(04/01/2014-sri petaling - mlm markaz KL). Tuan2 yg mulia. Dlm hadith nabi s.a.w, peniaga yg soleh, peniaga yg mana perniagaan tidak melalaikan mereka dari mentaati perintah agama, akan bangkit bersama nabi2, siddiqin, syuhada dan solihin. Dlm riwayat yg lain, peniaga2 yg mana perniagaan tidak melalaikannya dan tidak menipu akan masuk syurga tanpa hisab. Setiap org mahu masuk syurga tanpa hisab. Tapi bagi sahabat ada lagi amal yg lebih besar dari berniaga.
Abu hurairah r.hu, imam muhaddisin, keluar dari masjid nabawi, pergi ke pasar madinah, jumpa sahabat dan ajak ke masjid, yg berniaga di pasar madinah semua adalah juga sahabat nabi s.a.w., sahabat berniaga bukan utk jadi kaya, sahabat berniaga semata2 kerana akhirat. Seorang sahabat, dengar nabi bagitahu barangsiapa yg jual barang, ada org dtg beli barang tersebut, dibayar harganya, kemudian selepas beberapa hari dipulangkan semula barang belian tersebut, sipenjual dgn suka hati memulangkan semula duit, maka ganjaran utk sipenjual adalah mahligai antara 2 syurga.
Maka sahabat tadi telah balik dan terus berniaga dan tunggu bila org akan dtg beli dan pulangkan barang. Pd satu hari telah dtg seorang sahabat beli barang dan lepas beberapa ketika pulangkan balik barang yg telah dibeli dan duit telah dipulangkan. Inilah saat yg dia tunggu. Menyakini sabdaan nabi. Dia tutup kedai dan tak berniaga lagi sepanjang hayatnya. Bila di tanya kenapa tutup kedai? muflis ke? Tidak! Sahabat berniaga utk akhirat. Sahabat tak berniaga utk dunia. Tutup kedai sebab dah dpt syurga. Masuk syurga tanpa hisab.
Abu hurairah kata, wahai org pasar, apa yg melemahkan kamu ni. Ada lagi amalan yg lebih besar dari amalan masuk syurga tanpa hisab. Pusaka nabi sedang dibahagi2kan di masjd nabawi dan kamu berada di pasar ni? Semua sahabat lari ke masjid nabawi. Mereka lihat sebahagian sedang solat, sebahagian sedang berzikir, ada halaqah iman yakin, ada halaqah quran, ada halaqah berbincang pasal halal dan haram. Mereka kembali jumpa abu hurairah dan kata tak ada apa2 di masjid nabawi. Abu hurairah kata amal masjid itulah harta pusaka nabi s.a.w. Nilai amal tersebut lebih besar dari amal masuk syurga tanpa hisab. Demi Allah, dakwah, gasht, taklim, khidmat, DTI, 2½ jam, bagi masa di masjid adalah amalan umat nabi s.a.w yg lebih besar dari amalan masuk syurga tanpa hisab.
Inilah amalan nabi2. setiap nabi di hantar utk buat dakwah. Bila hidup dakwah di masjid kita maka akan hidup agama di kariah kita. mati dakwah di masjid kita maka akan mati roh agama di kariah kita. Dakwah, taklim, ibadat dan khidmat adalah amalan masjid nabawi. Dakwah maksud hidup umat ini. selagi umat berpegang pd dakwah cara nabi, selagi itu kemuliaan akan mengiringi umat ini. Bila umat tinggalkan usaha nabi s.a.w, maka kehinaan akan menyelubungi umat ini. Bila sibuk dgn perniagaan, ternakan, pertanian dan tinggalkan usaha nabi s.a.w pasti Allah akan belengui kamu dgn kehinaan. Selagi umat ambil, pikul, sanjung usaha nabi s.a.w, maka bantuan Allah akan bersama umat ini. rahmat Allah bersama umat ini. Umat nabi s.a.w adalah umat terpilih. Allah telah cerita pd nabi2 terdahulu tentang kemuliaan umat akhir zaman.
Dlm zabur, wahai daud, akan dtg nabi selepas kamu, dipanggil ahmad atau muhammad, Aku tak akan murka pd beliau, beliau tak akan memurkai Aku, Aku ampunkan semua dosanya, dia maksum. Umat muhammad adalah umat yg dirahmati oleh Allah. umat pembawa rahmat. Lelaki, wanita, kecil, besar, tua, muda semua membawa rahmat. Apa itu rahmat? Usaha agama Allah, usaha rasul2, usaha nabi2 diberi pd umat muhammad. Dlm quran, Allah cerita sifat, wahai nabi, kamu dihantar sbg saksi, pemberi berita gembira, pemberi berita menakutkan, kamu dihantar sebagai da’i, sbg cahaya petunjuk seluruh manusia seluruh alam. Inilah kerja nabi dan maksud hidup nabi.
Allah berfirman, wahai muhammad, berilah juga berita gembira kpd umat yg beriman kpd kamu, bhw disisi Allah satu kurniaan yg agung utk mrk. Kurniaan apa? Allah bagi kerja nabi2 kpd umat baginda. Dlm taurat, Allah sebut pasal umat muhammad, bila mrk keluar bantu agama Allah, maka malaikat akan dtg dgn senjata yg tajam mengawasi depan dan blkg mrk. Allah hantar malaikat utk mengawasi diri, ternakan, tanaman dan segala keperluan dan harta benda mrk. Umat yg dibanggai oleh Allah. dicintai oleh Allah. Dlm taurat, bila umat muhammad berbaris2 membentuk jemaah utk keluar di jln Allah, berbaris utk tafakud, maka Allah sendiri akan jadi payung utk mrk.
Nabi kata, bila akan tiba masanya akan jumpa saudara ku? Sahabat kata, bukankah kami ini saudara kau ya rasulullah? Nabi kata, kamu sahabat aku. Saudara aku ialah umat yg bakal dtg selepas kamu tak pernah lihat diri aku tapi beriman pd aku. Umat yg ambil usaha nabi tanpa pernah melihat nabi. Abu ubaidah b jarrah tanya nabi, adakah org yg lebih baik dari kami? Kami masuk islam di tangan kau ya rasulullah. Kami buat usaha agama bersama kau, saidul mursalin. Buat usaha agama bersama penghulu nabi2. Nabi jawab, ada lagi lebih baik, umat yg lahir selepas kamu tak pernah lihat aku tapi beriman dgn aku. Kita umat nabi s.a.w. Kerja yg diberi pd umat nabi ini adalah kerja yg terpilih. Allah sendiri adalah da’i. Allah sendiri dakwahkan mahfum kalimah.
Tidak ada illah, tempat memuja, bergantung, meminta, mengharap, berdoa melainkan Allah. Allah wariskan kerja dakwah kpd setiap rasul2. Kami hantar Nuh a.s kpd kaumnya. Wahai kaumku jadilah kamu hamba Allah. tiada illah melainkan Allah. Kami hantar Hud a.s kpd kaum Ad. Wahai kaumku jadilah kamu hamba Allah. tiada illah melainkan Allah. Kami hantar Saleh a.s kpd kaum Samud. Wahai kaumku jadilah kamu hamba Allah. tiada illah melainkan Allah. setiap nabi dihantar dgn dakwah ini. inilah kerja nabi2. kerja ini telah di letakkan t/jwb ke atas bahu umat muhammad s.a.w. Barangsiapa yg ambil kerja ini, maka Allah bersama dgn mereka. Bantuan Allah bersama dgn mereka. Kalau ada yg mengugat mereka, bermakna mereka mengugat Allah s.w.t.
Kisra, raja parsi. nabi hantar surat pd beliau. Nabi tulis, drp Muhammad rasulullah dan hambaNya kpd raja parsi. Bila baca surat tu, kisra marah sebab nama Muhammad di dahulukan dari nama dia. Dia koyakkan surat nabi s.a.w. Nabi kata, Allah akan koyakkan negaranya. Kisra hantar 2 lelaki ke madinah utk tangkap nabi s.a.w dan bawa ke parsi. Kedua2 lelaki tersebut ada misai. Nabi tak memandang ke arah mrk. Nabi kata, paling buruk kaum ini. Nabi suruh 2 lelaki tu balik dan bagitahu bahawa mlm tadi tuhanku (Allah) telah bunuh tuhan kamu berdua (kisra). Stlh sampai ke negeri parsi, berita pertama yg 2 lelaki tu dengar ialah kisra telah mati dibunuh pd tarikh/masa yg sama spt yg dibagitahu oleh nabi s.a.w. Bersama usaha nabi ada Allah. ini adalah usaha habibullah. Ini adalah kerja kekasih Allah.
