Thursday, January 28, 2016

PEMBAHAGIAN ILMU OLEH PARA ULAMA

Adapun pembahagian ilmu adalah:

1. Syariat
2. Tarikat
3. Hakikat
4. Maarifat

Dan kemudiannya dicabangkan pula ke 4 cabang pengetahuan

A. Fiqah
B. Tauhid
C. Usul
D. Tasauf

Manusia yg hendak menuju kepada Allah s.w.t hendak lah mengetahui keempat kelas ilmu ini iaitu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Maarifat dan seseorang itu hendaklah mengekalkan keempat-empat kelas ilmu itu di dalam hidupnya. Manusia yg mengamalkan keempat-empat kelas ilmu itu menjadi manusia yg sempurna dengan Allah dan masyarakatnya. Sesungguhnya bagi meraka yg mengamalkan Syariat tanpa Hakikat adalah hampa bagaikan padi tidak berisi dan ianya dibuang begitu saja. Dan orang-orang yg mengamalkan Hakikat tanpa Syariat ianya sama seperti sebiji isi yg tidak berkulit maka ianya tentu tidak dapat hidup di dalam masyarakat ramai. (Nota: Cara Tajalli).

Biasanya seseorang yg sedang mengalami Tajalli , sering timbul di.kepalanya banyak persoalan dan dikemukakan soalan-soalan tersebut kepada dirinya sendiri, kemudian di dapati satu-satu jawapan yg tepat dan memuaskan hatinya, walaupun soalan dan jawapan yg diperolehinya itu tidak dialaminya sebelum ini. Malahan bila dilihatnya sesuatu, maka secara tidak disengajakannya timbul dicarinya suatu ilham dan minat untuk.mengkajinya, maka disini terbitnya soalan, kajian dan jawapan dari akalnya sendiri.

Dibandingkan sesuatu itu dengan dirinya sendiri, tentang sikapnya, perangainya, pendiriannya dan sebagainya yg boleh menimbulkan keinsafan besar pada diri sendirinya terhadap Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment