ADAB GURU TERHADAP MURID:
Ketahuilah hai saudara-saudaraku, tidaklah sah ilmu tanpa adanya adab dan tidaklah sah adab itu melainkan diketahui oleh masing-masing pihak:
1. Menanggung jawab sesuatu pertanyaan yang di datangkan muridnya, dan di jawab dengan sebenar-benarnya.
2. Jangan lekas marah.
3. Duduk dengan takzim dan di khemah dengan menundukkan kepala.
4. Meninggalkan Takbur.
5. Merendahkan diri.
6. Jangan bercanda dengan murid, niscaya hilang keberkatan ilmu.
7. Kasih sayang akan/dengan/pada murid.
8. Paham, sabar dan perlahan-lahan mengajar orang yang bebal.
9. Menunjukkan yang baik pada orang yang bebal.
10. Jangan malu mengatakan yang tidak tahu, jika betul-betul tidak tahu dan jangan pura-pura tahu akan hal yang tidak tahu.
11. Bersungguh-sungguh terhadap orang yang bertanya.
12. Mengatakan yang pahit itu wajib.
13. Melarang orang belajar ilmu jahat dan yang melanggar hukum Al-Qur’an.
14. Beramal menurut pengetahuan.
15. Melarang orang belajar Fardhu Kifayah sebelum Fardhu ‘Ain.
16. Kembali kedasar, jikalau salah di ulang.
17. Beramal seperti/dengan ilmu, supaya di ikuti orang banyak.
ADAB MURID TERHADAP GURU:
1. Mendahulukan salam kepada guru.
2. Jangan banyak bicara di hadapan guru.
3. Jangan membantah jika kurang nyata dan paham.
4. Minta izin jika mau bicara.
5. Jangan menceritakan orang lain di hadapan guru.
6. Jangan berisyarat dan meletakkan di hadapan guru.
7. Jangan berbisik dengan orang lain di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kekiri/kanan di hadapan guru.
9. Jangan banyak soal atau banyak tingkah di hadapan guru.
10. Kalau guru datang jangan di tinggalkan.
11. Jangan salah sangka kepada guru, walaupun bersalah-salahan dengan bicaranya.
SYARAT TAREKAT:
1. Ma'rifatullah, yakni: mengetahui syarat ma'rifat ada 2 (dua):
a. Mengenal Qadim akan Allah Swt.
b. Mengenal Baharu, yaitu Muhaddas (diri kita).
2. Yakin melihat pada Allah Swt dengan iman dan yakin, melihat 'ain basyariah tiada dengan dalil dan bernama.
3. Alkhot: Pemurah, suka memberi harta pada orang lain dan semata-mata kerana Allah Swt.
4. Shiddiq: Benar niat, benar perkataan dan benar perbuatan.
5. Syukur: Syukur kepada Allah Swt di saat sakit dan senang.
ADAB TAREKAT:
1. Berpegang I'tikad ahlussunnah wal jama’ah.
2. Meninggalkan yang mudah-mudah pada syari'at dan mengerjakan yang berat-berat pada syara.
3. Berkekalan yang berkepanjangan muraqabah pada Allah Swt dan selalu mengintai-intai Allah Swt.
4. Berharap akan rahmat Allah Swt.
5. Berpaling dari tiap-tiap yang selain daripada Allah Swt.
6. Mahir, Khudur hati akan Allah Swt.
7. Melazimkan bersunyi-sunyi hati ketika sedang ramai.
8. Banyak menuntut ilmu agama.
9. Memelihara nafas ketika nafas keluar masuk.
10. Merupakan diri seperti orang awam, jika kita lihat seorang ahli sufiyah, seolah-olah dia seperti
orang bodoh atau seperti orang dungu, padahal orang itu ahli Allah Swt atau Wali Allah Swt.
11. Menyembunyikan zikir sehingga Malaikat Muqarrabin yang terdekat dengan kita tiada mengetahui, jadi hanya Allah Swt yang maha mengetahui.
12. Berperangai seperti Rasulullah Saw, hentikan larangannya dan kerjakan suruhannya.
RUKUN TAREKAT:
1. Mengetahui hukum yang takluk kepada Allah Swt atau ajaran Islam, kerjakan suruh hentikan larangan Allah Swt.
2. Halmu : Pengasih, Penyayang dan Penyantun.
3. Sabar akan segala cobaan dan sabar mengerjakan taat, Ikhlas pada segala amal, bukan ia beramal mengharap mengharapkan masuk syurga dan bukan takut akan neraka serta
bukan mengharap puji dan tuah.
4. Ridha akan segala takdir Allah Swt akan dirinya.
5. Khusnul Khalik: Berkelakuan baik dalam segala hal.
WAJIB TAREKAT:
1. Mengerjakan Zikrullah.
2. Banyak Taubat.
3. Meninggalkan dunia dan perhiasannya.
4. Mengikut suruh Allah Swt hentikan larangannya.
5. Berbaik sesama makhluk.
6. Ikhlas hatinya.
BINA TAREKAT:
1. Takut akan Allah Swt.
2. Banyak taubat.
3. Menjauhi manusia, kecuali dalam darurat.
4. Benci akan dunia.
5. Pulangkan segala pekerjaan kepada Allah Swt baik ataupun buruk.
6. Tiada ianya berikhtiar melainkan dengan ikhtiar Allah Swt.
ADAB ZIKIR:
a. Adab sebelum berzikir:
1. Taubat.
2. Suci, artinya : Berwudhu.
3. Ditempat yang bersih.
4. Niat, sebagaimana yang disuruh Allah Swt dalam FirmanNYA: ”Fazzkuruni adzkurkum", artinya: Ingatlah kamu kepadaku, niscaya aku akan ingat kepadamu.
5. Mengucap dengan sangat takzimnya.
b. Adab sewaktu berzikir:
1. Duduk ditempat yang suci dan duduknya tawarruk kiri.
2. Letakkan tangan di atas lutut kita.
3. Menghadap kiblat, jika zikir sendirian tapi melingkar jika berjama’ah.
4. Harumkan tempat duduk zikir, kerana majelis zikir itu sentiasa di hadiri para malaikat dan jin mukmin.
5. Berkekalan dengan ikhlas dan ingatnya kepada Allah Swt.
6. Benar zikirnya lahir batin.
7. Makanan dan pakaian bersih dan dari hasil yang halal.
8. Lokasi berzikir sedapat mungkin harus gelap remang-remang untuk menjaga panca indera dari hal yang terang lainnya, kerana itulah kita usahakan berselubung sesuai dengan Firman Allah Swt: “Ya ayyuhal munammilu” Artinya: “Hai orang-orang yang berselubung”.
9. Memejamkan kedua mata.
10. Setiap berzikir harus dengan ikhlas.
11. Menafikan yang selain Allah Swt, sebab Allah Swt harus satu adanya.
12. Berzikir harus ikhlas.
13. Berzikirlah dengan serajin-rajinnya.
14. Ada sesuatu umpamanya, maka munajatlah pada Allah Swt atau Rabithah lah dan kabarkan kepada guru.
15. Menghindarkan lafadz yang salah dan berubah maknanya.
No comments:
Post a Comment