Wednesday, January 13, 2016

KEPENTINGAN KHATAMUN NUBUWWAT

Oleh: Maulana Manzoor Ahmad Chinioti Rah. Terjemahan: Maulana Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Ar-Ruhani Al-Bazi 'Ufiya ‘Anhu.

Islam menyuruh kepada sepenuh keimanan dengan kepercayaan yang setia dan kukuh dalam pegangan 'Aqidah Khatmun Nubuwwat yakni Kemuktamadan Kenabian pada Rasul yang terakhir daripada Rasul-rasul dan yang merupakan Rahmat untuk alam semesta, Hadhrat Nabi Muhammad S.a.w. Perundangan Islam ini adalah sangat penting bahawa jika terdapat sedikit keraguan pada kesahihannya boleh membawa Iman seseorang kepada kehancuran. Mereka yang tetap memelihara kepercayaan mereka terhadap doktrin asas ini pasti akan dapat melindungi kepercayaan mereka terhadap Agama Allah (SWT).

Individu-individu yang percaya pada kemungkinan terdapat Nabi-Nabi yang baru selepas Hadhrat Nabi Muhammad S.a.w adalah pada natijahnya akan memajukan tanggapan bahawa Agama Allah (SWT) adalah tidak cukup sempurna dan cuba untuk membuka pintu kemungkinan bagi perubahan, perosakan atau penolakan daripada mesej Islam. Mirza Ghulam Qadiani India misalnya memansuhkan Jihad, memperkenalkan tafsiran novel tersendiri bagi ayat-ayat Al-Quran tanpa ada sebarang alasan daripada Hadits Sahih dan melahirkan sebuah agama baru yang dipanggil sebagai "Ahmadiyyah". Hussain 'Ali Bahaullah, di Iran telah mengubahsuai keseluruhan doktrin kepercayaan Islam, menggantikan Al-Quran dengan buku tulisan beliau, mengubah arah kiblat dari Makkah Al-Mukarramah kepada Namka di Israel dan dinamakan agama baru ini sebagai "Bahaisma".

Ia seharusnya menjadi bukti yang jelas bagaimana penolakan bulat-bulat terhadap kepercayaan 'Aqidah Khatmun Nubuwwat membolehkan individu yang sesat atau oportunis untuk mencabar orang-orang Mukmin dari sudut dalaman dan mengalihkan golongan orang awam yang tiada sangkaan curiga terhadap Agama Allah (SWT). Al-Quran telah menyatakan dengan sangat jelas dalam lebih dari seratus ayat-ayatNya, bahawa tiada Nabi baru atau wahyu kenabian baharu akan dihantar. Lebih dua ratus Hadits sabdaan Nabi S.a.w terus menyokong injunksi arahan Mesej Al-Quran ini. Al-Quran, Hadits dan Tafsir adalah sejajar mengenai hal ini semenjak kemunculan Islam. Di samping itu, Para Sahabat yang rapat dengan Nabi, Para Ulama besar dan seluruh Ummah bersetuju kepada perundangan asas ini dan menganggap adalah Kufur untuk membenarkan kemungkinan bahawa Allah (SWT) memberi pentauliahan kepada seorang Nabi lain.

Imam Besar dan Pengasas Pemikiran Mazhab Hanafi, Imam Abu Hanifa (RA) begitu pasti dengan pandangan beliau yang beriktiqad bahawa tindakan mempersoalkan pihak yang mendakwa bagi menuntut bukti atau mukjizat sebagai suatu tindakan kekufuran itu sendiri. Sememangnya, fatwa ini telah dikeluarkan kepada menekankan kepentingan kepercayaan mutlak dalam kemuktamadan Kenabian dan untuk menggalakkan semua Ummat Islam untuk mempertahankan doktrin ini daripada kerosakan untuk setiap masa.  Mana-mana orang Islam akan berasa keberatan dari memohon bukti daripada pihak yang mendakwa dengan kesucian sebagai Nabi; dakwaan tersebut sangat jelas bercanggah dengan ajaran Islam. 

