Tuesday, August 9, 2016

KEAGUNGAN ALLAH MELALUI MUSYAHADAH

Saban hari kita menyebut Allahu Akbar (Allah Maha Besar) pada setiap kali kita mendirikan solat. Malang nya kebesaran Allah masih belum meresap dan menyelera di dalam jiwa sanubari kita. Intipati atau ciri-ciri keimanan ialah merasakan Kebesaran dan Keagungan Allah di dalam diri setiap masa dan ketika dalam semua keadaan. Pendek kata tebal atau nipisnya iman seseorang bergantung kepada bagaimana dia merasakan Kebesaran Allah di dlm hatinya.  Keyakinan dan keimanan terhadap Allah menjadi pendorong utk melakukan ibadat sbg pengabdian diri kpd-Nya. Allah menjadikan, memiliki dan memerintah sekalian alam ini. Malahan diri kita juga adalah kepunyaanNya. 

Oleh itu semestinyalah kita mengabdikan diri kpdNya serta sentiasa meminta pertolongan dpdNya. Allah berada di mana saja kita berada. Kekuasaan Nya sangat hampir dgn diri kita malahan ia lebih hampir dgn urat nyawa kita. Terlalu hampir Allah dgn kita sehinggakan kita tidak merasakan KewujudanNya. Disinilah letaknya kejahilan dan kecuaian yg serius yg tidak sepatutnya kita lakukan. Kesombongan dan keangkuhan menjadi semakin teruk apabila kita bergelumang dgn maksiat yg menyebabkan kita menjadi semakin 'jauh' dengan Allah. 

Meskipun Allah sangat/terlalu hampir tetapi dosa kita menjadi 'hijab' yg melindungkan kita dari merasakan Kebesaran dan Kewujudan Allah Yang Maha Agung. Hakikat ini kita boleh rasakan sendiri. Orang lain tidak dapat menilai sejauh mana keakraban kita dengan Allah yang mencipta kita. Cuma orang dapat melihat dan menilai diri kita secara zahir. Jika kita taat kepada Allah dalam suruhan dan laranganNya bermakna hubungannya rapat dengan Allah. Sebaliknya jika selalu melakukan maksiat bererti dia jauh dengan Allah. Allah tidak suka kepada orang yang zalim dan membuat maksiat. Dari segi batinnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Oleh sebab iman menjadi asas kepada keislaman seseorang, perlulah kita mencari jalan untuk merasa dan menghayati kemanisan iman. Kemanisan iman boleh diusahakan melalui dua jalan iaitu Musyahadah dan Muraqabah.

Kesemua objek sama ada yg hidup atau bukan hidup adalah ciptaan Allah. Ia menjadi bukti ttg wujudnya Allah. Tanpa Allah, alam ini tidak akan wujud. Ia tidak akan jadi dgn sendiri. Oleh itu utk merasakan kehebatan Allah, perlulah kita menyendiri sekali-sekala melihat keajaiban alam dan isinya. Betapa hebatnya Allah menjadikan setiap sesuatu. Allah jadikan manusia pelbagai bangsa dan rupa. Allah menjadikan organ2 dlm diri kita dgn fungsi masing2. Allah menjadikan haiwan pelbagai jenis. Allah menjadikan tumbuhan, ada yg berbuah, berbunga, berduri serta berlainan jenis dan rasa. Demikian juga Allah menjadikan siang dan malam serta cakrawala yg menjadi perhiasan alam. 

Semua ini menjadi petanda Kebesaran Allah yg menuntut kita memerhati dan ber'musyahadah' utk menguatkan keimanan kita terhadap Yang Maha Besar. Kita lihat pula sifat setiap objek tersebut. Ada yg manis, tawar, pahit, masin, jahat, baik, panjang, lebar, licin, kesat, bulat, lonjong, berduri, berwarna-warni, kaya, miskin, hina, mulia, gagah, lemah, dan lain2 lagi yg tidak mungkin dapat kita catatkan meskipun habis dakwat sebanyak air lautan digunakan. Duduklah sendirian dan menungkan hakikat ini; insyaAllah kita akan merasakan betapa Agung dan HebatNya Allah yg menciptakan segala2nya sama ada di langit, di bumi dan di dlm lautan. 

Kemudian kita lihat pula gelagat manusia dengan pelbagai pekerjaannya. Ada yang bertukang, berlari, bermain, memasak, menyapu, mencuri, menyamun, berenang dan sebagainya. Segala bentuk perbuatan mereka adalah gerakan dari Allah. Namun kita tidak boleh sandarkan perbuatan jahat mereka dari Allah kerana manusia diberikan pilihan untuk melakukan yang baik atau jahat. Allah berikan akal kepada manusia untuk mereka lakukan yang baik saja. Malang sekali jika setelah diberikan akal, kita masih melakukan yang buruk dan dibenci oleh Allah. 

Dengan musyahadah iaitu memikirkan segala yang tersebut di atas, akan menambahkan keyakinan kita terhadap Allah. Dialah yang mentadbir alam ini. Dia juga yang menghidup dan mematikan manusia. Apa yang Allah kehendaki tetap berlaku meskipun dibenci oleh manusia. Apa yang Allah tidak kehendaki tetap tidak akan berlaku meskipun semua manusia ingin kepadanya. Ibarat ayam sereban kepunyaan kita, kita berhak buat apa saja dan org lain tidak boleh peduli sama ada kita hendak potong atau terus memelihara nya. Begitulah Allah dgn makhluk ini. 

Dia boleh melakukan apa saja terhadap kita dan manusia lain tidak berhak komplain atas apa jua Kehendak dan Iradat Allah. Sbb itulah kita mesti berdoa dan bertawakkal kepada Allah di samping berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Konsep 'Allah berserta kamu di mana saja kamu berada' perlu dihayati serta diyakini setiap ketika. Kesedaran tentang konsep ini akan membuat kita rajin beribadat dan takut membuat maksiat. Inilah kunci atau intisari Ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah dalam Perbuatan, Sifat dan ZatNya. Menyorot sejarah Nabi Muhammad saw beruzlah di Gua Hira' adalah menjadi satu bukti tentang perlunya kita bermusyahadah dalam mencari sesuatu ketenangan dan kebenaran. Baginda dilantik sebagai Rasul setelah menerima Wahyu Pertama di Gua tersebut. 

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat. Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya. 

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'Iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari Ilmu Agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita. 

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn Muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dgn melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dgn manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dgn niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yg Allah timpakan kpd mereka yg menganiaya diri mereka sendiri. Semoga bermanafaat. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment