Salah satu syarat menyediakan seseorg untuk berzikir ialah berada di dlm keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan sucikan hati. Pada peringkat permulaan, supaya zikir itu berkesan, perlulah disebut kuat2 akan perkataan dan ayat yang dijadikan zikir – kalimah tauhid, sifat2 Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dlm kesedaran (tidak lalai). Dgn cara ini hati mendengar ucapan zikir dan diterangi oleh apa yg dizikirkan. Ia menerima tenaga dan menjadi hidup – bukan sahaja hidup di dunia ini bahkan juga hidup abadi di akhirat. “Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya kematian pertama, dan Dia pelihara mereka dpd azab jahanam”. (QS Dukhaan, ayat 56).
Nabi s.a.w menceritakan bahawa keadaan org mukmin yg mencapai yg hak melalui zikir, “Org mukmin tidak mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yg sementara ini dan pergi kpd kehidupan abadi” . Dan mereka lakukan di sana apa yg mereka lakukan dalam dunia. Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi dan org2 yg hampir dengan Allah terus beribadat di dlm kubur spt yg mereka lakukan di dlm rumah mereka”. Ibadat yang dimaksudkan itu adalah penyerahan dan merendahkan diri rohani kepada Allah bukan sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam diri, dgn diam, adalah nilai utama yang menunjukkan iman yang sejati. Makrifat tidak dicapai oleh manusia dengan usaha tetapi ia adalah anugerah dari Allah. Setelah dinaikkan kepada makam tersebut orang arif menjadi akrab dengan rahsia2 Allah.
Allah membawa seseorang kepada rahsia2Nya apabila hati org itu hidup dan sedar dengan zikir atau ingatan kepada-Nya dan jika hati yg sedar itu bersedia menerima yang hak. Nabi s.a.w bersabda, “Mataku tidur tetapi hatiku jaga”. Pentingnya memperolehi makrifat dan hakikat diterangkan oleh Nabi s.a.w, “Jika seseorang berniat mempelajari dan beramal menurut keinginan nya itu tetapi mati sebelum mencapai tujuannya, Allah melantik dua orang malaikat sbg guru yg mengajarnya ilmu dan makrifat sampai ke hari kiamat. Org itu dibangkitkan dari kuburnya sbg org arif yg telah memperolehi hakikat”. Dua org malaikat di sini menunjuk kan roh Nabi Muhammad s.a.w dan cahaya cinta yg menghubungkan insan dgn Allah.

Pentingnya niat dan hajat selanjutnya diceritakan oleh Nabi s.a.w, “Ramai yang berniat belajar tetapi mati ketika masih di dalam kejahilam tetapi mereka bangkit daripada kubur pada hari pembalasan sebagai orang arif. Ramai ahli ilmu dibangkitkan pada hari itu dalam keadaan rosak akhlak hilang segalanya dan jahil keseluruhannya”. Mereka adalah orang2 yang bermegah dengan ilmu mereka, yang menuntut ilmu kerana muslihat duniawi dan berbuat dosa.
Mereka diberi amaran: “Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang2 kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas” . (Surah Ahqaaf, ayat 20).

Nabi s.a.w bersabda, “Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya” . Niat adalah asas amalan. Nabi s.a.w, “Adalah baik membena kerja kebajikan di atas tapak yg baik, dan dosa adalah perbuatan yg dibina di atas tapak yg jahat”. “Barangsiapa hendak ke taman akhirat Kami tambah untuknya pada ke tamannya, dan barangsiapa mahu ke taman dunia Kami akan beri kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tidak ada baginya bahagian akhirat”. (Surah Syura, ayat 20).
Cara terbaik ialah mencari guru kerohanian yg akan membawa hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia mesti dilakukan segera ketika masih hidup. Dunia ini kebun akhirat. Orang yang tidak menanam di sini tidak boleh menuai di sana . Jadi, bercucuk tanamlah di dlm dunia ini dgn benih yang diperlukan utk kesejahteraan hidup di sini dan juga di akhirat.

No comments:
Post a Comment