Thursday, February 20, 2014

BULUGHUL MARAM: BAB SILATURRAHIM

Hadis No. 1483: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa ingin dilapangkan rizqinya dan dipjgkan umurnya, hendaknya ia menghubungkan tali kekerabatan.” Riwayat Bukhari.

Hadis No. 1484: 

Dari Jubair Ibnu Muth’im r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga seorg pemutus, iaitu pemutus tali kekerabatan.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1485: 

Dari alMughirah Ibnu Syu’bah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kalian durhaka kpd ibu, mengubur anak perempuan hidup2, menahan dan menuntut; dan Dia tidak suka kalian bnyk bicara, bnyk bertanyadan menghambur2kan harta.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1486: 

Dari Abdullah Ibnu Amar al-‘Ash r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Keredhaan Allah tergantung kpd keredhaan org tua dan kemurkaan Allah tergantung kpd kemurkaan org tua.” Riwayat Tirmizi.

Hadis No. 1487: 

Dari Anas bahawa Nabi saw bersabda: “Demi Tuhan yg jiwa ku berada di tgn-Nya, tidaklah seorg hamba (dikatakan) beriman sehingga ia mencintai tetangganya sbgmn ia mencintai dirinya sendiri.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1488: 

Ibnu Mas’ud r.a berkata: Aku bertanya kpd Rasulullah saw, dosa apakah yg paling besar? Baginda menjawab: Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dialah yg menciptakanmu.” Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anakmu krn takut ia akan makan bersamamu.” Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: “Engkau berzina dgn isteri tetanggamu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1489: 

Dari Abdullah Ibnu Amar Ibnu al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Termasuk dosa besar ialah seseorg memaki org tuanya.” Ada seseorg bertanya: Adakah seseorg akan memaki org tuanya. Beliau bersabda: “Ya, ia memaki ayah org lain, lalu org lain itu memaki ayahnya dan ia memaki ibu org lain, lalu org itu memaki ibunya.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1490: 

Dari Abu Ayyub r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak halal bagi muslim memutuskan persahabatan dgn saudaranya lebih dari 3 mlm. Mrk bertemu, lalu seorg berpaling dan lainnya juga berpaling. Yg paling baik di antara keduanya ialah memulai mengucapkan salam. Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 1491: 

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Setiap kebaikan adalah sedekah.” Riwayat Bukhari.

Hadis No. 1492: 

Dari Abu Zar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Jgnlah engkau memandang rendah bentuk apapun dari kebaikan, walaupun engkau hanya bertemu dgn saudaramu dgn muka manis.” HR Muslim.

Hadis No. 1493: 

Dari Abu Zar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb engkau memasak kuah, perbnyklah airnya dan perhatikanlah tetanggamu.” HR Muslim.

Hadis No. 1494: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa melepaskan kesusahan seorg muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; brgsiapa memudahkan seorg yg mendpt kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan brgsiapa menurutpi (aib) seorg muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan Akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya.” HR Muslim.

Hadis No. 1495: 

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa menunjukkan (seseorg) kpd kebaikannya, ia memperoleh pahala spt pahal org yg melakukannya.” Riwayat Muslim.

Hadis No. 1496: 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Brgsiapa meminta perlindugan kpdmu dgn nama Allah, lindungilah dia; brg siapa meminta sesuatu kpd mu dgn nama Allah, berilah dia; brg siapa berbuat baik kpdmu, balaslah dia, jika engkau tidak mampu, berdoalah utknya.” HR Baihaqi.

No comments:

Post a Comment