Tuesday, July 19, 2016

SYAFAAT-SYAFAAT RASULULLAH

Al Hafiz Sakhawi mencatatkan dalam kitabnya Al-Qawl Al Badi (h.277-278). Baginda saw memiliki beberapa syafaat, iaitu:

1. SYAFAAT AGUNG (Al-Syafa’ah Al-‘Uzma) pada Hari Kiamat kelak bagi seluruh makhluk di Padang Mahsyar, utk Allah tunjukkan kpd mereka keadaan yg sedang mereka hadapi, agar dimulakan penghakiman. Dan inilah Maqam terpuji (Al-Maqam Al-Mahmud) yg seluruh golongan awal dan akhir memuji Baginda kerananya.

2. SYAFAAT untuk orang yang masuk Syurga dari kalangan umatnya tanpa hisab.

3. SYAFAAT utk kaum penderhaka yg masuk ke dlm Neraka krn dosa2 mereka, lalu mereka dikeluarkan.

4. SYAFAAT utk kaum yg layak masuk ke dlm neraka, lalu mereka tidak jadi dimasukkan ke dlmnya.

5. SYAFAAT bagi kaum yg dihalang oleh kesalahan2 mereka utk memasuki Syurga.

6. SYAFAAT untuk kaum daripada ahli Syurga bagi menaikkan darjat mereka, lalu diberi kepada setiap mereka apa yang layak baginya.

7. SYAFAAT untuk orang yang mati di Madinah Al Munawwarah.

8. SYAFAAT untuk orang yang menziarahi Makam Baginda saw.

9. SYAFAAT untuk membuka pintu Syurga, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim.

10. SYAFAAT untuk orang yang menjawab azan.

11. SYAFAAT untuk kaum dari kalangan kuffar yang pernah berkhidmat terhadap Baginda saw, atau pernah terbit daripada mereka satu bentuk khidmat terhadap hak Baginda saw, maka akan diringankan azab mereka dengan Syafaat Baginda saw (seperti Abu Talib).

Dua Syafaat yg awal di atas adalah termasuk Khasa’is (Khususiyyat) Baginda saw. Manakala Syafaat yg ke-4 dan ke-6 di atas, harus dikongsi juga oleh org lain dari kalangan Anbiya, Ulama, dan Awliya, menurut Al-Nawawi dlm Kitabal-Rawdhah. Syafaat Pertama tadi tidak dibantah oleh seorg pun dari kalangan kumpulan2 umat Islam. Demikian juga tidak ada khilaf mengenai yg ke-6. Adapun yg ke-2, kaum Muktazilah mengkhususkannya bagi org yg tiada tanggungan ke atasnya dan mereka juga mengingkari yg ke-3. Akan ttpi, kedua2nya telah disepakati oleh seluruh Ahlus Sunnah dlm menerimanya disebabkan kesabitan hadith2 yg banyak mengenainya.

No comments:

Post a Comment