Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa "HIDUP" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka menganggap bahawa Jasad Kasar mereka itu hidup dengan sendirinya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu. Tapi pernahkah mereka terfikir bahawa Jasad mereka itu sebenarnya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendirinya tanpa ada sesuatu yg menghidupkannya? Ketahuilah tanpa yg hidup itu Jasad tidak ada ertinya. Tetapi benda mati inilah yg dijaga dan diutamakan orang di dunia ini.
Sedangkan semua tahu bila mati kelak, Jasad akan busuk dan ditanam atau dibakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yg menghidupkan Jasad tadi meninggalkan Jasad. Dimanakah letaknya yg dipanggil hidup itu? Yang mana dgn adanya yg hidup itulah Jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam Jasad kita sendiri, dan dialah yg di panggil "DIRI SEBENAR DIRI" dan menghidupkan Jasad kita ini.
Tapi pernahkah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenalnya? Tentunya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila Jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan Jasad? Dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI SEBENAR DIRI" kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA: Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan? Kita semua tahu bahawa ujudnya Roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekalian Roh "Siapakah Tuhan kamu" dengan sepontan sekalian Roh menjawab "BAHKAN" yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang Esa.
KISAH ROH MEMASUKKI JASAD ADAM: Setelah Jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke Jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya "Dimanakah harus aku masukki, Ya ALLAH". Dan ALLAH pun menjawab "Masuk lah mana mana yang kamu senangi." Maka masuklah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung. Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kpd Jasad dan terbukti di sini bahawa Rohlah yg dikatakan penghidup kpd Jasad, dan mati pada Jasad ialah apb Roh keluar apabila sampai ajalnya. Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 iaitu:
1) Dihidupkan: Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yg dihidupkan ialah 'Jasad Kasar' kita ini, ianya dihidupkan oleh ROH yg berada di dlm Jasad. Roh memasukki Jasad semasa kita 100 hari dlm rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebahagian dari Roh Ku" kata firman Allah. Sejak itulah kita hidup di dlm rahim ibu kita dan kemudian dilahirkan ke dunia & terus menjalankan kehidupan dari bayi hinggalah akhir hayat.
2) Menghidupkan: Yang menghidupkan ialah ROH, yg datangnya (diciptakan) dari Allah, ya memasuki Jasad dan terus hidup, tugas Roh ialah menghidupkan Jasad tetapi sayangnya Jasad tidak langsung terfikir bahawa Rohlah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan Jasad yang bila mana Roh meninggalkannya maka matilah dia dipanggil orang dan ditanam atau dibakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD: Jadi siapakah yang berkepentingan disini, tentunya Jasad kerana tanpa Roh maka Jasad tidak bermakna langsung. Jasad perlukan Roh untuk hidup tapi kenapa Roh tidak dipedulikan semasa hidupnya. Perlukah Roh dikenali? Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal “DIRI”. “BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHANNYA”.
APAKAH “DIRI” ITU? “DIRI” itu datangnya kemudian setelah Roh memasukki Jasad. Bagaimana ini berlaku? Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan Cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhannya. Ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa seperti Jasadnya memenuhi ruang dalaman Jasadnya. Maka ujudlah "Diri SEBENAR Diri" dan "DIRI" inilah yang harus dikenal (kenallah diri maka kenallah Tuhan).

BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR “DIRI”: Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah Guru Guru mengajar kepada Murid Muridnya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI SEBENAR DIRI”. Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara, iaitu:
1) Terbuka dengan sendirinya
2) Usahakan sendiri untuk membukanya
3) Dibukakan oleh Guru (Guru yang berpengalaman)
Apakah yg dimaksudkan “dibuka”: “Dibuka” maksudnya ialah membukakan jalan2 pancaran Cahaya “DIRI” itu hingga keluar dari Jasad dan terpancarlah Cahaya “DIRI” itu keluar dari Jasad melalui jalan2 nya dan dengan rasa yang bergetar2 pada jalan keluarnya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid2 yang mempelajari ilmu ini. Inilah rahsia hidup kita dan "DIRI" inilah yang menghidupkan Jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah. Kenalkah "DIRI" tadi kepada Tuhannya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA Pencipta dan MAHA Besar.
Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini: Dia mengetahui kerana dia datang dari Yang MAHA Mengetahui. Dia bijak kerana datang dari yang MAHA Bijaksana. Dialah sebaik baik Guru. Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini datangnya kemudian. Kesimpulannya, kenalilah "DIRI" kita ini yang dialah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dlm segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yg kekal abadi, kerana dia kekal kerana dikekalkan.
Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yg harus diketahui oleh semua org kerana setiap manusia membawanya di dalam Jasad Kasar mereka. Haruskah Penghidup Jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita? Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment