Tuesday, July 5, 2016

BIODATA PENGASAS KHAZANAH FATHANIYAH

Nama Jalur (sebelah ayah). Haji Wan Mohd. Shaghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ma'aris bin Cik Wan Taksim al-Qumari al-Juhuri al-Fathani. Nama Jalur (sebelah ibu). Haji Wan Mohd. Shaghir, ibu bernama Hajah Wan Zainab binti Al-'Alim Al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal 'Abidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal 'Abidin@Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih al-Laqihi al-Fathani. Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah adalah cucu waris kpd Syeikh Wan Ahmad al-Fathani seorg ulama yg tersohor pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, lahir pada tahun 1856 dan wafat 1908. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani yg terkenal dga kitab Faridatul Faraid bab aqidah ahlus sunah wal jamaah telah dimaqamkan di Tanah Perkuburan Ma’la, Makkah iaitu dihujung kaki Syaidatina Khadijah al-Kubra.

Dlm era setelah kebangkitan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani di Makkah, muncul murid2 atau kader beliau dan ulama2 Makkah di Malaysia spt Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad atau Tok Kenali, Dato Paduka Nik Mahmud Ismail, Kelantan, Tuan Husein Nasir, Wan Sulaiman Wan Shiddiq, Kedah, Syeikh 'Utsman Sarawak, Mufti Pulau Pinang Haji 'Abdullah Fahim, Syeikh Muhammad Sa'id Linggi, Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar, Syeikh Fadhil Banten, Lenga, Johor, Syeikh Abdul Lathif Thambi al-Malakawi, Syeikh al-Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin 'Abdur Rahman al-Fathani, Syeikhul Islam Perak, Syeikh Muhammad Shalleh bin Abdullah al-Minangkabauwi, Qadhi Kuala Lumpur pertama Syeikh Uthman bin Abdullah al-Minangkabauwi, Sultan Zainal Abidin II, Terengganu dan ramai lagi. Murid2 Syeikh Wan Ahmad al-Fathani termasuk di seluruh dunia Melayu spt Sambas, Kalimantan Barat, Fathani, Kemboja, Madura, Jawa, Kepulauan Riau, Lampung, Jambi, Langkat, Deli, Minangkabau, Aceh Sumatera dan banyak lagi.

Bidang Kerja: Penulis, khas penyelidikan sejarah ulama dunia Melayu dari semua zaman tentang biografi, karya, pemikiran, perjuangan dll. menyentuh seluruh aspek mengenai ulama-ulama Asia Tenggara/alam Melayu yang tersebut. Menerima wasiat dari ibunya utk meneruskan kerja2 datuknya 100 tahun yg lampau iaitu Syeikh Wan Ahmad al-Fathani. Penulisan beliau merujuk kepada bahan asli hasil pengembaraan selama 48 tahun melalui manuskrip, cetakan lama, litografi hasil karya yang ditulis oleh ulama Melayu. Tidak mengambil rujukan dari Inggeris, hanya sbg perbandingan dan bukan menjadi rujukan utama.

Organisasi :

a) Mengasaskan Khazanah Fathaniyah yang berfungsi sebagai penerbit hasil penulisan sendiri dan menerbitkan kembali karya-karya ulama silam dunia Melayu.

b) Mengasaskan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan singkatan PENGKAJI dengan tujuan memberi pendedahan tentang betapa besarnya peranan dan sumbangan ulama terdahulu dalam penyebaran ilmu di dunia Melayu melalui pameran, seminar dan sebagainya.

Maqam: Al-Fatihah. Kelahiran Johor Riau, lahir pada hari Jumaat, 9 Ramadhan 1364 H bersamaan 17 Ogos 1945 M. Kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 24 Rabi’ul Awwal 1428 H bersamaan 12 April 2007 M dalam usia 62 tahun. Dimaqamkan di tanah Perkuburan Islam Gajah Mati, Pendang, Kedah berdekatan dengan Syeikh Wan Ibrahim bin Wan Abdur Qadir atau Pak Cu Him dan maqam Syeikh Wan Ismail bin wan Musthafa atau Ismail Che Doi.

No comments:

Post a Comment