Saturday, April 9, 2016

JADIKAN AMAL MU BERMUTU, BUKAN BANYAK TAPI LALAI

Syeikh Ibnu Atha'illah mengatakan, "Engkau hendaknya berfikir untuk melakukan amal sebaik mungkin, bukan sebanyak mungkin. Banyak amal jika tidak dilakukan dengan baik adalah seperti pakaian yang banyak jumlahnya, tetapi harganya murah. Sedangkan sedikit amal tetapi berkualiti (dikerjakan dengan baik dengan ingat kepada Allah) adalah seperti sedikit pakaian tetapi mahal harganya."

Amal yang berkualiti (dikerjakan dengan baik dan tidak lalai) adalah seperti sebuah intan berlian, kecil bentuknya tetapi mahal harganya. Orang yang menjadikan hatinya selalu ingat kepada Allah swt dan berjuang untuk melindungi hatinya dari pengaruh hawa nafsu, maka itu lebih utama daripada banyak melakukan shalat dan puasa sunah (tetapi hatinya dikuasai hawa nafsu dan kelalaian). Orang yang melakukan shalat dengan hati lalai adalah seperti seseorang yang menghadiahkan seratus peti kosong kepada seorang raja, tentunya sang raja akan marah dan selalu mengingat perbuatan buruknya ini. Engkau pasti binasa kerana kemurkaan Sang Raja. Sedangkan orang yang shalat dengan hati yang hadir (khusyuk), adalah seperti seorang yang menghadiahkan sebutir intan berlian seratus dinar kepada seorang raja, Sang Raja pun akan mengingat dan memujinya selalu."

2). NASIHAT IMAM GHAZALI

Jika berjumpa dengan kanak2 anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana kanak2 ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat. Jika berjuampa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. Apabila melihat oarang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin sautu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

No comments:

Post a Comment