Sunday, April 17, 2016

ADAB DAN AKHLAK DI KALANGAN ULAMA

Orang bertanya apakah masih ada orang yang Alim dalam bidang Hadith di Malaysia? Apakah masih ada maulana yang benaran? Maka Alhamdulillah, Masih ada ulama hadith yang benaran di Malaysia, iaitu Maulana Hussin Bin Abdul Qadir, beliau berusia 52 tahun. Maulana Hussin alim dalam bidang Hadith, bahkan sanad hadith menyambung hingga kepada Imam Muslim seterusnya kepada Rasulullah SAW. Ya benar, Nama jarang di sebut2 di masyarakat awam, namun jika bagi tolabul ilmi kenal akan Maulana Hussin, Beliau tidak mencari masyhur semata-mata, Namun Allah angkat beliau seorang ulama yg hebat.

Beliau juga mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantan, jika kita tilik maulana Hussin tidak pernah menimbulkan polemik dalam masyarakat, tidak berbalah perkara khilafiyyah, bukan seperti sesetengah yg mengaku "Maulana" selalu mencetuskan kekeliruan masyarakat dlm perkara khilafiyyah. Maulana Hussin adalah maulana benaran yang di iktiraf oleh ulama yang lain, bukan sesetengah orang yang mendakwa diri sebagai Maulana, namun lihat pada akhlak tiada sifat orang berilmu. Melihat kepada keperibadian Maulana Hussin diri ini merasa kerdil. Akhlak dan adab beliau cukup tinggi.

Ramai ulama yang hadir bertalaqqi hadith dengannya seperti Baba Ghazali Sekam Al-Fathoni, Dr lukman (Anak kepada Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah) dan ramai lagi. Hebatnya Maulana Hussin beliau tidak menjadikan jemputan mengajar, kuliah dan ceramah untuk mencari makan anak isteri. Sebaliknya beliau membukan restoran menjual roti canai. Tidak mengharap habuan daripada jemputan ceramahnya. Maulana Hussin di iktiraf akan kealimanya dalam bidang hadith, Hatta Maulana Qari Yasin yg di iktiraf dunia islam kini mengiktiraf maulana Hussin sebagai MUHAQQIQ (pentahqiq Hadith)

Moga kita semua tidak mensia-siakan dgn ulama ini dan moga kita dapat mengambil peluang daripada ilmunya. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Maulana Hussin.(Info Yayasan Mujamma' Darul Hadith Malaysia - YAMDAH).

No comments:

Post a Comment