Adapun qasad itu menyatakan niat, niat yang sebenarnya tiada berhuruf tiada bersuara. Inilah sebenar-benarnya niat. Ada pun ada huruf ada suara itu bukannya niat. Iaitu Adam yang sebenarnya. Niat itu tiada huruf tiada suara. Itukah cahaya alam Kalam Zatullah.
Inilah niat tempat niat ia berniat ialah Tuhan yang mutlak. Makna dia Zat Wajibal Ujud (Wallah hu alam). TA’AYIN. Ada pun ta’yin itu menyatakan waktu yang lima itu. Ada pun yang sebenar-benarnya nyata itu afa’al Allah pada jasad Adam iaitu tubuh kita yang kasar. Sebenar-benar ta’ayin Zat. Sebenar-benar nyata.
QASAD - aku solat. ALIF pada kalimah Allah itu bermaksud jalan Muhammad – ta’arat fardhu Adam. TA’AYIN – Zahir. LAM - jamal. ( Kecantikan yang syumul diri sendiri ). LAM – Qohar. HA – Kamil ( yakni sempurna kejadian diri manusia pada roh, nyawa, jasad, disisi dunia dan akhiraat bagi mereka yang beriman sahaja.
Ada pun Adam. ( AKHBAR )
ALIF - Ujud - Zat
KAF - Ilmu - Sifat
BA - Nur - Asma
RO - Syuhud - Afa’al
Sekalian ini asal solat didalam tubuh kita. Latifah tur Robbaniyah. Hati yang penuh seni.
Allah - zat - Afa’al - ALIF – jalan. Qasad aku solat.
MUHAMMAD - Ta’arat - fardhu - LAM – Muhammad.
ADAM - Ta’ayin – zahir - LAM – Qohar.
- HA – Kamil.
Nabi itu tubuh yang zahir ( Muhammad ) afaal pada zat.
Mustafa itu Fuad pada Nabi.
Asma pada zat.
Muhammad nyawa pada Nabi. Sifat Muhammad da Rasullullah sebenarnya pada nabi. Sifat pada Zat. Erti Fuad ialah kasih sayang.
FUAD ( fa wau alif hamzah dal )
Subuh - Nabi Allah Adam. Cahayanya putih ( hati )
Zohor - Nabi Allah Ibrahim. Cahayanya merah ( jantung )
Asar - Nabi Allah Noh. Cahayanya kuning ( paru-paru )
Maghrib - Nabi Allah Musa.Cahayanya hitam ( Limpa )
Isyak - Nabi Allah Isa. Cahayanya hijau ( hempedu )
Syariat – perkataan aku ( Firman Allah S.W.T )
Tarikat - Perbuatan
Hakikat - Ikhwal ( rahsia )
Ma’arifat - rahsia yang sebenar lagi syumul.
Syariat - Sifat solat.
Tarikat - Asma solat
Hakikat - Afa’al solat.
Ma’arifat - Zat solat.
LAATA’YIN itu tiada tentu. Yakni tiada sesiapa yang mengetahui zat Allah S.W.T. Walau Rasul sekali pun.
HUU - Zat mutlak semata-mata. Cari hingga ke kaki langit pun tak jumpa )
Allah itu nama bagi zat – ZATUL MUQQIYYAD.
1. La ila ha illAllah – Ta’yin ( ahdiyah ) tempat kembali.
2. ILLAllah - Ta’yin awal – wahda – yang mengembalikan.
3. Allah - Ta’yin sani – wahdiyah – yang dikembalikan.
4. HUU - Zat mutlak.
Tatkala manakah yang bernama HUU dan bernama Allah.
Rahman itu Adam.
Rahim itu Hawa.
La ta’yan inilah bernama – HUU tatkala ta’yan awal itu bernama Allah.
Dan ta’yin sani itu bernama Rahman.
La ta’yan itu murtabat apa?
La ta’yan awal itu murtabat apa?
La ta’yan sani itu mutabat apa?
La ta’yan itu murtabat Zat Mutlak.
La ta’yan awal itu murtabat Zat.
La ta’yan sani itu murtabat Sifat.
Mana yang bernama Zat Mutlak?
Mana yang bernama Zat Muqqiyyad?
Mana yang bernama Sifat Muqqiyyad?
Yang dikatakan Zat Mutlak itu…. Itulah yang bernama Ghaibul Ghuyub iaitu ghaib, hilang, lenyap, sejati. Dan yang maujud dengan Zat Muqqiyyad. Inilah Zat Muqqiyyad dan yang Muqqiyyad dengan sifat muqqiyyad. Inilah muqqiyyad dengan segala asmanya dan segala alam.
No comments:
Post a Comment