Kitab Al-Tuhfah al-Mursalah Ila Ruh al-Naby dikarang oleh Muhammad Ibnu Syeikh Fadhlullah Al-Burhanfuri Al-Hindi. Beliau adalah seorang sufi dari Gujerat (wafat 1620M). Ajaran Martabat 7 nya berdasarkan atas faham dari Ibn Arabi (wafat 1240M). Sheikh Muhammad Fadhlullah merupakan Bapa Martabat 7 di nusantara. Ajaran Martabat 7 yang muncul dari Gujerat ternyata segera mempengaruhi perkembangan pemikiran mistik Islam di Acheh. Dalam abad 17 ada empat orang tokoh pemikir sufi di Acheh mengembangkan ajaran Martabat 7 dari faham Muhammad Ibn Fadhlullah iaitu Hamzah Fansuri, Shamsuddin Pasai (wafat 1630M), Abdul Rauf dari Singkel (1617-1690M) dan Nuruddin Ar-Raniri.
Bahawa ini suatu perkataan yang simpan (ringkas) daripada beberapa patah kata pada menyatakan Ilmu Haqiqat. Ku himpunkan ia semata-mata dengan kurnia Allah dan anugerah Nya. Dan kebajikan pahalanya akan Ruh Rasulillah SAWW. Dan ku namai akan dia 'Tuhfah al-Mursalah' artinya 'Haluan Yang dikirimkan kepada Nabi SAWW'. Dan ku pohonkan kepada Allah Taala,disampaikan kiranya pahala kitab ini,bahawasanya Dia jua Tuhan yang atas segala sesuatu ini kuasa. Dan berkenankan pinta hambaNya amat patut.
Allah yang menerangi langit dan bumi dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). Ketahui olehmu hai saudaraku, lagi dianugerahi Haq SWT akan kiranya bahagia akan kami dan akan kamu bahwasanya Haq SWT itu,yaitu wujud itu. Maka tiada bagiNya rupa dan tiada had dan tiada tersimpan dan tiada berbilang-bilang dan tiada bagiNya hingga dan tiada baginya ketentuan dan serta ini di zahirkanNya dan di nyatakanNya akan rupa dan hingga.
Tetapi tiada Dia berubah daripada adaNya yang tiada berupa dan tiada berhingga itu tetapi ada sekarang ini seperti adaNya yang dahulu jua, dan maẓharNya (Menurut Shaikh Abdul Ṣamad al-Falimbani ialah tempat zahir) itu berlain-lainan dan berbilang-bilang. Dan bahawasanya wujud itu haqiqat sekalian maujud itu dan batinnya. Dan bahawasanya sekalian maujud itu hingga zharrah. (Menurut Shaikh Abdul Ṣamad al-Falimbani ialah “satu semut yang kecil daripada Qudrat Allah Ta’ala”) jua pun tiada sunyi daripada wujud itu.
Dan bahawasanya wujud itu tiada pada makna tahqiq dan ushul (tetap) dari kerana keduanya itu daripada makna maṣhdariyyah. Tiada maujud keduanya kharij. Maka tiada harus dikatakan wujud itu dengan makna itu pada Haq Ta’ala yang maujud pada kharij. Maha Tinggi Haq Ta’ala daripada kata demikian itu dengan ketinggianNya yang amat besar, tetapi kami kehendak wujud itu haqiqat yang bersifat dengan segala sifat itu. Ertinya ku kehendak wujud itu dengan zatNya dan wujud segala maujud itu dengan sebabNya. Dan tiada wujud lain daripadanya pada kharij.
Dan bahawasanya wujud itu daripada pihak ketahui tiada nyata pada seseorang jua pun, dan tiada mendapat akal dan *tiada mendapat di waham, dan tiada mendapat di pancaindera (kerana tiada bagiNya had rupa. Dan barangsiapa berkehendak jalan mendapat akan dia nescaya mengusahai akan dia pada jalan yang mustahil. Tetapi tiada mendapat daripada demikian itu melainkan dengan ilmu kasyaf bagi barang yang di sana). Dan tiada masuk ia dalam qiyas dari kerana bahawasanya sekalian itu muḥdith. Maka yang muḥdith itu sekali-kali tiada mendapat kepada kepada yang qadim melainkan sama muḥdith jua. Maha Tinggi zat SWT, dan sifatNya daripada didapat segala yang muḥdith dengan ketinggianNya Yang Maha Besar.
