Wednesday, January 27, 2016

KEBENCIAN IMAM SYAFI'E TERHADAP SEBAHAGIAN KAUM TAREQAT SUFI

Berkata Imam asy-Syafi’e rah (204H) :

لَوْ أَنَّ رَجُلًا تَصَوَّفَ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ لَمْ يَأْتِ عَلَيْهِ الظُّهْرُ إِلَّا وَجَدْتَهُ أَحْمَقَ.

Seandainya seorang menjadi sufi (pengamal tasawwuf) di awal siang hari, maka sebelum zuhur akan engkau dapati dia termasuk orang yang biul (dungu). [Manaqib asy-Syafi’e 2/207 oleh al-Baihaqi.]

Katanya lagi:

أُسُّ التَّصَوُّفِ الْكَسْلُ.

Pokok utama tasawwuf ialah kemalasan. [Hilyah al-Ulama’ 9/136-137 oleh Abu Nu’aim.]

Imam Syafi'e menjelaskan bahawa antara faktor kebenciannya terhadap golongan sufi ialah disebabkan perbuatan mereka yang gemar memalingkan manusia daripada ajaran al-Qur'an. Perhatikan perkataannya berikut dan ayat al-Qur'an yang mengikutinya:

خَلَّفْتُ بِبَغْدَادَ شَيْئًا أَحْدَثَتْهُ الزَّنَادِقَةُ يُسَمُّوْنَهُ التَّغْبِيْرَ، يُشْغِلُوْنَ بِهِ النَّاسَ عَنِ الْقُرْآنِ.

Saya tinggalkan kota Baghdad sesuatu yang dibuat orang-orang zindiq (orang-orang sufi), mereka menamakannya dengan taghbir (zikir atau lantunan syair-syair zuhud dengan suara merdu) untuk melalaikan manusia daripada al-Qur’an. [Manaqib asy-Syafi’e 1/283.]

Apa yang diungkapkan oleh Imam Syafi'e ini diperkukuhkan oleh ayat al-Qur'an seperti berikut:

وقال الرسول يا رب إن قومي اتخذوا هذا القرآن مهجورا

Berkata Rasul: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan(diabaikan)" - [Surah Al-Furqan, ayat 30]

Salah seorang juru tafsir al-Qur'an bermazhab Syafi'e yang unggul iaitu al-Imam Ibnu Kathir asy-Syafi'e rah (W.774H) berkata k etika menjelaskan ayat ini:

وذلك أن المشركين كانوا لا يصغون للقرآن ولا يسمعونه كما قال تعالى:{ وقال الذين كفروا لا تسمعوا لهذا القرآن والغوا فيه لعلكم تغلبون } وكانوا إذا تلي عليهم القرآن أكثروا اللغط والكلام في غيره،حتى لا يسمعوه.فهذا من هجرانه،وترك علمه،وحفظه أيضا من هجرانه وترك الإيمان به وتصديقه من هجرانه،وترك تدبره وتفهمه من هجرانه وترك العمل به وامتثال أوامره واجتناب زواجره من هجرانه والعدول عنه إلى غيره من شعر أو قول أو غناء أو لهو أو كلام أو طريقة مأخوذة من غيره من هجرانه...

"Hal ini kerana orang musyrikin mereka tidak mahu mendengar Al-Quran, sebagaimana firman Allah(bermaksud): "Dan orang-orang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Quran ini dan buatlah hiruk pikuk(bising) terhadapnya,supaya kamu dapat mengalahkan(mereka)".

Mereka apabila dibacakan kepada mereka Al-Quran mereka memperbanyakkan kekecohan dan perkataan berkenaan selainnya sehinggalah mereka tidak mendengarnya. Maka ini termasuk bentuk pengabaiannya,dan meninggalkan ilmu berkenaannya dan menjaganya(hafalan)juga termasuk bentuk pengabaian terhaap Al-Quran dan juga meninggalkan beriman dengannya, membenarkannya termasuk bentuk pengabaian, meninggalkan tadabburnya dam memahaminya termasuk bentuk pengabaian, meninggalkan beramal dengannya dan melazimi perintahnya dan menjauhi larangannya termasuk dari bentuk pengabaian dan keluar(berpaling) darinya menuju kepada selainnya berupa syair,atau perkataan atau NYANYIAN atau permainan,atau perkataan atau jalan yang diambil dari selainnya termasuk dari bentuk pengabaian (terhadap Al-Quran)." - Tafsir Ibnu Kathir 6/108.

Tidak syak lagi bahawa konsert-konsert nyanyian orang-orang Sufi seperti qasidah dan seumpama, kesemuanya termasuk dari bentuk hujran (pengabaian) terhadap al-Quran sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Catatan: penulisan ini tidak tertuju kepada semua pengikut aliran tasawwuf. Ia hanya khusus kepada pelaku bid'ah dan syirik yang mengaku-ngaku sebagai ahli sufi tetapi tidak mengikut al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih dalam berakidah dan beribadah.

Nanti admin pasti nanti ada pengikut sufi yang akan membawa dalil berkenaan ucapan Imam Syafie yang kononnya memuji ahli sufi di zamannya.

Jika benar pujian ini, admin ingin bertanya:

1- Samakah ahli sufi di zaman Imam asy-Syafi'e (zaman Salaf) dengan kebanyakan ahli sufi di zaman ini dari aspek akidah dan ibadah?

2- Adakah ahli sufi yang mendapat pujian Imam asy-Syafi'e di zamannya itu sama dengan ahli sufi zaman sekarang yang berlebih-lebihan di dalam memuja-muja kuburan orang mati (dengan meminta berkat dan bertawassul padanya)? Adakah ini ajaran Nabi dan Imam asy-Syafi'e?

3- Adakah ahli sufi yang mendapat pujian Imam asy-Syafi'e di zamannya itu mereka-cipta pelbagai bentuk selawat dan zikir yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah dan tidak juga diajarkan oleh Imam asy-Syafi'e sebagaimana ribuan golongan sufi di zaman ini?

4- Adakah ahli sufi yang mendapat pujian Imam asy-Syafi'e di zamannya itu keterlaluan di dalam mengunggulkan perkataan dan amalan guru melebihi Sunnah Rasulullah yang sahih sebagaimana sikap kebanyakan ahli sufi zaman sekarang?

Dan banyak lagi perbezaan yang tidak mungkin dapat disamakan antara ahli sufi yang mendapat pujian Imam asy-Syafie' di zamannya (yang berpegang kepada sunnah yang sahih) dengan ahli sufi di zaman ini yang tenggelam dengan pelbagai bid'ah dan kesyirikan.

Sila tunjukkan pada kami satu sahaja aliran Sufi di zaman ini yang tidak mengamalkan sedikit pun ibadah yang tidak berasal daripada sunnah Nabi yang sahih.

No comments:

Post a Comment