Ada seorang bertanya kpd Abu Yazid Al-Busthami; “Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?”. Abu Yazid menjawab: “Diri saya telah hilang (fana) dlm mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang”.
Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai org bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dgn katanya: “Buangkanlah diri kamu. Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yg melenyapkan (fana) dirinya dlm Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala2nya”. Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya; "Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa2. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya Mata Ketuhanan dan Telinga Ketuhanan dan saya dapati segala2nya adalah di dlm Dia juga.”
Al-Junaid Al-Bagdadi yg menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan ttg fana ini dgn kata2 beliau seperti berikut: "Kamu tidak mencapai baqa (kekal dengan Allah) sebelum melalui fana (hapus diri). Membuangkan segala2nya kecuali Allah dan ‘mematikan diri ialah kesufian. Seorg itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah (mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan org2 yg cinta kpd Allah itu bagi pandangan org2 biasa adalah dongeng sahaja.”
No comments:
Post a Comment