Allah swt menciptakan manusia dengan kelebihan masing-masing. Namun tak sepatutnya manusia menyombongkan diri dengan sedikit kelebihan yang di anugerahkan Allah swt kepadanya. Orang yang sombong itu memandang dirinya lebih hebat, lebih sempurna dibandingkan orang lain dan memandang orang lain hina, rendah dan lain sebagainya. Rasulullah saw telah menjelaskan hakikat kesombongan dalam hadis:
الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (HR. Muslim).
Allah swt berfirman dalam al-Qur’an urah Al-Isra, ayat 83:
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا
“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia; dan membelakang dgn sikap yg sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa” (QS. al-Isra:83)
Tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit ttg sebab2 timbulnya kesombongan manusia, antara lain:
1. Sifat ‘Ujub (Suka Membanggakan Diri): Bahawa manusia tidak akan takabbur kpd org lain, sebelum mrk ujub (kagum) terhadap dirinya sendiri dan dia memandang dirinya memiliki kelebihan. Merasa dirinya memiliki kekuatan, kuasa, kaya, cantik, pandai dan lain sbgnya. Maka dari ujub ini akan muncul kesombongan diri dan ujub merupakan perkara yg membinasakan. Nabi saw bersabda:
ثَلاَثٌ مُهْلِكَاتٌ: شُحٌّ مُطَاعٌ وَهُوَيَ مُتَبَعٌ وَإِعْجَابٌ اْلمَرْءِ بِنَفْسِهِ
“Tiga perkara yang membinasakan: sifat sukh (rakus dan bakhil) yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan ujub seseorang terhadap dirinya.” (HR. ath-Thabrani, Bazar dan Al-Baihaqi).
2. Merendahkan Orang Lain: Bahawasanya seseorg yg tidak akan merendahkan org lain, tidak akan takabbur terhadap mereka. Sedangkan meremehkan seseorg yg dimuliakan Allah swt dga keimanannya, sudah cukup utk menjadikan seseorang melakukan dosa kpd Allah swt. Dlm al-Qur’an surah Al Hujurat ayat 11, Allah swt memberikan kita petunjuk untuk berakhlak yg baik dgn tidak meremehkan org lain :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ
“Hai org2 yg beriman, janganlah sekumpulan org laki-laki merendahkan kumpulan yg lain, boleh jadi yg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS. Al Hujurat: 11)
3. Suka Menonjolkan Diri (Taraffu): Jiwa manusia yang sangat menyukai ketinggian dan kemuliaan di atas sesamanya, maka dari sini akan muncul kesombongan terhadap sesamanya. Allah swt berfirman dalam surah Al-Qashash, ayat 83:
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan utk org2 yg tidak ingin ketinggian (menyombongkan diri) dan berbuat kerosakan di atas (muka) bumi. Dan kesudahan (yg baik) itu adalah bagi org2 yg bertakwa.” (QS. Al-Qashash:83). Adapun ketinggian yang hakiki iaitu ketinggian yang tetap dan kekal di akhirat nanti. Maka disyari’atkan kita untuk berlumba2 (meraih) darjat2 tinggi di akhirat yang kekal abadi dan bukan kemuliaan di dunia yang hanya sementara.
4. Mengikuti Hawa Nafsu: Kesombongan itu muncul dari sebab manusia selalu mengikuti hawa nafsu nya, kerana memang hawa nafsu itu mengajak manusia untuk menuju ketinggian dan kemuliaan di atas muka bumi. Dan kesombongan itu muncul kerana manusia yang suka mengikuti hawa nafsunya dengan tanpa mempedulikan akibat negatif tersebut. Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 87:
أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُون
“Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong; Maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” (QS. Al-Baqarah : 87)
5. Membanding-bandingkan: Seorang yang sentiasa membandingkan dirinya dgn org lain sehingga dia menyaksikan dirinya lebih tinggi dan lebih bagus dari orang lain dan melihat orang lain lebih rendah dan hina kedudukannya. Ini merupakan punca seseorang menjadi seorang yang sombong. Ya Robbi jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia. Jadikan kami hambaMu yang tawadhu'. Mudah2an kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri. (Ust Iqbal).
No comments:
Post a Comment