Thursday, July 21, 2016

LAA ILAHA ILLALLAH

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yg menggucapkan perkataan yg mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung2 tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu Malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kpd burung2 tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yg diberi tidak dipatuhi, Malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan Malaikat tersebut supaya memberitahu burung2 supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung2 itu…

'Wahai Malaikat yg menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dgn satu permintaan’.

Bertanya Malaikat ‘Apakah permintaan itu?’

Berkata burung2 itu, 'Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini’.

Berkata Malaikat itu, ‘Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah’.

Beredarlah Malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kpd Allah. Maka Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dgn burung2 itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dgn segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan utk org yg mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yg diberi oleh Allah itu. Dgn hanya mengucap kalimat yg disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga Hari Kiamat. Maha Suci Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment