Tuesday, August 9, 2016

MANFAAT ZIKIR BAGI KITA

Tidak ada ibadah yg lebih bermanfaat bagimu dpd zikir. Sebab, zikir adalah ibadah yg boleh dilakukan org tua dan org sakit yg sudah tidak mampu lagi berdiri, rukuk, dan sujud. Bersihkan cermin hatimu dengan khalwat (bersendiri) dan zikir hingga kelak kau berjumpa dengan Allah swt. Hatimu harus selalu ingat Allah sehingga cahaya menyinarimu. Jgn spt org yg ingin menggali perigi, kemudian dia menggali di satu tempat sedalam satu jengkal lalu menggali di tempat lain sedlm satu jengkal pula. 

Jadi, airnya tidak akan pernah keluar. Akan ttpi, galilah di satu tempat sehingga airnya memancar. Hai hamba Allah, agamamu adalah modalmu. Jika kau telah menyia-nyiakan modalmu, sibukkan lisan dgn berzikir mengingatNya, sibukkan hati dgn cinta kpdNya, dan sibukkan tubuhmu dgn mentaati-Nya. Tanamlah wujudmu di tempat menanam (tawadhu) hingga benih muncul dan tumbuh. Siapa yg memperlakukan hatinya sebagaimana petani memperlakukan tanahnya, pasti hatinya bersinar. (Syeikh Ibn Atha'illah dalam Taj Al-‘Arus).

Perhatikanlah Sabda2 Nabi saw ini: “Tidaklah satu kaum yang berkumpul berzikir akan Allah Taala yang tidak bermaksud dengan yang demikian itu selain Wajah-Nya, melainkan diserukan mereka oleh penyeru dari langit: Bangunlah, di mana kamu telah diampuni, segala keburukan kamu telah digantikan dengan kebaikan bagimu.” (Maksud al-Hadith).

"Tidak berbuat oleh anak Adam dari sesuatu perbuatan yang lebih melepaskan dia daripada azab Allah, dari berzikir kepada Allah Azza wa Jalla. " (Maksud al-Hadith)

Berfirman Allah azza wa jalla: "Barang siapa menghabiskan waktunya berzikir kepada-Ku tanpa meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan kepadanya yang lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada mereka yang meminta (berdoa)." (al-Hadith). Jika mahu hati menjadi tenteram usahakan agar hati sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ayat 28 : Surah ar-Ra’d).

No comments:

Post a Comment