Batas2 Akal. Islam memberikan perhatian yg cukup besar kpd akal fikiran manusia. Demi alasan itu, Islam menempatkan akal fikiran sbg salah satu dpd dua syarat utama dlm kewajipan (taklif) ke atas manusia. Islam mengajar manusia bagaimana cara2 yg sepatutnya digunakan akal fikiran. Seiring dgn itu, Allah s.w.t. menjelaskan kemampuan manusia dlm memahami alam semesta tidak mutlak, krn sesungguhnya Allah swt tidak menganugerahkan kemampuan yg mutlak dan tidak terbatas kpd makhluk ciptaanNya.
Kemampuan untuk memandang dibatasi oleh kemampuan mata, kemampuan mendengar dibatasi oleh kemampuan telinga, dan kemampuan untuk mengetahui sesuatu juga dibatasi oleh kemampuan akal fikiran. Oleh sebab itu, jika ada kehidupan yang tiada had batasan maka mata tidak mungkin dapat melihatnya, kerana kewujudan tersebut berada di luar kemampuan mata untuk melihatnya. Kalau ada banyak suara yang jumlahnya tidak terhingga, maka telinga pun tidak mampu mendengarnya, kerana suara2 tersebut berada di luar kemampuan telinga utk mendengarnya.
Pada gilirannya, dapat ditegaskan bahawa banyak hakikat yang tidak mungkin dicapai dan diketahui oleh manusia kerana hakikat hakikat tersebut berada di luar kemampuan manusia utk mencapai dan memahaminya. Ertinya, akal fikiran sahaja tidak cukup untuk memahami seluruh hakikat. Contoh, para Ahli Falsafah yang berkeyakinan bahawa kemampuan akal tidak terbatas (bersifat mutlak) dalam mencapai dan memahami hakikat. Kesannya, manusia yang terpengaruh dengan mereka telah menuju kepada jurang penderitaan bukan pula kepada kebahagiaan yang mereka cari-cari. Diyakini bahawa Allah s.w.t mengetahui pelbagai karakter/pelbagai spesifikasi penciptaan hamba-hambanya, lebih daripada pengetahuan mereka sendiri.

Menurut pelbagai riwayat yg ada, Allah s.w.t telah mengutuskan seratus dua puluh empat ribu org Nabi dan Rasul sepanjang sejarah kehidupan umat manusia. Hikmahnya kerana akal manusia itu lemah dan tidak mampu mencapai hakikat. Lembaran dan kitab2 suci yg telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Para Rasul dan Nabi merupakan media terbaik yg menghubungkan antara wilayah kemanusiaan dan wilayah hakikat dan menghubungkan hakikat kepada manusia. Atas dasar itu, bimbingan wahyu terhadap akal fikiran dianggap sebagai suatu syarat yang mutlak, kerana akal yg tidak disinari bimbingan Ilahiah bagaikan kuda liar yang tidak akan sampai pada tempat tujuan.
Bahkan boleh jadi terjatuh ke dlm lubang dan tercampak ke dalam mara bahaya. Oleh sebab itu, kita perlu menjinakkan dan melatih kuda tersebut dgn cara mengikat tali kendali melingkari tubuhnya agar dapat dikendalikan dan diarahkan kuda tersebut dengan sempurna. Hal yang sama perlu dilakukan terhadap akal manusia. Kita harus memberikan pendidikan rohaniah – yang intipatinya adalah wahyu dan sunnah yang suci – kepadanya sehingga ia menjadi akal yg sihat dan benar. Jika tidak, akal akan menjadi seperti senjata bermata dua sama ada digunakan sbg alat untuk mencipta kebaikan atau menjadi perangkap utk mendatangkan keburukan.

No comments:
Post a Comment