Sebagaimana yang di ketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan Maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan perbaikan akhlak adalah utk membersihkan qalbu yg bererti mengosongkan diri dari sifat2 yg tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat2 yg terpuji (TAJALLI) yg selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI). Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat ditempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing2 iaitu harus di tempuh secara bertingkat2.
Pada tingkat utk memasuki Ilmu Hakikat dan Ilmu Makrifat, bererti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh2, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekelian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dan berdasarkan sabda Rasulullah saw yg bermaksud: “Barang siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya”.
MENGENAL DIRI SENDIRI: Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk2 lahir (yang disebut badan atau jasad) & bentuk-bentuk batin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang di maksudkan dengan qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh di dalam tubuh dan dia lah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insani Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dia yang bertanggungjawab dan dialah yang dipuji atau disiksa oleh Allah.
Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alam Syahadah atau Alam Nyata.Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani/Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh/Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri.
Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa "Manusia itu adalah mikrosmos" atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.Sebahagian orang berpendapat bahawa hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dgn cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yg ada di sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yg mendalam ttg hakikat Roh yg sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: “Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja” (Surah Isra:85).
Apabila seseorang bertakafur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya pada masa dahulunya, "tidak pernah ada". Firman Allah: “Tidakkah manusia itu ingat bahawa kami menjadikan nya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun?” Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air (mani) yg tidak mempunyai akal sedikit pun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dgn terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yg ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya. Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka manusia itu dpt menemukan dirinya di dlm kejadian yg sangat kecil bila dibandingkan dgn Kekuasaan dan Kasih Sayangnya Tuhan yg menjadikannya.
Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dlm kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, perumahan dan sebagainya, yg kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dlm muka bumi ini. Di sini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah yg begitu besar dan luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban2. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya, serta penuh pula dengan berbagai2 alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih SayangNya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu "ADA". Oleh kerana itu benar2 bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.
MENGENAL ALLAH: Bahagian yg penting dlm mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan2 kita bagi mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yg memberikan kita kekuatan, kepandaian dan mencintai ciptaan Nya. Sifat2 manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat2 ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua-duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan tidak berukuran. Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, tetapi kesukaran2 itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti peraaan marah, sakit, gembira dan cinta.
Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat mengenal suara dan begitu juga dalam mengertikan kenyataan-kenyataan pokok yakni Tuhan dan Roh. Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas-batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirnya sebegitu jauh. Betapa pun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya.
Sebagaimana yang telah dihuraikan, "ROH tidak mendapat tempat tertentu di dalam bahagian sesuatu badan, tidak terpisah2, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah JASAD". Demikianlah ALLAH, tidak mengenal ruang dan masa, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Besar dan Maha Agung. (Terjemahan kitab "Kimyau Saadah" oleh Imam Al Ghazali).
No comments:
Post a Comment