Thursday, January 14, 2016

HATI DAN PERANG SABILILLAH

'Hati' kita manusia (bukan yang dimaksud hati daging yang setongkol itu) diibaratkan sebuah negeri yang dua Raja berebut ingin menakluki dan bertakhta. Bila hati itu baik dinamakan Hati Malaikat. Bila hati jahat di namakan Hati Iblis, kerana ada dua Rajanya maka hati itu jadi berpusing-pusing atau berbolak-balik kerana diperintah oleh dua Rajanya, yang mana di sana berlakulah perang sabilillah.  Rasulullah s.a.w.kata ini adalah Perang Besar di banding dengan perang fizikal atas muka bumi atau perang tempur jet pejuang di udara! Maka nilai manusia di sisi Allah ialah Hati Nuraninya yang bersih yang tidak ada satu titik kotor comotnya.

Seperti firman Allah: "Hari yang tidak ada gunanya harta dan anak-anak, hanya (hati) yang Allah anugerahkan Hati yang Salim (sejahtera) iaitu Hati Nurani”. Juga sepertimana Hadis Rasulullah SAW yang mengatakan: “Bahawasanya Allah tidak memandang pakaian dan rupa paras kamu, (tetapi) hanya memandang hati kamu yang bersih iaitu Hati Nurani”. Taraf Hati Nurani itu disebut juga Hati Mukmin Rumah Allah (Qalbu Mu'min Baitillah) maka untuk mencapai taraf Hati Mu'min Baitillah kena wajib belajarlah ilmu mengenai hati yakni Ilmu Tarekat Tasawwuf. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment