Jika kita ingin mencari guru yang MURSYID yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki makam tauhid: Bangunlah pada sepertiga (1/3) akhir malam, lakukan solat dua (2 ) rakaat dan berdoalah seperti berikut :
“Yaa Allah , yaa Tuhanku..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hamba-Mu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau (yaa Allah) , iaitu:
- Orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau,
- Orang yang memberi minum kpd ku dengan minuman Engkau (yaa Allah) ,
- Orang yg memberi celak mata kedekatan ku dengan cahaya kedekatan Engkau (yaa Allah) dan
- Orang memberi tahu kepada ku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan.. ( yaa Allah ).
"Ya Allah ! Tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hamba-Mu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaan-Mu ( yaa Allah ) dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu”. Aamiin… yaa Allah…Yaa Robbal ‘Aalamiin. (Syeikh Abdul Qadir Jailani).
Justeru itu, untuk memastikan adakah ia seorang GURU MURSYID yg sah lagi benar, tanyalah kpd nya empat (4) perkara berikut:
Pertama: Minta kpd nya dgn cara beradab dan sopan agar beliau dpt menunjukkan bukti sanad dan silsilah (rantaian) yg sah drp beliau sampai kpd Rasulullah s.a.w.
Kedua: Bertanyalah kp nya dgn sopan dan beradab: Adakah Tuan boleh membimbing dan membawa saya sampai Allah dan Rasul?
Ketiga: Bertanyalah kpdnya: Adakah Tuan boleh menjamin saya di Padang Mahsyar?
Keempat: Bertanyalah kpdnya: Bolehkah Tuan melimpahkan NUR MUHAMMAD kpd saya dgn barakah Rasulullah s.a.w?
Kalau beliau menjawab: INSYAAllah… Duduklah BERADAB dgnnya dan BELAJAR lah dgn nya dgn bersungguh-sungguh.
Kalau dia berkata: "Oooo ... ana x sanggup .. diri ana sendiri pun x lepas…” Angkat kaki perlahan-lahan ...CABUT LARI drp nya .... Sbb. :
* Buang masa
* Buang tenaga
* Buang wang ringgit
No comments:
Post a Comment