Pada hari kiamat, nabi akan berada di depan sekali bawa bendera/panji2 pujian Allah dan di belakang nabi seluruh umat manusia dan makhluk lainnya. Berjalan ke arah Allah. nak minta syafaat dari Allah. inilah tuan punya kerja dakwah yg kita buat di masjid2 kita. kita bawa balik dakwah nabi2 ini ke masjid kita. medan usaha dakwah ialah di masjid. Allah akan jadikan masjid yg hidup dgn amalan dakwah asbab tersebarnya agama ke seluruh alam. Dan Allah akan buatkan seluruh manusia dari seluruh alam dtg ke masjid mereka. Brgsiapa yg cinta pd masjid, Allah cinta dgn mereka. Ini janji Allah. sebnyk mana kita bagi masa utk masjid, sebnyk itulah Allah akan penuhkan segala keperluan hajat kita. keperluan hajat manusia terikat dgn masjid. Bagi setiap masjid ada pasak. mereka yg sentiasa menghidupkan masjid. Mereka yg bawa org lain ke masjid. Para malaikat jadi teman mrk. Bila mrk tak dtg ke masjid, malaikat akan pergi mencari mrk. Bila sakit, malaikat dtg ziarah mrk. Bila ada hajat, malaikat dtg bantu sempurnakan keperluan mereka. Allah yg sempurnakan keperluan kita mengikut masa yg kita bagi di masjid. Allah mudahkan urusan duniawi dan ukhrawi kita.
Di masjid ada halaqah iman yakin, ada halaqah mughibat, cerita pasal akhirat, syurga, neraka, mahsyar, mizan, sirat, barzakh. Sebnyk mana tauhid/mahfum kalimah dicakapkan di masjid, sebnyk itulah ahli kariah akan cakap perkara tersebut. Sebnyk mana cerita dunia di cakapkan di masjid, maka sebnyk itulah ahli kariah akan cakap pasal dunia dan cinta dgn dunia. Masjid adalah jantung. Brgsiapa yg berbual cerita duniawi di dlm masjid, maka dia akan dapati anak isteri juga akan berbual2 perkara duniawi di rumah. Brgsiapa yg banyakkan percakapan perkara mughibat/akhirat, maka dia akan dapati anak isteri juga akan berbual2 perkara akhirat di rumah. Perkataan anak adam akan jadi dakwa kpdnya melainkan perkataan yg mengajak kpd kebaikan, cegah kemungkaran atau berzikir pd Allah. kena cakap kebesaran Allah sehingga iman kita terbentuk. Setiap hari kena ada muzakarah iman yakin di masjid. Tak betul iman seseorg selagi tak betul hatinya. Tak betul hati setiap manusia selagi tak betul lidah perbualan mereka. Tiada jln lain melainkan bercakap tentang mahfum kalimah. tiada yg berkuasa melainkan Allah. ‘tetapi’ adalah kalimah ingkar. Allah yg bagi rezeki ‘tetapi’ kalau tak kerja macam mana? Tiada illah melainkan Allah.
Abdullah bin rawahah telah jumpa sahabat yg lain bawa ke masjid dan kata, mari kita duduk seketika bercerita ttg iman utk kuatkan iman. Nabi membenarkan apa yg abdullah bin rawahah lakukan. Bawa org di luar masjid dan bawa ke masjid dan duduk dlm halaqah iman. wujudkan amalan dakwah, taklim, istiqbal di masjid kita. setiap waktu ada org bergilir2 bagi masa di masjid. Hidupkan usaha nabi di masjid kita, maka akan tarik rahmat Allah ke tempat kita. Kisah dlm surah yasin, di daerah Antakiah, bila Allah hantar 3 rasul, tapi mereka telah dihalau. Dtg seorang lelaki dari hujung kpg berlari2 tergesa2 utk bantu 3 rasul tersebut, namanya ialah Habib An Najar. Kerja sbg tukang kayu, saiznya pendek dan berkudis. Belum buat dakwah lagi. Dia cuma bagitahu supaya ikut rasul2 ni.
