Benda ni ada yang panggil tali tasbih..
Ada yang panggil cemeti setan..
Ada yang panggil tali keneraka kerana padanya benda ni bidaah menggunakannya..
Ada yang kata benda ni lebih najis dari anjing dan babi..
Ada yang panggil alat keagamaan hindu dan budha..
Ada yang panggil alat kiriman siher..
Ada juga yang panggil alat pengingat zikir..
Macam macam panggilan..
Tasbih oh tasbih… Agama lain pun guna biji "macam tasbih orang Islam"
Tapi adakah itu bermaksud Orang Islam Mengambil daripada perbuatan mereka?
Jawapannya tidak.
Sebabnya:
1) Orang Islam punya sanad dalam menggunakan butir tasbih dan sanad itu bersambung dengan Imam Hasan Al-Basri. Seorang daripada golongan tabi'in yang banyak berguru dangan sahabat ra. Dan pasti tidak akan sama sanad "mereka" dengan sanad yang ada pada orang Islam. Lagipun zikir dengan membilang menggunakan jari atau tali yang diikat menjadi simpulan-simpulan, atau biji kurma, batuan kecil dan seumpamanya sudah ada dilakukan pada zaman Rasulullah saw dan sahabat baginda ra.
2) Jika benar penggunaan butir tasbih yang ada pada agama selain Islam itu mempunyai sanad, tunjukkan sanad mereka supaya kita tahu daripada mana punca asalnya.
3) Kita orang Islam menggunakan butir butir tasbih untuk kiraan dalam berzikir, selawat, tahlil, takbir, tasbih, tahmid dan seumpamanya. Agama selain Islam pula, apa pula bentuk bacaan mereka. Sudah pastinya berbeza.
4) Kalau rekaan tali tasbih pun saling sama bentuknya, saiznya, dengan yang ada pada "mereka", itu namanya "mujarrad tawarud al-khowatir" iaitu semata-mata lintasan fikiran yang saling berdatangan, bermaksud mungkin sahaja idea golongan itu serupa dengan idea golongan lain walaupun jarak posisi antara mereka sangat jauh. Semenanjung Arab dengan Tanah Besar Cina misalnya.
5) INGIN BERTANYA: adakah dakwaan perbuatan "An-Naqlu wat taqlid" (pindah, import dan tiru) dalam permasalahan ibadah seperti kes tasbih, hukumnya haram? Kalau haram, tunjukkan teksnya. Jika dikata: "Kita mesti ikut cara NABI SAW dalam bertasbih iaitu dengan menggunakan jari sahaja"
Maka dijawab:
1) Kiraan zikir dengan jari itu hanya melibatkan kiraan yang sedikit. Seperti tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali selepas solat. Lain halnya kalau kita zikir guna jari seperti bertahlil 1000 kali, itu sudah tentu mencetuskan keliru dalam bilangan dan membawa kepada "mesti gunakan alat pengira yang lebih tepat".
2) Dalam Al-Quran pun suruh kita berzikir sebanyak-banyaknya. Hanya dengan jari itu tidak cukup. Dan semestinya kita perlukan bantuan alat tasbih tu. Betul la tu kalau dikata "kiraan yang banyak" tak perlu pada bilangan tapi tak jadi salah pun kalau nak kira bilangan bagi para pemula.
3) Nabi saw pernah membiarkan sahabat ra berzikir menggunakan biji kurma. Jadi bukan wajib hukumnya menggunakan jari.
Jika dikata: "Kenapa zaman dahulu tiada tali tasbih macam zaman kita yang ada manik-manik bulatan yang dilubangkan di tengahnya ?"
Maka dijawab:
1) Wahai encik. Zaman Nabi saw dan sahabat ra adalah zaman yang paling mulia dalam sejarah hidup manusia. Zaman itu walaupun tiada mesin pembentuk manik dan penebuk lubang halus di tengahnya, ia tetap berada di tempat zaman yang paling mulia dan indah, zaman yang mengajar manusia seluruhnya tentang erti siapa diri kita, apa tujuan kita di dunia ini dan ke mana kita akan pergi? Zaman itulah juga yang menjadi perintis kepada kemajuan tamadun peradaban manusia sejagat. Melalui merekalah tersebar agama Islam. Melalui mereka juga terhasil idea dan pemikiran bernas. Melalui mereka lah berkembangnya pendidikan, sains, perubatan, tekstil, pengangkutan, sastera, import-eksport dan lain-lain. Tidaklah ada seorang pun daripada kita melainkan hanya satu unit kerdil kebaikan daripada kebaikan-kebaikan para sahabat ra.
2) Zaman yang mulia itu sangat aktif dengan kegiatan penyebaran dakwah kepada Islam kepada seluruh umat dan bangsa yang dahagakan iman, mempertahankan keamanan, aktiviti pemerintahan Islam, militari dan sebagainya yang mungkin tidak memberi ruang bagi mereka yang menjadikan tidak sempat untuk memikirkan bagaimana mencipta mesin yang boleh membuat lubang pada butiran biji tasbih seperti halnya di zaman kita.
DAN KETIDAKSEMPATAN ITU bukannya merupakan cacat cela pada diri dan kehidupan mereka. TAPI CACAT CELA YANG SEBENARNYA apabila kita memandang diri kita dan zaman kita lebih mulia daripada zaman mereka. Ada sebahagian kelompok manusia Rasa dirinya udabaguz, Selain dia.. tiada yang lebih alimnya. Padahal kalau dia sedar sijil sijil B.A, M.A, atau Ph. mana pun dia dah lepas pergi, dia itu tetap asalnya daripada setitik mani yang lemas, asal dari kemaluan, masuk kekemaluan, cukup 280 hari, keluar dia daripada kemaluan lagi sekali. Dan dia itu di antara nafas pertama dan nafas terakhir di dunia, tidak lebih daripada sejenis makhluk yang sentiasa membawa kotoran dalam perutnya.
Ada sebahagian manusia berkata:
Amalan ini tak warid
Sohih ke hadisnya?
Perawi ni tak thiqoh
Syeikh fulani sesat
Imam fulani salah istinbat
Tok guru sana tu seleweng
Padahal dia sendiri pun tak kenal mana satu alif dan mana satu tiang lampu...
juga tak tahu membezakan mana satu tub ahmar dan mana satu yang sebenarnya tamar?
Orang lain berbondong-bondong berlumba-lumba ingin kebajikan
Tapi sayang, dia masih lagi diganggu oleh otak yang pening,
minda yang buntu,
hati yang bingung sibuk menilai pengamalan orang
sedang karung amalan masih ringan,
hampir tiada amalan terisi.
Nak pulang ke dunia untuk beramal semula,
Afwan encik...
flight return sudah tiada.
Yang ADA one way aje.
Pergi tak kembali.
Makanan dah ada
suaplah pakai tangan
Dalil petunjuk dah ada
masukkan dalam ingatan
Sahabat Abu Hurairah ra bila bertasbih menggunakan tali yang disimpul-simpul konon sampai seribu simpul.
Sahabat Sa’d bin Abi Waqqaash ra diriwayatkan kalau bertasbih akan menggunakan kerikil-kerikil atau biji-biji kurma.
Demikian pula Sahabat Abu Dzarr ra dan beberapa shahabat ra lainnya.
Sedangkan tasbih dalam bentuknya yang sekarang hanyalah merupakan perkembangan alat-alat bantu tersebut.
Memang ada sementara ulama yang berpendapat bahwa menggunakan jari-jemari lebih utama daripada menggunakan tasbih.
Seperti diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Daud, at-Turmudzi, an-Nasai, sahabat Ibn Umar berkata: “Pernah ku lihat Nabi Saw menghitung bacaan tasbih dengan tangan kanannya”
Rasulullah Saw juga pernah menganjurkan para wanita untuk bertasbih dan bertahlil serta menghitungnya dengan jari-jari, sebagaimana hadis dikeluarkan oleh Ibn Syaibah, Abu Daud, at-Turmudzi dan al-Hakim sebagai berikut: “Wajib atas kalian untuk membaca tasbih, tahlil dan tahdis. Dan ikatlah (hitunglah bacaan-bacaan itu) dengan jari-jemari, kerana sesungguhnya jari-jari itu akan ditanya untuk diperiksa. Janganlah kalian lalai, (jikalau kalian lalai) pasti dilupakan dari rahmat (Allah).” Namun dari segi maknanya (untuk sarana menghitung), ambo pikir kedua cara itu tidak berbeza. Dari sisi lain, selain untuk menghitung tasbih dan tahlil, sebenarnya tasbih mempunyai manfaat utamanya bagi kita yang sibuk di zaman sibuk ini.
Dengan membawa tasbih, seperti kebiasaan orang-orang Timur Tengah (disana tasbih merupakan asesori macam cincin dan kacamata saja), sebenarnya kita akan selalu atau sewaktu-waktu diingatkan untuk berzikir mengingat Allah. Ertinya setiap kali kita diingatkan bahwa yang ada di tangan kita adalah alat untuk berzikir, maka besar kemungkinan kita pun lalu berzikir. Selain dari itu dapat juga jadi sempadan pada kelakuan yang buruk, tak kan kot nak merapu kalau pegang tali tasbih. Pastinya ada yang kata pegang tasbeh tu riya' kalau tak bidaah pun.. Jawab je kamu pegang pegang hp tu tak riya ke.. Kalau hp jenama cikai mati hidup semula tak akan tunjuk tunjuk.. Haaa bukan kah itu riya'..
Yang lebai akan komen zikir tu dihati dan jangan berkira kira dalam berzikir.. Alooo... encik !!!! itu sesuai untuk kamu seorang yang dah khawas dan dah tahap alim ulama yang tak takut neraka dan tak mahu syurga, perkongsian ku ini untuk semua peringkat, hatta pada kanak kanak yang belum akil balig pun boleh terima, jangan nak samakan dengan ilmu mu yang tinggi begitu.. Makam mu tak perlu makan nasi lagi dah.. Peringkat kami masih nak makan jeruk petai sambal belacan lagi. Wallaahu A’lam. Dan selamat berzikir.
No comments:
Post a Comment