Monday, January 11, 2016

ISI AL QURAN SELURUHNYA ADALAH TENTANG TAUHID

Imam IBNUL QAYYIM rah menjelaskan bahwasannya isi Al-Qur’an seluruhnya adalah tentang Tauhid. Maksudnya kerana isi di dalam Al-Qur’an menjelaskan hal-hal berikut: Berita tentang Allah, nama-nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya, dan perkataan-Nya. Ini termasuk Tauhidul ‘Ilmi al Khabari (termasuk di dalamnya terdapat Tauhid Rububiyah dan Asma’ wa Sifat). Seruan untuk beribadah hanyalah kepada Allah semata dan tiada yang mempersekutukan-Nya. Ini adalah 'Tauhidul Iraadi at Thalabi (Tauhid Uluhiyah).'

Berisi perintah serta larangan dan keharusan untuk taat kepada perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Hal tersebut merupakan Huquuqut Tauhid wa Mukammilatuhu (hak-hak Tauhid dan penyempurna Tauhid).

Berita mengenai kemuliaan bagi orang yang bertauhid, tentang balasan-balasan kemuliaan di dunia dan balasan-balasan kemuliaan di akhirat. Ini termasuk dalam Jazaa’ut Tauhid (balasan bagi Ahli Tauhid).

Berita mengenai orang-orang yang musyrik, tentang balasan yang berupa siksa di dunia dan balasan atau azab di akhirat. Ini termasuk balasan terhadap orang yang menyelisihi hukum-hukum Tauhid. Dengan demikian, Al-Qur’an seluruhnya mengandung tentang Tauhid, hak-hak-Nya dan balasan-balasan-Nya.

Selain itu juga berisi tentang kebalikannya dari Tauhid iaitu syirik, tentang orang-orang yang musyrik, dan balasan-balasan bagi mereka (Lihat Fathul Majid 19).

No comments:

Post a Comment