Tahap keyakinan dan kepercayaan yang sama juga diperlukan apabila kita berhadapan dengan Nabi-nabi dan Mahdi-mahdi yang palsu bahawa: Tidak boleh ada lagi Tuhan yang lain selain dari Allah (SWT) dan tidak boleh ada satu lagi Nabi selepas Muhammad S.a.w. Tanggungjawab kita untuk mempertahankan perundangan asas ini menjadi lebih jelas apabila kita mengkaji semula beberapa detik-detik yang paling terang dalam sejarah Islam. Khalifah Rasyidin pertama yang mendapat petunjuk, Hadhrat Abu Bakar (RA) telah berperang melawan tentera nabi palsu yang menyamar bernama Musailamah yang pendusta, walaupun pada hakikatnya bukan sahaja Musailamah telah mengiktiraf Kenabian Muhammad S.a.w, tetapi negara Islam juga adalah masih di peringkat awal dan tanpa sumber keperluan. Hasil daripada peperangan ini, 22 ribu tentera Musailamah telah dihapuskan; Walau bagaimanapun kira-kira 1200 kehidupan Muslim yang berharga termasuk hampir 600 Para Huffaz, Para Qari, Para Ahli Badar dan Para Sahabat yang rapat dengan Nabi (SAW) juga telah hilang.

Untuk menghargai angka-angka ini dan memahami keazaman orang-orang Islam yang terdahulu untuk melindungi Agama Allah (SWT) daripada kemungkinan dirosakkan, kita perlu ingat bahawa semasa seluruh kehidupan Rasul Allah s.a.w, hanya 259 nyawa Muslim telah dirampas dalam semua peperangan menentang Kuffar. Orang yang tidak beriman hanya mengalami 759 nyawa terkorban. Pendek kata, Khalifah pertama kita bersama dengan semua Para Sahabat, membuat ketetapan bahawa penyamar Nabi dan para pengikutnya tidak harus dibenarkan untuk menyebarkan kejahatan mereka. Sesungguhnya, tiada seorang pun daripada Para Sahabat berhenti berehat sehinggalah penghapusan lengkap nabi palsu yang mengisytiharkan dirinya sendiri dan para pengikutnya. 

Keputusan Hadhrat Abu Bakar (RA) begitu dipandang tinggi, disahkan dan diterima oleh sekalian Para Sahabat, bahawa Hadhrat Umar (RA) telah mencadangkan suatu pertukaran dengan Hadhrat Abu Bakar (RA). Beliau berkata: "Saya ingin menukar segala perbuatan baik pada seluruh masa hidup saya terhadap tindakan-tindakan anda pada satu malam dan satu hari. Pada suatu malam dari ketiga-tiga malam yang anda habiskan dengan Rasul Allah s.a.w di Gua Tsaur dan satu hari dari hari-hari pertempuran terhadap penyamar nabi untuk menjaga Kemuktamadan Kenabian Muhammad s.a.w."

Jelas sekali, mempertahankan kemuktamadan Rasul Allah S.a.w sepatutnya amat penting untuk kita: kita tidak harus melayan dakwaan Mahdi-mahdi palsu dan Nabi-nabi yang akan muncul dari semasa ke semasa. Ia adalah giliran peristiwa sedih bahawa sesetengah saudara Muslim kita yang mendakwa diri mereka sebagai liberal dan berwawasan luas, meremehkan keutamaan dan kepentingan prinsip perundangan utama Islam berkenaan Khatmun Nubuwwat dan tidak menghargai tanggungjawab kita untuk melindungi Agama Allah (SWT) dari semua musuh. Kami berharap mesej ringkas ini telah dapat membantu mereka menyedari mesej Allah (SWT) yang sebenar. Dengan Allah yang mempunyai segala kejayaan dan Salam kesejahteraan Allah ke atas Baginda Muhammad Rasulullah dan Para Pengikut dan Para Sahabatnya. (Hadhrat Maulana Manzoor Ahmad Chinioti Rah, Presiden Khatme Nabuwwat University, Chiniot Pakistan, Ketua Setiausaha, International Movement  Khatme Nabuwwat, Ahli Dewan Punjab).

No comments:

Post a Comment