Tuesday, August 9, 2016

SANDARKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH

Rasulullah s.a.w mendekati kami dan bersabda: “Hai manusia, rendahkanlah suara kalian ketika berdoa, sebab kalian tidak menyeru zat yang tuli lagi tidak ghaib, hanyasanya kalian menyeru kepada Zat Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat”. Kemudian Baginda bersabda: “Hai Abdullah bin Qais, maukah kamu ku ajari kalimat yang menjadi harta karun Syurga?, iaitu ucapan ‘LAA-HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH’." (Sahih Bukhari)

Berbahagialah orang yang menyandarkan diri kepada Allah dengan penuh rasa kerendahan dan khusyu yang menginsafi bahawa hanya Allah semata yang dapat memperkenankan segala keperluan yang diharapkan. Akal sudah demikian terperdaya oleh keangkuhan dan tetap menuntut satu bukti atas segala sesuatu. Allah yang sudah nyata, yang nyatanya melebihi nyatanya cahaya siang masih juga diminta pembuktiannya. 

Sebagaimana kata seorang Sufi Muhammad bin Abdul Jabbar: “Allah itu adalah bukti, dan tidak memerlukan bukti lagi”. Allah adalah bukti sesuatu, kerana sesungguhnya Dialah Yang Mutlak , hanya disebabkan kedangkalan fikiran lalu orang itu mencari sebab2 yang dikira dapat melemahkan dan menyerupakan persoalan ini dengan dirinya yang bergelumang dalam kebatilan, yang tidak lagi dirasanya bahawa dia sudah bermukim di alam kebatilan. 

Ibarat orang yang ingin mendapatkan bukti tentang cahaya dari datangnya siang, sedangkan ia tahu siang itu tidak datang melainkan dari pengaruh cahaya. Cahaya adalah merupakan kebenaran dgn zatnya membuktikan atas dirinya, dgn dirinya dgn penuh kehadirannya tanpa memerlukan kepada perantara2, cahaya yang mengeluarkan benda2 itu ke alam lahir dan nyata, maka bagaimana juga benda2 itu tetap bergantung pada cahaya ditentang kenyataannya, tetapi cahaya tidak bergantung kpd adanya benda2, dan cahaya adalah bukti, sedang benda2 tidak layak menjadi bukti.

Andaikan kita mengajukan pertanyaan kepada hati sanubari kita tentang Allah, maka kita akan mendapat jawapan yg tulus tanpa adanya bantah membantah dan tidak memerlukan pembuktian dan dalil apapun, kerana Dia hadir dalam hati, terlihat nyata dalam sanubari, dan untuk selama2nya. Dia adalah laksana batu karang, di mana kita semua akan berhenti berlabuh, di lautan yg penuh kegelisahan serta keresahan, keadaan yang saling berganti suasana kesemuanya adalah laksana ombak yang akan menenggelamkan kapal kita. 

Maka tiada tambatkan, pegangan serta perlindungan selain kpdNya, disitulah akan kita temui genangan air yg tenang, sejuk dan tenteram, semua pahit getir kita akan berlalu manakala kita bersanding dgn Dia, dan kita serahkan semua kegelisahan pada sisiNya dan menyerahkan segala urusan kita kpd Nya. Dgn perasaan yg dalam membenam, kita akan menjumpai fitrah kita yg jernih bersih. (An Nafri).

No comments:

Post a Comment