“Terbuka mata hati memperlihatkan kepada kamu akan hampirnya Allah swt. Penyaksian mata hati memperlihatkan kepada kamu akan ketiadaan kamu di samping wujud Allah s.w.t Penyaksian hakiki mata hati memperlihatkan kpd kamu hanya Allah yg wujud, tidak terlihat lagi ketiadaan kamu dan wujud kamu.” Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya.
Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yg menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yg menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bhw Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorg Mukmin yang cermat dan berwaspada.

Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada Martabat Mukmin ialah:
1. Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.
2. Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.
3. Bertaubat dengan sebenarnya (Taubat Nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.
4. Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
5. Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan merendah diri kepada-Nya.
Org Mukmin yg taat kpd Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kpd Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yg menimpanya, walaupun bala yg besar. Dia tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yg ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya.
Baginya bala dan nikmat adalah sama iaitu takdir yg Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa yg Allah s.w.t takdirkan itulah yg paling baik. Org yg spt ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan2.

Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yg dialami oleh hati. Dia berasa benar2 akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar mempercayainya. Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya.
Org yg di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat2 kemanusiaan. Dlm berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t. Soal duniawi seperti makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Org yg mencapai peringkat ini dikatakan mencapai Makam Tauhid Sifat. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.

Rohani manusia melalui beberapa peningkatan dlm proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya. Seorg Mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya Allah s.w.t. Dia melihat dgn ilmunya dan mendapat keyakinan yg dinama kan Ilmul Yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya mata hati yg terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dgn mata ilmu ttpi melihat dgn mata hati. Keupayaan mata hati memandang itu dinama kan Kasyaf.
Kasyaf melahirkan pengenalan atau Makrifat. Seseorg yg berada di dlm Makam Makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan Ainul Yaqin. Pada tahap ainul yaqin, Makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib dari dirinya sendiri. Maksud ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara.
Beginilah hukum Makrifat yg berlaku. Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yg terpecah2 bidangnya. Makrifat pula adalah hasil pencapaian terhadap hakikat2 yang menyeluruh iaitu hakikat kpd hakikat2. Tetapi, penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan makrifat krn penyaksian itu adalah hasil dari kemahuan keras dan perjuangan yg gigih disertai dgn upaya hati dan pengalaman.

Penyaksian adalah setinggi2 keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian hakiki oleh mata hati. Ia merupakan keyakinan yg paling tinggi dan dinamakan Haqqul Yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati tidak lagi melihat kpd ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, ttpi Allah s.w.t dilihat dlm segala sesuatu, segala kejadian, dlm diam dan dlm tutur-kata. Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup antara kita dgn-Nya. Tiada lagi antara atau ruang antara kita dgn Dia. Dia berfirman: “Dan Ia (Allah) tetap bersama2 kamu di mana sahaja kamu berada” (Ayat 4 : Surah al-Hadiid).
Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangannya terhadap makhluk tidak menutup pandangannya terhadap Allah s.w.t. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan Ketetapan Yang Teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada Makrifat, tiada pendengaran, tiada kesedaran, tiada hijab dan semuanya sudah tiada.
Tabir hijab telah tersingkap, maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu pengenalan untuk dipamerkan.

Org yg memperolehi Haqqul Yaqin berada dlm suasana hatinya kekal bersama2 Allah s.w.t pada setiap ketika, setiap ruang dan setiap keadaan. Dia kembali kpd kehidupan spt manusia biasa dengan suasana hati yang demikian, di mana mata hatinya sentiasa menyaksikan Yang Hakiki. Allah s.w.t dilihat dalam dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang.
Dia melihat Allah s.w.t pada orang yang membunuh dan org yg kena bunuh. Dia melihat Allah s.w.t yg menghidupkan dan mematikan, menaikkan dan menjatuh kan, menggerakkan dan mendiamkan. Tiada lagi perkaitannya dgn kewujudan atau ketidakwujudan dirinya. Wujud Allah Esa, Allah s.w.t meliputi segala sesuatu. Wallahua’lam. (Al Hikam).
No comments:
Post a Comment