Maka barangsiapa menghendaki mengenal Haq Ta’ala daripada pihak itu dan diusahakannya akan dia, maka disungguhinya di sisi segala waktunya. Dan bahawasanya adalah bagi wujud itu martabat amat banyak.
Martabat 1: Lā Ta’ayyun Tiada nyata ia di dalam martabat dengan sesuatu) namanya. Dinamakan pula Martabatul Ithlaq. Dan Zhatul Bukhti pun namanya. Tiada pada makna qayyid iṭhlāq dan tiada ta’aiyun (serta maha suci daripada disifatkan dia dengan sesuatu sifat dan maha suci daripada bercerai sifat) itu keduanya pada martabat itu tetapi pada makna bahawasanya wujud itu pada martabat itu suci ia daripada idhafah Allah dan sifatNya. Dan lagi suci ia daripada segala qayyid hingga daripada qayyid iṭlāq pun. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Aḥadiyyah. Iaitulah kunhu zat Haq SWT. Dan tiada di atas martabat yang lagi ini, tetapi tiap-tiap martabat itu di bawah martabat ini jua.
Martabat 2: Ta’ayyun Awwal namanya. Iaitu ibarat daripada ilmu Haq Ta’ala akan zatNya dan akan segala sifatNya, dan akan sekalian maujud, dan pada pihak ijmāl (daripada hal berhimpun) dengan tiada beza setengahnya. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Waḥdah. Dan Haqiqat Muhammadiyyah pun namanya.
Martabat 3: Ta’ayyun Thānī namanya. Iaitu ibarat daripada ilmu Haq Ta’ala akan zatNya, dan akan segala sifatNya, *dan akan segala maujud, dan atas jalan tafṣīl (pada perceraian) dan beza setengahnya atas setengahnya. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Wāḥidiyyah. Dan Martabat Insan pun namanya. Martabat yang ketiga ini, ketiga-tiganya adalah qadim. Maka taqdimnya dan ta’khirnya itu pada akal jua, tiada pada masa.
Martabat 4: Martabat Alam Arwah namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ (sesuatu yang dijadikan oleh Allah SWT) yang tunggal ia, tiada murakkab [bersusun] daripada madah, yang zahir ia pada segala zatnya dan pada segala bagainya.
Martabat 5: Martabat Alam Mithal namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ yang dijadikan murakkab, lagi laṭīf (yang halus), yang tiada menerima suku, dan tiada menerima setengahnya, dan tiada menerima.
Martabat 6: Martabat Alam Ajsām namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ yang dijadikan murakkab ia, lagi kasyaf, yang menerima suku, lagi bersetengah.
Martabat 7: Al-Jāmi’ah(Martabat Yang Menghimpunkan) namanya, *ialah yang menghimpunkan segala martabat yang tersebut itu, iaitu Alam Ajsām dan Alam Mithal, dan Alam Arwāh, dan martabat Waḥdah, Wāḥidiyyah, maka inilah dinamakan “Tujuh Martabat”. Martabat yang pertama daripada tujuh, iaitu Lā Ẓhuhūr namanya. Martabat enam lagi daripada tujuh itu, iaitu Martabat Ẓuhūr namanya. Dan akhir daripada martabat yang enam itu ku kehendaki akan dia insan, apabila taraqqilah ia.
Dan zahirlah padanya sekalian martabat yang tersebut itu suatu serta inbisāṭnya (lulus ma’rifatnya) ghairu murakkab. Dinamai akan dia Insan Kamil (Manusia sempurna ma’rifat akan Tuhannya). Dan adalah taraqqi dan takhalluq bi akhlāqillah dengan pihak yang terlebih sempurnanya itu pada Nabi kita Muhammad SAW. Kerana inilah jadi kesudahan segala Nabi.Dan bahawasanya segala nama martabat ketuhanan itu sekali-kali tiada menamakan dia akan martabat makhluk. Dan demikian, demikian lagi tiada menamakan nama Nya.
