Tuesday, January 26, 2016

ISYARAT BUKANLAH TANDA MAKRIFAT

Bukan disebut orang yang makrifat, manakala ia berisyarat, ia mendapatkan Allah lebih dekat kepadanya, dari isyaratnya tadi. Tetapi orang yang Arif (Makrifat) adalah orang yang tidak punya isyarat, kerana fana'nya dalam WujudNya dan terliput dalam Musyahadah padaNya. Bukanlah disebut orang yang ‘Arif (Makrifatullah) yang sempurna dan hakiki, orang yang apabila mendapatkan isyarat dalam hatinya tentang Asma dan sifatNya, lantas merasa telah bertemu Allah Swt, kerana isyarat itu.

BERARTI MASIH BUKAN TERGOLONG ORANG YANG YANG ‘ARIFUN JIKA MASIH:

1. Mengandalkan dan bergantung pada isyarat-isyarat hakikat.

2. Merasa sudah sampai kepadaNya, kerana Isyarat Hakikat itu.

3. Adanya sebab akibat yang menjadi perantara (berupa isyarat) antara dirinya dengan Allah.

4. Berkutat dengan rahasia-rahasia Ilahi, dan lupa akan kelemahan dan kefanaan diri.

5. Masih ada ketakutan dan kegelisahan dibalik Isyarat yang diterima.

6. Adanya isyarat menunjukkan adanya jarak jauh antara dia dan Dia.

7. Adanya keasyikan tersendiri dibalik isyarat-isyarat yang diterima.

ORANG YANG TERGOLONG 'ARIFUN ADALAH MANAKALA :

1. Tidak lagi punya isyarat, kerana telah fana' dalam Ilahi, lebur dari segala isyarat maupun peringatan.

2. Runtuhnya isyarat, kerana kerana menyaksikan KeparipurnaanNya. Bukan kerana kekurangan dan keteledorannya dari interaksi dengan Jalal dan JamalNya.

3. Telah fana dalam WujudNya dari wujudnya sendiri.

4. Telah fana dalam PenyaksianNya dari penyaksian dirinya sendiri.

5. Kemana pun menghadap hanya Wajah Allah yang tampak di mata hatinya.

6. Hanya Allah yang diharapkan, bukan limpahan manifestasi sifat-sifatNya, baik limpahan nikmat maupun penampakan kekuarangan atau dosanya.

7. Tidak ada lagi ketakutan dan kegelisahan....

NB : (tidak diterima amal dan ilmu seseorang, disisi Allah jika di hatinya terdapat SETITIK kesombongan)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar (titik) biji sawi.”

Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91).

No comments:

Post a Comment