Diingatkan kepada semua saudara2 seakidah agar berpuasa sunat pada hari Arafah kerana pada hari tersebut sangat mulia. Maka hari Arafah adalah semulia hari dalam setahun. Rasulullah s.a.w bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan lainnya: Seafdhal doa hari Arafah dan seafdhal ucapan yang aku dan nabi2 sebelum ku ungkapkan ialah:
لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له، لهُ الملكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شىءٍ قدير”.
Dalam sohih muslim dari Abi Qatadah dari Nabi s.a.w bersabda: Puasa hari Arafah dhitung oleh Allah dengan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Dan dalam lafaz Muslim dari Abi Qatadah Al-Ansari r.a berkata: Rasululullah s.a.w ditanya tentang puasa hari arafah, maka baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lalu dan selepasnya.
Adapun bagi jemaah haji maka tidak disunatkan berpuasa pada hari arafah kerana telah thabit dalam hadis sohih bahawa Rasulullah s.a.w berdiri di arafah dan tidak berpuasa. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Hakim dan disohihkan dalam syart Bukhari dan di persetujui oleh Az-Zahabi: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menegah seseorang yang berpuasa dan dia berwuquf di arafah (HR Abu Dawud dan selainnya).
Maka semua umat Islam samaada di Arafah atau di seluruh dunia rebutlah peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan bertahlil, beristigfar, bertahmid, bertakbir, berdoa dll serta berselawat keatas Nabi s.a.w pada hari arafah yang penuh keberakatan dan kemuliaan ini. Dan semua amalan ibadah tersebut nak diterima Allah adalah dengan Akidah yang sahih kerana akidah yang benar di terima semua amalan ibadah kita. Antaranya beriman dengan sebenarnya bahawa:
1- Allah Wujud tanpa bentuk tanpa tempat dan tidak menyamakan/mensyirikkan Allah dengan sesuatu makhlukpun.
2- Beriman kepada sekalian malaikat dan semua malaikat diciptakan dari cahaya dan malaikat Jibril adalah ketua para malaikat dan bukannya iblis ketua dikalangan malaikat dan bahkan ia adalah dari kalangan jin dan jin diciptakan daripada api.
3- Beriman dengan kitab2 Allah iaitu:Taurat,Injil,Zabur dan al-Quran serta beriman dengan seluruh isi kandungannya yang asal(taurat,injil dan zabur) dan al-quran.
4- Beriman bahawa semua Nabi dan Rasul tugasnya adalah menyampaikan, bezanya nabi dan rasul ialah nabi sampaikan syariat rasul sebelumnya(syariat lama) dan rasul sampaikan syariat yang baru dan keduanya menyampaikan.
5- Beriman dengan hari akhirat seperti: Mahsyar, Mizan, Haudh, titian sirat dll.
6- Beriman bahawa Allah menciptakan dan menentukan kebaikan dan keburukan dan Allah suka/redha hambanya melakukan kebaikan dan tidak suruh dan tidak menyukai hambanya melakukan kejahatan dan keburukan.
Dikhabarkan sebahagian besar Jemaah haji Malaysia dan sebahagian besar jemaah2 seluruh dunia akan bergerak menuju ke Arafah lebih awal lagi iaitu pada hari ini selepas zohor waktu Mekkah, hari sabtu 8Dzulhijjah 1437H bagi mengelakkan kesesakan pada hari wuquf keesokan harinya,hari ahad 9Dzulhijjah 1437H.
Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara kelebihan puasa sunat hari Arafah ialah:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Dari Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, kemudian Baginda menjawab:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Taala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)”. (HR al-Bukhari).
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka. Dari A’isyah r.ha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Taala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari Arafah”. (HR Muslim).
Wukuf adalah mengasingkan diri atau mengantarkan diri ke suatu "panggung replika" padang Masyhar. Suatu tamsil bagaimana kelak manusia dikumpulkan di suatu padang Masyhar dalam formasi antri menunggu giliran untuk dihisab oleh Allah SWT. Wukuf adalah suatu contoh sebagai peringatan kepada manusia tentang kebenaran Illahi. Status hukum Wukuf di Arafah adalah rukun yang kalau ditinggalkan maka Hajinya tidak sah. Wukuf juga merupakan puncak ibadah Haji yang dilaksanakan di Padang Arafah dan pada tanggal 9 Zulhijah. sebagaimana sabda Rasulullah: “Alhaju arafah manjaal yalata jam’in kabla tuluw ilafji pakad adraka alhajj" (diriwayatkan oleh 5 ahli hadis) artinya: “Haji itu melakukan wukuf di Arafah”.
Pada hari wukuf tanggal 9 Zulhijah yaitu ketika matahari sudah tergelincir atau bergeser dari tengah hari, (pukul 12 siang) hitungan wukuf sudah dimulai, yang pertama dilakukan adalah shalat Zuhur dan Ashar yang dilakukan secara ‘Jamak Taqdim’, yakni shalat Ashar dilakukan bersama shalat Zuhur pada waktu Zuhur dengan 1 X azan dan 2 X iqamat. Setelah shalat Zuhur dan Ashar, disunatkan seorang imam untuk mulai berkhutbah untuk memberikan bimbingan wukuf, penerangan, seruan-seruan ibadah dan panjatan do’a kepada Allah SWT.
Disunatkan supaya menghadap Qiblat dan memperbanyak membaca do’a, zikir dan membaca Al-Qur’an. Ketika berdo’a hendaklah mengangkat tangan hingga tampak keatas kedua ketiaknya. dan juga disunatkan mengulang-ulang kalimat: “Laa ilaha illallaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahulhamd,yuhyimiit, wahua hayyun layamuutu biyadihil khair,wahua ‘alaa kuli syaiin qadiir”. Artinya : “Ya Allah tiada tuhan selain Allah yang tiada sekutu bagi-Nya,bagi-Nya segala kerajaan dan segala puji.Dia yang menghidupkan dan mematikan. Ia hidup tidak mati.Di tangan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha kuasa.”
Karena ada hadist Nabi yang mengatakan: “Sebaik-baiknya do’a pada hari Arafah, dan sebaik-baiknya yang kubaca dan dibacanya juga oleh nabi-nabi sebelumku, yaitu : Laa ilaha illallaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahulhamd, yuhyimiit, wahua hayyun layamuutu biyadihil khair, wahua ‘alaa kuli syaiin qadiir.” (HR Tirmidzi).
No comments:
Post a Comment