Manusia tidak luput dari salah dan dosa. Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab atau pembatas antara hamba dengan Allah swt serta Allah memandang hambaNya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayangNya. Jika ini terjadi segala amal ibadah serta kebajikan yang kita lakukan tidak diterima dan tertolak. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat besok, Allah akan menghukum dgn Neraka yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan secepatnya jika sudah terlanjur melakukan dosa dan kesalahan. Taubat secara bahasa artinya kembali. Secara istilah artinya kembali kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri padaNya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, susah serta rasa tidak patut atas dosa2 yang pernah kita dilakukan sehingga menangis.
Hati terasa pecah2 bila mengingati dosa2 yg dilakukan itu. Memohon agar Allah yg Maha Pengampun akan menerima tobat kita. Hati menyesal akan perbuatan dosa yang kiata lakukan itu menjadikan anggota2 lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan2 itu kembali. Itulah pengertian taubat. tidak cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di mulut, “Astaghfirullahal adzim.” Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak semudah itu Allah swt hendak menerima taubat hamba2Nya kecuali setelah menempuh syarat2(proses) yg telah ditetapkanNya. Syarat2 taubat ada dua bahagian sebagaimana dosa dan pahala terbahagi kepada dua, yaitu:
1.Syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan Allah.
2.Syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan sesama manusia.
SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN ALLAH
Antara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:
1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepadaNya.
2. Berazam - bercita-cita bersungguh2 tidak akan mengulangi lagi perkara2 yg menjadi larangan Allah itu.
3. Meninggalkan perkara2 yang mendatangkan dosa2 dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil:
a. Antara contoh2 dosa besar ialah meninggalkan solat, tidak puasa, mengadu nasib, minum arak, zina, judi, riba, memfitnah, mengumpat, membunuh dan lain-lain lagi.
b. Di antara dosa2 kecil ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yg menaikkan nafsu syahwat, bercakap perkara2 lucah, bergurau berlebih2an, berkelakar, membazir dan lain-lain lagi.
Oleh itu kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, mendedahkan aurat, minum arak) maka kita tidak akan buat lagi atau terus tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa2 kerana meninggalkan perkara2 wajib (seperti meninggalkan solat dan tinggal puasa), maka kita tidakakan meninggalkannya lagi. Ertinya kita terus melaksanakan perkara2 yang wajib dgn bersungguh2 dan membayar (qadha) segala perintah wajib yang tertinggal.
SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN MANUSIA
Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yg ada hubungan sesama manusia, antara syarat2 taubat yang mesti ditempuhi ialah:
1. Menyesal sungguh2 di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar2 terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
3. Berazam bersungguh2 untuk tidak mengulangi perkara2 yg mendatangkan dosa yang ada hubungan dgn manusia (mu’amaidh).
4. Meminta maaf atau meminta ridho (halal) kpd org yg kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yg telah diambil. Dosa2 sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak. Secara ringkasnya ia boleh dibagi menjadi empat kategori yaitu:
a) Dosa yang ada hubungan dengan harta. Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
b) Dosa yg ada hubungan dgn peribadi. Contohnya pukul, tempeleng, mencubit, menyiksa dgn barang2 tajam atau binatang2 bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa2 ini semuanya mesti diminta maaf kpd org berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
c) Dosa yg ada hubungan dgn agamanya. Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dgn tuduhan2yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
d) Dosa yg ada hubungan dgn keluarganya. Contohnya kita pernah pegang2, raba2, cium anak gadisnya atau zina terhadap anggota keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan minta ridho dari keluarganya. Kalau mereka tidak ridho dan maafkan.
Di sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dgn sesama manusia lebih berat dpd dosa dgn Allah. Ia mesti menempuh empat syarat tetapi dosa dgn Allah hanya tempuh tiga syarat. Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikut kaedah di atas, barulah taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah utk menunaikan syarat2 tadi melainkan setelah memiliki hati yg benar2 ikhlas. Kalau tidak dapat menunaikan syarat2 ini, taubat itu tetap tidak akan diterima. Org yg egonya tinggi amat berat utk bertaubat. Lebih2 lagi dosa yg dilakukan itu terhadap sesama manusia. Begitulah kasih sayang Allah kpd hamba2Nya kalau mereka membuat dosa2. Masih ada peluang bertaubat utk mendapat keampunan dari Allah dgn menempuh syarat2 yg telah disebutkan.
Kecuali dosa syirik yg tidak mendapat keampunan dari Allah. Ini telah dinyatakan di dlm firmanNya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun kan dosa2 syirik ttpi akan mengampunkan selain itu.” (An Nisaa’: 48) Maknanya selain syirik, org2 yang bertaubat dpd dosa2nya akan diampunkan oleh Allah. Apabila diampunkan, maka samalah dia seperti org yg tidak berdosa. Sabda Rasulullah saw: “Org yg bertaubat dpd dosa sepertilah org yg tidak berdosa.” (Riwayat At Thobroni) Sabdanya yang lain: “Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yg terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.”(Riwayat Ahmad) Seterusnya Sabda Baginda lagi: “SesungguhnyaAllah menerima taubat hambaNya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan.”(Riwayat Ahmad). “Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yg bertaubat.” (Riwayat Addarami).
Kesimpulan:
1) Meninggalkan dosa tersebut. Taubat mustahil terjadi sementara dosa tetap dilakukan.
2) Menyesal atas perbuatannya. Rasulullah bersabda: ”Menyesal adalah taubat”.
3) Berazam utk tidak mengulangi lagi. Ibnu Masud berkata: ”Taubat yg benar adalah: Taubat dari kesalahan yg tidak akan diulangi kembali, spt mustahilnya air susu kembali pada kantung susunya lagi.”
4) Mengembalikan kezaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan. Imam Nawawi berkata: “Di antara syarat taubat adalah mengembalikan kezaliman kpd pemiliknya atau meminta utk dihalalkan”.
5) Ikhlas. Ibnu hajar berkata: “Taubat tidak sah kecuali dgn ikhlas”. Allah berfirman: “Hai org2 yg beriman, bertaubatlah kpd Allah dgn taubat yg semurni2nya” (QS. At Tahrim 66:8). Yg dimaksud taubat yg murni adalah taubat yg ikhlas.
6) Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
a. Sebelum saat sakaratul maut.
b. Sebelum Matahari terbit dari barat.
Allah berfirman: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari org2 yg mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila dtg ajal kpd seseorg di antara mereka, (barulah) dia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” (QS. An-Nisaa [4]: 18). Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakaratul-maut” (HR. Tirmidzi). Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat org2 yg melakukan kesalahan di siang hari. Dan Allah membentangkan TanganNya pada siang hari utk menerima taubat org2 yg melakukan kesalahan pada malam hari” (HR. Muslim).
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Brg siapa yg bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, Allah akan menerima taubatnya (HR. Muslim)”. Setelah bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali kasih Allah yang terputus selama ini. Dia memandang hambaNya itu dengan pandangan penuh kasih sayang sehingga rahmatNya melimpah ruah. Maka hiduplah si hamba yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat balasan Syurga di Akhirat. Wallahualam. (Wakchai Tauhid).
No comments:
Post a Comment