Dan zahirlah padanya sekalian martabat yang tersebut itu suatu serta inbisāṭnya (lulus ma’rifatnya) ghairu murakkab. Dinamai akan dia Insan Kamil (Manusia sempurna ma’rifat akan Tuhannya). Dan adalah taraqqi dan takhalluq bi akhlāqillah dengan pihak yang terlebih sempurnanya itu pada Nabi kita Muhammad SAW. Kerana inilah jadi kesudahan segala Nabi.Dan bahawasanya segala nama martabat ketuhanan itu sekali-kali tiada menamakan dia akan martabat makhluk. Dan demikian, demikian lagi tiada menamakan nama Nya.
Bahawasanya adalah wujud itu dua kesempurnaan. Pertama : Kamal Zatiyi. Kedua : Kamal Asma'iyi. Adapun Kamal Zatiyi itu, yaitu ibarat daripada zhuhur Haq Taala daripada dirinya,dengan diri Nya, dalam diri Nya, bagi diri Nya dengan tiada iktibar lain dan sekalian. Adapun Ghanaul Muthlaq (kaya semata-mata) lazim pada kamal Zatiyi itu, pada makna nya. Ghanaul Muthlaq itu, yaitu musyahadah *Haq Taala pada diri Nya akan sekalian syu-un dan iktibar Illahiyi (kelakuan ketuhanan akan segala kelakuan makhluk) dan ketiadaan segala hukum Nya, dan segala lawazim Nya, dan segala yang dikehendaki Nya atas wajah yang kaya lagi mujmal (atas jalan sekaliannya yang berhimpun) kerana terbuni (tersembunyi/'masuk' menurut terjemahan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani) sekalian itu pada batin zat dan pada wahdah Nya seperti terbuni segala bilang didalam bilangan yang esa.
Dan sungguhnya dinamai akan Kamal Zatiyi itu dengan Ghanaul Muthlaq dari kerana bahwasanya adalah Haq Taala pada musyahadah itu kaya daripada zhahirkan 'alam. Pada pihak tafshil tiadalah hajat padaNya menghasilkan musyahadahNya kepada alam barang yang dalamnya dari kerana bahawasanya adalah musyahadah Haq Taala akan segala maujud. Dan hasil bagi Haq Taala tatkala terbuni segala syu-un pada batin musyahadah ghaib, lagi alam seperti musyahadah akan yang banyak dalam esa. Dan seperti musyahadah akan pohon khurma serta segala cawang nya dan segala yang mengikutkan dia dalam suatu biji.
Adapun Kamal Asma'iyi itu, yaitu ibarat daripada zhuhur Haq Taala pada diriNya, dan musyahadah Nya akan zat Nya pada segala ta'aiyun yang kharij, ku kehendak dengan dia 'alam dan barang yang dalamnya. Maka adalah musyahadah ini musyahadah 'ain,yakni kenyataannya,lagi wujudiyi seperti musyahadahkan mujmal dalam mufshil (perhimpunan dalam perceraian). Dan seperti musyahadahkan *bilangan esa dalam bilangan yang banyak. Dan seperti musyahadahkan biji khurma dalam pohon khurma dan segala yang mengikut dia.
Maka adalah hasil Kamal Asma'iyi ini daripada pihak tahqiq dan zhuhurnya terhenti pada kejadian 'alam dan barang yang dalamnya. Dari kerana bahwasanya maknanya yang dahulu itu tiada hasil melainkan dengan zhuhur 'alam pada pihak tafshil. Dan bahwasanya wujud Allah itu sekali-kali tiada ia hulul pada segala maujud. Dan tiada ia ittihad dengan dia. Dari kerana hulul-ittihadiyah tak dapat tiada kehendak keduanya daripada dua wujud hingga hulul lah sesuatu daripada dua itu daripada yang kedua.
Maka adalah hasil Kamal Asma'iyi ini daripada pihak tahqiq dan zhuhurnya terhenti pada kejadian 'alam dan barang yang dalamnya. Dari kerana bahwasanya maknanya yang dahulu itu tiada hasil melainkan dengan zhuhur 'alam pada pihak tafshil. Dan bahwasanya wujud Allah itu sekali-kali tiada ia hulul pada segala maujud. Dan tiada ia ittihad dengan dia. Dari kerana hulul-ittihadiyah tak dapat tiada kehendak keduanya daripada dua wujud hingga hulul lah sesuatu daripada dua itu daripada yang kedua.
Bermula wujud Allah itu esa jua, sekali-kali tiada bagiNya berbilang. Hanyasanya yang berbilang itu segala sifat jua. Sanya pada barang yang dimusyahadahkan zauk (oleh perasa) seperti 'Arif danpendapat mereka itu akan dia. Maka bahawasanya kehambaan, dan rahmat, dan 'azab dan segala pedih sekalian kembalinya kepada segala ta'aiyun (kenyataan wujud Allah Taala, yaitu segala 'alam') jua. Dan bahawasanya wujud itu dengan ia iktibar Martabat Ithlaq suci ia daripada segala sesuatu sekalian.
Dan bahwasanya wujud itu muhith (meliputi) sekalian wujud Nya, seperti muhith malzum akan lawazim. Dan seperti muhith maushuf *dengan sifat. Sekali-kali tiada muhith wujud Allah itu seperti muhith zharaf akan mazhruf (bukan meliputi seperti suatu tempat yang didalam nya). Atau tiada muhith wujud Allah itu, seperti Kul dengan juzuknya. Maha Tinggi Haq Allah Taala, daripada misal yang demikian itu, dengan ketinggian yang amat besar.
Dan bahwasanya wujud itu muhith (meliputi) sekalian wujud Nya, seperti muhith malzum akan lawazim. Dan seperti muhith maushuf *dengan sifat. Sekali-kali tiada muhith wujud Allah itu seperti muhith zharaf akan mazhruf (bukan meliputi seperti suatu tempat yang didalam nya). Atau tiada muhith wujud Allah itu, seperti Kul dengan juzuknya. Maha Tinggi Haq Allah Taala, daripada misal yang demikian itu, dengan ketinggian yang amat besar.
Dan bahawasanya wujud ini wujud seperti wujud itu, bahawa Ia dengan semata-mata ithlaq Nya, zhahir ia pada maujud yang kharijiyah dari pihak adalah wujud itu menyatakan segala maujud itu telah ada sekalian maujud itu dahulu daripada nyatanya pada wujud itu. Kenyataan wujud itu seperti demikian,lagi yang seperti ada bagi wujud itu iktibar sekalian.
Dan ithlaqnya zhahir pada sekalian sifat maujud itu dengan pihak adalah sifat yang sempurna itu nyata pada segala sifat maujudat seperti telah ada sifat maujudat itu dahulu daripada nyatanya pada segala sifat yang sempurna itu kenyataan segala sifat yang sempurna. Dan bahwasanya 'alam itu dengan suku-suku nya beberapa 'aradh. Dan yang menjadikan dia itu, yaitu Haq Taala. Dan bahwasanya adalah bagi 'alam itu tiga tempat:
Dan ithlaqnya zhahir pada sekalian sifat maujud itu dengan pihak adalah sifat yang sempurna itu nyata pada segala sifat maujudat seperti telah ada sifat maujudat itu dahulu daripada nyatanya pada segala sifat yang sempurna itu kenyataan segala sifat yang sempurna. Dan bahwasanya 'alam itu dengan suku-suku nya beberapa 'aradh. Dan yang menjadikan dia itu, yaitu Haq Taala. Dan bahwasanya adalah bagi 'alam itu tiga tempat:
Pertama- Pada Ta'aiyun Awwal dinamai akan dia pada martabat itu Syu-un Zatiyah
Kedua - Pada Ta'aiyun Tsani dinamai akan dia pada martabat A'yan Tsabitah
Ketiga- Pada Kharijah dinamai akan dia pada martabat *itu A'yan Kharijah.
Dan bahwasanya A'yan Tsabitah itu sekali-kali tiada ia mencium bau wujud kharijiyah. Dan hanya sanya yang zhahir itu segala hukumnya, dan segala atsar (bekasnya/kesan) jua. Dan bahwasanya pertama yang dapat pada segala tiap-tiap suatu itu, yaitu wujud Allah dengan sentiasalah didapat akan segala sesuatu seperti umpama cahaya dengan nisbah kepada segala warna dan rupa zhuhur (kerana sangat nyata) Haq Taala. Dan sangat cemerlang, tiada mengetahui pendapat itu melainkan khawash jua. Dan bahwasanya adalah qurbu (hampir/dekat/damping hamba kepada Allah Taala) itu dua bagi:
Pertama- qurbu nawafil (hampir sunat)
Kedua- qurbu faraidh (hampir fardhu)
Adapun qurbu nawafil itu, yaitu hilang segala sifat basyariyah dan zhuhur lah segala sifat Haq Taala atasnya dengan menghidup dan mematikan dengan izin Allah. Dan mendengar dan melihat dengan sekalian jasadnya, tiada ia mendengar dengan telinga jua dan tiada melihat dengan mata jua. Demikian lagi didengar nya suara dari jauh. Dan dilihatnya akan segala rupa dari jauh. Dari qiyas inilah ku qiyaskan makna segala fana' segala sifat basyariyah pada segala sifat Allah Taala, yaitulah qurbu nawafil.
Adapun qurbu faraidh itu, maka yaitu fana' 'abdin dengan kulliah (hampir fardhu yaitu fana' dengan sekalian,daripada sekalian makhluk hingga fana' ia daripada dirinya dengan sekira-kira tiada kekal didalam hatinya melainkan Allah SWT) daripada ingat akan sekalian maujudat hingga akan dirinya sekalipun dengan sekira-kira *tiadalah makna fana' 'abdin pada Allah Taala yaitu faidah qurbu faraidh. Dan bahwasanya adalah setengah daripada segala yang mengata wihdatul wujud, yaitu barangsiapa mengetahui bahwasanya Haq SWT adalah haqiqat segala maujudat.
Dan batinnya dengan 'ilmil yaqin tetapi tiada dimusyahadahkan nya akan Haq SWT pada makhluk. Dan setengah daripada mereka itu yang musyahadahkan hal qalbinya. Maka martabat ini terutama, dan tera'la daripada martabat yang pertama(dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan yang demikian itu dengan hati dan hal dan terlebih tinggi daripada martabat yang dahulu itu).
Dan batinnya dengan 'ilmil yaqin tetapi tiada dimusyahadahkan nya akan Haq SWT pada makhluk. Dan setengah daripada mereka itu yang musyahadahkan hal qalbinya. Maka martabat ini terutama, dan tera'la daripada martabat yang pertama(dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan yang demikian itu dengan hati dan hal dan terlebih tinggi daripada martabat yang dahulu itu).
Dan setengah daripada mereka itu yang memusyahadahkan Haq Taala pada makhluk dan memusyahadahkan makhluk pada Haq Taala dengan sekira-kira tiada ada salah suatu daripada dua itu menegahkan akan yang kedua (dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan Allah Taala didalam kejadian makhluk dan syuhud ia akan makhluk itu,didalamnya perbuatan dengan sekira-kira tiada menegahkan salah suatu daripada keduanya).
Maka martabat yang kemudian itu terutama dan tera'la daripada martabat yang dahulu itu. Yaitulah maqam segala Anbiya' dan segala Quthub sebab mengikut mereka itu. Dan sekali-kali tiada diperoleh martabat yang kedua daripada yang ketiga itu pada barangsiapa menyalahi syariat dan tarekat yang istimewa pula pada martabat yang ketiga,yaitu lalulah yang sama tara a'la daripada martabat yang dahulu itu.
Maka martabat yang kemudian itu terutama dan tera'la daripada martabat yang dahulu itu. Yaitulah maqam segala Anbiya' dan segala Quthub sebab mengikut mereka itu. Dan sekali-kali tiada diperoleh martabat yang kedua daripada yang ketiga itu pada barangsiapa menyalahi syariat dan tarekat yang istimewa pula pada martabat yang ketiga,yaitu lalulah yang sama tara a'la daripada martabat yang dahulu itu.
وأن جميع الموجودات من حيث الوجود عين (لا يفهم من لفظ العينية هنا المطابقة التي تفهم في معاني عينية الأشياء بعضها البعض) الحق سبحانه وتعالى:
Dan bahawasanya sekalian maujud itu daripada pihak Haq Ta’ala adalah ia kenyataan Haq SWT.
"إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ" سورة القمر: 49
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
"وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ" سورة الرعد: 8
dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
"وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا" سورة الفرقان: 2
Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
"وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلا بِقَدَرٍ" سورة الحجر: 21
dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar.
ومن حيث التعين غير الحق سبحانه وتعالى والغيرية اعتبارية. وأما من حيث الحقيقة فالكل هو الحق سبحانه وتعالى
*Dan daripada ta’ayyun lain daripada Haq SWT, maka sekalian itu pun iktibar jua. Ada pun daripada pihak haqiqat, maka kaya itu, iaitu kenyataan Haq SWT.
"كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ" سورة القصص: 88
Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.
"كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ" سورة الرحمن: 26-27
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekAllah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
ومثاله الحباب والموج والثلج فإن كلهن من حيث الحقيقة ماء ومن حيث التعين غيره
Dan umpamanya seperti buih, ombak dan kendi air. Maka bahawasanya sekalian itu daripada pihak haqiqat kenyataan air jua. Dan daripada pihak ta’ayyun (pada zahir) lain daripada air.
"كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ" سورة المطففين: 14
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
وكذا السراب في الحقيقة هواء ظهر بصورة الماء
Dan demikian lagi, daripada pihak haqiqat kenyataan hawa, dengan sekira-kira haqiqat dan lainnya sekira-kira nyatanya rupa itu. Kerana, iaitu pada haqiqat itu angin pada rupa-rupa zahirnya itu air.
"فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ" سورة النور: 39
lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya).
والدلائل الدالة على وحدة الوجود كثيرة. أما من القرآن فقوله عزّ وجلّ:
Syahdan adalah segala dalil yang menunjukkan atas menyatakan akan wihdatul wujud menyatakan akan keesaan wujud Haq Ta’ala itu amat banyak. Maka setengah daripadanya dalil Qur’an:
"وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ" سورة البقرة: 115
Dan Allah jualah memilikikan timur dan barat (Masyriq dan Maghrib).
"وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ" سورة النمل: 91
dan Yang Menguasai segala-galanya.
"لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ" سورة البقرة: 284
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah.
" فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ" سورة البقرة: 115
maka barang kemana kamu hadapkan muka mu, maka disanalah zat Allah.
"وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ" سورة ق: 16
Dan Kami terlebih damping kepada insan daripada urat lehernya. urat lehernya. [Dan adalah Aku terhampir kepadanya daripada ruh kamu itu, dan tetapi tiada kamu lihat]
-"Bahwa Allah jua serta kamu, barang dimana ada kamu"
-"Dan Kami terlebih damping kepada insan daripada diri insan,tetapi tiada kamu melihat Dia"
-"Bahwasanya segala mereka itu yang bai'ah dengan dikau itu, ya Muhammad, tiada ia bai'ah dengan dikau,hanya bahwa mereka itu bai'ah dengan Allah. Tangan sifat Allah diatas tangan mereka itu"
"فَلَوْلا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لا تُبْصِرُونَ" سورة الواقعة: 83-85
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.
"إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ" سورة الفتح: 10
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).
"هُوَ الأوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ" سورة الحديد: 3
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [yang permulaan, dan yang akhir, dan yang zahir pada orang yang Arif, dan yang batin, ertinya yang tersembunyi bagi orang yang am]
"وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ" سورة الذاريات: 21
Dan adalah tanda *Kami diri kamu, maka tiadalah kamu bicarakan akan dia?(Dan di dalam diri kamu dalil menunjukkan qadim mengapa tiada kamu lihat akan dia)
"وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ" سورة البقرة: 186
Dan ditanyai hambaKu akan dikau, ya Muhammad,daripada Ku, maka bahawasanya Aku terlebih damping.
"وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى" سورة الأنفال: 17
dan tiada jua engkau melontar tatkala engkau melontar,tetapi Allah jualah yang melempar .
"َانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطًا" سورة النساء: 126
dan adalah Allah meliputi akan segala sesuatu.
وأما من أقواله صلى الله عليه وسلم "أصدق كلمة قالتها العرب كلمة لبيد ألا كل شيء ما خلا الله باطل" قوله صلى الله عليه وسلم "إن أحدكم إذا قام إلى الصلاة فإنما يناجي ربه فإن ربه بينه وبين القبلة”.
Dan lainnya daripada ayat yang mulia-mulia itu beberapa qaul. Dan ada pun setengah daripada Hadith Nabi SAW yang menunjukkan kepada wihdatil wujud itu, iaitu seperti sabdanya, “Terlebih benar sepatah kata yang dikatakan Arab akan dia, iaitu kata Labid Syair, “Tiadakah kau ketahui tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah itu sia-sia jua adanya”. Dan tiap-tiap nikmat itu tak dapat tiada lagi hilang juasanya.
Dan lagi sabda Nabi SAW, “Bahawasanya seorang daripada kamu apabila berdiri ia akan sembahyang hanyasanya maka ia munajat kepada Tuhannya. Maka bahawasanya adalah Tuhannya antaranya dan antara qiblat”.
Dan lagi sabda Nabi SAW dalam Hadith Qudsi, “Sentiasa hambaKu mendampingkan dirinya kepadaKu dengan membawa segala amal sunat hingga Ku kasih akan dia. Maka apabila Ku kasih akan dia, maka adalah Aku pendengarnya yang mendengar ia dengan dia, dan penglihatnya dengan dia, dan tangannya yang menjabat ia dengan dia, dan kaki yang berjalan ia dengan dia”.
*Dan lagi sabda Nabi SAW, “Bahawasanya Allah Ta’ala berfirman. “Sakit Aku, maka mengapa tiada kau kunjung akan Daku. Dan lagi pergi, maka mengapa tiada engkau beri akan Daku”, hingga kesudahannya.
Dan diceritakan oleh Imam Tarmizi dalam Hadith yang lanjut, “Demi nyawa Muhammad pada tangan sifatNya, bahawasanya jikalau kamu ulurkan akan suatu tali ke bumi nescaya sampai ia kepada Allah Ta’ala”. Maka dibaca Nabi SAW: Ialah Yang pertama dan Ia jua Tuhan yang kemudian, dan Ia yang zahir dan Ia jua yang batin dan Ia Tuhan yang amat mengetahui akan segala sesuatu. (yang permulaan, dan yang akhir, dan yang zahir pada orang yang Arif, dan yang batin, ertinya yang tersembunyi bagi orang yang am)
Adapun qaul segala imam yang ‘Arif Billah mendilalatkan (Menunjukkan) atas keesaan wujud Haq Ta’ala itu amat banyak dengan sekira-kira tiada terbilang dan tiada dapat ditentukan. Dari kerana inilah tiada ku sebutkan. Dan bahawasanya jika kau kehendaki maka hendaklah engkau muṭāla’ahkan, nescaya kau peroleh insya’ Allah Ta’ala.
Hai ṭālib al-Haq, jika kau kehendak wushul (Sampai kepada ma’rifah) kepada Allah Ta’ala, pertama: hendaklah kau kekal mengikut Nabi SAW pada perkataannya dan perbuatannya zahirnya dan batinnya. Kemudian kau kerjakan muraqabah akan Haq Ta’ala. Pada kedua kalinya muraqabah dengan makna kalimah ṭayyibah tiada dengan syarat berair sembahyang. Dan jika ada air sembahyang, maka iaitu terutamanya. Dan tiada ditentukan muraqabah suatu waktu, dan tiada disyaratkan muraqabah itu memelihara nafas pada masuknya dan keluarnya pada muraqabah. Dan tiada syarat memelihara akan segala huruf kalimah ṭayyibah tetapi tiada kamu pelihara, melainkan maknanya jua. Hanya pada tiap-tiap hal, berdiri, atau berjalan, duduk, berbaring, bergerak atau diam, makan atau minum.
"فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ " سورة الشرح: 7-8
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Bermula jalan muraqabah itu bahawa kau akui pada pertamanya niatmu ibarat daripada keadaannya, dan haqiqatmu dan batinmu tiada lain daripada Haq Ta’ala. Dan tiada kau fana’kan melainkan niat itu jua. Dan iaitulah makna LAA ILAA HA . Maka kau ithbatkan Haq Ta’ala dalam hatimu. Pada kedua kalinya, dan iaitulah ILLAAH. Maka jika kau kata, “Apabila wujud itu esa, dan lainnya tiada maujud, maka apa jua yang kau nafikan, dan apa jua yang kau ithbatkan?” Kataku, “Iaitu sangka sekaliannya, dan sangka itu sia-sia. Maka sayugianya kau nafikan sangka itu pada pertamanya, maka kau ithbatkan Haq SWT pada hatimu pada kedua kalinya.
Khatam
Hai ṭālib al-Haq, apabila ghaliblah hal atasmu dengan anugerah Allah Ta’ala, tiada kuasa engkau menafikan niatmu yang wahamiy itu, bahawasanya tiadalah tinggal padamu hanya mengithbatkan Haq Ta’ala jua. Dianugerahkan Allah Ta’ala kira akan kami dengan berkat kemuliaan Nabi SAW, tammat al-kitāb bi’aunillahi Ta’ala al-Mulki al-Wahhāb, Amin.
No comments:
Post a Comment