Tuesday, July 5, 2016

KEKERAMATAN SHEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Sheikh Abdul Qadir Jailani terkenal sebagai salah seorang ulama besar pada masanya. Malah beliau juga dikenal mempunyai banyak keramah dan tokoh Tariqat Al Qadiriyah. Beliau adalah daripada keturunan Rasullulah saw dan menuntut berbagai bidang ilmu agama di Parsi dan Baghdad dari berpuluh org ulama besar hingga beliau menjadi alim dan mempunyai ramai muridnya sendiri di kota Baghdad, Iraq. Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dgn Rasullulah saw dan baginda telah meludah ke dalam mulutnya tujuh (7) kali. Sejak peristiwa itu beliau menjadi lebih pintar menyampaikan ceramahnya kepada org ramai dan banyak ilmu hakikat yg diperolehinya. Bagaimanapun, untuk mencapai ilmu hakikat kurniaan Allah itu beliau pernah mengasingkan diri selama berpuluh tahun utk beribadat, berpuasa, berzikir dan membaca al-quran khatam setiap malam. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada sekumpulan ulama hendak menguji ilmu beliau lalu mereka mengundang beliau hadir ke majlis itu, tetapi tidak ada seorang pun yg berani bercakap. Mulut mereka seolah-olah terkunci dan ingatan mereka hilang sekaligus. 

Akhirnya sheikh Abdul Qadir mengangkat kepalanya dan meminta mereka mula berbicara. Tetapi orang yang mula berbicara terus meminta maaf kepadanya kerana berniat buruk terhadapnya. Kemudian beliau pun menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya hingga semuannya berpuas hati. Sheikh Abdul Qadir adalah seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat siang dan malam, sentiasa berwuduk dan solat sunat dua rakaat. Syeikh Abdul Fattah Al Harawi, khadamnya yang berkhidmat selama 40 tahun berkata : “Pada suatu malam aku melihat beliau solat sunat 2 rakaat, kemudian berzikir sampai tiga perempat malam yang pertama. Selama berzikir itu aku lihat tubuhnya diselimuti oleh semacam nur hingga tubuhnya tidak kelihatan. Kemudian beliau berdiri dan solat sunat dgn memanjangkan bacaan al-quran dan sujudnya. Sesudah itu beliau berzikir lagi hingga terbit fajar. Pada saat2 akhir aku dengar suara orang memberi salam dan beliau menjawab salam itu satu persatu sampai tiba solat subuh”.

Sheikh Abdul Qadir pernah menceritakan pengalaman dirinya sendiri waktu dia masuk ke negeri Iraq dan dapat berjumpa dengan Nabi Khidir seperti pertemuan pertemuan Nabi Khidir dengan Nabi Musa dahulu (baca kisah pertemuan ini dalam surah al-Kahfi). Nabi Khidir menyuruh beliau duduk di suatu tempat hingga dia datang lagi. "Aku duduk di situ selama setahun hingga Nabi Khidir datang lagi. Pada mulanya Sheikh Abdul Qadir makan daun kayu dan rumput untuk hidup dan minum air. Selama setahun, beliau berpuasa dan tidak tidur. Akhir nya pada suatu malam yang dingin dia merasa mengantuk dan tertidur. Dalam tidurnya itu dia ihtilam (mimpi jimak) hingga keluar mani. Lalu dia mandi wajib di dalam sungai. Sesudah itu dia tertidur lagi dan ihtilam lagi berkali sebanyak 40 kali. Akhirnya beliau berjaya melawan tabiat tidurnya dan beribadat tanpa tidur lagi. 

Diriwayatkan bahawa seorang ibu pernah membawa puteranya kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk diajar semoga anak itu akan menjadi seperti beliau. Anak itu, pun disuruhnya beribadat siang dan malam serta mengurangkan tidur dan makan. Pada suatu hari ibunya datang dan melihat tubuh anaknya kurus dan lemah lalu dia pergi menemui Syeikh Abdul Qadir. Dilihatnya beliau makan ayam di atas meja. Wanita itu pun menyatakan kesalnya kerana anaknya sendiri kelihatan kurus dan lemah. Syeikh Abdul Qadir pun meletakkan tangannya di atas tulang2 ayam di dalam pinggan itu dan berkata: “bangkitlah wahai ayam dengan izin Allah”. Si ibu itu kehairanan melihat tulang2 ayam tadi bertukar menjadi ayam yang hidup. “Kalau puan mahu anak puan makan makanan yg baik-baik bersabarlah sampai dia menjadi seperti saya”.

Syeikh Al Harawi melaporkan bahawa pada suatu hari beliau melihat 3 ekor kuda menarik kereta yang berisi khamar (arak). Perjalanan kereta itu dikawal beberapa askar menunjukkan khamar itu kepunyaan kerajaan. Syeikh Abdul Qadir menyuruh para pengawal itu berhenti, namun tiada seorang pun yang sanggup mengikut perintahnya. Kemudian Sayid Abdul Qadir berkata kepada kuda-kuda itu: “Wahai kuda berhentilah kamu dengan izin Allah”. Maka kuda-kuda itu pun berhenti. 

Syeikh Abdul Qadir mengambil botol-botol khamar itu dan memecahkan nya dengan katanya: “Khamar ini telah menjadi cuka dan tidak boleh diminum lagi.” Syeikh Al Harawi berkata: "Aku menjamah isi botol yang pecah itu dan bila aku rasa memang isinya telah bertukar menjadi cuka”. Diriwayatkan pada suatu hari Sayid Abdul Qadir berada dalam sebuah majlis muridnya, tiba-tiba ada seekor burung helang berlegar-legar sambil membuat bising di atas kepala mereka. Syeikh Abdul Qadir berkata: "Wahai angin, putuskanlah kepala burung itu." Dengan izin Allah burung itu jatuh dan kepalanya telah putus. Kemudian beliau pun mengambil badan burung itu, dan kepalanya sambil berkata: "Bismillahir Rahmanir Rahim" hiduplah wahai burung." Maka burung yang mati itu hidup kembali. Hal ini disaksikan oleh orang ramai di majlis itu.” 

Pada suatu masa sungai Furat di Iraq naik sampai ke tebingnya akibat hujan lebat. Penduduk Baghdad jadi ketakutan kerana arus sungai yg deras boleh merosakkan harta benda dan tanaman mereka. Mereka pergi menemui Abdul Qadir Jailani meminta pertolongannya. Beliau pun pergi ke tebing sungai itu. Sambil menyentuhkan hujung tongkat itu ke tebing sungai dan berkata: “Hai Furat, tetaplah kau pada had ini sahaja dengan izin Allah”.  Air sungai Furat itu pun surut pada garis yg ditandakan oleh beliau dengan tongkatnya dan penduduk Baghdad pun terselamat. 

Diriwayatkan pada suatu masa Khalifah yg berpusat di kota Baghdad telah datang org membawa wang emas utk dihadiahkan kpd Syeikh Abdul Qadir. Ketika kantung wang emas itu diletakkan dihadapannya beliau menekankan tangannya pada kantung itu lalu mencurahlah darah keluar dpd dalamnya. Beliau berkata: “Tuan hamba telah mengambil wang ini secara paksa dari org ramai. Wang ini sebenarnya adalah darah mrk yg tuan peras”. Mendengar kenyataan itu, khalifah itu rebah pengsan. Syeikh Abdul Qadir Jailani wafat pada bulan RabiulAwal tahun 561H ketika berumur 91 tahun. Makamnya di Baghdad diziarahi oleh beribu-ribu org islam setiap hari hingga skrg.

No comments:

Post a Comment