Saturday, August 13, 2016

KENAPA DIPERINTAHKAN BERSYARIAT

SYARIAT adalah perintah yg diturunkan  Allah selepas peristiwa Israk Mikraj. Perintah tersebut dilakukan oleh tubuh/jasad. Sebelum Israk Mikraj, Allah memerintahkan untuk beramal soleh, dikatakan juga Amal Hakikat yang dilakukan oleh diri batin iaitu Roh dan Nafs. Amal Syariat juga dipanggil amal ibadat.Amal Syariat bukanlah bertujuan untuk menyembah Allah. Kerana menyembah Allah dilakukan oleh diri batin. Hanya Roh diperintah utk menyembah Allah. Tujuan Allah mengurniakan Syariat kepada manusia adalah:

PERTAMA: Membawa rahmat ke sekalian alam. Syariat di dlmnya ada hukum-hakam yg menjadi panduan untuk manusia hidup aman dan harmoni sesama masyarakat. (Contoh: Solat) Bagaimana perintah Syariat Solat dapat membawa rahmat ke seluruh alam? Nabi SAW sering menganjurkan Solat Berjemaah. Dan Solat Berjemaah, kita dapat mengenali rakan2 yg hadir ke Masjid. Ini juga dapat memelihara hubungan silaturrahim sesama masyarakat. Gerakan2 Solat juga dapat dijadikan terapi pada jasad manusia. Ada ahli Sains telah mengkaji bahawa gerakan Solat mampu melancarkan peredaran darah, pernafasan dan sekali gus membawa rahmat ke atas jasad manusia. Namun itu bukanlah hikmah sebenar mengerjakan Solat. 

KEDUA: Memberi penghormatan kepada tubuh/jasad dengan membawa 4 unsur tubuh (api, angin, air, tanah) bersama2 menyembah Allah.  (Contoh: Solat) Bagaimana perintah Syariat Solat dapat memberi penghormatan kpd tubuh? Sebelum jasad Adam ditempa, Allah memerintahkan Malaikat untuk mengambil 4 unsur dari bumi iaitu api, angin, air dan tanah. Namun ke empat2 unsur tersebut enggan membenarkan dirinya diambil oleh Malaikat. Setelah berlaku perundingan, 4 unsur tersebut bersetuju untuk dijadikan jasad Adam dengan SATU SYARAT iaitu 4 unsur tersebut mahu manusia membawa ‘mereka’ bersama2 menyembah Allah. Bilakah manusia membawa 4 unsur ini menyembah Allah? 

Di dalam Syariat Solat terdapat 4 gerakan iaitu: Berdiri, Rukuk, Sujud dan Duduk.

1. BERDIRI mewakili unsur Api. Unsur Api di dalam tubuh manusia adalah Darah.
2. RUKUK mewakili unsur Angin. Unsur Angin dalam tubuh manusia adalah nafas yang keluar masuk.
3. SUJUD mewakili unsur Air. Unsur Air dalam tubuh manusia adalah air di dalam tubuh.
4. DUDUK mewakili unsur Tanah. Unsur Tanah dalam tubuh manusia adalah daging dan tulang.

KETIGA: Mengenal Hakikat atau Ilmu Hikmah. Melalui perintah Syariat lah kita dapat mengetahui Hikmah, kerana Hikmah tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti Syariat, Hikmah dapat dilihat dengan mata hati. (Contoh: Solat) Bagaimana perintah Syariat Solat dapat mengenal Hikmah? Setiap gerakan Solat mahupun Syariat yang lain, ada Hikmah di sebaliknya.

Berdasarkan gerakan Solat:

1. BERDIRI hikmahnya membesarkan Allah. (Dimulai dengan takbir).
2. RUKUK hikmahnya mentaati perintah Allah.
3. SUJUD hikmahnya mengabdikan diri dan mendekatkan diri dengan Allah.
4. DUDUK hikmahnya kekal dalam kehampiran dengan Allah.

Kesemua Hikmah Solat dilakukan oleh diri yang batin secara berterusan. Memperoleh Hikmah tanda memperoleh Pahala. Inilah Hakikat Pahala yang sebenar. Pahala yang Nabi SAW tuntut untuk manusia kejar. Pahala tersebut bukan kita gunakan nanti apabila bercerai nyawa dan badan. Pahala itulah yang akan kita gunakan pada saat ini. Untuk bertemu dengan Allah. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment