"Sahabat2ku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya dpd debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia2 Ilahi. Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau2an terang benderang…”
Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kpd rahsia2 akan menjadi terang oleh ribuan bintang2”…dan berpandukan bintang2 (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yg memandu kita ttpi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang2”. Sekiranya lampu rahsia2 Ilahi dinyalakan di dlm diri batin kamu yg lain akan dtg secara sekaligus atau beransur2. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yg lain akan kami beritahu di sini.
Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yg gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yg akan naik dari ufuk langit memancar kan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yg ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaanNya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah2 langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apbi ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yg cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang.
Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidak sedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yg dihabiskan di dlm lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengar nya berkata: “Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah. Allah bimbingkan kpa cahayaNya sesiapa yg Dia kehendaki.”

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia: “Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).”
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir2 akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya. Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, dpd-Nya, dengan-Nya.”

No comments:
Post a Comment