertangguh. Ahli badar. Bukan tak nak keluar tapi ada sedikit hal yg nak diselesaikan. 

Dlm pada masa tersebut, jemaah pun dah balik. Perang tak jadi. Balik awal. Yg pergi 30,000, yg tak pergi 3 org sahaja, apa salahnya. Kalau ikut akal tak ada masalah tapi Allah tak terima. 3 org ini telah dipulaukan oleh Nabi dan semua sahabat selama 50 hari. Bagi salam pun tak jwb salam. Krn mrk dah langgar perintah Allah. selepas 50 hari baru dtg pengampunan dari Allah. Kita kena faham kerja agama adalah kerja kemuliaan dunia dan akhirat. Dgn usaha agama dpt bentuk iman dan yakin pd Allah. bina yakin pd kuasa dan kudrat Allah. setiap masa sahabat diuji. Ada sahabat baru balik dari keluar jln Allah. Nabi sdg bentuk jemaah. Nabi terus lantik dia jadi amir. Kalau kita kena tashkil mcm tu adakah kita sedia? Sahabat mcm anak panah. Dia minta izin sekejap nak balik rumah. Nak ambik perisai. Dia kata wahai isteriku, minta maaf tak boleh masuk rumah. 

Dah ada takazah baru. Kena bawa jemaah keluar. Isteri pun menangis. Dia kata jgn menangis ini arahan dari nabi s.a.w. isteri kata saya bukan menangis sebab abg nak keluar, saya menangis sebab abg ada lagi masa nak jumpa saya. Sepatutnya abg terus je keluar. Tak perlu balik rumah. Wanita dizaman itu sgt faham ttg kerja agama. Dunia sementara. Allah akan balas lebih lagi di akhirat. Jgn kita tertipu dgn nikmat dunia. Rumah besar, kereta besar, banyak duit, melancong sana sini. Bila buat tabigh banyak masa dihabiskan utk sambut takazah agama. Nikmat syurga adalah nikmat yg tak boleh dibayangkan. Tak pernah dilihat dgn mata, tak pernah didengar oleh telinga. Allah ‘offer’ nabi utk tukarkan gunung uhud dgn emas. Tapi nabi tolak. Kerja agama bukan dgn kesenangan. Kerja agama dibuat dgn mujahadah. Mujahadah apa? Korban harta, diri, masa, perasaan, kemuliaan, kerehatan, semua korban. Utk kerja dunia tak dipanggil korban. Ia dipanggil musyakkah. Kerja utk duit. Kerja siang malam utk cari keperluan tidak dinamakan korban tapi musyakkah. Mujahadah susah payah utk agama Allah, pasti dan pasti akan dibuka jln hidayat.

Agama tak tersebar dgn fikir kita. agama tersebar dgn cara nabi s.a.w. kerja agama dibuat dgn cara nabi dan sahabat. Kalau buat dgn cara lain, bertentangan dgn cara nabi tidak ada janji hidayat. Kena ikut cara nabi dari segi dakwah, ibadat dan adat. Perkara pertama ialah usaha atas iman. Nabi kata, Perbaharuilah iman kamu. Iman akan luntur spt lunturnya warna pd kain. Perbanyakkanlah percakapan lailahaillallah. Cakap ttg mahfum kalimah. Zikir shj tak cukup. Tazkirahkan ttg kebesaran Allah. Abdullah bin Rawahah telah pegang tangan sahabat yg lain dan kata mari kita beriman sebentar. Ini amalan sahabat. Nabi kata semoga Allah merahmati beliau. Sahabat akan keluar dari masjid dan jumpa manusia dan bawa ke masjid. Pergi rumah ke rumah2, gerai2, taman2, ajak dtg ke masjid dan beriman. Amalan ini dah tak ada sekarang ni. 

Amalan utk bina iman. Kuatkan iman. Betulkan yakin. Amalan ini perlu dihidupkan di semua masjid. Imam malik rah. kata, umat akhir zaman hanya akan terislah bila ikut umat awal kurun i.e para sahabat. Umar r.hu, muaz bin jabal, abu hurairah, keluar dan bawa org ke masjid. Ini adalah perkara yg asal dan perkara yg asas. Umat islam perlu digerakkan dan dijadikan ahli masjid. Banyak kelebihan jadi ahli masjid. Org yg berulang alik ke masjid akan jadi jiran Allah di akhirat. Akan dpt lindungan Allah di akhirat. Matahari sejengkal di atas kepala. Bumi dari tembaga. Tiada perlinduangan yg lain. org yg dtg ke masjd utk belajar ilmu akan dpt pahala haji yg makbul. Setiap masjid ialah anak/cawangan kpd masjid nabawi. Rahmat turun di baitullah dan ke masjid nabawi dan ke masjid2 seluruh alam. Masjid perlu dihidupkan 24jam spt mana masjid nabawi hidup 24 jam zaman nabi dahulu. Nabi bersaksi iman org yg selalu ke masjid.

Ijtimak kita sudah pun bermula. Kita kena bergerak jumpa manusia bagitahu mrk kepentingan amal, kepentingan akhirat, kepentingan buat usaha nabi. banyak ganjaran bila keluar di jln Allah. kita selalu dgr. Kita kena yakin. Bila yakin baru dpt sambut takazah. Sepagi atau septg di jln Allah lebih baik dari dunia dan seisinya. Sahabat telah tinggalkan baitullah, raudah utk agama Allah. amalan di jln Allah akan digandakan paling kurang 700,000 kali. Allah sangat kasih pada hambaNya yg bersusah payah utk hambaNya yg lain. Inilah fikir risau nabi. Mcm mana nak selamatkan seluruh umat dari neraka. 

Satu ekor semut yg risau pasal kawan2 dia takut dipijak oleh tentera nabi sulaiman, Allah gembira dan ceritakan dlm quran. Kita adalah umat Nabi s.a.w. st besar ganjaran bila bergerak utk agama Allah. jgn kita tangguh2 keluar di jln Allah. bila maut dtg sebelum sempat keluar kita akan menyesal di akhirat. Menyesal di akhirat tak berguna. Sekarang kita buat keputusan. Begitu banyak kelebihan org yg memakmurkan masjid. Apatah lagi org yg jadi penyebab kpd org yg memakmurkan masjid. Lebih lagi besar ganjaran yg dia kan dpt. Kemuncak nikmat di syurga ialah melihat wajah Allah. di dunia kita ajak org kpd Allah. mudah2han di syurga dpt lihat wajah Allah. dlm menjalankan kerja agama kena sabar. Allah bersama dgn org yg sabar. Mlm kita bangun dan doa pd Allah. kita istighfar sbb tak sungguh2 dlm kerja yg mulia dan besar ini.  

No comments:

Post a Comment