Sunday, July 24, 2016

APA ITU PETUNJUK

Kita biasa mendengar bahawa PETUNJUK itu ialah Hidayah ya Allah berikan kpd hambaNya yang ingin bertaubat dan ini adalah petunjuk yang bermanfaat. Pun begitu, sebenarnya setiap gerak-geri makhluk ini tidak lepas daripada petunjuk Allah. Petunjuk itu terbahagi kepada 4 bahagian, dan jika diperhatikan setiap ayat yg digunakan sebagai dalil bagi setiap bahagian ini adalah menggunakan perkataan ‘huuda’: 

1) Petunjuk yg diberikan oleh Allah utk makhlukNya mendapat kebaikan dan manfaat dunia. Ini termasuk lah petunjuk kpd manusia dan haiwan, baik Mukmin mahupun kafir. Ini bersesuaian dgn firman Allah yang bermaksud: “Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk2Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).” (al-A’laa:3). Dan lagi Allah ada menyebut maksudnya: “Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yg telah memberikan kpd tiap-tiap sesuatu: kejadian semula jadinya yg sesuai dgnnya, kemudian Ia memberi petunjuk kpdnya akan cara menggunakannya.” (Taha:50) 

2) Petunjuk juga membawa maksud seruan Allah kpd makhlukNya utk mendapatkan apa yg bermanfaat bagi mereka dan Dia memerintahkan perkara ini. Inilah tujuan para Rasul diutuskan dan Kitab diturunkan; utk menyeru manusia kepada apa yg bermanafaat bagi mereka. Petunjuk ini termasuklah kpd mereka yg beriman mahupun kafir. Seperti firman Allah yg bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorg Rasul pemberi amaran (kpd org2 yg ingkar), dan tiap2 umat (yg telah lalu) ada Nabinya yg memimpin ke jalan yang benar.” (al-Ra’d:7). Begitu juga apa yg difirmankan oleh Allah, maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus.” (al-Syuura : 52). Seruan para Rasul ini adalah petunjuk Allah yang berupa perintahNya, laranganNya, penjelasan dan pengajaran. Tugas menyampaikan petunjuk ini adalah tugas para Rasul. 

3) Petunjuk yg diberikan oleh Allah kpd hati manusia. Ada yg menyebut ia sebagai menjadikan kemampuan kpd seseorang utk beriman dan ada juga yg menyebut ia sebagai menjadikan kemampuan utk melaksanakan ketaatan. Petunjuk jenis ini tidak dapat dilakukan oleh sesiapa pun kecuali Allah. Maksud firmanNya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kpd sesiapa yg engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), ttpi Allah jualah yg berkuasa memberi hidayah petunjuk kpd sesiapa yg dikehendakiNya (menurut undang2 peraturanNya).” (al-Qasas : 56) 

4) Petunjuk di akhirat; petunjuk di akhirat ini merupakan balasan bagi perihal mereka di dunia yang mengikut petunjuk Allah dan balasan mereka yang mengikut kesesatan. Bagi yang beriman dan beramal soleh mereka akan diunjukkan ke syurga dan yang kufur pula akan ke neraka. Ini disebut dalam ayat Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan org2 yg beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang2 emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yg baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.” (al-Hajj : 23-24). 

Begitu juga dengan maksud ayat Allah: “Sesungguhnya org2 yg beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai2nya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.” (Yunus : 9). Bagi yang kufur pula, mereka akan ditunjukkan jalan ke neraka, maksud firman Allah: “(Allah berfirman kepada malaikat):” Himpunkanlah org2 yg zalim itu, dan org2 yg berkeadaan seperti mereka, serta benda2 yang mereka sembah – Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.” (as-Shaafaat : 22-23). Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment