Oleh Dr Awang Harun bin Awang Mokti.
Agama ditunjangi oleh Islam, Iman dan Ihsan. Ihsan merupakan pokok (rukun) kepada ajaran Islam. Ihsan adalah sebagai pusat tempat melihat Allah kepada hamba-hambanya, yang menentukan diterima atau tidaknya amalan kita. Ihsan adalah nilai sebuah agama, yang membezakan kita dari agama-agama lain. Amalan dari perbuatan syariat yang baik itu, belum tentu diterima Allah, jika amalan itu tidak disertai dengan nilai ruhiyah (ihsan). Sebut sahaja tentang ibadah, semua orang akan mengaku bahawa ia beribadah kepada Allah, lebih-lebih lagi para alim ulama.
Bila ditilik dengan mata kasar, kebanyakkan dari kita, diantaranya golongan yang patuh, taat dan golongan yang tekun dalam menjalankan perentah Allah. Pada masa yg sama, ramai dikalangan kita beribadah tanpa roh ibadah (tanpa ihsan). Yang membezakan ibadah sebenar dengan ibadah ikut-ikutan, adalah dari nilai ruhiyahnya (ihsan), samada beribadah itu kerana Allah atau kerana keterpaksaan budaya turun menurun.

Sebagaimana contoh syariat berhijrahnya Baginda Rasulullah saw dari kota Mekah ke kota Madinah, Jika dipandang dari segi hijrah dengan mata kasar, ramai pengikut setia Baginda Nabi yang mengambil keputusan untuk berjalan seiringan bersama-sama Nabi, mengikut Baginda berhijrah. Pada masa yang sama adakah pengorbanan hijrah mereka itu, kerana Allah! Adapun Rasulullah saw melihat hijrah pengikutnya itu, dari sudut ruhiyah (ihsan). Setelah Baginda menilik melalui tilikan ihsan, ada dikalangan pengikutnya yang benar-benar berhijrah kerana Allah, manakala tidak kurang pula yang berhijrah kerana harta atau kerana kerana perempuan. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang bermaksud :
"Barang siapa hijrahnya didasari (niat) kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya akan sampi dan diterima Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa yg hijrahnya didasari (niat) kerana kekayaan dunia yg akan didapati dan kerana perempuan yg akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti (tertolak) pada apa yg ia hijrah padanya"
Begitu juga dlm amalan bersolat, niat atau ihsan dalam mengerjakan pekerjaan solat itulah yg dipandang Allah, bukan pekerjaan atau perbuatan solat mengikut syarak yg dibuat-buat melalui budaya ikut-ikutan turun menurun. Bukan taat dan patuh yang Allah pandang, Allah melihat atas keikhlasan hati kita (ihsan).
Firman Allah: Surah Al-Maun: 107
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
(Kalau org yg demikian dikira dari bilangan org2 yg mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi org2 Ahli Solat.
107.Surah Al-Maunn (Verse 5)
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya;
107.Surah Al-Mā`ūn (Verse 6)
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Hadis dan firman di atas, adalah bagi menggambarkan dan menunjukkan betapa pentingnya dan perlunya perkara ihsan didalam beribadah kepada Allah. Persoalannya beramai2kah dikalangan kita yang terdorong oleh perasaan itu dalam perkara ini?. Baik dalam solat mahupun dalam kehidupan seharian! Secaea mata kasar, kelihatannya mereka itu seperti berhijrah dan bersolat kerana Allah.
Akan tetapi bila dilihat dari sudut rubbubiyah, sudut batin atau dari sudut ihsan, ternyata ramai dikalangan kita yang tersasar jauh dari matlamat dan tujuan asal. Diantaranya ada yang diganggu oleh perasaan riak, ingin dipandang, dupuji, dipuja oleh masyarakat ramai. Tidak kurang pula yang bertujuan bagi mendapat ganjaran pahala atau balasan surga Allah ( bukannya kerana Allah atau ihsan).

Ibadah yang tidak disertai ihsan kepada Allah, ianya tidak mendapat tempat di sisi Allah. Ibadah yang tidak disertai ihsan itu, adalah ibadah yang jauh dari iman. Bilamana jauh dari iman, bererti ibadahnya sia-sia kecuali mendapat lelah dan penat semata-mata. Ihsan itu adalah ibadah tertinggi yang menyentuh rasa dan yang disertai rohani. Ihsan adalah ibadah yang bukan lagi dikerjakan oleh diri zahir, sesungguhnya yang mengerjakan ibadah ihsan itu, adalah diri rohani. Ihsan itu adalah tahap yang didatangi suatu rasa (dudatangi suatu perasaan).
Perasaan dan rasa yang segala pekerjaan di tengah2 kehidupan masyarakat seharian itu. Baik pekerjaan ibadah mahupun pekerjaan harian, sehingga ianya dapat menghadirkan Allah ta'ala bersama dan besertanya. Sehingga tidak lagi dapat dibezakan diantara pekerjaan ibadah yang dikerjakan itu, datang dari dirinya sendiri atau datangnya terus dari ihsan Allah. Mengikut tafsiran syarak, ihsan itu seolah-olah kita melihat Allah, jika kita tidak boleh menghadirkan pandangan Allah melihat kita, anggaplah kita melihat Allah.

"Mengikut tafsiran makrifat, pengertian ihsan itu, apabila Allah nyata pada diri kita, jika kita tidak dapat untuk menyatakan Allah pada diri kita, sesungguhnya diri kita itulah yang menyatakan Allah"
Tafsiran ihsan itu, bukan dengan cara menunggu kenyataan arau kehadiran Allah keatas diri. Ihsan menurut pandangan ilmu makrifat itu adalah apabila kita dapat menyata dan menghadirkan Allah beserta kita. Allah tidak perlu mendatangi atau memperzahirkan kita, sesungguhnya kitalah yang mendatangi Allah. Allah itu tidak perlu dipanggil untuk menghampiri atau mendatangi kita, sesungguhnya kitalah yang mendatangi Allah Ta'ala. Allah tidak perlu tunggu dipanggil untuk mendekati kita. Allah itu sememangnya sedia ada berserta dan bersama kita sebilang waktu dan tempat. Untuk mencapai amalan ihsan, tidak dengan caea menjemput Allah mebdatangi hati atau mebghadirkan Allah kedalam ibadah atau kedalam hati. Allah itu tidak perlu dipujuk supaya mendatangi atau mendekati kita.
Cara atau kaedah ihsan itu, bukan Allah melihat kita dan kita pula bukan melihat Allah, ihsan itu sesungguhnya, apabila kita bersama dan berserta Allah (dengan Allah, bersama Allah, dan beserta Allah) itulah ihsan. Seumpama kisah nabi Musa melihat wajah Allah melalui bukit Tursina. Seandainya Nabi Musa masih dapat melihat Bukit Tursina sebagaimana sifat asalnya, nescaya Allah tidak akan dapat dilihat. Bilamana penglihatan Nabi Musa tidak lagi melihat bukit Tursina sebagai bukit lagi, disitulah wajah Allah mengambil tempat, Bila saja wajah Allah telah mengambil tempat, wajah bukit dan sekaliannya tidak lagi kelihatan.
Disitulah wajah Allah telah mengatasi segala wajah-wajah yang lain selainnya. Inilah yang dikatakan ihsan (Jika kita tidak dapat untuk menyatakan Allah, sesungguh Allah nyata atas kita). Bilamana wajah makhlok Bukit Tursina telah lebur dalam pandangan Nabi Musa, maka disitulah wajah Allah mengambil tempat. Setelah wajah Allah mengambil tempat pada pandangan Nabi Musa, disitilah Baginda Nabi Musa tidak lagi dapat memandang wajah yg lain selain wajah Allah. Itulah yg dikatakan tahap ihsan.

Setelah kita faham dan mengerti apakah itu konsep ihsan melalui kisah Nabi Allah Musa, maka dengan berpandukan konsep itu, kita bawakannya pula kedalam kaedah cara-cara bagaimana untuk kita mencapai tahap ihsan dalam sembahyang. Ihsan itu bukan sahaja diketika sembahyang, jika boleh biarlah konsep ihsan itu, diguna pakai dalam segala amal. Ihsan dalam bersyahdah, puasa, zakat, haji, sedekah dan ihsan itu hendaklah juga dalam sebarang amalan.
Dengan konsep ihsan, sebagaimana ihsannya Nabi Allah Musa diketika melihat wajah Allah pada Bukit Tursina, sebegitulah kaedah rasa didalam sebarang ibadah. Kaedah bagi mencapai ihsan dlm ibadah itu, adalah dgn cara melebur, fana' dan membinasakan sekalian yang ada, lebur dan binasa itu biarlah sampi kepada tahap hanya wajah Allah sahaja yang terpandang dan terlihat oleh mata hati pada sekalian Alam. Utk membinasakan alam dan membinasakan pandangan mata pada sekalian alam itu, ikut dan contohilah kisah Nabi Musa.
Sebagai mana leburnya Bukit Tursina pada pandanga Nabi Musa, sebegitulah hendaknya kita leburkan alam ini pada pandangan kita. Setelah segalanya lebur pada pandangan hati, disitu barulah kita dapat lihat dan dapat kita pandang wajah Allah melaluinya dgn nyata lagi terang. Terang, nyata dan jelasnya wajah Allah itu, lebih terang dan lebih jelas dari cahaya matahari disiang hari. Wajah Allah itu, lebih terang dari penglihatan mata itu sendiri.

Mata sekadar melihat, manakala yang dilihat itu pula, kadang-kadang kita sendiri pun tak faham. Tetapi jika penglihatan yang melihat, yang pasti dilihatnya itu adalah Allah,pun kita sendiri kadang2g tiada tiada penglihatan kerana yang melihat itu pun juga Dia, Melihat wajah alam dengan menggunakan penglihatan biji mata, sedangkan untuk melihat wajah Allah itu, cukup hanya dengan sekadar melihat alam, kerana alam itu sendiri adalah wajah Allah. Itulah yang dikatakan bahawa Allah itu, dapat dilihat dan dipandang sekalipun tanpa biji mata. Tanpa biji mata sekalipun, Allah akan dapat dipandang melalui alam. Inilah ihsan dan inilah maksud dan pengertian ihsan yang sebenar. Sesunggihnya teramat kurang orang yang mengerti perkara ini, dikeranakan buta mata hati
Firman Allah :-
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 179)
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا
وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَاۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan utk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yg mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Allah) dan yg mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dgnnya (bukti keesaan Allah) dan yg mempunyai telinga (ttpi) tidak mahu mendengar dgn nya (ajaran dan nasihat); mrk itu spt binatang ternak, bahkan mrk lebih sesat lagi; mereka itulah org2 yg lalai.”
Hayatilah kisah Nabi Allah Musa itu dengan cermat, dengan berpandukan konsep itu, kita bawanya kedalam amalan ibadah solat dan amalan2 ibadah yang selebihnya. Itulah ihsan. Dari konsep ihsan itulah lahir takwa (takut kepada Allah). Ihsan itu adalah ibadah yang menyentuh rasa (getaran yang menyentuh rohani). Hasil dari perkara ihsan itulah akan terzahirnya perkara takwa, tawakal, zuhud, ikhlas dan zuk. Pada kebanyakkan orang, hal ini dikira khayalan akal atau ilusi para2 pejuang makrifat, sebagai penyedap kata. Sedangkan hal ini benar2 dan akan berlaku dan akan terjadi kepada sesiapa sesiapa yang mencapai tahap makrifat.
Keyakinan di dalam dada org2 beriman bukannya boleh dibuat-buat. Keimanan hati pada mereka yang yakin kepada Allah itu, bukan ilusi atau lintasan Akal. Iman yang sampi kepada tahap hakkul yakin pasti akan datang dan pasti akan sampi kepada mereka yang di kehendaki Allah Ta'ala. Rasa zuk makrifat kepada Allah bukan sahaja dimiliki atau terletak pada para Nabi atau para-para sahabat sahaja, orang biasa seumpama kita pun boleh mendapat rasa sebagai mana mereka2 terdahulu. Rasa beriman kpd Allah secara ihsan itu terletak ditangan Allah, bukannya terletak ditangan ketaatan ibadah makhlok. Ihsan itu hak Allah, bagi yg sampi kepada Allah, maka akan sampilah pula ia ketahap ihsan.

Bilamana orang itu telah dikatakan sampi jepada tahap ihsan, dengan sendurinya perubahan ketara pada gerak laku dan tingkah bicaranya akan terjadi. Rasa beriman dengan kadar ihsan itu dengan sendirinya akan terjana melalui kehidupan seharian kita. Cara kehidupan seharian kita akan berubah secara ketara yang dapat dilihat perubahannya oleh kita sendiri dan oleh mata masyarakat ramai disekelilung kita.
Bilamana ihsan telah memenuhi ruang hati, dengan sendirinya sikap peribadi kita juga akan dengan sendirinya turut berubah. Jika asalnya diri kita selalu bersikap kasar atau panas baran, akan bertukar keoada sikap lemah lembut dan bwrsopan santun. Mulanya bersifat bakhil dan dengki khianat kepada orang lain akan bertukar kepada sikap murah hati, ramah, suka menolong dan suka bersedekah.

Bilamana melihat makhlok binatang sekali pun, hatinya turut terasa belas kasihan, apa lagi kpd makhlok manusia. Gaya percakapannya, gaya bergaul dgn anak isteri, cara bertegur sapa dgn jiran tetangga juga akan turut berubah. Sifat-sifat seumpama itu bukannya datang secara sendiri, datangnya sifat sedemikian adalah hasil dari ihsan yg dicampakkan Allah kedalam hati mereka2 yg mengenal Allah. Barulah hidup kita beroleh harmoni, aman, damai, tenang, tidak resah, sejuk hati, tidak panas baran, tolong menolong, menyayangi dan hidup dgn penuh kasih mengasihi.
Beramal, beriman, beribadah dan hidup secara ihsan itu mengajar kita berbudi bahasa. Budi bahasa dan berhati luhur itu akan dtg setelah kita sedar yg diri kita ini tidak memiliki apa-apa selain yg diberi Allah dan milik Allah. Bila kita sedar yg diri kita milik Allah, bermakna kita tidak memiliki apa-apa dan tidak punya apa-apa. Utk apa lagi bermegah2 dgn kekayaan, kekuatan, kesombongan, pangkat, gelaran, pujian dan sbg nya. Semua itu telah menjadi milik Allah, itulah dtgnya sifat rendah diri, bila sifat perasaan rendah diri itu telah menemani dan mendatangi kita, disitulah sifat2 terpuji mengambil tempat sebagaimana ihsan para ulamak dahulu. Bilamana sampinya kita kepada tahap ini, itulah yg menjadikan kelopak mata kita selalu bergenang air mata.

Bila kita beriman, beribadah, bergaul dan bermasyarakat dengan kaedah ihsan, hati kita akan jadi sejuk, damai dan hidup kita penuh dgn berserah dan bertawakal kepada Allah. Dari itulah makanya akan lahirlah ketakwaan, kepatuhan, keta'atan, kurang berbohong, kurang menipu, kurang bertengkar, kurang berhutang, kurang meminjam, kurang perkara-perkara mungkar dan sebagainya. Dari itu juga akan berkurang pula perasaan resah hati, kemurungan, patah semangat, kurang berusaha, kurang gelisah dan akan berkuranglah pula kegiatan maksiat.
Bila kita telah sampai kpd tahap ihsan, nantinya segala gerak kerja atau tingkah laku kita akan dituntun Allah. Allah sendiri yg akan menjaga dan membimbing kita dari perbuatan yg tidak diredhainya. Sekali lagi dinyatakan bahawa ihsan itu bilamana kita dapat menyatakan Allah dlm kehidupan harian. Sekalipun kita tidak dapat menerima kenyataan, Allah nyata dlm kehidupan kita. Marilah kita menerima hakikat bahawa sesungguhnya diri kita sebenarnya telah pun menyatakan Allah Ta'ala. Sebenarnya Allah itu telah nyata, terang, terzahir, terpamir dan telah terjelas dihadapan mata. Kerana sifat mata, sifat melihat (basar), dan sifat penglihatan (basirun) itu sendiri adalah Allah.

No comments:
Post a Comment