“Mati” dalam pandangan orang-orang Ahlullah sufi bukan bererti sekadar “bercerai nyawa dengan badan”. Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya dan terbang bebas dan hijab dan merasai kebebasan hakiki bersama Wujud Yang Maha Murni . Badan itu ditinggalkan dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup dan baqa bersama hakikatnya.
Oleh itu, dikatakan “matikan diri kamu”. Di sini bukanlah bererti kita bunuh diri kita dengan menggantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita. “Matikan diri” atau“bunuhkan diri” di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi dan Tauhid yang sempurna dengan menyaksi Allah secara sempurna hingga dilucut kesemuanya rasa memiliki disetiap zarah dan sifat rohani dirinya dan kekal fana dan baqa serta kamil bersama Yang Maha Memiliki.
Mati yang dimaksudkan ialah membunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yang ada pada kita itu dan nafi dan menafi terus kepermilikan hak2 sifat rohani dan jasmani malah dirinya sekadar mazhar bagi menyaksi hak2 mutlak Allah. Buangkan nafsu keakuan ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. “Diri” di sini maksudnya ego keakuan atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan.
Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada “diri”nya ialah ia ada sifat-sifat takbur, sombong, hasad, dengki, tamak, haloba, suka mementingkan diri sendiri (self-oriented atau self centered), ujub, riya', merasa mulia, merasa alim, kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada Allah dan Rasul-Nya, takutnya kepada yang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada Allah, dan sebagainya.

“Diri” inilah yang mesti “dibunuh” agar sebagai gantinya timbullah Allah secara sempurna dan mutlak dan itulah KeESAan. Berdiri dan nyata Allah dalam hati dan perasaan seorang itu. Setelah “diri” itu mati, maka teguhlah nyata berdirinya Allah dalam hati sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan Agung yang Esa. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Nyata Terdirilah Allah padanya dan dinafinya yang lain.
Dari Allah... dengan Allah... untuk dan kerana Allah... dan itulah Tauhid Murni. Inilah apa yang mereka katakan “menafikan yang lain ini dan mengitsbatkan Allah” bersesuaian dengan tauhid/hakikat/makrifat. Ilmu Tasawuf/ tauhid/ hakikat/ makrifat adalah ilmu rasa atau ilmu dzauq. Siapa yang merasainya akan mengetahuinya. Untuk merasai itu perlulah memasuki dan mengembara dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guru yang betul-betul mengerti. Jalan-jalan ini digelar Tarekat Sufiah atau jalan orang-orang sufi.

Akhir perjalanan ialah fana dalam KeESAan mutlak dan Cinta dengan Allah" sehingga timbullah rasa bahawa yang pasti ada itu adalah Allah jua. Mengertilah ia maksud tauhid yang hakiki. Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud Syuhud dengan Allah itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapi sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan merasai fana’ dirinya dengan seterusnya baqa’ (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya.
Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Ilmu Lillah, Billah, Ma'Allah Allah jua. Sebab itulah ada mereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya, maka akan kenal Allah Tuhannya”. Barangsiapa yang tidak memahami, maka akan menjadi musuh dengan apa yang belum difahami, jadi bertanyalah dengan orang yang di kurniakan Hikmah Rabbani.

No comments:
Post a Comment