Ketahuilah bahawasanya selagi kau merasa dan memandang akan adanya ujudmu itu pada keadaan ini maka kau belum lagi sampai kepada penyatuan yang sejati. Penyatuan ini bukanlah bererti kita dan Tuhan bersatu pada tempat yang sama kerana mana mungkin dua hal yang berbeza mendudukki pada tempat yang sama, ini tidak mungkin terjadi dan tak akan terjadi.
Akan tetapi penyatuan yang dimaksudkan ini adalah ia (insan) itu memandang akan segala yang ujud ini adalah kenyataan bekas dari azali iaitu Tuhan, ke-akuan diri pada menyatakan kewujudan Tuhan secara menyeluruh inilah yang di kehendaki. Oleh itu kita mestilah memahaminya dalam erti kata yang sebenarnya. Penampakan atau kezahiran pada barang yang ujud zahir mahupun ujud batin itu adalah semuanya itu DALIL dan ia sememangnya Kenyataan Tuhan pada Sifat Az-zhohiru (yang zahir) kerana ujud itu hanyalah satu jua pada nisbah wujud iaitu Zatullah. Maka yang lain itu adalah kenyataan wujudnya.

Penyatuan yang kita mahukan ini adalah penyatuan yang hakiki bukan bersatu kita dan Tuhan. Itu dengan makna kita dan Tuhan berada pada satu tempat akan tetapi ia membawa makna bahawa TUHAN ITULAH YANG WUJUD dan aku ini ganti nama bagi Sifat Kewujudannya. AKU adalah Esa dari Ke-esaan Tuhan ia dinamakan Sifat yang ternyata dari alam zat. Setelah nyatanya AKU maka Zat itu telah ghaib didalam Sirrku.
Kini yang dilihat dan dirasa itu adalah Sifat Kenyataan ZatNya. Oleh itu kalau kita selidiki maka tidak lah ada percampuran didalam hal penyatuan ini,Esaku menyatakan Tuhan umpama bayangan pada cermin......mana munkin bayang atau gambaran didalam cermin itu menjadi dua kalau yang diluarnya satu objek sahaja. Ini bermakna ianya satu diluar dan menunjukan satu itu pula adalah didalam cermin itu maka tiada dua lah ia melainkan satu jua.

Perjalananku melakukan penyatuan dengan mengadakan Pengakuan dan Penyaksian yang hakiki pada hakikat ku sendiri iaitu Tuhan. Hadrat ilahi lah yg meleburkan ke-akuanku pada fahamanku yg mengata kan aku ini ada dan aku ini lainnya dan apabila hampirnya aku pada maqamku iaitu Ketuhananku maka aku yang dulunya ada kita telah menjadi tiada kerana bersatunya AKU dan Tuhanku.
Maka disitu TIADA LAGI SIFAT melainkan ZAT semata2 ini dapat ku tahu apabila aku merasai aku hilang perasaanku pada keadaanku sendiri. Saudaraku fahamkanlah ini bukan aku mengaku aku ini Tuhan akan tetapi aku mengatakan aku ini ujud yang menyatakan UJUDNYA ALLAH , tanpaku DIA (ALLAH) tidak akan nampak WUJUDNYA kerana AKUlah yang menyatakannya.
No comments:
Post a Comment