Wednesday, January 27, 2016

DIRI TERDIRI DAN DIRI TERPERI

Adapun diri kita itu DUA perkara, pertama Diri Terdiri, kedua Diri Terperi. Maka Diri Terdiri inilah sifat kehinaan yang jadi daripada ibu-bapa asal daripada Mani tatkala masuk ke dalam rahim ibunya dan tatkala 40 hari lamanya ‘Alaqoh namanya, artinya darah yang bergumpal. Dan tatkala genap 120 hari lamanya Nutfah namanya, artinya daging yang tiada bertulang.

Kemudian daripada itu masa dirupakan Allah Ta’ala akan dia yang dikehendaki merupakan dia dan telah sempurnalah kejadiannya, maka dititahkan Nyawa masuk ke dalam dikehendaki. Dan apakala masuklah Nyawa ke dalam ibunya maka dikeluarkan Allah Ta’ala dia daripada perut ibunya kepada Alam Wasitoh seperti orang yang telah jaga daripada tidur. Maka dilihat tiada lagi rupa yang telah dilihat maka ia menangis, maka sebab suara inilah dia bernama Insan. Tatkala ia tahu menangis Muhammad namanya, tatkala inilah dijadikan Allah Ahlis Sunnah Wal Jama’ah. 

Tatkala ia tahu menyusu Sufiah namanya, tatkala tahu berkata-kata Kitab namanya kerana tatkala itu nyata rupa yang di dalam kandungan ibunya inilah yang dikenalnya itu. Tatkala tahu meniarap Hanafi namanya, tatkala tahu duduk Malik namanya, tatkala tahu berdiri Hambali namanya, tatkala tahu merangkak Syafie namanya, inilah jalan Imam yang Empat itu dijadikan Allah Ta’ala. 

Tatkala tahu berjalan Amrullah namanya, tatkala dalam peliharaan ibu-bapa tahu berlari-lari Shuriah namanya kerana masa itu suatupun tiada khabarkan dirinya ada lagi kelebihan dalam rahim ibunya. Tatkala masa itu sudah cerdik, berjalan, berlari dan terus berkata-kata oleh kerana leka akan dunia, lupa ia pandangan yang dahulu dan lupa akan rasa. Tatkala itu lupa akan dirinya maka masuklah kepada dunia ini, hilanglah ilmu itu sehingga datanglah kepada hari mati maka sekalian itu menunjukkan diri kita yang terperi itu ‘arodh jua segala guna yang ada ini tiada kekal ia pada kedua masuk bertambah dan kurang itu satu Alam Jasmani jua bukan Alam Ruhani. Artinya satu Alam Jasmani kedua Alam Ruhani itu tetap selama-lamanya tiada berubah dan tiada kurang daripadanya.

No comments:

Post a Comment