Mengenal ALLAH maksudnya Mengenal Diri. Sabda Baginda Rasulullah saw: "Awwaluddin Makrifatullah” (Awal2 Agama ialah Mengenal Allah). Firman Allah swt: "Al insanu sirri wa ana sirruhu” (Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya). Sabda Baginda Rasulullah saw seterusnya: "Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya… (Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sungguh ia telah mengenal Tuhannya). Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya.
Apakah yang dikatakan DIRI itu? Dan apakah kaitan Diri itu dengan Tuhan? Ketahuilah bahawa banyak lagi Firman Allah melalui Ayat Ayat Al-Quran dan Hadis Qudsi dan juga Hadis yang membawa kepada faham dalam perkara perkara yang menjadi perbincangan pokok utama kita. Antaranya ialah: “Allah lebih hampir kepada manusia itu dpd urat leher manusia itu”. “Malah aku beserta kamu....tidakkah kamu nampak?”. “Kemana sahaja kamu hadapkan wajah kamu disitu ada wajah Allah”. “Allah itu meliputi sekalian manusia”. “Apabila telah sempurna kejadian Adam.. maka Aku tiupkan RohKu”.
YANG HIDUP DAN MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH ROH. Saudaraku, apabila kita membaca risalah ini dengan kuat (bersuara), geraklaku kita adalah lebih kurang begini: Mata kita melihat tulisan, otak kita mengenal huruf2 dan menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidah kalian bergerak mengikut nada tertentu bersama gerak halkum kita dan terkeluarlah bunyi hingga terdengar oleh telinga kita. Perkara diatas boleh berlaku, kerana kita masih hidup. Mata orang mati walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi.
Otak mayat tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau gelombang yang dihantar oleh mata. Lidah dan halkum sudah tidak boleh bergerak lagi. Malah tiada satu anggota orang mati yg boleh berfungsi kerana semuanya sudah MATI. Kenyataan mati diartikan sbg sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA SUDAH MENINGGAL KAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah meninggal. Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWAlah yang HIDUP bukannya JASAD atau TUBUH BADAN kita. Mata nyawalah yang melihat bukan mata kepala. Otak nyawalah yang berfikir bukan otak badan… dan sebagainya.

Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat alat milik Nyawa. Maka katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD atau TUBUH ialah NYAWA. Nyawa itu “ROHKU“. ALLAHla merujuk Nyawa itu dengan perkataan ROHKU. Maksudnya menurut Allah ROH itu ialah ROH ALLAH. Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Roh itu sebagai Roh Yang Aku Cipta atau Roh MilikKu. Yang ada Cuma ROHKU.
Hanya penterjemah yg menterjemahkan Al-Quran ke Bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan penjelasan bahawa Roh itu ialah Roh yang dicipta oleh Allah. Apa pun Roh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Roh itu adalah Roh Allah dan bukannya Roh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Roh itu bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Roh ini berada didalam jasad kita secara khusus.

Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah: "Bahawa Ianya ( Allah ) beserta kamu di mana sahaja kamu berada" dan seperti FirmanNya yang lain yang bermaksud .. "Bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan”. Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada 2 perkara iaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai NYAWA / RUH / ROHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD / RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu) yang berasal dari Allah.
Ketahuilah juga mani bapa dan sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan di dalam jasad ibu dan bapa kita. Satu dinamakan ADAM dan yang satu lagi dinamakan MUHAMMAD. Maka ditanya orang, di manakah Allah? Dijawab Guru ...itulah Rahsianya manusia. Maka bersabda pula Nabi kita: “Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada Pemiliknya yang sebenar iaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang kepadamu menamakan DiriNya sebagai ALLAH.

DATANG DAN KEMBALI SE JASAD DAN SE ROH. Nyatalah kepada kita jika kita terus mahu hidup kita tidaklah boleh memisahkan Jasad dengan Roh / Nyawa. Maka bolehkah dipisahkan Muhammad dengan Allah? Sebaliknya jika hendak dipisahkan juga, maka akan hilanglah HIDUP MANUSIA itu atau matilah. Rohnya telah hilang kerana KEMBALI ke tempat asalnya iaitu kepada Yang Empunya Hak.
Jasadnya ditanam juga kembali keasalnya iaitu tanah. Firman Allah: "Dari Allah engkau datang kepadaNyalah engkau kembali” Jika kita yakin Roh kembali kepada Allah dan Jasad kembali kepada tanah…tidakkah kita terfikir bahawa kenyataan yang biasa kita lihat itu bertentangan dengan kenyataan Allah saperti disebut Ayat diatas? Salahkah keyakinan kita ...atau ada lagi yang belum kita ketahui ?

Kita datang ke dunia atau keluar dari perut ibu kita secara hidup. Maksudnya kita lahir sejasad dan senyawa dalam keadaan bersatu jasad dan nyawa menjadi kita seorang bayi. Maka pada akal kita sahlah kita datang dari Allah melalui ibu bapa kita dengan SE dan BERSEPADU. Kenapa pula bila kita mati atau kembali, hanya Roh yang kembali kepada Allah. Tubuh pula tidak kembali kepada Allah tetapi dikembalikan kepada bumi. Bumi atau tanah kubur bukan Allah tetapi makhluk Allah.
KITA PERLU CARI ILMUNYA. Maka perlulah kita mencari jalan agar kita kembali sepertimana kembali yang dikehendaki Allah di dalam FirmanNya diatas. Kembali SE iaitu kembali dengan Jasad dan Roh – kedua-duanya kembali kepada Allah SWT. Benarkah kemahuan kita itu? Jikalau benar, bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan agar kita kembali SE-JASAD dan SE-ROH?
MENCARI ILMU DATANG DAN KEMBALI. Allah berfirman yang terdahulu telah disebutkan bahawa kita diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah iaitu Allah. Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR iaitu kembali SEJASAD dan SENYAWA. Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang. Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni asal dan maksud kedatangan kita, cara cara kita datang dan ke mana kita selepas ini.
Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal kita. Asal kita dari Allah atau lebih dari itu. Inilah yang kita perlu pelajari. Semua manusia malah bintang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya 3 manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani iaitu Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa as.

Dari manakah datangnya mani itu? Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kpd lelaki. Apakah sebenar nya mani itu? Bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah boleh menjadi kita insan yg kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja? Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui.
Macam mana cerdiknya pun manusia itu masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia tertentu umpamanya jika suami isteri itu Melayu, anaknya pun menjadi Melayu. Saintis hanya dapat bercerita tentang dna dan genes tetapi belum dapat mengetahui secara terperinci akan prosesnya. Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang proses kejadian manusia ini. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment