Mereka ini terbahagi kpd tiga jenis iaitu: Pertamanya, org yg gelapnya itu berpunca dari deria (pancai ndera); Kedua, gelapnya berpunca dari khayalan; Ketiga, gelapnya berpunca dari logik akal yg palsu.
Pertama: Terhijab Oleh Gelap Deria
Mereka ini ialah org2 yg telah melangkah sempadan mempertuhankan diri sendiri, yg mana itu adalah sifat org2 yg dlm golongan pertama yg telah tersebut dahulu kerana mereka mempertuhankan kpd sesuatu yang di luar diri mereka, dan ada sedikit keinginan untuk mengetahui Tuhan. Peringkat pertama terdiri daripada mereka yang menyembah berhala. Peringkat akhir terdiri daripada mereka yg menduakan Tuhan. Antara kedua-kedua peringkat tersebut, ada peringkat2 lain lagi.
Org2 dalam peringkat pertama (penyembah2 berhala) itu sedar pada umumnya yang mereka ada tuhan dan tidak mempertuhankan diri mereka sendiri. Mereka percaya bahawa Tuhan mereka itu lebih besar dan lebih berkuasa dari apa-apa yg lain; tetapi gelap deria menghijabkan mereka dpd pengetahuan bahawa; mereka mestilah melampaui Alam Deria dlm perkara ini. Oleh itu, mereka ambil logam2 yg bernilai seperti emas, perak, permata dan lain-lain untuk dijadikan patung2 sebagai Tuhan. Orang-orang ini terhijab oleh cahaya Kekayaan dan Keindahan dari sifat2 Allah dan CahayaNya. Mereka lekatkan sifat-sifat ini(kaya dan indah) kpd benda2 yg dilihat oleh deria; yg mana deria itu telah menyekat cahaya Allah. Ini adalah kerana deria itu adalah gelap dari segi Alam Keruhanian, sebagaimana yg telah kita terangkan dahulu.
Kelas kedua ialah puak-puak bangsa Turki yang liar yang tidak mempunyai masyarakat keagamaan yang tersusun dan tidak ada undang2 agama yang tertentu. Mereka percaya bahawa mereka ada Tuhan dan tuhan itu ialah sesuatu benda yg jinak. Jika mereka berjumpa seorang manusia atau sepohon pokok atau seekor kuda dan lain-lain yg luarbiasa cantiknya, maka mereka akan menyembah benda itu dan dikatakan itu tuhan mereka. Mereka ini terhijab oleh cahaya keindahan bercampur dgn gelap deria. Mereka masuk lebih jauh dpd penyembah2 berhala ke dlm cahaya, kerana mereka adalah penyembah2 Keindahan secara mutlak bukan kpd individu, dan mereka tidak hadkan atau bataskan khusus kpd satu individu sahaja dan membuang yg lain. Keindahan yg mereka sembah itu ialah keindahan Tabie ciptaan Tuhan dan bukan ciptaan mereka sendiri. Inilah yg membezakan mereka dari golongan penyembah berhala.
Kelas atau golongan yang ketiga berkata; "Tuhan kami mestilah cahaya pada zatnya. Ia maha mulia dan maha agung, maha gagah dan tidak bertolak ansur; tetapi ia mestilah boleh dilihat; kerana jika tidak kelihatan tentulah tidak bererti apa-apa". Oleh kerana mereka dapati api itu ada sifat2 yg tersebut tadi, maka mereka sangka api itulah tuhan dan mereka sembah api itu. Mereka inilah org2 yg terhijab oleh Kekuasaan dan Kekuatan yang mana kedua itu adalah dua daripada cahaya Allah.
Kelas atau golongan yang keempat pula memikirkan iaitu oleh kerana api itu boleh dikawal, boleh dinyala dan dipadamkan bila dikehendaki, maka api itu bukanlah tuhan sebenar. Tuhan adalah hanya apa yang mempunyai sifat kekuasaan dan kekuatan dan manusia ini berada di bawah kawalannya dan ia mestilah berada di tempat tinggi. Orang2 golongan ini mengagung2kan Ilmu Nujum (Astrologi). Mereka berkata bintang2 itu ada pengaruhnya masing2 terhadap manusia. Oleh itu, ada antara mereka yang menyembah bintang-bintang seperti Jupiter dan lain-lain. Ada pula yang menyembah sekumpulan falaniah2 menurut banyaknya pengaruh yang mereka percaya ada pada falaniah2 itu. Mereka ini pula terhijab oleh cahaya2 yang suci, yang terang, dan yang kuat; yang mana ketiga-tiga tersebut itu adalah cahaya Allah.
Golongan atau kelas yang kelima pula menyokong golongan keempat dan idea asas mereka itu tetapi orang2 dalam kelas ini tidak setuju bahawa tuhan mereka itu boleh dikatakan kecil atau besar di kalangan benda-benda yang memberi cahaya itu. Tentulah yang paling besar itu patut dipertuhankan. Oleh yang demikian, mereka menyembah matahari yang mereka anggap sebagai yang paling besar. Orang2 ini terhijab oleh cahaya kebesaran, di samping cahaya2 tadi; tetapi mereka masih dibutakan oleh gelap deria.
Golongan keenam lebih maju selangkah lagi. Mereka berkata; Matahari itu bukanlah menguasai semua cahaya. Lain-lain benda pun ada cahayanya. Sbg tuhan, tentulah ianya tidak bersyarikat atau bersekutu dlm perkara cahaya ini. Mereka pun menyembah cahaya mutlak, yg meliputi semua cahaya dan mereka anggap inilah cahaya. Tuhan ini mestilah mempunyai sifat2 yg terbaik dan tidak tercela. Ttpi dlm Alam Wujud ini ada kejahatan2. Kejahatan2 ini tentulah bukan dari tuhan kerana tuhan itu tidak bersifat jahat dan keji. Lalu mrk sangka kan ada satu perjuangan antara tuhan yg gelap dan kedua-dua ini mrk namakan "Yazdan" dan "Ahriiman". Pada sangkaan saya (Imam Ghazali), inilah org2 yg menduakan Tuhan.
Kedua, orang yang terhijab oleh cahaya yang bercampur dengan gelap dari khayalan.
Mereka ini melangkah dari sempadan deria kerana mereka sedar adanya sesuatu di sebalik objek-objek deria. Tetapi golongan ini tidak dapat melangkah lebih dari sempadan khayalan. Oleh itu, mereka sembah sesuatu yang benar-benar duduk di atas kursi singgahsana. Peringkat yang paling bawah daripada kelas ini ialah mereka yang memperbadankan Tuhan; kemudian itu ialah golongan "Karramitah". Tidak perlu kita bincangkan tulisan dan pendapat mereka itu di sini kerana tidak ada gunanya di sini.
Yang paling tinggi darjatnya dlm golongan itu ialah mereka yg menafikan Allah itu berbadan dan segala yg berkenaan dengannya, kecuali satu - iaitu arah(direction), dan itu ialah arah ke atas. Kata mereka itu, apa yg tidak ada arah, tidak di dalam atau di luar alam, maka itu tidaklah wujudnya kerana tidak termasuk pada akal khayalan. Malangnya mereka gagal memandang bahawa darjat pertama sebenarnya bagi budi bicara akal membawa kita bersih dan bebas dari semua rujukan apa sahaja, arah atau pun ukuran.
Ketiga, org2 yg terhijab oleh cahaya Ketuhanan yg bercampur dgn gelap logik akal yg palsu.
Mereka ini menyembah Tuhan "yg mendengar, melihat, dan berilmu, berkuasa, berkehendak dan hidup", dan melampaui semua arah termasuk arah ke atas. Tetapi konsep mereka tentang sifat2 ini diserupakan dgn sifat2 mereka sendiri, hingga ada mereka berpendapat bahawa perkataan (KALAM) Tuhan itu ialah berhuruf dan berbunyi, seperti manusia juga. Sementara yang lain pula lebih maju lagi ke depan. Kata mereka; "Sebenarnya seperti kalam fikiran kita, iaitu tidak berbunyi dan tidak berhuruf". Oleh itu, apabila mereka dicabar utk menunjukkan bahawa Allah itu benar2 "mendengar, melihat, hidup dan lain-lain", maka penjelasan mereka seolah2 memperbadankan tuhan itu sbg manusia, meskipun mereka menafikannya.
Ini adalah kerana mereka tidak dapat memahami apakah sebenarnya maksud idea2 ttg Sifat Allah itu. Mereka berkata bahawa berkenaan dengan Iradat atau Kehendak Allah itu, adalah ianya bergantung atau berkaitan, spt kehendak atau iradat manusia juga, berkehendak kpd sesuatu dan bertujuan. Semua pendapat2 ini sudah terkena; dan termasyhur dan kita tidak perlu panjang-lebarkan bicara berkenaan hal ini. Mereka ini terhijab oleh beberapa cahaya Ketuhanan dan bercampur dgn kegelapan logik akal palsu. Semua yg tersebut itu adalah kelas2 bagi bahagian kedua yg terdiri dpd hijab gelap bercampur cahaya.
No comments:
Post a Comment