Sunday, January 17, 2010

PETTE LA SINRANG, PAHLAWAN BUGIS (WALI PITUE)


Petta La sinrang merupakan salah seorang pejuang bugis yang berasal dari kota pinrang sulawesi selatan yang pernah memimpin para pemuda di tanah addatuang kerajaan Sawitto untuk melawan penjajah Belanda Laknatullah. Petta Lasinrang lahir di kampung Dolangan, Pinrang pada tahun 1856 dan wafat pada tahun 1936. Dalam lembaran sejarah, Petta Lasinrang adalah salah seorang pejuang yang tak dapat dikalahkan pihak Belanda selama masa penjajahan. 

Sejak lahir lagi Petta La Sinrang memiliki keistimewaan dimana bulu dadanya tumbuh dengan arah berlawanan iaitu ke atas (bulu sussang). Dalam perjalanan hidupnya, Petta La Sinrang banyak mendapat bimbingan dan pendidikan dari bapa saudaranya iaitu Raima, Beliau seorang yang mempunyai pengaruh besar dan disegani serta dikenali sebagai ahli fikir kerajaan. Beliau mendidik Petta Lasinrang Sehingga Petta Lasinrang menjadi seorang pemuda yang cukup berwibawa dan jujur.

Ketika kecil lagi Petta Lasinrang gemar bermain permainan tradisional iaitu mallogo, maggasing, massaung dan lain-lain. Dan yang paling digemari beliau adalah permainan “Massaung“ (menyabung ayam). Petta La sinrang selalu menggunakan “Manu’ bakka“ (ayam yang bulunya berwarna putih berbintik-bintik merah pada bahagia dada yang melingkari sehingga kebelakang), ayam jenis ini jarang dimiliki orang.

Kehebatan beliau dalam permainan menyabung ayam dengan “manu bakka“ hebah sehingga ke daerah lain, Sehingga Petta La Sinrang dikenali dengan nama julukan “Bakka Lolona Sawitto“ yang bermaksud “Pemuda berani dari Sawitto”. Nama Julukan ini semakin terkenal ketika Petta La Sinrang mencabar dan mengadakan perlawanan terhadap belanda. 

Suatu hari Petta Lasinrang mendapat firasat dan terdetik di hatinya untuk berhijrah ke Pammana, Ketika beliau menetap di sana Seorang Panglima Datu Pammana tertarik kepada beliau.Datu Pammana La Gabambong (La Tanrisampe) tertarik untuk mendekati beliau dan menanyakan asal-usul keturunannya. Petta La Sinrang pun dididik oleh Datu Pammana untuk menjadi seorang pahlawan terutamanya dalam hal menghadapi peperangan. Setelah itu, La Sinrang kembali ke daerah asalnya iaitu Sawitto. 

Dengan kemahiran berlawan dan ilmu perang, beliau mencabar kerajaan Suppa, Alitta, binanga Karaeng, Ruba’E, Madallo, Cempa, JampuE, dan kerajaan kecil lain-lain disekitar Sawitto untuk berperang, dan apabila kerajaan tersebut tidak bersedia, bermakna secara tak langsung kerajaan itu berada dibawah kekuasaan Sawitto kerana dianggap menyerah sebelum berperang. Dengan demikian, dalam waktu singkat terkenal lah nama Petta La Sinrang keseluruh kota, baik dari sifat keberaniannya, kewibawaan, mahupun kemahiran dalam memimpin. 

Tetapi hari semakin hari Petta La sinrang menjadi sangat nakal dan selalu membuat hal,Dan akhirnya beliau telah diasingkan ke Bone, baru setahun di Bone, Beliau disingkir lagi ke Wajo kerana membunuh salah seorang pegawai istana di Bone iaitu Pakkalawing Epu’na Arungpone. Selama di Wajo ia mendapat didikan dari La Jalanti Putra Arung Matawo Wajo yaitu La Koro Arung Padali yang bergelar Batara Wajo. La Janlanti diangkat menjadi ketua Pasukan Wajo di Tempe dengan pangkat Jeneral. 

Setelah serangan Belanda terhadap kerajaan sawitto semakin hebat dan kuat, Maka Petta La Sinrang dipanggil pulang oleh ayahnya, dan beliau diangkat menjadi panglima perang. Dalam kepemimpinannya sebagai panglima perang kerajaan Sawitto, senjata utama yang dipergunakan beliau adalah tombak dan keris. Tombak bentuknya besar menyerupai dayung diberi nama “La Salaga‘ sedang kerisnya diberi nama “JalloE”. 

Oleh kerana Petta La Sinrang sangat sukar dikalahkan. Pihak belanda menggunakan taktik licik dan pengecut, Petta Lasinrang terpaksa menyerahkan diri kerana ayah dan isterinya ditangkap dan beliau diugut jika tidak menyerah ayah dan isterinya akan diseksa. Dan akhirnya beliau terpaksa menyerah diri dan dipenjarakan di Banyumas. Tahun demi tahun beliau dipulangkan kembali ke kampungnya dalam keadaan uzur kerana faktor usia, Petta Lasinrang akhirnya wafat pada 29Hb October 1938 dan dimakamkan di Amassangeng.

Bissirril Al-Fatihah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment