Saturday, April 9, 2016

DUA MODEL KEMAKSIATAN

Sufyan As-Tsauri r.a. berkata: “Setiap kemaksiatan yang timbul dari dorongan nafsu masih bisa diharapkan ampunannya.  Namun, setiap kemaksiatan yang timbul dari dorongan kesombongan, maka ia tidak dapat diharapkan ampunannya.” Sebab, menurut Imam Nawawi, kedurhakaan iblis bersumber dari sikap sombong, sedangkan ketergelinciran Nabi Adam As akibat dorongan nafsu. (Imam Nawawi Al-Bantani, kitab Nashaihul Ibad). 

2). ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Seorang hamba Allah bertanya ustaz: ”Ustaz. Mengapa Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga! Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya! Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat untuk mendapatkannya?” Lalu ustaz jawab : "Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan!” "Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?” Ustaz menjelaskan: ”Mungkin Allah telah "letih" mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana. Dicari diantara kumpulan Solat Dhuha tak ada. Dicari diantara kumpulan Solat Tahajjud tak ada. Dicari diantara kumpulan Puasa Sunnah juga tak ada. Dicari diantara kumpulan yang sering bersedekah, juga tak bertemu. 

Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana. Dicari diantara kumpulan orang orang yang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada. Dicari diantara orang2 yang Khusyuk Solatnya, tak ada. Dicari dimajlis Maulidurrasul dan majlis Selawat tak ada. Dicari diantara yang menuntut ilmu Agama pun tak ada. Allah Swt nak mencari tuan di mana? Cuba tuan beritahu!” Maka Menangislah hamba Allah itu sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali. Segeralah kembali kepada Allah! Dekatkan diri mu pada Allah. Hanya Allah sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

No comments:

Post a Comment