Kaum antakiah telah tangkap habib an najar dan pijak beliau hingga mati. Bila mati sahaja, Allah kata, ’syurga tempat kamu’. Baru bagi isyarat supaya ikut dah dpt syurga. Apatah lagi yg buat gasht setiap minggu, bagi masa 8 jam setiap hari, keluar 10 hari setiap bulan, buat DTI, bawa org ke masjid, lebih dari syurga Allah akan bagi. Kemuncak bagi seorg wali adalah permulaan seorg dai. ini beza wali dan dai. satu org yg berzikir selama berpuluh thn tak sama dgn satu org yg keluar 3 hari. Ini keramat usaha nabi. usaha nabi akan tarbiyah umat ini. inilah tarbiyah yg terbaik. Kisah muaz bin malik yg berzina, utk wujudkan sesuatu kanun/hukum, Allah libatkan sahabat. Beliau dtg jumpa nabi dan kata, bersihkan aku ya rasulullah. Nabi kata rejam sampai mati. maka bermula lah hukum rejam. Semasa di rejam, darah terpercik dan terkena baju umar r.hu. Umar kata, kotornya darah penzina. Nabi dgr dan kata, muaz bin malik sudah bertaubat dgn sebenar2 taubat, kalau dibahagi kan taubatnya ini cukup utk mengampunkan dosa setiap manusia yg ada. Ini tarbiyah dakwah nabi.
Kita akan adakan ijtimak. Ijtimak adalah asbab hidayat. Allah akan percepatkan hidayat melalui ijtimak. Ijtimak pertama dlm islam ialah fatah mekah. Org pertama masuk islam semasa nabi sampai di mekah ialah abu sufyan bin harbi. Musuh nabi. Nabi kata, brg siapa yg masuk ke rumah abu sufyan dia aman. Brg siapa yg duduk dlm rumah yg terkunci dia aman. Brg siapa yg masuk ke baitullah dia aman. Abu sufyan telah buat gasht dan iklankan perkara tersebut. Hindun bt utbah, isteri abu sufyan, wanita yg gigit jantung hamzah r.hu, telah pergi ke kaabah nak tengok apa org islam buat. Dgn ijtimak Allah amkan hidayat. Bila dia letak telinga di dinding masjidil haram, terdgr satu org berdoa, ya Allah ampunkanlah hindun, islamkanlah hindun. Maka beliau telah masuk islam.
Dgn ijtimak, org yg bersumpah tak akan masuk islam pun ucap syahadah. Safwan bin ummayyah, ketua kaum telah lari ke tebing laut. Nak terjun dan bunuh diri. Umair bin abi wahbin telah kejar dan kata jgn bunuh diri, aku dah minta ampun utk kamu dari muhammad. Safwan minta bukti. Umair balik jumpa nabi. nabi bagi serban sbg bukti. Umair pergi balik dan jumpa safwan. Ini kegigihan sahabat. Fikir umat. Haris bin hisham dan abdullah bin abi robiq telah lari masuk ke rumah ummu hani, kakak kpd sayyidina ali. Bila ali nampak, terus nak dibunuh. Ummu hani telah minta amankan dari nabi s.a.w. mrk telah ucap syahadah. Dgn ijtimak, org nak lari pun dpt hidayat. Ikramah bin abu jahal pun lari jugak. Lari sehingga dah naik kapal.
Dtg ombak besar. Kata pendayung, kalau nak selamat ucap kalimah ikhlas, lailahaillallah. Dia kata, aku nak lari dari kalimah inilah. Isteri dia melambai2 dari tepi pantai dan kata aku dah minta ampun utk kamu. Nabi pesan jgn cerita kejahatan abu jahal di depan ikramah. Jgn sakiti hati ikramah. Lepas masuk islam, beliau telah bagi seluruh hayat berperang utk agama sehingga syahid di jln Allah. yg tak nak pd agama pun Allah akan campakkan hidayat dlm hati mrk. Sifat umat muhammad yg di cerita dlm taurat: umat muhammad tidak akan sekali2 menangguh2kan tuntutan takazah agama. Oleh itu, siapa yg sedia keluarkan jemaah seblm/slps ijtimak 4B-40H bangun bagi nama. Bawa seramai mungkin org awam ke ijtimak. Semoga Allah terima.
No comments:
Post a Comment